Followers

ziddu

Friday, December 24, 2010

Kempen Jauhi Zina 2010


Akhir-akhir ini sibuk dengan jemputan menyampaikan ceramah motivasi kempen jauhi zina. Jelajah seluruh negeri dengan bantuan Nisa sepanjang cuti sekolah. Program pada minggu depan adalah di Hospital Sultanah Nurzahirah. Pada bulan Januari pula program bersama Nisa Dungun dan Pengkalan Beranagan. Walau apa pun perjuangan memartabatkan maruah anak muda remaja kita perlu kesungguhan dan komitmen yang tinggi. Aku sendir semakin takut dengan pelbagai berita dan cerita yang dipaparkan dalam dada akhbar mengenai gejala sosial yang berlaku dikalangan anak muda remaja.

Friday, December 24, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Wednesday, December 15, 2010

Jadual Minggu yang ketat


Beberapa minggu lalu saya terlalu sibuk dengan beberapa program remaja, samada peringkat Hulu Terengganu atau jemputan dari daerah lain. Pada minggu lalu sahaja 2 jemputan program diterima. Pertama, kita berjaya mengadakan program Kem Remaja Islam 2010 (KERIS10) siri 1. Disini para remaja ditekankan kepada 3 modul penting.
  1. Program smart Solat. dimana para peserta diberi tunjuk ajar dan amali secara terperinci berkenaan solat.
  2. Program Sayangi Diri Anda Dengan bijak Menjauhi Zina. Peserta didedahkan dengan  situasi semasa sekarang dan di peri peringatan motivasi supaya membenci zina.
  3. Modul Bijak Belajar Skor A. Para Peserta di beri pendedahan mengenai teknik belajar dan bagaimana memperolhi A dalam peperiksaan.
Program ini berjalan lancar dan mendapat sambutan yanga menggalakkan dari para remaja. Para ibu bapa juga mengucapkan tahniah tidak terhingga kepada kami, setidak-tidaknya masa terluang cuti sekolah anak-anak mereka terisi dengan program bermanfaat ini.

Wednesday, December 15, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Saturday, December 11, 2010

Kem Remaja Islam 2010 (KERIS)


Ucap syukur kehadrat Ilahi kerana mempermudahkan urusan program sulong 'Kem Remaja Islam (KERIS)' yang baru selesai petang tadi. Keris berlangsung selama dua hari iaitu jumaat dan sabtu (10 & 11 dis 2010) lepas. Penutup program telah disempurnakan oleh Timb Pegawai Agama Daerah Hulu Terengganu, Tn Hj Shamsuddin. Program Keris ini mempunyai tonggak utama, iaitu modul Anda bijak jauhi zina; modul skor A; dan modul smart solat. Maklumbalas secara umum dari peserta amat memberangsangkan, sehingga ada yang tertanya-tanya bila lagi program seperti ini akan diadakan. Insyaallah program keris siri 2 akan diadakan pada cuti sekolah bulan Mac nanti.

Saturday, December 11, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Sunday, November 28, 2010

Kisah RM20 ..


Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun.

Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah..

Anak : Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah : Hmmm....nak tanya apa?

Anak : Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah : Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya?

Si ayah mula menengking.

Anak : Amin saja nak tahu ayah...

Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat...

Si anak mula merayu pd ayahnya.

Ayah : 20 ringgit sejam..

Kenapa nak tahu?

Jerkah ayahnya lagi..

Anak : Oh..20 ringgit..

Amin menundukkan mukanya.



Anak : Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata,

"Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah?

Kamu nak buat apa dengan duit tu?

Mintak sampai 10 ringgit?

Nakbeli mainan lagi??

Ayah penat-penat kerja cari duit,kamu senang-senang nak membazir ya..

Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!



Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali kebiliknya.

Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai10 ringgit.

Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini.

Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.

Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit warna merah.

Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang.

"Terima kasih banyaklah ayah!"

Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping note 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal.

Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang."Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu??Dan dari mana kamu dapat duit tu??"

Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya.

Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan.....

"Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari tu. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..."

"Tak cukup duit nak beli apa??" Jerkah ayahnya lagi.

"Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah dipejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.."

Sunday, November 28, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Saturday, October 23, 2010

Terkesan dengan Paparan Anak Jahannam


Ceramah motivasi sayangi diri anda dengan jauhi zina hari ini cukup terkesan dengan isu sembilan anak jahannam. Seorang ibu sanggup menjaga dan membesarkan sembilan orang anak. Tetapi sembilan anak tiada seorang pun sanggup menjaga dan memberi makan kepada idu yang kesaorangan. Inikah nilai manusia zaman sekarang? Bukan itu sahaja, pencen ibu juga telah dikebas oleh mereka.
Akhirnya ibu hanya merintih simpati dari rumah pusat jagaan orang-orang tua.
Remaja kawasan Batu Rakit yang mengikuti program motivasi hari ini cukup terkesan dengan paparan yang dibawa. Marilah kita menyayangi diri kita, menyayangi kedua ibubapa kita dan jauhi dari dari segala perkara maksiat.
Terima kasih kepada Ustaz Mohd Hagia Sofia kerana telah menghidupkan suasana santai tapi bermaklumat. Terima kasih juga kepada Nisa Negeri Terengganu kerana menjemput kami untuk berkongsi rasa. Seramai 250 remaja dengan diberi taujihat dan semoga segala yang baik dijadikan teladan dan apa yang buruk akan dijadikan sempadan oleh mereka.

Saturday, October 23, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Tuesday, October 19, 2010

Ceramah Penjagaan Kesihatan Warga Sihat


Fakta menyatakan bahawa 70 peratus rakyat Malaysia tidak cakna akan status kesihatan mereka. Dengan kata lain majoriti dikalangan kita tidak tampil di klinik-klinik kesihatan untuk menjalani saringan kesihatan. Kementerian Kesihatan melalui klinik-klinik kesihatan telah, sedang dan akan menjalankan program saringan kesihatan kepada seluruh rakyat terutama sekalli berumur 35 tahun keatas. Program ini dinamakan Klinik Warga Sihat.
Dalam kajian ringkas saya ketika menyampaikan ceramah, terbaru adalah ceramah anjuran Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) semalam, majoriti dikalangan peserta tidak tahu akan kewujudan program seumpama itu.

Tuesday, October 19, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Sunday, October 17, 2010

Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia.


Kesedaran masyarakat penting bagi menjaga minda masing-masing agar tiada kecelaruan mental. Kecelaruan mental seperti stres, anxieti dan kemurungan boleh menjadi pemula kepada penyakit mental. Justeru, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah mengambil initiatif untuk memberi kesedaran kepada masyarakat melalui sambutan Hari Kesihatan Mental sedunia hari ini di Muzium negeri Terengganu. Di antara program yang diatur adalah, senam robik, berjalan kaki, jom berbasikal, demo teknik relaksasi dan forum. Forum telah disempurnakan oleh Prof Che Hasanah, Pensyarah HUSM, Datin Dr Zil Falillah, FMS Kuala Dungun dan Dr Khairul Azmi, Pakar Neurologi HSNZ. Forum tersebut dipengerusikan oleh Dr Khairi Che Mat, Pakar Psikiatri HSNZ.

Sunday, October 17, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Saturday, October 02, 2010

Pendidikan Seks: Guru sebut "anu" enggan sebut namanya???


|

Satu agenda terancang agar pendidikan seks dipaksa untuk diajar disekolah-sekolah bahkan seawal 9 tahun. Ia bukan hanya desakan dinegara kita bahkan Negara-negara diseluruh dunia apatah lagi Negara-negara umat Islam yang dianggap masih lagi terkongkong dengan pengajaran agama dan budaya mereka. Yang terbaru desakan terhadap Negara di nusantara. Fillipina telah membuat keputusan untuk melaksanakannya berbanding Indonesia. Tapi apa tindakan Malaysia.
Filipina Uji Coba Pendidikan Seks di Sekolah

Manila: Murid sekolah rendah dan menengah Filipina bakal diajarkan pendidikan seks mulai tahun ini. Demikian dikatakan Wakil Menteri Pendidikan Teresita Inciong di Manila. Beliau menjelaskan, pendidikan seks ini akan diintegrasikan dalam mata pelajaran sekolah dan projek ini di keluarkan dananya oleh pihak PBB.
"Pada tahap awal ini pendidikanseks akan diuji di 80 sekolah rendah dan 79 sekolah menengah yang dimulai dari pelajar kelas lima berusia 11 hingga 12 tahun," ujar Inciong.
Sementara itu juru cakap Persatuan Gereja Katolik, Monsignor Pedor Qitorio menentang usaha tersebut kerana berpendapat pendidikan seks harus menjadi tanggung jawab utama orangtua. Pendidikan seks hanya akan menyebabkan perlakuan seks diluar nikah akan berleluasa semenjak usia muda lagi.

Baca lagi...

Saturday, October 02, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Nostalgia Ijtimak Antarabangsa Gerakan Islam Sedunia


Sekitar 1992-93 sempat saya menghadiri satu Ijtimak Antarabangsa Gerakan Islam Sedunia di Rusila Terengganu. Waktu itu saya baru di bangku universiti. Itjimak tersebut telah mencetus fenomena baru dalam gerakan jemaah Islam seluruh dunia. Kita bersatu atas satu wadah iaita menegakkan kalimah Allah ditempat yang setingginya. Hari ini Ijtimak Tarbawi telah dan akan berlangsung dari 1 hingga 3 Oktober. Ijtimak yang mengembalikan nostalgia saya kepada peristiwa hampir lebih 15 tahun yang lalu.

Saturday, October 02, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Wednesday, September 15, 2010

Menjunjung kasih kebawah duli Tuanku atas Pemasyhuran sebagai Al Sultan Kelantan


Saya sebagai rakyat jati negeri Kelantan menjunjung kasih kebawah duli tuanku Sultan Faris kerana pemasyhuran sebagai Sultan Kelantan yang baru. Semoga dengan pemasyhuran ini akan menambahkan lagi keamanan dan kesejahteraan rakyat Kelantan secara keseluruhannya.

Wednesday, September 15, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Tuesday, September 14, 2010

Hukum Balas Balik kepada si pembunuh memang Padan


Berita yang mengejutkan semua rakyat Malaysia. Datuk Sosilawati yang dikatakan ditemui terbunuh dengan cara yang kejam.Sanggup si pembunuh melakukan seperti sedemikian sehingga lupa batasan sebagai seorang manusia. Kalau betul suspek yang ditangkap itu mengaku dan menjadi pembunuhnya, apakah hukuman yang paling layak untuk mereka terima? Bagi kita yang bukan ahli keluarga Datuk Sosilawati dan 3 orang yang turut dibunuh, selayaknya bagi si pembunuh dihukum bunuh juga. Itulah selayaknya. Dan itulah yang dinyatakan dalam Al Quran. Hukum pembunuh adalah bunuh balik. Inilah namanya hukum Qisas, salah satu hukum hudud yang perlu kita perjuangkan bagi menjamin keselamatan setiap orang dinegara kita ini.
Di negara kita bukan sahaja pembunuhan berlaku dengan kejam, perzinaan juga berlambak, rogol juga bertimbun. bukan itu saja kes kecurian berleluasa, rompakan disana sini. Ini amat menggerunkan kita sebagai rakyat jelata ini. Bilakah hukum yang selayaknya akan dijalankan di negara kita ini?

Tuesday, September 14, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Monday, September 13, 2010

Mesra Eidulfitri MSK 2010


Pada hari raya ke 3 lepas saya telah dijemput oleh Markaz Siswazah Kelantan (MSK) dan Kerajaan Negeri Kelantan untuk mengisi slot Talk Show di Balai Islam Lundang. Topik yang dibincangkan berkaitan dengan landskap gejala sosial masa kini dan peranan mahasiswa sebagai  agen perubah masyarakat. Saya begitu bertuah kerana saya telah digandingkan dengan sdr Amin Idris (pakar Motivasi) yang terkenal dalam talk show tersebut.  Dalam masa yang sama turut hadir menghadiri Mesra Eidul fitri ialah Sdr Fadzli Yusof, pakar motivasi idola anak saya.
Mesra Eidul Fitri tersebut telah disempurnakan oleh YAB Tuanguru Hj Nik abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.

Monday, September 13, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Tuesday, September 07, 2010

Kempen Derma Darah bersama Tabung Darah Hospital Sultanah Nurzahirah


Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu pada tahun ini meneruskan lagi kebajikan tahunannya dengan mengadakan kempen derma darah. Kempen ini adalah kerjasama dari Unit Tabung Darah HSNZ dan Masjid-masjid terpilih sekitar Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang. Bermula dengan Masjid Pengadang Baru (15 Ogos 2010) dan diikuti dengan Masjid Taqwa Batu Enam (24 Ogos 2010), Masjid Titian Baru (26 Ogos 2010), Masjid Wakaf Tembesu (28 Ogos 2010) dan Masjid Rusila (4 Ogos 2010) Setakat ini sejumlah melebihi 150 pint darah telah dapat dikumpulkan. Satu lagi Masjid yang dalam perancangan untuk kempen ini adalah Msjid Kg Batin, Seberang Takir pada 7 Ogos 2010 nanti. Orang ramai dijemput hadir bagi menderma.
link Yayasan amal Malaysia Cawangan Terengganu

Tuesday, September 07, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Thursday, September 02, 2010

Kembara ramadhan Pusat Dakwah Serantau (PDS) 1431H ke Terengganu


Kembara ramadhan pelajar dari pusat dakwah serantau ke Terengganu bermula hari ini hingga 4 sept nanti. Program pertama adalah lawatan sambil belajar ke Qudqi

Thursday, September 02, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Friday, August 20, 2010

Kelas Bahasa Arab di teruskan


Alhamdulillah, kerana diberi ALlah Kudrat dan InayahNya mengikuti kelas Bahasa Arab di Institut Quran, Padang Midin.

Friday, August 20, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Wednesday, August 18, 2010

AMAL Malaysia Akan Hantar Misi Bantuan Kemanusiaan ke Pakistan


 13 Ogos 2010, Jumaat - Banjir yang luar biasa yang melanda Pakistan beberapa hari lalu telah mengakibatkan kemusnahan dan kehilangan nyawa akibat bencana tersebut.

 

Susulan dari itu, Yayasan Amal Malaysia (AMAL Malaysia) akan menghantar Pasukan Medik seramai 4 orang yang akan di ketuai oleh Dr Abd Rani Osman, Naib Presiden 2 AMAL Malaysia ke tempat bencana bagi membantu mangsa-mangsa banjir tersebut. Pasukan Medik ini akan bertolak pada hari Sabtu esok 4 Ramadhan 1431H.

 

Lebih 15 Ribu penduduk Pakistan sedang sengsara dengan kemusnahan akibat banjir tersebut. Oleh itu, dengan bantuan yang kecil dari pihak AMAL Malaysia ini bersama-sama sumbangan dari rakyat Malaysia yang prihatin serta sumbangan di bulan ramadhan ini akan mengurangkan beban yang di tanggung oleh mangsa-mangsa banjir tersebut. Semua sumbangan boleh di salurkan kepada akaun Maybank Yayasan Amal Malaysia: 553010122090. Sila SMS maklumat sumbangan anda ke 019-3422151 (Dr Rani) atau 019-9831927 (Hj Zaman).

Wednesday, August 18, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Saturday, August 14, 2010

Puasa dari Perspektif Kesihatan


Dalam dua siri ceramah saya diberi peluang untuk berkongsi pengalaman. Satu di Pejabat Agama Daerah Dungun dalam program Bicara Ramadhan dan yang terbaru di Pejabat Kesihatan Daerah Marang. Tajuk yang disampaikan adalah agak relevan dengan diri ini sebagai Pakar Perubatan Keluarga iaitu Puasa dari Perspektif Kesihatan. Beriku saya kongsikan untuk menjadi bahan panduan pengunjung sekalian slide ceramah tersebut.
Puasa Mengikut Perspektif Islam Dalam Kesihatan_PDF

Saturday, August 14, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Friday, August 13, 2010

Nilaian Ibadah Puasa Kita


Bulan Rahmat, Pengampunan dosa dan dijauhkan dari api Neraka.
Selamat datang ya Ramadhan. Itulah perkataan yang selalu disebut, malah terpampang dikain-kain rentang dimasjid-masjid. Persiapan menyambut Ramadhan diadakan sebegitu rupa demi satu bulan yang ditunggu oleh sekalian umat. Apakah persiapan diri kita?
Nilaian ibadah puasa yang kita lakukan akan diberi ganjaran sendiri oleh Allah. Ini jelas disebut dalam satu hadis Qudsi riwayat Bukhari.
"Setiap kebajikan dibalas dengan sepuluh hingga tujuh ratus kali ganda, melainkan puasa bahawasanya ia bagiKu dan Aku yang membalasnya."
Justeru, kita melakukan apa jua ibadah termasuk puasa dengan sebaik-baiknya bagi mencapai ganjaran itu. Tiga syarat utama bagi mencapai ganjaran itu, pertama, Ubudiyyah (Ibadah), Masuliyyah (Tanggungjawab) dan Itqan (Bersungguh-sungguh)- ringkasannya UMI. Di sini saya bawa satu analogi bagi kita lebih memahami konsep UMI ini.
Suatu hari saya yang keletihan pulang dari kerja ke rumah, teringin makan gulai ayam masak merah, masakan isteri tercinta. Lalu menyatakan hasrat itu kepada isteri yang juga keletihan melakukan kerja rumah seharian. Apa yang terfikir olehnya hanya masakan segera saja seperti mee mamat kicap tanpa sayur. Tapi apakan daya, permintaanku cukup mendesak kerana sudah lama tidak makan masakan sesedap itu. Lantas, dengan hati yang bergerutu, si isteri masuk ke dapur, meluru ke peti ais dan mengeluarkan ayam beku. Ayam tadi dicairkan ala kadar, dikerat tak ikut saiz, dibasuh dan dilemparkan dalam kuali sambil mongomel atas permintaanku yang tak kena waktu itu. Rempah ratus, gula garam dan perisa masukkan ikut rasa hati yang geram itu. Masaklah gulai ayam masak merah itu dengan seadanya.
‘Bang, gulai dak masak dah…makanlah..seolah memerli.’
‘mana?’ sahutku.
‘tu..dalam kuali’ dengan nada yang masih panas.
Makanlah daku gulai ayam masak merah, penangan isteri tercinta, walaupun tidak beralaskan pinggan arcopal dari China.
Situasi kedua pula, selang waktu lain, setelah balik dari rumah, saya menyatakan hasrat berkeinginan yang tinggi untuk makan gulai ayam masak merah. Tapi kali ini saya nyatakan kepada Cik Mas, pembantu rumah Indonesia.
‘Bapak terasa teringin sangat masakan gulai ayam masak merah masakan Mas, boleh tak sediakan?’
‘Bisa diatur pak’. Sambil senyum manis meleret.
Lantas dengan pantas, Mas masuk dapur, buka peti ais, keluarkan ayam beku dan letakkan dibawah aliran air paip panas supaya mencair. Tunggu betul-betul cair. Kemudian dikerat ayam itu dengan teliti supaya potongannya sesuai dengan rempah. Di masukkan dalam kuali dan dicampurkan dengan ramuan mengikut sukatan sepertimana yang dipelajari dalam buku-buku resepi. Di adun dengan pengalaman dan suasana ceria dapur. Setelah masak, diletakkan ayam masak gulai tadi atas pinggan arcopal China. Dihiasi dengan salad, belahan bawang serta lada sayur yang direndam gula supaya kembang. Wah menggiurkan.
Cuba kita bandingkan dalam dua situiasi tadi, tanpa melihat siapa si pembuatnya, gulai ayam masak merah yang mana satu boleh memecah selera kita? Sudah pasti yang kedua kerana ianya dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan menepati apa yang telah termaktub dalam buku-buku resepi.
Begitu juga dengan ibadah yang kita lakukan. Jika kita melakukan dengan bersungguh-sungguh dan mengikut salur galur seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW, maka kita akan memperolehi matlamat akhir ibadah yang juga menggiurkan.
Selamat berpuasa.

Friday, August 13, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Thursday, August 05, 2010

Pemakanan Tamb


Thursday, August 05, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Wednesday, August 04, 2010

Hari Terakhir Audit ISO Sirim di PKD Marang


Hari ini adalah hari terakhir Audit Sirim di PKD Marang. Juru Audit Sirim diketuai oleh Puan Rini dan Pakar Teknikal oleh Dr Mohd Azahar

Wednesday, August 04, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Friday, July 30, 2010

14th Family Medicine Specialist Scientific Conference


Annual scientific conference for primary care start today. Energetic plenary lecture 1 given by Dr Safurah Jaafar

Friday, July 30, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Wednesday, July 28, 2010

Ceramah Dilema Perokok dan kebaikan Berhenti Merokok


Kempen Kebersihan dan Keselamatan Makanan serta Nafas Baru Ramadhan Peringkat JKNT telah dilancarkan hari ini. Saya diberi peluang untuk menyampaikan satu ceramah bertajuk Dilema Perokok dan Kebaikan Berhenti Merokok.
Slidenya:
Dilema Seorang Perokok_PDF
Halwa Telinga:

Wednesday, July 28, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Friday, July 23, 2010

Ceramah motivasi Remaja: Anda Bijak Jauhi Zina



Sekali lagi pihak Nisa menjemput saya menyampaikan ceramah motivasi remaja. Kali ini Nisa Kuala Terengganu mengambil tugasan untuk berbakti. Program berjalan di dewan Sekolah Kebangsaan Gong Kapas. Seramai lebih dari 170 orang remaja hadir dalam sesi ceramah tersebut. Lebih memberangsangkan lagi sesi tersebut diserikan dengan kehadiran Ybhg Ustaz Hagia Sofia. Beliau sudi mencemar duli berganding bahu dengan saya menyampaikan Ceramah motivasi tersebut. Modul awal Sayangi Diri-Anda Bijak Jauhi Zina telah saya ubuh suai bersesuaian dengan target pelajar. Saya mengharapkan semua peserta mendapat manfaat dari ceramah motivasi yang kami sampaikan. Saya juga mengharapkan Nisa seluruh kawasan dinegeri Terengganu menjalankan aktiviti seumpama ini. Contohilah Nisa Seberang Takir dan Kuala Terengganu. Saya juga mengharapkan teguran dari mana-mana pihak bagi memperbaiki modul Sayangi Diri-ABJZ ini.

Friday, July 23, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Thursday, July 22, 2010

Peranan Anggota Kesihatan dalam Menjaga Ibadah Pesakit


Saya telah dijemput oleh pihak pentadbiran Hospital Dungun bagi menyampaikan ceramah bertajuk Peranan Anggota Kesihatan dalam Menjaga Ibadah Pesakit. Program tersebut adalah salah satu program kesedaran setiap anggota bagi menjaga kebajikan pesakit, terutama sekali mengenai kewajiban mereka melakukan ibadah wajib.
Sebelum kita sebagai anggota kesihatan memberi penerangan mengenai tatacara melakukan ibadah semasa sakit, ilmu perlu ditimba berkaitan kaedah dan hukum melakukan ibadah semasa sakit. Ceramah yang saya sampaikan berkisar mengenai konsep ibadah dalam Islam dan beberapa peranan kita sebagai anggota kesihatan dalam merawat pesakit. Berikut adalah powerpoint semasa ceramah tersebut. Semoga mendapat manfaat.

Thursday, July 22, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Tuesday, July 20, 2010

Malam Puisi Kemanusiaaan Gaza.


20hb Julai 2010. Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu dijemput untuk memeriahkan majlis malam puisi Kemanusiaaan Gaza yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Dalam masa yang sama Amal Terengganu menerima sumbangan dari pelajar-pelajar dan warga kerja UMT. Artis jemputan pada malam tersebut adalah kumpulan Raihan.

Tuesday, July 20, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Wednesday, June 30, 2010

Ceramah Minda Sihat kepada pegawai Eksekutif Kerajaan Negeri Terengganu


Hari ini telah mencatat satu sejarah baru dalam diari kehidupan kerana diberi peluang untuk menyampaikan sedikit pengalaman mengenai kempen minda sihat. Kumpulan sasarannya adalah pegawai eksekutif Kerajaan Negeri Terengganu.
Selepas sesi ceramah, para peserta diberi kaunseling secara kumpulan mengenai penjagaan kesihatan mereka. Turut serta sebagai pakar perunding sesi kaunseling adalah Dr Kamilah Mohammad, FMS KK Bukit Payung dan Dr Azlin Amat, FMS KK Kuala Berang. Program ini juga diselitkan dengan penerangan mengenai aktiviti fizikal yang telah dikendalikan oleh Dr Rohayaty Muda, Pakar Kesihatan Awam merangkap Pegawai Kesihatan Daerah Setiu. Taklimat pemakanan juga mendapat minat peserta yang telah di sampaikan oleh En Nazli Suhardi, PZM Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.
Dr Mohammad Jusoh telah memulakan aturcara ceramah dengan menyampaikan tajuk Penilaian Kesihatan dan penyakit-penyakit cardiovascular.
Posted by Picasa

Wednesday, June 30, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Tuesday, June 22, 2010

Sekalung Pesanan Buat Puteri-puteriku



Bicara hati seorang ayah...

Puteriku..
Benarlah bahawa lelakilah yang memulai langkah pertama dalam lorong dosa, tetapi bila engkau tidak setuju, lelaki itu tidak akan berani, dan andai kata bukan lantaran lemah gemalaimu, lelaki tidak akan bertambah parah. Wanitalah yang membuka pintu, seolah kau katakan kepada si pencuri itu : silakan masuk, silakan...
Apabila ia telah mencuri, engkau berteriak : Pencuri! Tolong..tolong..! Saya dicuri!

Demi Allah, dalam khayalan seorang pemuda tak melihat gadis kecuali gadis itu ditelanjangi pakaiannya.

Demi Allah begitulah, jangan engkau mudah percaya apa yang dikatakan lelaki, kebanyakan mereka tidak akan melihat gadis kecuali akhlak dan budi bahasanya. Ia akan berbicara kepadamu sebagai seorang sahabat. Demi Allah ia telah berbohong!

Senyuman yang diberikan pemuda kepadamu, kehalusan budi bahasa dan perhatiannya, semua itu tidak lain hanyalah merupakan perangkap rayuan. Setelah itu apa yang terjadi?

Kalian berdua sesat berada dalam kenikmatan, kemudian engkau ditinggalkan dan selepas itu selamanya akan merasakan penderitaan akibat kenikmatan itu. Si lelaki akan mencari mangsa lain untuk diterkam kehormatannya, dan engkaulah yang menanggung beban kehamilan. Jiwamu menangis, keningmu tercoreng, hidupmu berkubang dalam kehinaan dan keaiban, masyarakat tidak akan mengampunimu.

Puteriku...
Cita-cita wanita tertinggi adalah perkahwinan. Bagaimana tinggi pun status sosial kejayaan, karier, populariti, prestasinya, namun sesuatu yang paling agung dan sangat diinginkannya adalah menjadi isteri dan ibu yang baik kepada sebuah rumah tangga yang bahagia.

Tidak ada seorang pun lelaki yang mahu menikahi pelacur, sekalipun ia lelaki hidung belang. Apabila akan berumahtangga ia tetap akan memilih wanita yang baik, kerana ia tidak rela suri rumahtangganya dan ibu kepada putera dan puterinya adalah seorang wanita yang tidak baik.

Puteriku..
Puteriku yang beriman dan beragama! Puteriku yang terhormat dan terpelihara, ketahuilah bahawa yang menjadi korban semua ini bukan orang lain terkecuali engkau.

Oleh kerana itu, jangan berikan diri kalian semudah itu. Sesungguhnya kemuliaan yang tercela tidak akan kembali, martabat yang hilang tidak akan dapat ditemui kembali.

Inilah nasihatku padamu, puteriku. Inilah kebenaran. Sedarilah bahawa di tanganmulah kunci pintu perbaikan. Bila diri kalian diperbaiki, dengan demikian umat pun akan menjadi baik.

Kehormatanmu terletak di tanganmu. Keruntuhan akhlakmu juga di tanganmu

Sumber : Diubahsuai daripada majalah SOLUSI ~Memo : Wahai Puteriku~

Tuesday, June 22, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Sihir Piala Dunia 2010


Siapa tidak tahu kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang sedang berlangsung sekarang? Dari kanak-kanak hinggalah ke warga emas, baik lelaki mahupun wanita, tanpa mengira keturunan, pangkat, kaya atau papa, boss atau drebar, baik mereka yang tinggal di singgahsana kekuasaan yang serba mewah mahupun mereka yang tidur hanya beratapkan langit, baik mereka yang tinggal di negara maju mahupun mundur, malah tidak keterlaluan jika dikatakan hampir kesemua penduduk bumi tahu akan kejohanan yang berlangsung empat tahun sekali ini. Begitulah hebatnya Piala Dunia, ibarat sihir yang memukau seluruh manusia! Apa yang menyedihkan kita ialah terdapat begitu ramai dari kalangan umat Islam yang turut terkena sihir ini. Berapa ramai yang matanya terpaku di depan televisyen dan lidah mereka akan dibasahi dengan 'zikir' bola sepak setiap pagi, petang dan malam. Setiap Muslim pencinta bola tidak leka dan lalai dari mengetahui perkembangan perlawanan. Rasanya tidak afdhal jika tidak berbicara tentang bola di dalam setiap pertemuan dengan kawan-kawan.

Piala Dunia yang berlangsung 11 Jun - 11 Julai 2010 ini telah menjadi satu magnet besar yang yang dapat menarik perhatian sebahagian besar penghuni planet bumi. Tidak hanya itu, Piala Dunia ini telah berjaya mengubah 'pola hidup' manusia di mana secara sedar atau tidak, mereka akan menyesuai atau'melaraskan' jadual hidup mereka dengan kejohanan tersebut. Paling tidak, dalam sebulan ini, ramai penduduk dunia akan mengubah pola menonton televisyen, termasuk mengubah pola tidur, pola perbelanjaan dan pola perbincangan. Malah ramai yang tidak berpuas hati jika hanya menonton di rumah. Mereka sanggup ke kedai atau ke mana-mana tempat yang ada skrin besar dan menontonnya beramai-ramai untuk 'merasakan' suasana dan aura perlawanan umpama berada di stadium.

Dari segi sejarah, bola sepak Piala dunia pertama kali dicetuskan pada 26 Mei 1928 di Amsterdam. Sebelumnya bola sepak hanya dipertandingkan di sukan olimpik. Piala Dunia pertama berlangsung di Uruguay pada 13-30 Julai 1930. Presiden FIFA pada waktu itu, Jules Rimet, berharap pertandingan antara negara ini dapat mencipta perdamaian dunia. Kejohanan pertama itu disertai oleh 13 buah negara yakni Amerika Syarikat, Perancis, Romania, Belgium, Yugoslavia, Argentina, Chile, Mexico, Brazil, Bolivia, Uruguay, Peru dan Paraguay yang kesemuanya adalah negara non-muslim. Tuan rumah Uruguay keluar sebagai juara setelah mengalahkan Argentina dengan 4-2 di perlawanan akhir yang melayakkan negara tersebut memperolehi trofi Jules Rimet Cup yang bertatahkan emas. Semasa Perang Dunia II, kejuaraan ini terhenti selama 12 tahun. Ia dimulai kembali pada tahun 1950 di Brazil. Pada tahun 1970 di Mexico, FIFA telah memutuskan untuk Brazil menyimpan piala Jules Rimet kerana berjaya menjadi negara pertama yang menjuarai kejohanan itu sebanyak 3 kali iaitu pada 1958, 1962 dan 1970. FIFA kemudian membuat trofi dunia yang baru dengan menggunakan emas 18 karat dengan ketinggian 36cm dan berat 4.97kg, yang menjadi rebutan hingga sekarang. Piala ini tidak boleh disentuh oleh sesiapa pun kecuali oleh negara pemenang. Untuk menghiburkan masyarakat dunia, replikanya telah dibuat dan diusung mengelilingi dunia setiap kali acara itu menjelang. Piala ini bak berhala yang didewakan oleh masyarakat dunia, khususnya pencinta bola sepak.

Sihir Bola Sepak

Piala Dunia ibarat sebuah sihir yang nyata. Gara-gara bola, ramai orang boleh lupa akan penderitaan diri sendiri, apatah lagi penderitaan orang lain. Setidak-tidaknya buat sementara waktu segala penderitaan seolah-olah tiada dan tidak pernah ada. Mereka tidak peduli lagi dengan isu-isu yang berlaku di luar bola. Kalau ada pun yang peduli, jumlahnya hanya sedikit sahaja. Sihir bola sepak merasuk jauh ke dalam diri manusia sehingga ke peringkat wujudnya manusia yang meng'agama'kannya. Di beberapa negara Eropah, kaum Nasrani enggan datang ke gereja. Mereka lebih rela pergi ke stadium menonton pertandingan walaupun harus membayar mahal untuknya. Kita juga sering mendengar berapa ramai dari umat Islam yang 'lebih redha' menonton bola dan sanggup meninggalkan solat kerana tidak mahu terlepas perlawanannya. Para pemain bola sepak telah menjadi 'Tuhan' baru bagi sesetengah manusia. Ada penggila bola sampai ke tahap memuja bintang bola sepak mereka melebihi segala-galanya. Di Argentina sebagai contoh, pemuja Diego Maradona mendirikan Gereja Maradona Iglesia Maradoniana. Maradona telah dianggap sebagai 'Tuhan'. Dan diberitakan bahawa pengikut 'agama' Maradona ini mencapai 15 ribu orang di seluruh dunia. Agama yang didirikan pada 30 Oktober 1998 –hari lahirnya Maradona- ini memiliki kitab suci mereka sendiri iaitu buku biografi Maradona dan '10 Perintah Tuhan' ala mereka sendiri. Salah satu perintah tersebut adalah kewajipan untuk mencantumkan nama Diego kepada anak-anak mereka. Iglesia Maradoniana mempunyai tarikh keramat mereka sendiri yang dimulai dari tahun 1960 iaitu tarikh lahirnya bintang bolasepak dunia tersebut. Bagi mereka, tahun 2010 adalah sama dengan tanggal 50 AD (After Diego). Nombor 10 milik Maradona, dianggap bukan sekadar angka semata-mata, tetapi Diego 10's, jika diolah akan menjadi D10S (dios) yang dalam bahasa Sepanyol bermaksud 'Tuhan'.

Sihir bola memang luar biasa. Dahulu pemain Argentina Lionnel Messi disamakan dengan Jesus, kerana jasanyalah Barcelona telah mengalahkan Arsenal. Yang menyamakannya tidak lain adalah pelatih Argentina sendiri, Diego Maradona. Di kalangan umat Islam, sihir bola sepak telah berjaya memukau para pengusaha Arab yang berlumba-lumba membeli kelab bola sepak. Mereka rela menghamburkan wang mereka berbilion-bilion hanya untuk membeli sebuah kelab bola sepak. Syeikh Mansour membeli Manchester City dengan harga RM1 billion. Suliman al-Fahim membeli Portsmouth sebanyak RM353 juta. Dan dilaporkan bahawa Putera Faisal bin Fahd bin Abdullah dari Saudi berniat membeli Liverpool dengan nilai RM1.84 billion. Sungguh ironi keadaan ini, di saat umat Islam menderita di seluruh dunia, para Kapitalis ini sibuk menghamburkan harta kepada suatu yang sia-sia. Masyarakat Arab bertambah gila bola sejak masuknya Arab Saudi ke pusingan akhir Piala Dunia 1998. Stadium-stadium bola sepak di negara Arab selalu penuh dengan penonton dengan masing-masing mempunyai kelab kesukaan (favourite club) masing-masing. Sungguh mengaibkan kerana terdapat banyak peristiwa di mana pengulas perlawanan bola melaungkan takbir 'Allahu Akbar' ketika pemain membuat jaringan, walaupun penjaring gol itu adalah orang kafir!

Kapitalisme Di Sebalik Piala Dunia

Kali ini (2010), giliran Afrika Selatan pula untuk menjadi tuan rumah kepada sukan bola sepak terbesar dunia ini. Sekali fikir, sungguh aneh bagaimana negara semiskin Afrika Selatan boleh terpilih untuk menjadi hos kepada temasya berprestij ini. Dari segi infrastruktur, sebenarnya Afrika Selatan masih belum siap. Negara itu termasuk negara penghutang yang besar, tapi kenapakah negara paling selatan itu berhasil menjadi penyelenggara kejohanan besar empat tahun sekali ini? Untuk menjayakan Piala Dunia yang pertama di benua Afrika ini, Afrika Selatan mesti menyediakan 10 buah stadium sedangkan yang sedia ada hanya lima buah, itupun tidak memenuhi syarat dengan pelbagai kekurangannya. Mahu tidak mahu, lima buah stadium baru terpaksa dibina dan yang sedia ada diperbaiki. Kos keseluruhannya mencecah berbillion dolar. Soccer City Stadium sahaja melebihi RM1.4 billion. Justeru, bagaimana hal ini boleh dijayakan jika tidak adanya campurtangan dari para Kapitalis? Semua tahu bahawa Afrika Selatan masih berada di bawah bayang-bayang Barat. Walaupun majoriti penduduk negara itu adalah berkulit hitam, namun yang menguasainya adalah kulit putih. Melalui tangan Kapitalis global berkulit putih inilah kesemua rancangan dapat disiapkan sebagaimana dirancang. Dalam waktu dua tahun, semua stadium berjaya disiapkan. Para pekerja kulit hitam dikerah bekerja siang dan malam sehingga terjadi mogok yang melibatkan lebih kurang 70,000 pekerja kerana tidak berpuas hati dengan jumlah gaji yang diterima berbanding jam kerja yang melampau.

FIFA selaku organisasi bola sepak dunia adalah dalang (mastermind) kepada semua perkara. Boleh dikatakan semua perkara yang melibatkan piala dunia ini tidak boleh dilakukan kecuali dengan izin FIFA. "FIFA adalah satu-satunya pihak yang yang meraih untung dari Piala Dunia", keluh Grant Abramhamse, seorang pengusaha rantai kunci (keychain) yang ingin mengeluarkan rantai kunci khas Pila Dunia namun tidak dibenarkan FIFA untuk menjual produknya kerana dikatakan bertentangan dengan hakcipta. Sebuah headline media setempat menulis judul besar "Welcome to the Republic of FIFA" (Selamat datang ke Republik FIFA) sebagai bentuk perli yang menggambarkan kekecewaan warga Afrika yang merasakan badan bola sepak dunia itu telah memegang kendali (kuasa) atas segala yang berkaitan dengan Piala Dunia. FIFA mendapat hak memerintahkan pemberhentian segala produk yang berlambangkan Piala Dunia. Di samping mengurus pemasaran, kesemua sembilan buah kota di Afrika di mana berlangsungnya kejohanan, diwajibkan terikat dengan peraturan FIFA yang mengatur segala aktiviti termasuk di luar stadium. Dilaporkan bahawa badan bola sepak gergasi itu telah mengajukan 451 kes dakwaan pelanggaran pemasaran, mulai dari industri penerbangan hinggalah ke produk gula-gula. FIFA memberi alasan bahawa ini adalah usaha untuk melindungi penaja rasmi  yang telah membenamkan modal mereka untuk mendapat hak eksklusif Piala Dunia.

Ketua Eksekutif Piala Dunia 2010, Danny Jordaan menjangkakan bahawa FIFA akan memperolehi keuntungan sebesar USD3.5 bilion dari Piala Dunia kali ini. Keuntungan juga akan dikaut oleh rakan niaga FIFA mulai dari syarikat penerbangan rasmi, hak penyiaran rasmi, hotel rasmi dan lain-lain penaja besar rasmi lagi. Pengeluar alatan sukan Adidas misalnya dijangka mengaut keuntungan USD1.7 bilion, demikian pula dengan Nike, Puma dan Umbro yang dikatakan bakal mengaut nilai yang hampir sama. Tidak sekadar itu, keuntungan juga bakal dikaut oleh syarikat pengeluar kondom. Ini kerana, pemerintah Afrika Selatan memerlukan sejuta kondom kerana sekitar 40 ribu pelacur dijangka akan 'hadir' sama bagi memeriahkan temasya. Ini belum lagi termasuk pengeluar minuman keras yang bakal meraih keuntungan yang mungkin jauh lebih besar. Apatah lagi 'pengusaha' judi yang bakal menjadi juara dalam meraih keuntungan yang paling besar, bukan sahaja di Afrika, malah di seluruh dunia. Pasar judi di Britain sahaja mengharapkan dapat meraih lebih 1 bilion pound sterling. Hatta di Malaysia pun, para Kapitalis judi, dan kerajaan judi Malaysia akan mendapat keuntungan besar dengan 'usaha baik' Kementerian Kewangan yang telah menghalalkan judi bola di sepanjang kejohanan Piala Dunia ini. Pendek kata, yang menjadi juara di dalam Piala Dunia sebenarnya adalah para Kapitalis!

Sukan Menurut Islam

Suatu hal yang kita dapat menduga akan berlaku di sepanjang berlangsungnya Piala Dunia ini adalah, bukan hanya akan terjadi perlawanan bola sepak semata-mata, malah yang jauh lebih besar dari itu, akan terjadinya kemaksiatan dan 'kesyaitanan'. Judi, arak, pelacuran, perzinaan dan sebagainya akan menyelebungi bumi Afrika Selatan itu. HIV/AIDS mungkin akan meningkat berlipat kali ganda memandangkan fakta bahawa Afrika Selatan sememangnya tergolong dalam negara dengan pengidap HIV/AIDS terbesar di dunia. Dari sisi politik, kejohanan bola sepak Piala Dunia ini merupakan usaha sistematik puak kuffar untuk meningkatkan lagi fanatisme assabiyyah (kebangsaan) dan wathaniyyah (patriotisme). Penduduk sesebuah negara pastinya akan menyokong negara mereka dengan perasaan yang membuak-buak mengharapkan kemenangan negaranya dan mereka akan merasa sedih, malah ramai yang tidak akan segan silu menangis dan meratap jika negaranya kalah. Sesungguhnya tidak ada keuntungan yang diperolehi oleh umat Islam dari bola sepak, baik Piala Dunia atau piala lainnya, kecuali 'kepuasan sementara'. Malah sebenarnya boleh terjadi kerugian darinya kerana ternyata banyak masa dan tenaga umat Islam dicurahkan untuk bola. Ramai di kalangan umat Islam yang sanggup menghabiskan masa berjam-jam untuk menyaksikan perlawanan bola, masa yang sama yang tidak sanggup digunakan untuk hadir di kelas-kelas agama. Ramai yang sanggup berjaga atau bangun malam untuk menghadap bola sepak, hal yang sama tidak sanggup dilakukan untuk bertahajud menghadap Allah.

Bola sepak merupakan suatu permainan atau 'lahwun'. Lafaz lahwun terdapat di dalam Al-Quran dan Al-Hadis. Rasulullah SAW bersabda,

"Hendaklah kalian sentiasa berlatih memanah kerana ia merupakan sebaik-baik lahwun" [HR Al-Bazzar & At-Thabrani].

Lahwun di sini membawa maksud permainan. Dalam Islam, sukan termasuk lahwun yang diperbolehkan selama mana tidak ada unsur haram di dalamnya. Kebolehan ini juga dibatasi selama mana tidak mengakibatkan tertinggalnya suatu kewajipan. Manakala jenis sukan yang dianjurkan oleh Islam adalah sukan yang tujuannya membina setiap Muslim untuk menjadi seorang mujahid (ahli jihad) misalnya berkuda, memanah, menembak, merejam lembing, renang, lari, seni mempertahankan diri dan seumpamanya. Sabda Rasulullah SAW,

"Setiap permainan di dunia ini adalah batil kecuali tiga perkara: memanah, menjinakkan kuda dan bermain dengan isteri" [HR al-Hakim].

Yang dimaksudkan dengan batil di sini ialah sia-sia atau yang seumpamanya, yang tidak berguna serta tidak menghasilkan buah yang dapat dipetik [lihat Al-Muwaafaqaat, Jilid l, m/s 84].

Dalam hal ini, Imam As-Syathibi menyatakan, "Hiburan, permainan dan bersantai adalah mubah (boleh) asal tidak terdapat suatu perkara yang terlarang." Selanjutnya beliau juga menambahkan, "Namun demikian, perkara tersebut tercela dan tidak disukai oleh para ulama. Bahkan mereka tidak menyukai seorang lelaki yang dipandang tidak berusaha untuk memperbaiki kehidupannya di dunia dan tempat kembalinya di akhirat kelak, kerana ia telah menghabiskan waktunya dengan berbagai macam kegiatan yang tidak mendatangkan suatu hasil duniawi atau ukhrawi."

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Di sebalik Piala Dunia yang berlangsung sekarang, dengan melihat apa yang berlaku, kita sesungguhnya tidak dapat menolak bahawa terdapat kelicikan Barat di balik semua ini. Selain usaha menguasai dunia, mereka menginginkan agar masyarakat dunia, khususnya umat Islam terus lena dengan pelbagai pesta, pesta bola, pesta arak, pesta zina, pesta judi dan bermacam-macam lagi pesta kemaksiatan yang muncul seiring dengan kejohanan bola sepak. Setidak-tidaknya, ini adalah salah satu protokol yang tertulis di dalam Protokol Zionis walaupun ada pihak yang mempertikaikan kesahihannya. Tokoh Yahudi, Samuel Zwemer dalam Persidangan Misi Zionis di Jerusalem pada 1935, dalam ucapannya menegaskan, "Misi utama kita bukanlah menjadikan orang-orang Islam bertukar agama menjadi Kristian atau Yahudi, tetapi cukuplah dengan menjauhkan mereka dari Islam...Kita jadikan mereka sebagai generasi muda Islam yang jauh dari Islam, malas bekerja (untuk Islam), suka berfoya-foya, senang dengan segala kemaksiatan, memburu kenikmatan hidup dan orientasi hidupnya semata-mata untuk menuaskan hawa nafsunya...".

Justeru, berhati-hatilah wahai kaum Muslimin agar kalian tidak terkena sihir bola sepak ini sehingga menjauhkan kalian dari Islam! Pertandingan bola sepak mahupun pertandingan apa sekalipun di peringkat dunia telah dijadikan medium oleh Barat untuk umat Islam mempertahankan semangat nasionalisme dan patriotisme (yang diharamkan Islam) yang sekaligus menghalang dan mempersulitkan lagi penyatuan di kalangan negara kaum Muslimin di bawah satu kesatuan pemerintahan. Bagi Barat, penyatuan umat Islam di bawah sistem pemerintahan yang satu, yakni Daulah Khilafah, adalah suatu mimpi ngeri yang mereka berusaha halangi selama ini dan mereka tidak akan membiarkan hal ini terjadi. Berwaspadalah dan berusahalah ke arah menegakkan semula Daulah Khilafah dan Insya Allah, dengan tertegaknya institusi agung politik umat Islam ini, kita akan dapat menjadikan mimpi ngeri Barat sebagai sebuah kenyataan!

Sumber : MyKhilafah

Tuesday, June 22, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Sunday, June 20, 2010

Modul Sayangi Anak Muda- Anda Bijak Jauhi Zina


Dalam minggu lepas, saya berhempas pulas mencari modul yang di katakan agak sempurna mengenai Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ). Beberapa bahan telah saya dapati dari internet dan interaksi dengan sahabat. Antaranya ceramah pengenalan kepada HEADSS (Teknik mendekati dan kaunseling remaja). Saya cuga mengucapkan terima kasih kepada Pn Intan Idiana Hassan, kerana membekal bahan ceramah beliau di sekolah-sekolah Kelantan (Seks dan kehamilan Remaja & Kehamilan dan kelahiran).
Berdasarkan modul yang dibekalkan serta beberapa bahan bacaan sendiri, saya berjaya menghasilkan satu modul untuk berbincang dengan remaja. Bahan ini mungkin banyak kelompangannya tapi ini adalah yang termampu saya paparkan. Untuk manfaat bersama saya sertakan di laman web ini bahan persembahan tersebut (Sayangi diri Anda- Jauhi diri anda dari Zina).
Sayangi Diri Anda-Jauhi Zina
Sinopsis Ceramah
Ceramah yang disampaikan adalah dalam bentuk santai dan interaksi bersama remaja. Ibu bapa juga turut serta bagi memberi nasihat dan panduan kepada anak remaja mereka.
Program santai tersebut bertujuan mendedahkan kepada remaja mengenai:
  1. Mengenal diri sendiri secara fizikal dan mental. Ketahui kekuatan dan kelemahan setiap organ fizikal mereka. Anggota fizikal yang menjadi perbincangan utama adalah Otak, Kalbu, Tangan dan Organ Reproduktif.
  2. Mengenal siapakah diri mereka, kenapa mereka hidup, apakah tujuan hidup dan kemana kita berkesudahan nanti.
  3. Mengenal siapa pengawal dan siapa musuh mereka.
  4. Bercakap pasal dosa dan pahala.
  5. Mengenal faktor-faktor yang mendekati zina
  6. Mengajak remaja berfikir tentang keburukan zina dan kebaikan tidak berzina.
  7. Mengenal diri remaja kepada kelakuan berisiko dengan menjalani ujian ringkas faktor resiko.
Program tersebut diakhiri dengan mendendangkan lagu adi remajaku (Terima kasih Sdr Razi Mahmud atas perkongsian video ini)

Sunday, June 20, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Thursday, June 17, 2010

Ceramah Motivasi Sayangi Anak Muda


Ceramah Motivasi Sayangi Anak Muda

Seberang Takir, 15hb Jun 2010. Ceramah Motivasi Sayangi Anak Muda telah diadakan dengan jayanya. Program ini adalah anjuran Nisa Kuala Nerus dan mendapat sambutan yang memberangsangkan dari remaja sekitar Seberang Takir. Ceramah motivasi telah disampaikan oleh Dr Hj Suhazeli bin Abdullah, pengerusi Yayasan Amal Cawangan Terengganu. Turut serta memberi nasihat pada majlis tersebut adalah Tn Hj Zakaria Dagang. Ceramah diserikan dengan beberapa persembahan multimedia dan sesi soal jawab.
Posted by Picasa

Thursday, June 17, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Tuesday, June 01, 2010

Kenyataan Akhbar PAPISMA: Serangan Askar Yahudi ke atas kapal sukarelawan LifeLine4Gaza


PAPISMA mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang telah dilakukan oleh tentera Zionis Yahudi keatas kapal sukarelawan misi kemanusiaan LifeLine4Gaza pada 31hb Mei 2010. Sesungguhnya perlakuan biadap dan tidak berperikemanusiaan ini telah mencemar tamaddun kemanusiaan sejagat. Walau apa bangsa atau agama sukarelawan yang telah diserang, PAPISMA dengan sepenuh hati menyeru seluruh dunia agar bersama-sama menentang kezaliman ini. PAPISMA juga menyeru agar OIC mengambil peranan yang proaktif bagi menangani kemelut ini dan berusaha bersungguh-sungguh membebaskan semua sukarelawan yang telah ditangkap.
Berikut adalah nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di atas kapal penumpang “Mavi Marmara” milik IHH, Turki ketika diserang oleh komando laut Israel di perairan antarabangsa: Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUAN Palestin; Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, HALUAN Palestin; Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, HALUAN Palestin; Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUAN Palestin; Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUANPalestin; Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif; Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal Malaysia (AMAL MALAYSIA); Dr Selamat bin Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM); Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care; Mustafa bin Mansur, MAPIM; Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO AWANI dan Shamsul Kamal Latif, Juru kamera ASTRO.
PAPISMA menyokong penuh usaha sukarelawan ini menyampaikan bantuan kemanusiaan bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh rakyat di segmenting Gaza. PAPISMA mengharapkan semua keluarga sukarelawan bersabar dan memperbanyakkan doa agar semuanya selamat.PAPISMA menyeru seluruh umat Islam Malaysia bermunajat kepada Allah samada melalui solat hajat atau dengan apa cara sekalipun sehinggalah bantuan dari Allah tiba.

Dr Suhazeli bin Abdullah
Presiden PAPISMA 08-10

Tuesday, June 01, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Sunday, May 16, 2010

Aulawiyyat dalam kerja seharian


Telah 3 minggu tidak berpeluang untuk update blog. Dalam tempoh itu juga saya sibuk dengan beberapa siri ceramah samada diperingkat negeri mahupun daerah. Kadang-kadang stres juga dibuatnya kerana pembahagian masa yang tidak seimbang antara patient dan ceramah. Namun bertuah kerana mengamalkan teknik mengurangkan stres seperti yang saya sendiri ceramahkan kepada orang lain. Kalau saya yang stres macam mana nak beri ceramah kepada orang lain mengenai teknik menangani stres?

Sebagaimana Prinsip ke 3 dalam buku The 7 Habits of Highly Effective People, menyatakan kita kena ada aulawiyyat dalam kerja kita seharian.

Sunday, May 16, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Sunday, April 25, 2010

PEPERANGAN MU'TAH


Jamadil Awwal pernah memahatkan peristiwa bersejarah yang mana menyaksikan berlakunya peperangan Mu'tah di Mu'tah yang terletak berhampiran dengan Kota Karak, Jordan. Ia berlaku pada tahun 8H disebabkan pembunuhan Harith bin Umair Al-Azdi yang merupakan utusan yang dihantar oleh Rasulullah S.A.W kepada Raja Busra. Maka tentera muslimin seramai tiga ribu orang telah dikumpul dalam masa yang singkat untuk keluar berperang di Mu'tah yang mana Rasulullah S.A.W tidak turut serta dalam peperangan ini. Daripada tindakan ini dapatlah kita mengambil iktibar yang mana Islam bukanlah agama yang tertegak melalui mata pedang kerana peperangan adalah langkah yang terakhir selepas utusan yang diutuskan untuk menjalankan kerja-kerja dakwah tidak diterima malah dikhianati maka barulah tindakan yang lebih kasar iaitu peperangan boleh dilakukan.

Sebelum para tentera muslimin memulakan perjalanan mereka, Rasulullah S.A.W telah memberi arahan dari segi kepimpinan ketika berlakunya peperangan yang mana dimulai dengan Zaid bin Harithah diikuti oleh Ja'afar bin Abi Thalib jika Zaid gugur. Kemudian diganti oleh Abdullah bin Rawahah apabila Ja'afar telah syahid. Jika ketiga-tiganya telah gugur maka para tentera diminta memilih salah seorang yang thiqah atau dipercayai di kalangan mereka untuk memimpin. Rasulullah juga mengingatkan mereka agar tidak terus melancarkan serangan, sebaliknya menyeru kepada penduduk Mu'tah agar beriman dan apabila seruan itu ditolak maka barulah mereka boleh melancarkan serangan. Ini adalah perkara yang mesti kita ambil cakna iaitu mengenai kepimpinan yang mana Rasulullah S.A.W telah meminta kepada kita dalam hadis yang lain agar melantik seorang ketua walaupun bermusafir dua orang. Jika di dalam urusan yang lebih besar lagi maka perkara ini perlu ditekankan secara yang lebih serius lagi seperti dalam kesatuan, rumah, negara dan sebagainya.

Kepimpinan mestilah disertai dengan amanah oleh pemimpin dan taat serta kepercayaan oleh orang di bawahnya.Sifat pemimpin juga wajib dititik beratkan agar dia bukan sahaja mampu melaksanakan tugas malah dia merupakan seorang yang mampu menjaga kesucian Islam daripada tercemar. Dari sini juga kita dapat mengambil istifadah sebagai seorang pendakwah dan pejuang Islam yang mana perlu mempunyai taktik dan pelbagai cara yang berhikmah di dalam menyebarkan dakwah Islamiah bukannya secara terburu-buru dan gopoh-gapah dalam tindakan. Sifat sabar dan yakin kepada pertolongan Allah wajib ada agar kerja dakwah kita berterusan dan tidak mudah terbantut disebabkan kita mudah berputus asa apabila dakwah atau usaha kita tidak berjaya. Ingatlah bahawa Allah tidak akan soal mengenai kejayaan kita tetapi Dia akan tanya mengenai kerja dan usaha yang kita lakukan. Ingatlah firman Allah dalam ayat 56 surah al-Qasas yang bermaksud :

Sesungguhnya engkau tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi tetapi Allah yang memberi petunjuk kepada mereka yang dikehendakiNya dan Allah lebih mengetahui mereka yang mahukan petunjuk.

Sebaik sahaja mereka tiba di Mu'tah, tentera musuh telah mendengar kemaraan tentera Islam yang mana dengan segera panglima perang musuh, Harcules mengumpul bala tentera lebih seratus ribu orang disamping Syurahbil pula mengumpul seramai seratus ribu bala tentera yang lain hasil gabungan qabilah Lakham, Juzam, Qain dan Bahara'.

Apabila mendengar berita mengenai jumlah tentera musuh yang begitu ramai, maka tentera muslimin telah berbincang langkah mereka yang seterusnya di Ma'an selama dua malam. Ramai di kalangan mereka telah mencadangkan agar menghantar maklumat kepada Rasulullah S.A.W mengenai perkara ini tetapi Abdullah bin Rawahah dengan tegas bangun menyatakan kepada mereka bahawa keluarnya muslimin ke Mu'tah untuk memburu kemenangan ataupun syahid demi menjaga agama dan bukannya berperang kerana bilangan atau beradu kekuatan. Ini menyatakan kepada kita bahawa sesuatu tindakan bukanlah mengharapkan kepada ramai yang menggerakkannya tetapi ia mesti disertai dengan mujahadah, keyakinan, tawakkal sebelum menghasilkan natijah yang berkualiti. Strategi, motivasi, inovasi dan ta'awun yang berterusan begitu penting di dalam menggerakkan sesuatu pergerakan samada persatuan, syarikat dan amal jamae'i yang lain dan lebih utama ialah negara.

Peperangan meletus sebelum masuk kawasan Mu'tah lagi yang mana kedua-dua pihak bermati-matian di dalam mencari kemenangan. Pada mulanya Zaid bin Harithah yang memegang bendera panji Islam tetapi beliau telah gugur syahid yang mana panji tersebut seterusnya dipegang oleh Ja'afar bin Abi Thalib. Beliau turut gugur yang mana kedua-dua tangan as-syahid dipotong oleh musuh manakala 50 kesan panahan musuh terdapat pada badan beliau. Kemudian panji itu berpindah ke tangan Abdullah bin Rawahah tetapi beliau juga gugur syahid yang mana kepimpinan selepas itu diterajui oleh panglima perang yang agung iaitu Khalid bin Al-Walid dengan persetujuan daripada tentera Islam yang lain.

Peristiwa ini mengajar kita agar bermujahadah di dalam menjaga maruah diri dan Islam tercinta walaupun nyawa sebagai bayaran. Arahan yang dikeluarkan oleh pemimpin wajib dipatuhi selagi mana ia tidak bersalahan dengan syarak. Akhirnya kita dapat menyaksikan bagaimana Allah tetap menolong dan memberi kemenangan kepada hambaNya yang istiqomah, thabat dan bermujahadah dalam perjuangan yang hak dan ianya memerlukan ujian, mehnah dan dugaan bukannya boleh dihasilkan dengan cara mudah dan setakat goyang kaki sahaja.

Kesan daripada peperangan ini masih ada sehingga sekarang yang mana kita boleh melawat maqam-maqam sahabat yang telah gugur syahid dalam peperangan ini di Mazar berdekatan dengan Mu'tah. Beberapa tahun yang lepas pihak kerajaan Jordan telah menggali dalam kawasan yang mana dikuburkan para syuhada' bagi membina masjid baru menggantikan masjid yang lama. Ketika berjalannyakerja-kerja ini, berlakunya peristiwa yang mana salah sebuah jentolak yang digunakan telah terkena tubuh syuhada' dan darah masih mengalir dari tubuh mereka walaupun lebih seratus tahun mereka meninggal dunia. Perkara ini berlaku kepada kubur-kubur yang tidak jelas kewujudannya kerana tiada sebarang tanda yang digunakan. Peristiwa ini meyakinkan lagi kepada kita bahawa mereka yang gugur syahid sebenarnya tidak mati di sisi Allah. Islam akan menang walaupun ia ditentang dan kekufuran akan kecundang walaupun ia ditatang oleh sebab kejahilan.

Khutbah mengenai Peperangan Mu'tah ini boleh didengar dengan paparan di bawah. Khutbah telah disampaikan oleh Ust Ridwan

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA

Sunday, April 25, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Wednesday, April 21, 2010

Hidup Bermanfaat


Sudah lama saya meletakkan tagging blogspot ini (((Hidup Bermanfaat))). Serasanya bahawa ianya akan difahami dengan sendiri bagi para pengunjung sekelian. Walaubagaimana pun berikut adalah artikel tambahan bagi memperkukuhkan moto hidup ini agar kita menjadi benar-benar manusia yang hidupnya bermanfaat kepada semua makhluk.

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Adullah Al-Kadlrami ia berkata Ali bin Bahram berkata Abdul Malik bin Abi Kariimah berkata dari Ibnu Juraij, dari Atha' dari Jaabir, Rasulullah SAW

bersabda "...Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi sesama manusia..." [HR. Thabrani dalam Al-Ausath]

Darjat Hadits
Hadits di atas berpredikat hasan. Selain diriwayatkan oleh Thabrani seperti di atas, matan hadits senada juga diriwayatkan Al-Baihaqi, Ad-Daruquthni dalam Al-Afrath, Al-Askari dalam Al-Amtsal, Ibnu Abi Dunya dalam Qadhaail Jawaa'iz.

Syarah/Penjelasan Hadits
Manusia merupakan makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT dalam kondisi yang sama derajatnya; apakah ia seorang Arab atau seorang 'Ajam. Baik ia berkulit putih, coklat, maupun hitam. Demikian juga suku bangsa tidak membuat seseorang bernilai berbeda di sisi Allah SWT. Lalu bagaimana seseorang bisa menjadi lebih baik dari orang lain? Islam adalah agama yang tidak sekedar mengatur hubungan manusia dengan Rabb-nya (hablumminallah) tetapi juga mengatur hubungan dengan sesama manusia (hablumminannas). Dua hal itu juga menjadi dasar dalam penentuan kualitas manusia di sisi Allah SWT. Maka, hadits di atas menjelaskan bahwa manusia terbaik adalah manusia yang paling bermanfaat bagi manusia yang lain.

Pernah juga Rasulullah SAW ditanya tentang manusia terbaik, maka beliau menjawab dengan jawaban yang sama. Dari Ibnu Abbas RA ia berkata: Rasulullah SAW ditanya: "Siapakah orang terbaik?" Beliau menjawab :

"Yang paling bermanfaat bagi sesama manusia" [Ittihaaf Al-Khairat Al-Mihrah bi Zawaa'id Al-Masaanid Al-'Usyrah juz 5 hlm.191]

Bahkan jika kita mentadabburi Al-Qur'an, kita akan mendapatkan sebuah ayat yang menjadi permisalan bagi eksistensi sesuatu yang ditentukan oleh kemanfaatannya bagi manusia. Allah SWT berfirman :

"..Adapun buih itu, akan hilang sebagai sesuatu yang tak ada harganya; adapun yang memberi
manfaat kepada manusia, maka ia tetap di bumi..." [QS. Ar-Ra'd : 17]

Tentu saja manfaat dalam hadits ini sangat luas. Manfaat yang dimaksud bukan sekedar manfaat materi, yang biasanya diwujudkan dalam bentuk pemberian harta atau kekayaan dengan jumlah tertentu kepada orang lain. Manfaat yang bisa diberikan kepada orang lain bisa berupa :

1. Ilmu, baik ilmu agama maupun ilmu umum/dunia;
Manusia bisa memberikan kemanfaatan kepada orang lain dengan ilmu yang dimilikinya. Baik itu ilmu agama maupun ilmu umum. Bahkan, seseorang yang memiliki ilmu agama kemudian diajarkannya kepada orang lain dan membawa kemanfaatan bagi orang tersebut dengan datangnya hidayah kepada-Nya, maka ini adalah keberuntungan yang sangat besar; lebih besar dari unta merah yang menjadi simbol kekayaan orang Arab.

"Demi Allah, jika Allah memberi hidayah kepada satu orang melalui dirimu, itu lebih baik bagimu daripada unta merah" [HR. Bukhari]

Ilmu umum yang diajarkan kepada orang lain juga merupakan bentuk kemanfaatan tersendiri. Terlebih jika dengan ilmu itu orang lain mendapatkan life skill (keterampilan hidup), lalu dengan life skill itu ia mendapatkan nafkah untuk sarana ibadah dan menafkahi keluarganya, lalu nafkah itu juga anaknya bisa sekolah, dari sekolahnya si anak bisa bekerja, menghidupi keluarganya, dan seterusnya, maka ilmu itu menjadi pahala jariyah baginya.

"Jika seseorang meninggal maka terputuslah amalnya kecuali tiga hal; shadaqah jariyah, ilmu
yang manfaat, dan anak shalih yang mendoakan orang tuanya" [HR. Muslim]

Ilmu yang bermanfaat dalam hadits di atas bukan sekedar ilmu agama, tetapi juga bisa ilmu umum seperti contoh di atas.

2. Harta/Kekayaan
Manusia juga bisa memberikan manfaat kepada sesamanya dengan harta/kekayaan yang ia punya. Bentuknya bisa bermacam-macam. Secara umum mengeluarkan harta di jalan Allah itu disebut infaq. Infaq yang wajib adalah zakat. Dan yang sunnah biasa disebut shodaqah. Memberikan kemanfaatan harta juga bisa dengan pemberian hadiah kepada orang lain. Tentu, yang nilai kemanfaatannya lebih besar adalah yang pemberian kepada orang yang paling membutuhkan. "Setiap mukmin wajib bershodaqah" [HR. Bukhari]

3. Tenaga/Keahlian
Bentuk kemanfaatan berikutnya adalah tenaga. Manusia bisa memberikan kemanfaatan kepada orang lain dengan tenaga yang ia miliki. Misalnya jika ada perbaikan jalan kampung, kita bias memberikan kemanfaatan dengan ikut bergotong royong. Ketika ada pembangunan masjid kita bias membantu dengan tenaga kita juga. Saat ada tetangga yang kesulitan dengan masalah kelistrikan sementara kita memiliki keahlian dalam hal itu, kita juga bisa membantunya dan memberikan kemanfaatan dengan keahlian kita.

4. Waktu/perhatian
Adakalanya kemanfaatan yang diperlukan seseorang bukan lagi masalah harta atau keahlian tertentu, tetapi ia memerlukan teman atau orang yang mau memperhatikannya. Ini boleh terjadi pada orang tua yang tidak memiliki keluarga. Meskipun ia kaya raya dan secara harta tercukupi tetapi ia memerlukan perhatian orang lain. Bisa juga seorang sahabat yang sedang ditimpa musibah, sering kali ia memerlukan perhatian dan waktu kita lebih dari harta apapun.

5. Sikap yang baik
Sikap yang baik kepada sesama juga termasuk kemanfaatan. Baik kemanfaatan itu terasa langsung ataupun tidak langsung. Maka Rasulullah SAW memasukkan senyum kepada orang lain sebagai shadaqah karena mengandung unsur kemanfaatan. Dengan senyum dan sikap baik kita, kita telah mendukung terciptanya lingkungan yang baik dan kondusif. Kita juga telah memperkuat jiwa orang lain; baik disadari atau tidak. Maka hadits pada poin 2 di atas ada kelanjutannya sebagai berikut :

Semakin banyak seseorang memberikan kelima hal di atas kepada orang lain -tentunya orang yang tepat- maka semakin tinggi tingkat kemanfaatannya bagi orang lain. Semakin tinggi kemanfaatan seseorang kepada orang lain, maka ia semakin tinggi posisinya sebagai manusia menuju "manusia terbaik".

Selain disebutkan Rasulullah sebagai manusia terbaik, orang yang bermanfaat bagi orang lain juga disebutkan dalam hadits sebagai orang yang dicintai oleh Allah. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Abdurrahman Asy-Syafii, berkata kepada kami Al-Qasim bin Hasyim As-Samsar, ia berkata : telah menceritakan kepada kami Abdurrahman bin Qais Adl-Dlibbi, ia berkata: telah menceritakan kepada kami Sukain bin Siraj, berkata kepada kami Amr bin Dinar, dari Ibnu Umar bahwa seorang laki-laki datang kepada Rasulullah SAW, maka ia bertanya: "Ya
Rasulullah, siapakah orang yang paling dicintai Allah? Dan apakah amal yang paling dicintai Allah azza wa jalla?" Rasulullah SAW bersabda : "Orang yang paling dicintai Allah adalah orang yang paling bermanfaat bagi orang lain..." [HR. Thabrani dalam Mu'jam Al-Kabir li Ath-Thabrani juz 11 hlm.84]

Pada hadits di atas ada perawi Sukain bin Siraj. Al-Haitsami menilainya sebagai perawi dhaif, Ibnu Hibban juga menilai Sukain bin Siraj dhaif, bahkan Imam Bukhari menilai sebagai mukarul hadits. Meskipun hadits ini dhaif, tetapi ia ada dalam banyak riwayat. Sehingga bisa dijadikan
penguat/pendukung bagi hadits hasan yang kita bahas di atas. Hadits lain yang dimaksud adalah
sebagai berikut :

Dari Ibnu Umar ia berkata : Seseorang bertanya : "Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling engkau cintai?" Rasulullah menjawab: "Yang paling bermanfaat bagi sesama manusia" [Jamii'ul ahaadits juz 36 hlm.422]

"Orang yang paling dicintai Allah Azza wa Jalla adalah yang paling bermanfaat bagi sesama
manusia" [Majmu'ad Az-Zawaaid wa Manii'u Al-Fawaaid juz 8 hlm.121]

Intisari Kandungan Hadits
1. Orang yang terbaik adalah orang yang paling bermanfaat bagi orang lain
2. Orang yang bermanfaat bagi orang lain termasuk golongan orang yang dicintai Allah SWT
3. Manusia hendaklah memberikan kemanfaatan kepada sesamanya baik berupa ilmu, materi/harta,
4. tenaga/keahlian, waktu/perhatian, dan sikap yang baik.

Wednesday, April 21, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Monday, April 12, 2010

Perubatan alternatif, Perubatan Pelengkap vs Perubatan moden


"Jadi apa kesudahan dengan perbincangan mengenai Produk X ni doktor?" Tanya seorang peminat yang selalu berkunjung ke laman blog (((hidup bermanfaat))).
" Kalau digunakan untuk pemakanan tambahan dan ada duit poket lebih silakan...tapi kalau digunakan sebagai ubatan utama dan meninggalkan terus ubatan hospital, pohon jangan sekali-kali". Jawabku ringkas.

Perubatan alternatif, Perubatan Pelengkap vs Perubatan moden

Saya meletakkan label produk X di atas agar isu ini tidak tertakluk kepada mana-mana produk yang sudah berada dipasaran. Ramai dari pesakit yang saya ketemui bertanyakan sesuatu yang mereka amalkan demi menjaga kesihatan mereka. Ada yang menanyakan mengenai Misai Kucing untuk rawatan darah tinggi, ada yang bawa piring apabila berjumpa saya, yang kononnya berkuasa aura magnetik. Harganya Masya Allah hampir mencecah RM3000 sekeping. Piringnya sebesar muka cawan. Ada juga yang memakainya di lengan setelah bertemu “promoter” di pasar malam. Tak kurang juga ada pesakit yang menawarkan kepada saya produk yang mereka makan untuk saya uji dahulu sebelum mereka makan secara “intensif”. Dengan ertikata lain setelah mendapat jaminan dari doktor.
Segala bentuk perubatan yang saya nyatakan di atas adalah kaedah perubatan alternatif (Alternative Medicine) dan perubatan pelengkap (Complimentary Medicine). Ianya boleh diterima selagi mana tidak bercanggah dengan hukum, tidak memudaratkan, tidak syirik dan tidak bercanggah dengan etika berubat. Ianya juga diambil sebagai perawatan tambahan selain dari kaedah perubatan arus perdana.
Sesuai dengan nama, perubatan alternatif dan perubatan pelengkap adalah berfungsi menampung kaedah perubatan alopati. Kaedah perubatan alternatif dan pelengkap ini tidak mempunyai asas pembuktian saintifik yang jelas (Evidence based medicine). Jika sekiranya sesuatu produk itu telah terbukti melalui kajian, ia tidak akan termasuk dalam kategori ini. Ia akan dimasukkan ke dalam perubatan moden/alopati.

Monday, April 12, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Friday, April 02, 2010

Salah Siapa, Negara kita ramai penzina?


Tulisan asal: Lanh

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: "Tidaklah akan masuk syurga barangsiapa yang jirannya tidak aman daripada bahayanya. (Sahih Muslim)
***

SATU kajian oleh Dr Fatimah Abdullah (UKM) mendapati ada 257,000 anak luar nikah didaftarkan antara 2000 hingga 2008. Berdasarkan perangkaan ini, seorang pendakwah, Dr Azhar Yaakob dalam ceramahnya di sebuah pejabat yang penulis hadiri baru-baru ini melanjutkannya dalam bentuk sifir mudah yang hasilnya pasti menggemparkan masyarakat – ada lebih tiga juta penzina di Malaysia iaitu dua kali ganda jumlah penduduk Kelantan!

Dalam membentangkan analisis ala-matematiknya, Dr berkata beliau tidak mengambil kira perangkaan sebelum tahun 2000 dan selepas 2008.

Dr Azhar yang membulatkan angka 257,000 anak luar nikah itu kepada 250,000 orang (namakan ini A) berkata tentulah jumlah anak luar nikah yang tidak didaftarkan lebih ramai. Bagaimanapun beliau mengambil nisbah 1:1. Ini bermakna ada 250,000 anak luar nikah yang tidak didaftarkan (B).

Kemudian banyak juga anak luar nikah yang mati termasuk dibuang dalam sungai, tong sampah dan sebagainya. Dr Azhar menisbahkannya 1:1. Ini bermakna ada 250,000 anak luar nikah yang lahir tetapi sudah mati (C).

Ada banyak juga kes janin (kes persetubuhan luar nikah) digugurkan secara haram. Dr Azhar menisbahkannya 1:1 juga. Ini bermakna ada 250,000 janin digugurkan secara haram; mayatnya dicampakkan dalam sungai malah ada kena ‘flush’ dalam tandas. (D)

Apabila dicampurkan A+B+C+D, jumlah bayi luar nikah ada 1,000,000 (satu juta) orang. Apabila ada satu juta bayi luar nikah (termasuk janin) tentunya ada 2,000,000 (dua juta) penzina lelaki dan perempuan.

Kemudian apabila dicampur penzina yang tidak dapat anak, penzinaan dengan perempuan simpanan dan penjenayah seksual lain seperti pemerkosa, perogol, golongan pelacur, lesbian dan gay, tentunya pemaksiat seks di Malaysia amat banyak.

Bagaimanapun Dr Azhar mengandaikan ada 1,000,000 golongan ini. Jadi apabila dicampur angka 2,000,000 dan 1,000,000 tadi, maka ada kira-kira 3,000,000 (tiga juta) pemaksiat seks di Malaysia menyamai dua kali ganda penduduk Kelantan yang berjumlah 1.5 juta orang.

Jumlah penduduk Malaysia dianggarkan 27 juta orang; jadi ini bermakna kira-kira 1/9 (satu persembilan) daripada rakyat Malaysia sebenarnya adalah kaki pemaksiat seks. Ini satu angka yang sangat mengejutkan dan pertanyaan seterusnya mengapa ia sudah berlaku dengan dahsyat sekali.

Dr Azhar berkata antara perkara yang menyumbangkan keadaan itu adalah hukum Allah tidak ditegakkan, berleluasanya arak, judi (Malaysia ada kilang arak dan kasino terbesar di Asia Tenggara), dedah aurat serta pergaulan bebas dan riba.

Katanya, semua pihak bersalah; daripada individu, masyarakat, parti politik dan pemerintah, oleh itu usaha pembaikan dan pemulihan perlu dilakukan segera sebelum terlambat.

Beliau berkata, jika umat Nabi Lut dibinasakan oleh sebab jenayah homoseksual mereka, rakyat Malaysia sudah melakukan noda yang lebih teruk dan banyak – daripada jenayah seks sehinggalah membunuh bayi seperti dilakukan orang Jahiliah Arab sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w.

Dr Azhar berkata, berdasarkan keadaan ini, beliau bimbang bala yang disediakan oleh Allah SWT kepada rakyat Malaysia sudah terlalu hampir oleh itu katanya, semua pihak perlulah berusaha keras bagi membanteras perkembangan mengerunkan ini.

Beliau berkata adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik sendiri anak-anak mereka sebaik mungkin dan tidak menyerahkan atau menswastakannya kepada pihak tertentu seperti orang gaji, tadika, sekolah dan institusi lain.

“Periksalah gajet seperti telefon mudah alih dan komputer anak-anak, jangan biarkan mereka hanyut dalam dunia lucah melalui teknologi canggih ini,” katanya.

Beliau berkata, ibu bapa jangan terlalu sibuk mengejar harta; bekerja 24 jam, sedangkan anak-anak tidak terurus sebaliknya diserah bulat-bulat kepada orang gaji.

“Ini sangat bahaya kerana ia boleh menyumbang kepada perlakuan buruk generasi muda seperti perzinaan yang membawa kepada kelahiran anak haram,” katanya.

Friday, April 02, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Wednesday, March 24, 2010

Pak Pandir kata: Anak orang pun ada mati juga hari ini..


Minggu ini kita dikejutkan dengan beberapa siri berita mengenai pembuangan bayi. Ia menjadi satu topik hangat merentasi pelbagai kategori umur. Dari pak menteri sehinggakan orang kampung di kedai kopi bercakap mengenai kebejatan sosial ini.
Kenapa ianya timbul? Salah satu darinya adalah kerana media yang membesar-besarkan isu ini. Menyebabkan sipelaku dosa akan menganggap bahawa bukan dia sahaja yang buang bayi tapi ada orang lain lagi yang membuang bayi. Ianya menjadi satu budaya yang akhir akan diterima oleh masyarakat. Seperti Pak Pandir berkata "ada anak orang lain mati juga hari ni...".

Wednesday, March 24, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Saturday, March 20, 2010

Pendedahan Zahrain Bukti Ada Pihak Cuba gugat Keamanan Negara



KOTA BAHARU: Pendedahan Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengenai usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih kerajaan pada 16 Sept tahun lepas, menunjukkan ada pihak cuba menggugat keamanan negara melalui taktik-taktik kotor dan tidak mengikut amalan demokrasi negara...Baca lagi

Saturday, March 20, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Thursday, March 18, 2010

The ACCORD Blood Pressure Study: What Target for High-Risk Diabetic Patients?


The ACCORD Blood Pressure Study: What Target for High-Risk Diabetic Patients?
Achieving systolic blood pressure levels lower than 140 mm Hg does not prevent adverse cardiovascular events.
In epidemiological studies, lower blood pressure (BP) is associated with lower cardiovascular risk. But, in high-risk patients, would achieving blood pressure targets lower than those recommended in guidelines reduce risk further? Researchers evaluated whether a blood pressure target of <120 mm Hg in patients with type 2 diabetes would lower risk for adverse cardiovascular events.
A total of 4733 high-risk diabetic patients (mean age, 62; 48% women; glycosylated hemoglobin, 7.5%; systolic blood pressure [SBP], 130–180 mm Hg) who were taking 3 antihypertensive medications and had no proteinuria were enrolled. Patients were assigned to intensive BP control (target SBP, <120 mm Hg) or standard BP control (target SBP, <140 mm Hg). Mean follow-up was 4.7 years. Mean systolic and diastolic BP levels at baseline were 139 mm Hg and 76 mm Hg, respectively. At 1 year, average SBP levels were 119 mm Hg in the intensive-care group and 134 mm Hg in the standard-care group. The lower BP in the intensive-care group was achieved by prescribing more drugs in every antihypertensive class; the mean number of medications at 1 year was 3.4 in the intensive group and 2.1 in the standard-care group.
At 5 years, the rate of adverse cardiovascular events was 1.9% per year in the intensive-care group and in 2.1% per year in the standard-care group (hazard ratio, 0.88; P=0.2). Death rates were similar in the two groups. No secondary analysis was strongly positive, except that stroke incidence was significantly lower in the intensive-care group than in the standard-care group (0.32% vs. 0.53%). The intensive-care group had a higher rate of serious adverse events, with more decrements in renal function and more episodes of syncope, bradycardia, hyperkalemia, and hypotension. Overall, 3.3% of the intensive-care group had adverse events attributed to the medications, compared with 1.3% of the standard-care group.
Comment: This study indicates that intensive blood pressure control (to levels lower than those currently recommended by guidelines) should not be used in high-risk diabetic patients. The findings leave open the question about what the optimal BP target is for these patients. The overall event rate was low in both groups, showing what can be achieved with good contemporary treatment strategies.
— Harlan M. Krumholz, MD, SM
Published in Journal Watch Cardiology March 14, 2010
Citation(s):
The ACCORD Study Group. Effects of intensive blood-pressure control in type 2 diabetes mellitus. N Engl J Med 2010 Mar 14; [e-pub ahead of print]. (http://dx.doi.org/10.1056/NEJMoa1001286)

Thursday, March 18, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Wednesday, March 10, 2010

Selamatkan 1 Malaysia




Ruang bilik ini tiba-tiba menjadi semakin sempit. Dadaku semakin ketat. Air mata tak dapat dibendung. Fikiranku bercelaru apabila memikirkan kes yang baru aku rawat dan beri kaunseling sebentar tadi. Gadis belasan tahun sudah hilang daranya dek kerana termakan pujukan cinta jantan berhati binatang. Dia sah mengandung 6 minggu melalui ujian air kencing.
"Adik tak rasa bersalah ke dengan mak ayah?" Salah satu soalan yang aku tanya.
"Mak tak kisah pun...." j
awabnya melerek seolah memberi jawapan beralasan.
Inilah fenomena yang yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Inilah arus deras yang melanda remaja. Arus deras ini telah bertukar menjadi gelombang kuat, sukar dibendung lagi.
Apakah aku telah menjalankan tugas menghalang gelombang ini?
Paling tidak aku mengangkat tangan dan berdoa."Ya Allah selamatkan diri ini dan keluargaku serta kaum kerabatku dari terjerumus dalam dunia yang penuh noda ini...."

Wednesday, March 10, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Networkedblog