Followers
Monday, July 09, 2012
Perubatan Moden dan Ruqyah Syariyyah
Jika kita melihat kembali sirah Rasulullah SAW yang menerima perubatan Rom dan Parsi semasa hayat Baginda, Rasulullah tidak menolak kaedah perubatan tersebut. Malah menggunakan kaedah ubat-ubatan itu untuk merawat Baginda. Sila ikuti ulasan dari Dr Mohd Asri Zainul Abidin seperti berikut:
Bukti kajian yang dijalankan oleh para pengamal perubatan amat penting bagi menjamin keberkesanan sesuatu ubat. Bukti-bukti ini dikumpulkan bukan hanya dalam kajian makmal malah diuji ke atas individu manusia. Kaedah pembuktian ini diberi nama Evidence Based Medicine (Perubatan berdasarkan Bukti). Perubatan Alopaty menjadikan Evidence Based Medicine ini sebagai penanda aras untuk beramal. Ianya bersesuaian dengan Sunnatullah dimana Allah menjadikan sesuatu berdasarkan sebab dan akibatnya. Sebagai contohnya sunnatullah menyatakan bahawa gula itu manis dan sesiapa yang memakannya akan terasa manis. Bagi pesakit kencing manis, kandungan guka darah akan meningkat jika mengambil gula. Ini adalah hukum akal secara sunnatullahnya sedemikian. Jadi ubat kencing manis yang dikaji oleh para pengamal perubatan membuat kajian tertentu samada ianya bersumberkan dari bahan semulajadi atau sintetik untuk menurunkan paras gula tersebut. Para pengamal perubatan yang menjalankan kajian akan membuat catatan demi catatan mengenai sesatu bahan yang digunakan untuk mengubat sesuatu penyakit. Pengumpulan catatan inilah yang diberi nama EBM tadi. Ianya tidak lari dari apa yang ditentukan oleh agama. Berikut adalah slide penuh ceramah yang disampaikan:
Ruqyah Syari’ah
Monday, July 09, 2012 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0
Thursday, April 12, 2012
Hukum Penubuhan Bank Susu
عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ قَالَ لا رِضَاعَ إِلا مَا شَدَّ الْعَظْمَ وَأَنْبَتَ اللَّحْم
رواه أبو داود
Daripada Ibn Mas`ud berkata, tidak berlaku hukum penyusuan melainkan dengan apa yang menguatkan tulang dan menumbuhkan daging.
Thursday, April 12, 2012 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0
Thursday, March 29, 2012
Bolehkah menggugurkan Kandungan Kerana Kemiskinan?

Thursday, March 29, 2012 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0
Tuesday, March 27, 2012
Sejarah dan Liku Perjuangan Vaksin Bahagian 3
- http://suhazeli.blogspot.com/2010/04/perubatan-alternatif-perubatan.html
- http://suhazeli.blogspot.com/2009/05/perubatan-berasaskan-bukti-sains-adalah_23.html.
Tuesday, March 27, 2012 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0
Thursday, August 18, 2011
Orang berpuasa harus berbuka jika sakit
Thursday, August 18, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0
Sunday, March 20, 2011
Hukum Pengambilan Vaksin Human Papilloma Virus (HPV)

- Setelah mendengar taklimat daripada pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan serta pandangan dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa Islam menggesa umatnya supaya menjaga kesihatan kerana penjagaan kesihatan seseorang individu akan menentukan tahap dan mutu kesihatan masyarakat secara umumya. Pemberian vaksin merupakan jalan pencegahan awal yang diambil oleh pihak Kerajaan dalam usaha mengelakkan penyebaran virus di kalangan wanita.
- Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pengambilan Vaksin Human Papilloma Virus (HPV) yang telah dipastikan tiada unsur meragukan dalam kandungannya dan tidak mendatangkan kemudharatan adalah diharuskan bagi mencegah penyakit kanser pangkal rahim (servik) di kalangan wanita.
- Muzakarah juga memutuskan bahawa pemvaksinan ini hendaklah tidak mengandungi unsur-unsur eksploitasi terhadap pengguna atau digunakan untuk tujuan yang bercanggah dengan syarak.
[1] http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-penggunaan-vaksin-biothrax-dan-vaksin-rotateq-yang-menggunakan-unsur-babi-dal
[2] http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/suntikan-pelalian-vaksin-meningococcal-meningitis-oleh-orang-islam
Sunday, March 20, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0
Tuesday, January 26, 2010
Testimoni bukan bukti saintifik?
Walaubagaimana pun mereka masih lagi menggunakan kalimah testimoni sebagai bukti kukuh kenapa produk itu berkesan. Ianya berkesan melepasi sempadan pelbagai penyakit dengan hanya satu produk.
Dalam hal ini saya mempunyai prinsip hidup yang jelas. Segala apa maklumat yang kita terima mestilah berdasarkan bukti yang kukuh. Saya pernah menulis artikel sebelum ini bahawa bukti saintifik adalah sebahagian dari Islam. Testimoni sebenarnya bukan bukti saintifik. Bukti saintifik adalah sesuatu kajian yang melibatkan dua kumpulan pesakit yang mempunyai penyakit yang sama. Satu kumpulan diberi ubat yang akan dikaji dan satu kumpulan lagi diberi placebo atau ubat lain. Kajian ini dijalankan mengikut satu tempoh tertentu berdasarkan metodologi kajian yang tertentu.
Hasil kajian ini akan dikira mengikut kiraan statistik. Inilah bukti saintifik yang saya maksudkan.
Tuesday, January 26, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0
Saturday, May 23, 2009
Perubatan Berasaskan Bukti Sains adalah Perubatan Islam
Islam sinonim dengan sains. Segala arahan dan larangan dalam Islam memang bertepatan dengan penemuan saintifik. Ajaran Islam yang telah dibawa oleh Rasulullah lebih dari 1400 tahun lalu adalah ajaran yang mempunyai unsur saintifik. Samada ianya telah dibuktikan atau sebaliknya. Mungkin ada beberapa fakta dalam Islam yang masih belum dibuktikan. Ini tidak bermakna Islam bertentangan dengan sains, tetapi kemampuan akal para saintis yang mengkaji belum lagi tidak tercapai. Sebagai contohnya para ulama yang mentafsir ayat 38-40 dalam surah Yasin sebelum ini tidak dapat membukti bahawa bulan, bintang dan matahari bergerak pada paksinya yang tersendiri. Akhirnya penemuan saintis yang mengkaji cakerawala membuktikan bahawa bulan, bintang dan matahari bergerak di atas paksinya yang tersendiri. Kemampuan akal manusia terbatas berbanding dengan kalamullah yang Maha Luas.
Begitu juga para penafsir sebelum ini tidak dapat menceritakan lebih lanjut mengenai sesuatu yang tergantung dalam proses kejadian manusia.

1. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan,
2. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
Begitu juga penegasan Allah dlm surah Al-haj ayat 5:

5. Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), Maka (ketahuilah) Sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan berangsur- angsur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (adapula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun, supaya Dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya. dan kamu Lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah.
Penemuan terbaru sains telah membuktikan firman Allah Taala di atas tadi. Dengan peralatan yang masa kini seperti ultrasound, saintis perubatan mengesahkan peringkat-peringkat kejadian manusia tersebut. Sememangnya kejadian manusia bermula dari sesuatu yang tergantung yang dinamakan Alaqah, dan tergumpal sebentuk daging (Mudghah).
Perkembangan bidang perubatan ini membuktikan kesamaan antara Islam dan sains. Walau apapun dakwaan sesetengah pihak bahawa perubatan sains moden tidak berlandaskan Perubatan Islam. Malah mereka mendakwa bahawa perubatan Islam adalah perubatan yang hanya semata-mata menggunakan bacaan-bacaan tertentu Al quran atau hadis-hadis khusus. Dr Ahmed Alkadi dalam tulisannya mengtakrifkan perubatan Islam seperti berikut.
- Ia adalah terbaik dan menjadi peneraju kepada semua kaedah perubatan yang ada.
- Ia adalah perubatan yang seiringan dengan etika yang benar lagi luhur.
- Ia adalah perubatan yang berasaskan bukti (evidence based medicine), bukannya dakwaan testimoni.
- Ia adalah lengkap, memberi rawatan sepenuhnya kepada tubuh badan, jiwa, samada individu mahupun masyarakat.
- Ia adalah universal (menyeluruh), mengambil manfaat dari pelbagai sumber dan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua makhluk.
- Ia adalah saintifik dan menepati kaedah syariat.
Walaubagaimanapun sebagai pengamal perubatan muslim tidak boleh lari dari pergantungan kita kepada konsep sebab akibat dalam Islam. Konsep ini telah menjangkaui batasan sains tapi ianya adalah sumber hukum yang sahih dari lidah Nabi SAW. Konsep sebab akibat ini terdiri dari dua, iaitu
- Sebab syarak atau sebab Naqli.
- Sebab Aqli atau bukti akal melalui kajian.
Sebagai contohnya sebab syarak dalam berubat sepertimana yang diriwayatkan oleh Muslim di dalam kitabnya Sahihnya, hadis dari Uthman bin Abil 'Ash r.a.:
Hadis di atas adalah ketentuan syarak yang wajib kita percayai. Ianya salah satu cadangan dari Rasulullah mengenai tatacara berubat kesakitan badan. Ianya bukan arahan wajib dan berbentuk ikhtiar doa yang boleh diamalkan oleh setiap manusia yang bergelar muslim. Dalam masa yang sama kita dikehendaki berikhtiar mendapatkan ubat yang telah terbukti kemujarabannya.
Menggabungkan kaedah perubatan melalui doa yang Rasulullah ajar dan ubatan adalah kaedah terbaik bagi seorang insan.
Saturday, May 23, 2009 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 1
Saturday, May 02, 2009
Ibadah Haji dan Umrah dalam sakit
"Luka mak cik perlu ditampal dengan kain kapas"Aku memberi sedikit penjelasan kepada seorang jemaah yang baru dibalut kerana luka dilengan. Dia jatuh dalam bilik air hotel pagi tadi.
Situasi begini sering berlaku di Klinik Zon atau Maktab di Tanah Suci. Malah masalah fekah sebegini juga berlaku di wad-wad atau klinik di Tanah Air. Satu hal yang perlu diambil perhatian bahawa ramai kakitangan kesihatan yang beragama Islam sendiri tidak mengetahui cara mengangkat hadas bagi pesakit yang uzur atau berhalangan terkena air. Pengetahuan mengenai tatacara mengangkat hadas tidak pernah diajar di dewan-dewan kuliah. Kecualilah initiatif dari kakitangan berkenaan belajar dengan ustaz atau membaca bahan bacaan tertentu. Walaubagaimana pun bahan bacaan yang menerangkan mengenai cara bersuci dan solat bagi pesakit amat terhad. Bagi sesetengah negeri seperti Kelantan dan Terengganu, Majlis Agama lslam masing-masing telah menerbitkan buku tatacara beribadah bagi pesakit. Akhir-akhir ini Persatuan Perubatan lslam Malaysia (PPIM) juga menerbitkan buku panduan ibadah pesakit. Buku-buku sebegini patut dimiliki oleh setiap anggota kesihatan untuk dijadikan panduan dalam mendidik pesakit mengenai ibadah sewaktu sakit.
Berikut adalah panduan ringkas kepada pesakit yang akan melakukan ibadah semasa sakit.
Mengambil wuduk
Syarat sah sembahyang adalah suci dari hadas. Berwuduk adalah kaedah mengangkat hadas dia menjadi wajib sebelum melakukan sembahyang. Dalam keadaan tertentu, pesakit mengangkat hadas dengan tidak sempurna seperti terdapat plaster ditangan. Di sinilah perlunya kaedah mengangkat hadas yang betul dan disepakati oleh ulamak berpandukan sunnah Rasulullah SAW.
3 Perinsip Asas
Terdapat 3 perinsip asas dalam tatacara mengangkat hadas yang telah dibincangkan oleh ulamak berdasarkan hadis Nabi SAW
- Tatacara mengangkat hadas bagi pesakit yang mempunyai halangan dari terkena air dibahagian anggota wajib wuduk, seperti terdapat plaster di tangan atau simen di kaki.
- Pesakit berwuduk seperti biasa,
- Sapukan di atas plaster atau simen,
- Selesaikan wuduk sehingga akhir,
- Dikehendaki bertayammum menggantikan anggota wuduk yang tidak terkena air wuduk tadi,
- Satu kali mengangkat hadas seperti a-d untuk satu fardu sembahyang sahaja setelah masuk waktunya,
- Tidak perlu mengulangi sembahyang setelah penyakit sembuh.
Bersambung......entah bila
Saturday, May 02, 2009 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0
Sunday, November 16, 2008
Perdarahan Lepas Putus Haid adalah darah Penyakit
"Jadi apa masalahnya?" Soalan pertamaku.
"Datang balik la...Ustazah arahkan akak datang jumpa doktor, darah haid ka? darah penyakit?" Ujar Akak dengan penuh pengharapan dan jawapan yang pasti. Kerana ini boleh menjejaskan ibadah Haji atau Umrah yang akan di jalankan oleh Beliau
Lanjutan dari itu....aku menghuraikan mengikut sekelumit ilmu yang ada sebegini. Jika ada yang tak kena sila perbetulkan
Putus Haid (Menopause) adalah satu keadaan di mana ketiadaan perdarahan haid secara kekal bagi seorang wanita . Ia adalah proses biasa yang berlaku bagi seseorang wanita apabila sampai tempoh yang tertentu. Setiap wanita yang mempunyai sistem peranakan akan mengalami fenomena ini setelah sistem ovari dalam badan sudah berkurangan.
Majoriti pakar perubatan mendefinasikan putus haid adalah dimana seseorang wanita yang tidak didatangi haid secara bulanan selama lebih dari setahun (akan dibincangkan lagi dalam artikel ini). Ianya boleh disahkan lagi dengan mengalami tanda-tanda wanita yang putus haid seperti panas badan, sakit sendi, berpeluh malam, sukar tidur dan fikiran gelisah. Pengesahan secara makmalnya apabila paras salah satu dari hormon kesuburan wanita terlalu tinggi. Hormon tersebut diberi nama Follicular Stimulating Hormone (FSH).

Secara ilmiah, kajian telah dijalankan bagi melihat bilakah umur yang biasanya seseorang wanita putus haid. Jadual dibawah menunjukkan umur dan peratus wanita yang kebanyakannya putus haid. Peratus ini hasil dari kajian dipelbagai benua dan geografi.
Umur Putus Haid % wanita
35—40 tahun (11.87%)
40—45 tahun (25.97%)
45—50 tahun (41.03%)
50—55 tahun (14.58%)
sebelum 35 atau selepas 55 tahun (6.54%)
Majoriti umur putus haid bagi seseorang wanita adalah diantara 45 hingga 55 tahun. Tidak dinafikan bahawa umur ini bergantung kepada faktor persekitaran dan iklim, sistem tubuh badan dan keturunan seseorang wanita berkenaan.
Para ulamak berbeza pendapat mengenai umur wanita yang putus haid ini. Berdasarkan kajian danpemerhatian semasa pada waktu itu Ad-darimi menyimpulkan bahawa bilamana sesorang wanita didatangi darah samada berumur belum mencapai 9 tahun atau diatas 50 tahun, ia bererti darah haid juga. Sebab Allah Subhanahuwa Taala dan RasulNya mengaitkan hukum-hukum haid pada kehadiran darah tersebut.
Pendapat Imam Syafie pula menyatakan bahawa tiada tempoh usia wanita putus haid. Pendapat ini mungkin berdasarkan uruf semasa pada ketika itu atau mengambil bukti sirah isteri Nabi Allah Ibrahim yang masih boleh melahirkan anak (Nabi Allah Ismail) walaupun sudah lanjut usia. Walaubagaimanpun pendapat Imam Hanafi, Hambali dan Maliki berbeza, dan menentukan tempoh usia wanita putus haid. Sedangkan jarak perbezaan zaman pada ketika itu tidaklah terlampau jauh. Semoga Allah merahmati mereka semua dalam menyatakan pandangan dan pendapat.
Tulisan ini pula bukan ingin menyanggah apa yang telah dinyatakan oleh para ulamak, tetapi ingin menyatakan beberapa pandangan terkini berdasarkan bukti-bukti kajian ilmiah mengenai wanita yang putus haid.
Kenapa wanita didatangi haid dan putus haid.
Sebelum kita melanjutkan perbincangan fekah mengenai hukum wanita yang telah putus haid dan beberapa masalah yang berkaitan dengannya, marilah terlebih dahulu kita memahami apakah yang dikatakan kitaran bulanan haid wanita dan kenapa haid terhenti pada usia tertentu.
Wanita mempunyai sekurang-kurangnya empat hormon penting bagi mengimbangi kitaran bulanan haid mereka. Hormon tersebut adalah Follicular Stimulating Hormon (FSH), Leutinizing Hormon (LH), Progesterone dan Estrogen. FSH dan LH berfungsi untuk membina telur (ovum) yang terdapat dalam kilang telur (ovari) membesar dengan subur dan matang sebelum ia pecah untuk disenyawakan oleh sperma lelaki . Progesteron dan Estrogen pula berfungsi untuk membina dinding peranakan wanita, subur untuk perletakan benih yang telah disenyawakan. Untuk pengetahuan bersama, hormon Progesteron dan Estrogen ini juga penting untuk menjaga keseimbangan fizikal dan mental seseorang wanita. Kulit wanita akan kelihatan cantik dan gebu akibat dari hormon Progesteron dan Estrogen. Begitu juga dangan emosi seseorang wanita dipengaruhi oleh hormon ini.
Hormon FSH dan LH dirembeskan dari kilang Pituatari yang terletak dalam rongga otak. Rembesan ini pula bergantung kepada signal negatif yang diperolehi dari Hormon Progesteron dan Estrogen yang dirembeskan dari kilang telur itu sendiri. Maksudnya jika telur tidak disenyawakan, tiada percambahan benih yang melekat pada dinding peranakan, hormon progesteron dan estrogen akan menurun secara mendadak. Menyebabkan signal akan dihantar ke kilang Pituatari untuk merembeskan FSH dan LH bagi kitaran pembentukan ovum yang kedua bagi bulan berikutnya. Semasa penurunan progesterone dan estrogen mendadak inilah dinding peranakan yang subur tadi berdarah yang kita namakan darah haid. Tujuan perdarahan tadi supaya penyediaan untuk pembinaan sel-sel baru bagi kitaran bulan yang berikutnya. Indahnya kejadian Allah Taala bagi manusia yang berfikir!
Seumur hidup seseorang wanita berupaya mengeluarkan telur sebanyak 400 ribu biji. Pengeluaran ini bergantung terus kepada hormon yang dinyatakan di atas. Proses pengeluaran ini agak kompleks dan hanya Allah SWT sahaja mengetahui secara mendalam. Walaubagaimanapun tidak semua telur akan mencapai tahap kematangan dan disenyawakan. Kajian menyatakan hanya 400 telur sahaja matang dan dikeluarkan untuk persenyawaan . Dalam satu kitaran, hanya satu telur sahaja akan matang dan dikeluarkan untuk persenyawaan. Telur yang masih berbaki, yang dalam proses kematangan akan terhenti tumbesaran setelah hormon-hormon di atas berkurangan. Ada kedapatan telur yang belum matang tadi akan matang pada kitaran yang berikutnya, dan ada di antaranya akan terbantut terus.
Apa yang terjadi semasa proses menopos (putus haid) ialah, telur-telur tadi sudah berkurangan dan ada yang tidak mencapai tahap kematangan untuk dikeluarkan dari kilang telur. Ini mengakibatkan kitaran haid bagi seorang wanita yang hampir putus haid tidak menentu. Pada masa yang sama hormon-hormon FSH, LH, Progesteron dan Estrogen juga akan mengalami gangguan perembesan.
Pada saat inilah wanita akan mengalami beberapa kecelaruan seperti cepat marah, sukar untuk tidur, sentiasa merasakan panas badan, sakit urat sendi dan nafsu berkurangan . Fenomena ini akan berlaku pada wanita bergantung kepada tahap ketahanan badan masing-masing. Wanita yang tidak dapat mengatasi perubahan kehidupan ini diberi pilihan untuk mengambil pil yang dinamakan Terapi Hormon Gantian (Hormon Replacement Therapy) .
Sesetengah wanita akan mengalami kecelaruan ini sehingga bertahun-tahun dan sebahagian darinya akan mengalami beberapa bulan sahaja. Malah ada di antara mereka tidak akan merasai perubahan ini secara ketara . Yang pasti mereka akan mengalami gangguan kitaran haid dan akhirnya haid akan terhenti.
Makna Putus Haid (Menopos)
Terdapat dua pandangan dalam ilmu perubatan mengenai tempoh masa yang mengesahkan bahawa seseorang wanita telah putus haid. Pendapat yang pertama adalah enam bulan dan pendapat kedua adalah selepas satu tahun dari haid yang terakhir.
Saya mengambil pendapat kedua kerana keyakinan yang tinggi bahawa kilang telur wanita akan mengalami kepupusan telur dalam tempoh tersebut. Ia juga suatu tempoh yang cukup selesa beserta dengan beberapa tanda fizikal dan mental yang akan dialami oleh seseorang wanita.
Perdarahan selepas Putus Haid (Menopos)
Timbul beberapa hukum fekah yang berkaitan dengan perdarahan yang berlaku selepas putus haid. Penelitian ulamak dalam masalah ini masih belum selesai dan diperbincangkan dalam pelbagai forum.
Dalam keadaan biasa seseorang wanita berusia yang telah putus haid tidak akan mengalami haid kali kedua dalam hidupnya. Kajian menyatakan hanya 5% wanita akan mengalami perdarahan yang seakan-akan haid setelah putus haid. Jika seseorang wanita yang telah putus haid mengalami perdarahan, ia dikira darah penyakit dan perlu diketahui punca-puncanya melalui siasatan lanjut. Perdarahan ini biasanya tidak tetap hari dan tidak mengikut kitaran bulan yang biasa. Ada kalanya darah yang keluar sedikit dan ada yang banyak sehingga memudaratkan. Darah penyakit ini berpunca dari beberapa sebab seperti dibawah :
1. Masalah pembekuan darah seperti hemophilia atau jangkitan virus.
2. Wanita yang mengambil pil hormon atau ubat tradisional tertentu.
3. Pengencutan vagina
4. Pembengkakan rahim.
5. Barah Rahim, pangkal rahim atau barah Ovari (Kilang Telur)
6. Terdapat ketulan (polyps) di dalam rahim atau pangkal rahim.
Perkara yang paling membimbangkan para pakar perubatan mengenai masalah perdarahan selepas putus haid ini adalah Barah Rahim. Lima hingga 10% perdarahan selepas putus haid adalah berpunca dari Barah Rahim. Kajian perlu dijalankan oleh pakar perubatan bagi mengetahui Barah Rahim ini. Antara ujian ringkas yang boleh dijalankan adalah dengan kaedah Ultra Sound sistem Peranakan. Melalui ujian Ultra Sound ini pakar perubatan dapat mengetahui secara asas masalah yang dihadapi oleh seseorang wanita.
Rujukan
- Menopause. Dicapai melalui http://en.wikipedia.org/wiki/Menopause pada 10-Nov-08
- Marie Carmichael Stopes. Change Of Life in Men And Women. Dicapai Melalui Http://Www.Geocities.Com/Menobeyond/Age.Html#1 Pada 10-Nov-08
- Muhammad bin Shaleh Al-‘Uthaimin. Usia dan Masa Haid. Darah Kebiasaan Wanita. Islamic Propogation Office in Rabwah, Riyadh.
- The Reproductive System di perolehi dalam talian http://library.thinkquest.org/2935/Natures_Best/Nat_Best_Low_Level/Reproductive_page.L.html#female_repro pada Tuesday, November 11, 2008
- Berbagai Ukuran Seputar Seks dan Organ Reproduksi. Di capai melalui http://www.hanyalelaki.com/mod.php?mod=publisher&op=viewarticle&artid=140 pada 13 November 2008
- Menopause. Dicapai melalui http://menopause.emedtv.com/menopause/menopause.html pada November 14, 2008
- Menopause. Dicapai melalui http://www.healthywomen.org/healthtopics/menopause pada November 14, 2008
- Postmenopausal Bleeding. http://www.patient.co.uk/showdoc/40024599/
- KATHLEEN A. ORIEL, SARINA SCHRAGER. Abnormal Uterine Bleeding. Dicapai melalui http://www.aafp.org/afp/991001ap/1371.html
Sunday, November 16, 2008 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0
Friday, November 07, 2008
Haid tak jejas kesempurnaan ibadah haji
Haid tak jejas kesempurnaan ibadah haji
Bersama Tabung Haji
Oleh Tengku Aziz Raja Abdullah
MASALAH haid kadangkala mengganggu kelancaran wanita mengerjakan ibadat haji dan umrah. Oleh itu, satu kefahaman dalam masalah ini perlu difahami dan diberi perhatian oleh wanita.
Wanita yang didatangi haid diharam sembahyang, puasa, tawaf, duduk dalam masjid, bersetubuh, menyentuh dan membaca Al-Quran.
Darah haid keluar paling minimum ialah satu hari satu malam (24 jam), manakala tempoh maksimum ialah 15 hari 15 malam dan tempoh kebiasaannya antara tiga hingga tujuh hari mengikut kebiasaan individu.
Jika haid keluar satu hari satu malam kemudian berhenti satu hari satu malam atau darah haid keluar dua atau tiga hari, kemudian berhenti dua hari secara umum, Mazhab Syafi’e berpendapat hari yang darah keluar dan hari darah berhenti dikira tempoh haid.
Dalam Al-Iqna ditambah tiga syarat :
- Hari darah terhenti dan hari darah keluar tidak melebihi 15 hari.
- Tempoh darah terhenti dan keluar tidak kurang daripada satu hari atau satu malam iaitu tempoh minimum haid.
- Hari suci atau tempoh suci yang menyelangi antara dua haid tidak kurang daripada 15 hari.
- Tempoh suci antara dua haid ialah 15 hari. Ulama fiqh bersepakat bahawa warna darah haid pada hari kebiasaan ialah kehitaman, merah, kuning dan keruh. Warna kuning dan keruh yang keluar hari kebiasaan haid dikira sebagai darah haid.
Darah yang keluar selepas hari kebiasaan haid tidak dikira sebagai haid. Oleh itu, jika masalah itu berlaku ke atas jemaah haji ketika berada dapatlah melakukan ibadat di Makkah dengan sempurna tanpa ragu-ragu.
Tanda wanita suci daripada haid ialah kering tempat darah keluar (faraj) tanpa ada kesan warna darah, sama ada merah, kuning atau keruh yang tinggal pada kapas atau seumpamanya yang dimasukkan dalam faraj sekadar hujung jari. Jika kapas atau yang seumpamanya itu didapati basah dan tidak ada kesan warna seperti di atas, itu juga sudah dianggap suci.
Putih bersih bermaksud apabila kapas atau seumpamanya yang dimasukkan dalam faraj sekadar hujung jari didapati putih, bersih, kering atau masih ada kebasahan yang putih jernih ia juga dianggap bersih.
Permasalahan wanita dalam haid ialah :
- Keluar darah selepas tempoh maksimum haid
Bagi wanita yang pertama kali datang haid, Mazhab Syafi’e berpendapat, hendaklah mengira darah haidnya satu hari satu malam saja iaitu tempoh minimum haid. Darah keluar selepas satu hari satu malam adalah dikira sebagai darah istihadah.
Bagi wanita pertama kali datang haid tetapi dapat membezakan antara darah haid atau tidak, maka Syafi’e mensyaratkan dengan tiga syarat iaitu tempoh darah yang keluar tidak kurang daripada tempoh minimum haid (24 jam), darah yang keluar tidak melebihi tempoh maksimum haid (15 hari) dan tidak kurang daripada tempoh minimum suci antara dua haid.
Bagi wanita yang sudah biasa mengalami haid dan dapat atau tidak dapat membezakan warna darah. Wanita ini hendaklah mengira tempoh haid mengikut kebiasaan haidnya. Darah yang keluar melebihi hari kebiasaan haidnya hendaklah dikira sebagai darah istihadah.
- Darah yang keluar ketika hamil
Wanita yang keluar darah ketika hamil adalah darah haid. Dalam Ashab Al-Syafie berpendapat jika wanita hamil mendapati darah keluar seperti hari kebiasaan haidnya dan sifat darah itu juga sama dengan sifat darah haid, maka darah itu dikira sebagai darah haid. Jika darah itu keluar pada hari yang bukan hari kebiasaan haid, maka darah itu bukan darah haid.
- Darah keluar selepas putus haid
Tiada had pada tempoh haid. Namun, umur kebiasaan bagi perempuan putus haid adalah di antara umur 49 hingga 62 tahun. Walau bagaimanapun, menurut pandangan perubatan, putus haid berlaku apabila tiada lagi benih aktif yang dapat mengeluarkan hormon. Jika ada, mungkin tidak aktif.
Kebanyakan wanita Malaysia putus haid pada purata umur 49 hingga 50 tahun. Pada pandangan perubatan, wanita akan dikira benar-benar putus haid apabila tiada haid selama enam bulan berturut-turut. Walau bagaimanapun, jika ada haid lagi selepas putus haid, ia bukan darah haid tetapi darah penyakit. Oleh itu, pemeriksaan dengan doktor perlu untuk menentukan darah itu darah haid atau tidak.
- Angin keluar melalui (qubul) faraj
Pada pandangan Mazhab Syafi’e, angin yang keluar daripada faraj wanita atau zakar lelaki adalah batal wuduk (ada orang yang mengalami keadaan sedemikian). Walau bagaimanapun, jika angin tidak keluar daripada permukaan faraj dan hanya berada di dalam saja, maka ia tidak membatalkan wuduk.
- Kelembapan faraj
Kadangkala berlaku kelembapan pada faraj. Kelembapan ini adalah sifat faraj menghasilkan lelehan untuk mengelakkan kulit mukosa daripada melekit dan mengering. Ulama fiqh berpendapat, kelembapan faraj akibat daripada lelehan yang dihasilkan mukosa tidak membatalkan wuduk. Bandingan sama keadaannya dengan seorang yang menjulurkan lidahnya keluar daripada mulut dalam keadaan lidah itu basah dan lembap air liurnya. Kemudian dia memasukkannya kembali ke dalam mulutnya dan menelan air liur itu, perbuatannya tidak membatalkan puasa kerana air liur pada lidah tidak terpisah daripada lidahnya.
Permasalahan haid dengan haji/umrah :
- Datang haid ketika berniat ihram. Boleh mandi sunat ihram, boleh berniat untuk ihram sekalipun dalam keadaan tidak suci.
- Datang haid selepas berniat ihram. Dibenarkan melakukan semua kerja haji dan umrah kecuali tawaf. Wanita yang datang haid ketika di Makkah dibolehkan melakukan zikir, bertahmid, tahlil dan takbir serta talbiyah.
- Mengerjakan haji tamattuk dan datang haid sebelum tawaf. Jika wanita memilih melakukan haji tamattuk kemudian datang haid sebelum tawaf umrah dan dibimbangi luput haji, dia boleh niat ihram haji berserta umrah (Qiran). Dengan itu, dia bertukar daripada haji tamattuk kepada haji Qiran. Ini pandangan majoriti fuqaha. Wajib bayar dam.
- Haid selepas wukuf dan tawaf rukun. Jika wanita datang haid selepas wukuf di Arafah dan selepas tawaf rukun sedangkan haidnya tidak suci sehingga hampir hendak pulang ke tanah air, dia tidak perlu tawaf Wida’ dan tidak dikenakan dam.
Bagi wanita yang datang haid atau nifas ketika hendak melakukan umrah, sampai ke Miqat dia boleh berniat ihram umrah kemudian mengucap talbiyah sehingga sampai ke Makkah.
Apabila sampai di Makkah, dia tidak boleh masuk ke Masjidil Haram, dia mesti berada di dalam ihramnya sehingga suci.
Apabila suci hendaklah mandi wajib, kemudian hendaklah tawaf di Kaabah tujuh keliling, kemudian sa’ie antara Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali. Selepas itu bergunting rambut dan bebaslah daripada ihramnya. Umrah itu sah dan tidak dikenakan dam. (Muhamamad al-Ajami, Al-Umrah : 21)
Bagi wanita yang haid/nifas ketika haji, sampai ke Miqat dia boleh berniat ihram haji (Ifrad) kemudian mengucap talbiyah sehingga sampai ke Makkah. Apabila sampai di Makkah, dia tidak boleh masuk ke Masjidil Haram, dia mesti berada di dalam ihramnya sehingga suci.
Apabila suci hendaklah mandi wajib, kemudian tawaf (selamat datang) di Kaabah tujuh keliling, kemudian tunggu hari berangkat ke Arafah untuk melakukan wukuf. Selepas itu lakukanlah amalan wajib dan rukun haji seperti biasa. Haji itu sah dan tidak dikenakan dam.
Wanita berihram di Miqat, kemudian datang haid atau nifas selepas ihramnya itu, dia terus berada di dalam ihramnya dengan erti tidak boleh melakukan perkara dilarang dan tidak boleh tawaf sehingga suci. Apabila suci hendaklah mandi wajib. Selepas itu tawaf umrah tujuh keliling dan sa’ie umrah tujuh kali.
Kemudian menggunting rambut dan bebaslah daripada ihramnya itu dan halal baginya melakukan segala yang dilarang ketika ihram. Umrah sah dan tidak dikenakan dam.
Perempuan berihram di Miqat (Tamattuk dan niat haji di Tanah Haram), kemudian datang haid atau nifas selepas ihram, dia terus berada di dalam ihramnya dengan erti tidak boleh melakukan perkara dilarang dan boleh melakukan amalan lain seperti wukuf, bermalam di Muzdalifah, bermalam dan melontar di Mina serta bergunting. Tidak boleh tawaf rukun sehingga suci. Apabila suci hendaklah mandi wajib. Selepas itu tawaf haji tujuh keliling dan sa’ie haji tujuh kali. Haji itu sah dan tidak dikenakan dam.
Jika wanita itu datang haid ketika tawaf, hendaklah cepat-cepat keluar dari tempat tawaf dan pakailah tuala wanita dan terus berada di dalam ihramnya sehingga suci dan mandi wajib. Kemudian tawaf, sa’ie. Ditambah dengan bergunting (jika umrah). Dengan itu bebaslah daripada ihramnya.
Apabila datang haid selepas tawaf dan sebelum sa’ie, hendaklah memakai tuala wanita dan boleh melakukan sa’ie tidak disyaratkan suci daripada hadas. Kemudian bergunting (jika umrah) dan bebas daripada ihramnya.
Jika datang haid selepas selesai mengerjakan umrah atau haji sebelum keluar dari Makkah, dia tidak boleh melakukan Tawaf Wada. Dia boleh pulang ke tanah air tanpa mengerjakan Tawaf Wada’ dan tidak dikenakan dam.
Apabila seseorang wanita hendak mengerjakan haji atau umrah dan bimbang kedatangan haid, dia boleh mengambil pil pencegah haid. Perbuatan ini harus mengikut ulama dan tidak salah.
Kefahaman masalah haid amat berguna dan menjadi fardu ain kepada setiap orang (khasnya wanita). Oleh itu, jika jemaah haji ada persoalan dalam masalah haid, haji atau umrah boleh rujuk kepada ustaz atau ustazah yang berada di maktab dan zon ketika berada di Tanah Suci.
Ia penting bagi menjadikan amalan haji dan umrah kita sempurna dan diterima Allah.
Penulis ialah Pengurus Besar (Bimbingan) Lembaga Tabung Haji
Friday, November 07, 2008 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0