Followers
Thursday, February 24, 2011
Siri Kempen Jauhi Zina 2010

Thursday, February 24, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0
Monday, September 13, 2010
Mesra Eidulfitri MSK 2010
Mesra Eidul Fitri tersebut telah disempurnakan oleh YAB Tuanguru Hj Nik abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.
Monday, September 13, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0
Tuesday, September 07, 2010
Kempen Derma Darah bersama Tabung Darah Hospital Sultanah Nurzahirah
Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu pada tahun ini meneruskan lagi kebajikan tahunannya dengan mengadakan kempen derma darah. Kempen ini adalah kerjasama dari Unit Tabung Darah HSNZ dan Masjid-masjid terpilih sekitar Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang. Bermula dengan Masjid Pengadang Baru (15 Ogos 2010) dan diikuti dengan Masjid Taqwa Batu Enam (24 Ogos 2010), Masjid Titian Baru (26 Ogos 2010), Masjid Wakaf Tembesu (28 Ogos 2010) dan Masjid Rusila (4 Ogos 2010) Setakat ini sejumlah melebihi 150 pint darah telah dapat dikumpulkan. Satu lagi Masjid yang dalam perancangan untuk kempen ini adalah Msjid Kg Batin, Seberang Takir pada 7 Ogos 2010 nanti. Orang ramai dijemput hadir bagi menderma.
link Yayasan amal Malaysia Cawangan Terengganu
Tuesday, September 07, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0
Sunday, June 20, 2010
Modul Sayangi Anak Muda- Anda Bijak Jauhi Zina

Berdasarkan modul yang dibekalkan serta beberapa bahan bacaan sendiri, saya berjaya menghasilkan satu modul untuk berbincang dengan remaja. Bahan ini mungkin banyak kelompangannya tapi ini adalah yang termampu saya paparkan. Untuk manfaat bersama saya sertakan di laman web ini bahan persembahan tersebut (Sayangi diri Anda- Jauhi diri anda dari Zina).
Sayangi Diri Anda-Jauhi Zina
Sinopsis Ceramah
Ceramah yang disampaikan adalah dalam bentuk santai dan interaksi bersama remaja. Ibu bapa juga turut serta bagi memberi nasihat dan panduan kepada anak remaja mereka.
Program santai tersebut bertujuan mendedahkan kepada remaja mengenai:
- Mengenal diri sendiri secara fizikal dan mental. Ketahui kekuatan dan kelemahan setiap organ fizikal mereka. Anggota fizikal yang menjadi perbincangan utama adalah Otak, Kalbu, Tangan dan Organ Reproduktif.
- Mengenal siapakah diri mereka, kenapa mereka hidup, apakah tujuan hidup dan kemana kita berkesudahan nanti.
- Mengenal siapa pengawal dan siapa musuh mereka.
- Bercakap pasal dosa dan pahala.
- Mengenal faktor-faktor yang mendekati zina
- Mengajak remaja berfikir tentang keburukan zina dan kebaikan tidak berzina.
- Mengenal diri remaja kepada kelakuan berisiko dengan menjalani ujian ringkas faktor resiko.
Sunday, June 20, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0
Thursday, June 17, 2010
Ceramah Motivasi Sayangi Anak Muda
Ceramah Motivasi Sayangi Anak Muda
Thursday, June 17, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0
Tuesday, June 01, 2010
Kenyataan Akhbar PAPISMA: Serangan Askar Yahudi ke atas kapal sukarelawan LifeLine4Gaza

Berikut adalah nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di atas kapal penumpang “Mavi Marmara” milik IHH, Turki ketika diserang oleh komando laut Israel di perairan antarabangsa: Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUAN Palestin; Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, HALUAN Palestin; Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, HALUAN Palestin; Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUAN Palestin; Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUANPalestin; Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif; Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal Malaysia (AMAL MALAYSIA); Dr Selamat bin Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM); Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care; Mustafa bin Mansur, MAPIM; Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO AWANI dan Shamsul Kamal Latif, Juru kamera ASTRO.
PAPISMA menyokong penuh usaha sukarelawan ini menyampaikan bantuan kemanusiaan bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh rakyat di segmenting Gaza. PAPISMA mengharapkan semua keluarga sukarelawan bersabar dan memperbanyakkan doa agar semuanya selamat.PAPISMA menyeru seluruh umat Islam Malaysia bermunajat kepada Allah samada melalui solat hajat atau dengan apa cara sekalipun sehinggalah bantuan dari Allah tiba.
Dr Suhazeli bin Abdullah
Presiden PAPISMA 08-10
Tuesday, June 01, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0
Friday, January 01, 2010
Pembukaan Ibu Pejabat Amal Terengganu
Amal Charity Shop

Pejabat Amal Terengganu ini terletak di Kg Wakaf Jela, Jalan Pulau Musang, Kuala Terengganu. Ia terletak berhadapan dengan Restoran Sri Wangsa. Lokasinya sungguh strategik dengan jumlah ramai orang ramai yang menggunakan jalan tersebut.
Pada hari ini gotong royong membersihkan premis tersebut dijalankan dengan jayanya. Turut serta mencemar duli adalah Presiden Yayasan Amal Malaysia, Cikgu Hussin Ismail.

Cikgu Husin dengan Aksi tersendiri.

Cg Fauzi dan Cg Ros sedang bertungkus lumus...

Mustaffa dan Cg Nawi juga tidak lepas peluang berbakti

Posing menarik.....
Friday, January 01, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0
Thursday, December 31, 2009
Saturday, October 24, 2009
Monday, October 05, 2009
Amal Malaysia dan Relief Work
Yayasan Amal Malaysia atau AMAL MALAYSIA) adalah diantara NGO “charity and relief” yang menerima amanah dari Wisma Putra, Kementerian Luar Negeri Malaysia di dalam menggerakkan misi menyalurkan bantuan kemanusiaan dan pemulihan semula kawasan konflik Gaza, Palestin. Yayasan Amal mjuga turut terlibat menyalurkan bantuan kemanusiaan di hampir semua kawasan konflik dan bencana besar di rantau ini seperti di Indonesia, Sri Langka, Bangladesh, Lubnan, Iran, Myanmar Thailand, Pakistan, Kashmir, China, dan Mindanao disamping program korban di kawasan miskin tegar di 12 negara serantau. Tidak ketinggalan tentunya khidmat kemanusiaan dan kemasyarakatan di negara sendiri, Malaysia tercinta.
Hari ini dunia digemparkan dengan bencana besar yang melanda di beberapa kawasan di rantau ini seperti taufan Ketsana di Manila dan gempa besar di Padang, Sumatera serta Samoa. Di Padang, Sumatera, lebih 2000 yang disahkan mati dan lebih 4000 masih hilang atau terperangkap. Ribuan rumah kediaman dan bangunan ranap dan musnah. Ratusan ribu yang hilang tempat tinggal, tercedera, hilang mata pencarian, bergelap terputus bekalan makanan, letrik dan bekalan air bersih.
Pasukan bentuan pertama AMAL MALAYSIA di Padang dihari kedua bencana terus di sana sehinggga sekarang diikuti pasukan kedua pada Sabtu 3 Oktober dan pasukan ketiga akan berlepas pada 7 Oktober 2009. Mereka terdiri daripada medic team, logistic dan sosial kaunselor. Alhamdulillah, kami bekerja sepasukan bersama workers Persatuan Bulan Sabit Merah Indonesia dan Persatuan Muamalat Indonesia dan turut disertai oleh beberapa rakan NGO daripada Turkey dan Eropah. Missi bantuan kemanusiaan Yayasan lebih tertumpu kepada bidang perubatan (medic team), bantuan makanan, khemah penginapan sementara dan bekalan air bersih. Dua team teknikal bekalan air bersih akan berlepas pada hari sabtu terdekat ini (10 Oktober 2009).
AMAL Malaysia ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah menyumbang. Namun, kami ingin terus merayu rakyat Malaysia yang prihatin, orang-orang perseorangan, badan-badan swasta, organisasi-organisasi masyarakat, masjid dan lain-lain untuk terus menghulurkan sumbangan kepada saudara-saudara kita yang sedang menerima ujian Allah, kesempitan dan ancaman maut di Padang, Sumatera sekarang ini.
AMAL Malaysia berbesar hati menawar diri menjadi perantara dari masyarakat Malaysia prihatin dengan mangsa bencana yang malang ini dan kepada tenaga-tenaga perubatan serta tenaga-tenaga pakar yang ingin mengambil pengalaman berkihdmat boleh berhubung dengan ibu pejabat kami di 127-2, Jalan SBC 1, Taman Seri Batu Caves, Selangor atau menalifon di talian +603 61874382 atau hubungi terus kami, Hj Hussin Ismail (Presiden) +6019 9511860, Hj Jamuliddin Hj Elias (Timb Presiden, Ketua Bantuan Kemanusiaan) +6019 6644796 / +6281376652890 (local phone Padang), Dr Rani (Ketua Relief) +6013 9279256 atau Hj Zaman (Bendahari) +6019 9831927.
Akaun Yayasan Amal Malaysia adalah :
MAYBANK Malaysia Berhad (MBMB) NO: 553010122090
Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) NO: 13010002499715
Hongkong & Shanghai Bank (HSBC) No: 001057884021
Sekian, Wasalam.Terima Kasih.
Haji Husin Ismail
Presiden
Yayasan Amal Malaysia (AMAL Malaysia)
Monday, October 05, 2009 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0
Saturday, September 12, 2009
Rayuan Dana Hari Raya Untuk ANak-anak Yatim Terengganu

Saturday, September 12, 2009 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0
Saturday, April 25, 2009
Mesyuarat Agong Dwitahunan Yayasan Amal Malaysia ke-5
Saturday, April 25, 2009 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0
Friday, November 07, 2008
Tipu Sebelum Menunaikan Haji?
“Aa..a, Doktor kat Klinik Malaysia kata Pak Cik boleh tunaikan haji tahun ni kerana semua pemeriksaan tiada masalah pun”. Cepat-cepat isterinya menyampuk…seolah-olah ingin menyembunyikan sesuatu.
“Ni sebak dada, gula dalam darah tinggi dan darah tinggi ni baru kena kat sini le ye?” Aku cuba menduga. Pelik rasanya menurut keilmuan yang ada; penyakit kencing manis dan darah tinggi boleh datang secara tiba-tiba tanpa ada tanda-tanda keabnormalan sebelum darinya.
“Melalui pemeriksaan dan pengamatan saya Pak Cik dinasihatkan masuk Hospital untuk pemeriksaan lanjut…” aku memulakan hujah untuk memasukkan jemaah haji tadi ke Hospital Malaysia kat Mekah.
Tabung Haji telah menyediakan dua Hospital yang diurus tadbir sepenuhnya oleh Tabung Haji. Bermula dari Pengarah Hospital, Pakar Perubatan, Pegawai Perubatan, Penyelia Hospital, Ketua Jururawat sehinggalah kepada Penolong Perawatan Kesihatan, semuanya dilantik melalui Kementerian Kesihatan Malaysia. Jemaah haji yang menunaikan haji setiap tahun begitu bertuah kerana ramai Pakar dalam bidang masing-masing telah dilantik oleh Kementerian Kesihatan untuk berkhidmat di Tanah Suci. Walaupun mereka berjawatan Pegawai Perubatan di Tanah Suci tetapi kepakaran mereka semasa di Tanah Air diguna pakai untuk merawat para tetamu Allah.
“Assalamualaikum Suhazeli!. Enta refer kes MI (Myocardial Infarction) le tadi…” Sergah seorang kawan saya yang berkhidmat di Hospital Aziziah.
“Apasal hang tak tanya lanjut ceritanya…dia baru saje keluar IJN (Institut Jantung Negara) sebulan lepas.” Sahabat saya tadi melanjutkan bicara.
“Nak cepat tadi..Pak Cik tu dan tak tahan sebak dada…tapi memang aku dah agak dah, dengan tanda-tanda tu, Pak Cik tadi may have some ECG changes…” Sahutku dengan fakta penemuan fizikal semasa aku memeriksa jemaah tersebut pagi tadi.
Inilah salah satu kes yang ditemui semasa berkhidmat di Tanah Suci. Ada jemaah haji yang sanggup menyembunyikan status kesihatan mereka semasa pemeriksaan haji. Walaupun mungkin kes sebegini agak terpencil, tetapi kerap ditemui oleh pihak Hospital di Tanah Suci. Tidak salah jika saya mengatakan bahwa mereka sanggup MENIPU dalam melakukan ibadah. Dan padahnya mereka akan menerima balasan semasa di Tanah Suci. Ibadah yang dilakukan tidak sempurna kerana dimasukkan ke Wad sepanjang tempoh mengerjakan haji.
Definisi kemampuan mengerjakan ibadah haji
Memang berpatutan dengan salah satu syarat wajib haji iaitu: “seseorang yang sihat tubuh badan dan berakal”. Inilah definisi MAMPU yang telah dinukilkan dalam Al-Quran

Kemampuan yang dimaksudkan disini terbahagi kepada tiga:
1. Orang yang sanggup mendapatkan perbekalan dan alat-alat pengangkutan
2. Sihat jasmani dan Akal Fikiran dan
3. Aman perjalanan.
Kemampuan pertama dan ketiga diatas rasanya senang diperolehi dizaman yang serba canggih kini. Tetapi sihat tubuh badan dan akal fikiran adalah bergantung kepada individu tersebut. Kemampuan dari sudut kesihatan hanya diperolehi setelah setiap jemaah haji menjalani pemeriksaan kesihatan semasa di Tanah Air. Pegawai Perubatan yang memeriksa mempunyai panduan khusus untuk memeriksa setiap bakal haji.
Terdapat beberapa kategori penyakit yang tidak layak untuk menunaikan haji, dengan ertikata lain, jemaah tersebut tidak berkemampuan dari sudut kesihatan dan terhapuslah kewajipan haji keatasnya. Berikut adalah jenis penyakit yang tidak layak untuk mengerjakan haji yang telah dikeluarkan oleh Lembaga Tabung Haji dengan bantuan Kementerian Kesihatan Malaysia.



Friday, November 07, 2008 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0
Monday, November 03, 2008
Cabaran airport Team Madinah
"Kalau pergi Advance party ni mesti kena bertugas di terminal kapal terbang lagi?" Isteriku memulakan bicara.
Aku diam tanpa jawapan setelah mendapat tahu tarikh penerbangan sebagai petugas haji. Tawaran dapat bertugas pada tahun ni agak lambat sedikit berbanding dengan sebelum ini.
Aku tidak tahu jawapan yang selunak mana untuk diberikan kepada insan tersayang. Ada dua perasaan yang mendatang setelah dipilih sebagai petugas perubatan kali ini...
Pertama sedih kerana terpaksa meninggalkan isteri dan anak-anak dalam jangka waktu yang agak lama berbanding dengan petugas lain.
''Amacam Dr Suhazeli, Terminal Madinah ok?" Tegur Hj Dolah sewaktu bersua di Muzakarah Haji di Port Dickson.
Aku kelat untuk menyatakan ya. Tetapi aku menyerahkan segala-galanya kepada ketentuan Allah. Sesungguhnya Dialah sebaik-baik pengatur.
….
….dan Allah Sebaik-baik Pengatur Perancangan. ( Surah Ali Imran: 54)
''Takkan Yang tak boleh request?" Sahut isteriku memecah lamunan diri. Ia terbit dari perasaan hati yang tidak mahu berpisah lama dengan suami tercinta. Pengalaman perit membesarkan anak-anak kesaorangan pada dua tahun lalu masih belum pulih. Beliaulah kehulu kehilir menghantar anak ke sekolah, hantar Arsyad ke rumah pengasuh dan dalam masa yang sama berkerja. Routine harian ini semestinya akan berulang dari pagi, tengahari dan lewat malam. Pengalaman yang cukup menyiksakan bagi seorang wanita bergelar ibu merangkap ayah selama hampir tiga bulan, dua tahun lalu. Kalau boleh diikhtiarkan, pengalaman itu tidak mahu diulangi lagi pada musim haji kali ini.
Aku tidak mahu meminta-minta dalam urusan penempatan bertugas ini. Yang penting aku mengikhlaskan diri, bertugas menyambut para Duyufurrhmaan kerana Allah semata-mata.
Kedua, perasaan gembira kerana dipilih oleh Allah menjadi tetamunya buat kali ketiga. Tambahan pula dipilih menjadi petugas sebagai penyambut para tetamu Allah di Tanah Suci. Aku suka melihat wajah-wajah bersih bakal jemaah haji yang telah bebas dari hutang, telah bermaafan panjang dengan saudara mara dan telah berkorban untuk semata-mata menunaikan fardu kelima ini.
“YA Allah Ya Tuhanku kurniakanlah kepadaku haji yang Mabrur, Ya Allah, Engkaulah Empunya permusafiran ini, dan khalifah bagi (menjaga) keluarga (ku), aku berlindung dengan-Mu dari keburukan permusafiran, kekaburan penglihatan, keburukan pada harta dan keluarga“.
Monday, November 03, 2008 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 1
Sunday, October 19, 2008
Di Jemput menjadi tetamu Allah

Sekali lagi aku dipilih untuk menjadi tetamu dan berkhidmat kepada tetamu-tetamu Allah pada musim 1429H. Satu saat yang ditunggu-tunggu menjadi khadam kepada para duyufu rRahman telah tiba pada penghujung bulan Oktober ini. Aku mendoakan agar memperolehi haji mabrur, diberi kekuatan tenaga, sihat tubuh badan, waras akal fikiran dan dipermudahkan segala urusan.
Banyak orang menimbulkan persoalan, adakah bertugas sebagai petugas perubatan dan dalam masa yang sama mengerjakan haji, sah haji atau tidak?
Hukum menunaikan ibadah haji sambil bekerja seperti doktor, jururawat dan kakitangan kesihatan, petugas Lembaga urusan haji dan lain-lain adalah sah selagi ia menepati rukun dan wajib haji. Hal ini diqiaskan dengan berniaga sambil mengerjakan ibadah haji sebagaimana firman Allah s.w.t. :
Yang bermaksud : [“Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan haji”]
(Al-Baqarah : 198)
Berdasarkan ayat di atas mencari rezeki yang dikurniakan oleh Allah pada musim haji dengan berniaga dan melakukan usaha-usaha halal yang lain adalah tidak berdosa. Menurut Ibnu ‘Abbas r.a. sebab turun ayat ini ialah berdasarkan hadith:
Yang bermaksud : [“Sesungguhnya orang ramai pada permulaan ibadat haji difardhukan- didalam Islam-mereka berjual beli di Mina. “Arafah di pasar Dzu al-Majaz (kawasan yang berhampiran ‘Arafah) dan pada musim haji, maka mereka khuatir untuk berjual beli ketika mereka didalam ihram. Lalu Allah menurunkan ayat ini”]
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Oleh sebab itu, mereka yang menunaikan haji disamping melakukan perniagaan, haji mereka adalah sah, tidak rosak dan tidak perlu mereka mengulanginya. Hal ini berdasarkan ayat 198 Surah al-Baqarah tersebut. Mereka tidak dihalang melakukan perniagaan dengan syarat mereka berniat untuk mengerjakan haji sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.
Yang bermaksud :[“Sesungguhnya amalan itu adalah niat dan setiap orang hanya mendapat yang diniatkannya”]
[Muttafaq ‘Alaih]
Sumber: ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK, (NEGERI SEMBILAN) 1991, (Enakmen No. 1 Tahun 1991)
Sunday, October 19, 2008 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0
Wednesday, September 10, 2008
Peluang Menanam Saham Akhirat
Rasulullah s.a.w bersabda:
Setiap pagi, dua malaikat datang kepada setiap orang hamba, salah satu di antara mereka berdoa: Ya Allah, berikanlah gantian kepada orang yang menafkahkan hartanya itu, manakala malaikat yang satu lagi berdoa: Ya Allah, binasakanlah harta orang yang kedekut.
(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).
Kesimpulan Hadis:
- Mendorong orang lain supaya membelanjakan harta pada jalan kebaikan.
- Memberitahu kepada orang yang membelanjakan harta bahawa Allah s.w.t akan menggantikan dengan harta yanglebih baik dari apa yang telah dia belanjakan dan janji Allah adalah benar.
Jangan lepaskan peluang 'KEEMASAN' dalam bulan RAMADAN yang penuh KEMULIAAN ini untuk menanam saham akhirat,
Sebagai bekalan utk diri kita kelak, insyaallah. Jumlah bayaran untuk saham-saham ini adalah tertakluk kepada PILIHAN masing-masing.
Wednesday, September 10, 2008 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0
Tuesday, August 26, 2008
1st National Conference of Future Doctor





Tuesday, August 26, 2008 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0
Thursday, June 05, 2008
Pondok Kecil PAPISMA
i.
PAPISMA diibaratkan seperti sebuah rumah.
ii.
Dibina dengan penuh insaf kira-kira 10 tahun lalu. Awalnya beratapkan rumbia berdindingkan buluh sasak dan berlantaikan tikar mengkuang. Kini sudah mula teguh dengan binaan batu bercampur papan. Tegap dipandang orang tapi masih goyah jika kita menilai diri sendiri. Di sini kami sekeluarga hidup bahagia. Majlis bandaran tak hiraukan CF atau bising pasal tidak masuk dalam bancian. Cuma kami sendiri rasa takut kerana anak-anak makin membesar dan rumah perlu diperluaskan. Sekali sekala takut dengan jentolak majlis bandaran yang sudah saban hari mengintai kami sekelurga. Dengan sedikit kekuatan kami anak beranak mula membina rumah baru ditapak yang sedia ada. Kami berpakat membubuh nama rasminya- PAPISMA. Abang-abang yang besar dan berani mula mendaftar nama itu supaya kehidupan kami terjamin dan dapat menjalankan kehidupan bermasyarakat tanpa rasa takut. Alhamdulillah, prosesnya berjalan lancar. Kami sekeluarga mula hidup dengan azam baru, wawasan baru, semangat baru dan kepimpinan baru.
iii.
Di pondok kecil
dipukul ombak
di tepi pantai
yang beralun
Wahai adikku...jangan bersedih [dengar lagu]
iv.
Anak-anak kami makin ramai. Yang sulong dengan halnya tersendiri. Yang tengah sibuk dengan program master. Yang bongsu masih manja-manja untuk beraktiviti. Tidak kurang juga ada yang demand ayah ibu. Biasalah ini lumrah hidup kami sekeluarga yang ditempuhi. Yang penting perjuangan untuk meneruskan kehidupan mesti diteruskan jua. Walau apa rintangan sekalipun. Kami merasakan sudah masak dan matang dalam karenah kehidupan ini. Aktiviti kami sekeluarga adalah biasa, seperti orang kebanyakan yang dahagakan ilmu dan ingin terus berbakti kepada masyarakat. Selalunya kami buat kerja kumpulan seperti masak-masak dan bahagikan kepada masyarakat setempat. Aktiviti masak-masak ini dijalankan oleh kami secara muafakat. Tanpa meminta ihsan dari orang ramai untuk menghulurkan bantuan. Walaupun sekali sekala kita menerima bantuan dari orang dermawan. Pendek kata aktiviti masak-masak kami dibiayai oleh poket-poket kami sendiri. Program masak-masak ini menjadi agenda utama kami sejak tiga tahun penubuhan rumah baru. Ini kerana ramai ahli keluarga kami berkelulusan masak-memasak dari dalam mahupun luar negeri. Terasa canggung untuk ahli keluarga yang sudah biasa dengan aktiviti masak-masak diganti dengan permainan congkak atau lastik burung. Walaupun ramai ahli masak-masak tadi pandai untuk main congkak dan lastik burung. Adik beradik lain yang berjurusan congkak dan lastik burung selalu merungut kerana ayah ibu tidak menyediakan prasarana untuk bermain congkak atau lastik burung. Walhal kalau diselidiki kembali aktiviti masak-masak pun tidak mendapat sambutan jitu dari adik beradik berjurusan itu. Biasanya angah dan achiklah yang selalu memeriahkan aktiviti masak-masak. Tiap-tiap minggu angah dan achik keluar untuk masak-masak. Sekarang ini aktiviti masak-masak ini bukan sahaja diatur oleh ayah ibu, malah bapa saudara kami pun sudah mula berminat dengan masakan kami. Tambahan pula menjelang hari raya, tempahan bertimbun-timbun. Angah dan achiklah selalu di'kerja'kan oleh Pakcik. Namun kami bangga, angah dan achik bermotivasi tinggi. ''Jika tidak sanggup menerima resiko, jangan sebut pasal perjuangan", kata mereka.
v.
Puas memikirkan cara untuk mengajak along-along, anjang-anjang dan adik-adik su untuk turut serta main masak-masak. Kalau semua turun lagi seronok. Along Man selalu beralasan bahawa usia sudah menjadi penghalang untuk turun padang. Tetapi kenapa Along Umar boleh turun? Tidak nampak janggal pun. Kak Long Jah lain ceritanya. Dia rasa kekok dan takut jika bosnya tahu dia main masak-masak. Kerja mestilah kena jaga status diri. Kalau bosnya tahu pasti kena sound. Kak Long Jah akan turun kalau aktiviti masak-masak diadakan dikampung lain. Kurang sikit resiko orang nak report kepada bos dia.
Anjang Aziz selalu tak kena dengan jadual kerja. Aktiviti masak-masak diberitahu lewat. Dua tiga hari sebelum aktiviti baru ibu beritahu. Ayah ibu pun satu hal. Lambat inform. Aktiviti menjadi kelam kabut pabila pakcik masuk campur dan program sudah diatur katanya. Masak-masak berjalan juga tetapi tak sempurna. Kalau masak tomyam, rasanya macam sup. Kueh bengkang jadi koleh. Ayah ibu jua yang rasa aib kerna anak-anak buat tak sempurna.
vi.
Adik Su yang mahir lastik burung pun boleh bantu main masak-masak. Ayah kata keluarga kita buat masa ini sudah sinonim dengan masak-masak. Memang waktu kemuncak aktiviti masak-masak adalah sewaktu memasak. Akan tetapi persediaan bahan sebelum memasak amat penting. Mee kari tak akan sedap jika bahan mentah tak cukup. Bebola ikan perlu dipotong, ayam perlu disiat-siat, sayur perlu direbus. Udang dan kerang perlu ada untuk menambah selera. Siapa yang perlu sediakan semua itu? Takkan angah dan achik? Sentuhan adik Su perlu bagi menambah manis aktiviti masak-masak. Adik Su perlu proaktif bertanyakan angah, achik atau ayah mengenai bantuan apa-apa bagi melicinkan program. Jangan tunggu ayah bersungut atau ibu berleter panjang. Mungkin lepas musim raya ni kita hentikan sementara aktiviti masak-masak. Kita tumpukan pula permainan congkak dan lastik burung.
vii.
Mari mara menuju cita-cita
Menegakkan iman
Menjalinkan ukhuwwah
Membangunkan ummah
Thursday, June 05, 2008 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0
Friday, April 11, 2008
Kempen Kesedaran HIV /Aids di Pulau Perhentian

Jumlah pengidap HIV meningkat secara menyeluruh selunuh dunia. Data statistik dari tahun 1990 hingga 2006 tidak menunjukkan penurunan jumlah penghidap HIV /AIDS.
Begitu juga dengan pulau perhentian, tidak terlepas dari tempias kenaikan jumlah mangsa HIV.
Aku begitu bertuah kerana Pada 9hb hingga 10hb April 2008 lalu satu program kesedaran kesihatan telah dijalankan di pulau peranginan tersebut. Program ini telah dianjurkan oleh pejabat kesihatan Daerah Besut. Aku dijemput untuk menyampaikan satu ceramah mengenai HIV kepada masyarakat setempat. Program kesihatan dan saringan HIV juga dijalankan. Program berjalan dgn lancar dan mendapat sambutan yang memberangsangkan. penduduk Pulau Perhentian kecil besar, tua dan muda bersama-sama menjayakan program tersebut.
Aku juga begitu betuah kerana program malam itu telah digabungkan dengan ceramah dari penceramah hebat dari PRIHATIN. Penceramah tersebut adalah Puan Norzaimah, yang tidak asing lagi dgn panggilan Kak Mah. Prihatin adalah satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membela nasib kaum wanita yang menghidap HIV seluruh Kelantan.
Friday, April 11, 2008 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0
Sunday, December 16, 2007
Misi Kemanusiaan Amal-PAPISMA ke Bangladesh Sempena Taufan Sidr
[Lihat photo menarik di Bangladesh]
Rombongan Perubatan dan kemanusiaan Yayasan Amal Malaysia (Amal) telah berjaya mencapai objektif. Rombongan tersebut yang telah diketuai oleh Presiden Amal Malaysia, En Hussin Ismail. Turut serta dalam rombongan kali ini adalah Ustaz Abu Bakar Chik yang juga selaku penasihat Amal Malaysia. Rombongan seramai 16 orang ini telah bertolah dari KLIA Sepang pada pagi 7hb Disember 2007. Seramai Lima orang Pegawai Perubatan, 3 orang Paramedik dan selebihnya adalah relawan. Misi tersebut telah berjaya melepasi jurang bangsa dan warna kulit kerana telah membawa mesej ukhuwwah kepada mangsa-mangsa ribut taufan Sidr yang telah melanda Baratdaya Bangladesh 15hb November lalu.Taufan Sidr yang telah melanda Bangladesh meragut lebih dari 3000 nyawa dan mengakibatkan 300000 lagi hilang tempat berlindung. Sidr, adalah taufan bertahap 4 yang melanda Baratdaya Bangladesh sekitar 9.45 petang waktu tempatan, 15hb November 2007. Kelajuan angin 240 kph (150 mph), telah menyebabkan banjir kilat selama 5 jam dikawasan lembah Bengal tersebut.
Kerajaan Bangladesh menganggarkan 360,000 orang akan kehilangan tempat tinggal. people have been left homeless. Mereka juga kekurangan sumber air bersih, makanan dan bantuan perubatan. Serangan taufan ini juga memusnahkan mata pencarian nelayan sekitar Kepulauan Dublar Char dan para petani Lembah Benggal.
Rombongan Kemanusiaan dan Perubatan Amal Malaysia telah disambut oleh Islamic Aid Bangladesh yang berpusat di Dacca. Segala urusan penginapan, pengangkutan dan makan diuruskan oleh mereka. Amal juga bertuah kerana Dr Rosli Yaakub menyambut ketibaan kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Zia.
Bantuan perubatan telah dijalankan di Serongkhola dan Mongla. Kami terpaksa menutup kaunter rawatan terlebih awal kerana kesuntukan masa dan jumlah pesakit terlalu ramai, melebihi 500 orang. Segala bekalan perubatan telah dibekalkan oleh Yayasan Amal dan Gombak Medical Centre (GMC).
Pengerusi Amal Malaysia, En Hussin Ismail, berkata, rombongan kemanusiaan ini telah berjaya merawat mangsa Taufan Sidr di kawasan terpencil Baratdaya Bangladesh. Antara masalah yang menjadi rungutan mangsa adalah ketiadaan sumber air yang bersih, tiada pasukan perubatan yang merawat, tiada tempat tinggal dan kekurangan makanan. Walaupun kehadiran Amal dengan membawa sumbangan yang kecil, tetapi ianya telah boleh memberi nafas lega kepada mangsa yang terkena taufan tersebut. Sehubungan dengan itu Amal telah bersedia untuk membantu dari sudut keewangan dengan membekalkan sumber air bersih melalui pemasangan paip bawah tanah. Kos pembinaan adalah 12000 Taka (RM600) seunit. Amal, dengan bantuan Islamic Aid Bangladesh akan menyediakan prasarana tersebut sedikit masa lagi. Selain dari itu Amal juga besetuju untuk membangunkan masjid di salah satu sekolah tahfiz yang berada di Begardhad. Kos pembinaan masjid tersebut adalah 200000 Taka (RM10000). Bantuan ini akan disalurkan melalui misi kedua Amal ke Bangladesh atau melalui salauran yang sedia ada, Islamic Aid Bangladesh.
Amal Malaysia masih lagi menerima sumbangan dari orang ramai melalui:
YAYASAN AMAL MALAYSIA (AMAL) - International Account 001-057884-021
Bank Muamalat Yayasan Amal Malaysia Caw Kuala Terengganu 13010002499715 MaybankYayasan Amal Malaysia 553010122090
Sunday, December 16, 2007 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0