Followers

ziddu

Showing posts with label Ibadah Haji. Show all posts
Showing posts with label Ibadah Haji. Show all posts

Saturday, May 02, 2009

Ibadah Haji dan Umrah dalam sakit


"Luka mak cik perlu ditampal dengan kain kapas"Aku memberi sedikit penjelasan kepada seorang jemaah yang baru dibalut kerana luka dilengan. Dia jatuh dalam bilik air hotel pagi tadi.

''Lepas tu Mak Cik nak ambil air sembahyang macam mana?" Dia mengajukan soalan yang menginginkan penerangan lanjut.
Situasi begini sering berlaku di Klinik Zon atau Maktab di Tanah Suci. Malah masalah fekah sebegini juga berlaku di wad-wad atau klinik di Tanah Air. Satu hal yang perlu diambil perhatian bahawa ramai kakitangan kesihatan yang beragama Islam sendiri tidak mengetahui cara mengangkat hadas bagi pesakit yang uzur atau berhalangan terkena air. Pengetahuan mengenai tatacara mengangkat hadas tidak pernah diajar di dewan-dewan kuliah. Kecualilah initiatif dari kakitangan berkenaan belajar dengan ustaz atau membaca bahan bacaan tertentu. Walaubagaimana pun bahan bacaan yang menerangkan mengenai cara bersuci dan solat bagi pesakit amat terhad. Bagi sesetengah negeri seperti Kelantan dan Terengganu, Majlis Agama lslam masing-masing telah menerbitkan buku tatacara beribadah bagi pesakit. Akhir-akhir ini Persatuan Perubatan lslam Malaysia (PPIM) juga menerbitkan buku panduan ibadah pesakit. Buku-buku sebegini patut dimiliki oleh setiap anggota kesihatan untuk dijadikan panduan dalam mendidik pesakit mengenai ibadah sewaktu sakit.

Berikut adalah panduan ringkas kepada pesakit yang akan melakukan ibadah semasa sakit.

Mengambil wuduk

Syarat sah sembahyang adalah suci dari hadas. Berwuduk adalah kaedah mengangkat hadas dia menjadi wajib sebelum melakukan sembahyang. Dalam keadaan tertentu, pesakit mengangkat hadas dengan tidak sempurna seperti terdapat plaster ditangan. Di sinilah perlunya kaedah mengangkat hadas yang betul dan disepakati oleh ulamak berpandukan sunnah Rasulullah SAW.

3 Perinsip Asas

Terdapat 3 perinsip asas dalam tatacara mengangkat hadas yang telah dibincangkan oleh ulamak berdasarkan hadis Nabi SAW
  1. Tatacara mengangkat hadas bagi pesakit yang mempunyai halangan dari terkena air dibahagian anggota wajib wuduk, seperti terdapat plaster di tangan atau simen di kaki.
  • Pesakit berwuduk seperti biasa,
  • Sapukan di atas plaster atau simen,
  • Selesaikan wuduk sehingga akhir,
  • Dikehendaki bertayammum menggantikan anggota wuduk yang tidak terkena air wuduk tadi,
  • Satu kali mengangkat hadas seperti a-d untuk satu fardu sembahyang sahaja setelah masuk waktunya,
  • Tidak perlu mengulangi sembahyang setelah penyakit sembuh.

Bersambung......entah bila

Saturday, May 02, 2009 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Friday, January 02, 2009

Kejutan Panas di Tanah Suci



Kekeringan air dan Kejutan Panas

Kekeringan Air badan dan Kejutan Panas adalah dua jenis fenomena yang biasa berlaku ke atas jemaah haji yang sedang mengerjakan ibadah haji. Ianya boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan yang sepatutnya.

Kekeringan Air dalam Badan

Kekeringan air badan semasa mengerjakan haji adalah akibat dari kepanasan yang melampau, terutama semasa siang hari berwukuf di Arafah. Ia juga diakibatkan oleh jemaah yang mengalami cirit birit yang berterusan. Kanak-kanak dan warga emas berumur 60 tahun ke atas cenderung mengalami kekeringan ini.

Dalam keadaan biasa, badan kita sentiasa mengeluarkan air melalui air kencing, peluh, air mata dan bahan kumuh yang lain. Walaubagaimana pun kehilangan tadi dapat diganti segera setelah kita minum air atau makan nasi. Kekeringan air ini menjadi semakin ketara bagi jemaah yang sudah mengalami cirit birit, muntah-muntah atau demam. Badan kita akan kehilangan banyak air dan garam semulajadi dalam tubuh seperti natrium, potasium, calsium dan fosfat. Bahan-bahan ini penting bagi keseimbangan tubuh.

Semasa berada di Arafah, cuaca amat panas. Jemaah haji dinasihatkan sentiasa berada dalam kehmah untuk mengelakkan terdedah kepada cahaya matahari.

Tanda-tanda seseorang itu mengalami kekeringan air dalam badan

Berikut adalah beberapa tanda seseorang yang mengalami kekeringan air dalam badan;

  • dahaga
  • kencing berkurangan
  • kulit kering
  • keletihan
  • pening kepala
  • berpinar dan terasa badan atau tempat berpusing
  • keliru dengan keadaan sekeliling, masa dan orang
  • mulut kering
  • nadi bergerak pantas dan berdebar-debar

tanda tambahan bagi kanak-kanak;

  • mulut dan lidah kering
  • tiada air mata semasa menangis
  • Kain lampin tidak basah setelah 3 jam ditukar.
  • Perus mengempis, keluk mata dan pipi menjadi dalam
  • Demam yang tinggi
  • Tidak ceria dan sentiasa merengek
  • Elastisiti kulit berkurangan apabila di tarik

Rawatan untuk Kekeringan Air Badan ini

Kekeringa air badan ini perlu dikenal pasti awal dan rawatan segera perlu bagi mengelakkan kehilangan garam semulajadi dalam badan. Doktor akan merawat pesakit ini dengan menggantikan air yang telah hilang. Dengan memasukkan air secara suntikan vena, kekeringan air badan dapat dikurangkan dengan segera.

Dalam kes yang sederhana, pesakit dikehendaki berehat secukupnya dan doktor akan membekalkan air garam untuk diminum.

Semua jemaah haji yang akan melakukan aktiviti haji dinasihatkan mengaqmbil langkah-langkah berikut bagi mengelakkan kekeringan air badan ini.

  • Minum air masak dengan banyak. Seminimanya adalah 7 gelas sehari. Jadikan amalan membawa sebotol air mineral kemana sahaja anda pergi untuk diminum. Dalam masjid di kedua tanah Suci juga tersedia ar Zamzam untuk diminum. Carilah kelebihan Air Zamzam ini.
  • Jadualkan betul-betul aktiviti seharian anda. Biasanya jemaah haji Asia Tenggara akan melontar pada waktu malam selepas jam 5. Ini boleh mengurangkan terdedah kepada matahari dan boleh mengurangkan kekeringan air Badan ini. Begitu juga dengan aktiviti lain seperti tawaf, sebaiknya dilakukan pada siang hari atau lewat petang.
  • Ambil minuman tambahan seperti air mineral atau air jus buah-buahan bagi menambah gram semulajadi dalam badan.

Kejutan Panas

Kejutan Panas adalah salah satu penyakit kepanasan badan yang boleh membawa maut. Ia adalah hasil akhir dari kekeringan Air Badan seperti yang dibincang di atas tadi. Peringkat awal apabila seseorang berada di bawah panas terik, badan seseorang akan bertindakbalas dengan mengeluarkan peluh. Namun apabila sampai satu peringkat, peluh sudah tidak mencukupi untuk mengimbangi hawa panas yang ada dalam badan seseorang.

Orang tua dan kanak-kanak adalah golongan yang cenderung untuk mengalami kejutan panas ini. Jika ia terjadi pada diri anda, sila dapatkan bantuan kesihatan dengan segera dari klinik maktab atau klinik zon.

Apakah tanda-tanda Kejutan Panas?

Seseorang yang mengalami Kejutan panas akan mengalami tanda-tanda seperti berikut:

  • Pening kepala
  • Mata berpinar-pinar
  • Tidak sedarkan diri
  • Tidak mengenal alam sekitar, badan mengigil dan meracau. Kadang-kadang kleiru dengan diri sendiri dan alam sekeliling.
  • Kelitihan dan berindak lambat dalam sesatu aktiviti.
  • Sawan, tidak sedarkan diri,
  • Badan panas dan kulit kering tanpa mengeluarkan peluh.
  • Suhu badan tinggi
  • berdebar-debar.

Rawatan untuk Kejutan Panas

Jika seseorang mengalami tanda-tanda kejutan panas, rawatan pantas anda adalah penting bagi mengelakkan kematian. Diantara langkah mula yang boleh dilakukan adalah:

  • Bawa mangsa ketempat teduh dan selamat dan dapatkan bantuan dari pihak hospital
  • Longgarkan pakaian dan sapukan air keseluruh badan sambil mengipas.
  • Jika ada pak ais, letakkan dicelah paha dan ketiak.
  • Baringkan mangsa ditempat yang selesa dan angkat kaki sedikit dari paras dada.

Berikut adalah beberapa langkah pencegahan bagi mengelakkan kejadian Kejutan Panas ini

  • Minum air yang yang agak berlebihan dari biasa apabila merancang aktiviti luar seperti mengerjakan umrah sunat atau membeli belah. Sediakan sentiasa air bekalan dalam bag sandang yang telah dibekalkan oleh pihak Tabung Haji.
  • Kurangkan mengambil air teh, kopi, soda kerana ianya boleh memekatkan darah dan mengakibatkan cenderong kepada kekeringan air badan. Minuman air isotonik seperti 100 plus adalah digalakkan.
  • Memakai pakaian biasa yang tidak terlalu tebal dan ketat. Pakaian warna cerah adalah lebih baik kerana ia tidak menyerap haba. Itulah hikmah pakaian ihram disunatkan berwarna putih
  • Lindungi diri anda samada memakai songkok, ketayap atau menggunakan payung supaya tidak terkena secara terus pancaran matahari.
  • Sila dapatkan nasihat doktor jika anda mempunyai masalah kesihatan seperti Kencing Manis atau Darah Tinggi.
Inilah beberapa nasihat saya semoga mendatangkan manafaat kepada pembaca.

Friday, January 02, 2009 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Monday, December 29, 2008

Petugas Haji Mesti Sabar



"Kita sebagai petugas kepada jemaah kena ingat satu perkara; iaitu sabar." Pesan Hj Abdullah dalam satu taklimat sebelum operasi Masyaer bermula.

Bersabar dalam semua keadaan adalah paling utama. Dalam situasi mana sekalipun samada cemas, letih, sibuk, kurang tidur, sakit kepala atau demam, kesabaran hendaklah diletakkan didepan. Manusia yang sabar adalah manusia yang dijamin oleh Allah sebagai orang yang tidak akan rugi.

''Demi masa. Sesungguhnya manusia didalam kerugian, kecuali orang beriman dan beramal soleh yang berpesan kepada kebenaran dan kesabaran"Maksud Surah al Asr

Hilang sabar boleh merosakkan segala-galanya. Hilang sabar boleh merosakkan pahala haji. Orang yang hilang sabar tidak akan dihormati walaupun ditakuti oleh semua. Tindakan orang yang hilang sabar kadang-kadang tidak menyenangkan banyak pihak. Natijah dari hilang sabar boleh mencacatkan operasi haji. Malah peristiwa yang berlaku akibat dari hilang sabar akan dijadikan iktibar kepada sesiapa sahaja. Samada menjadi iktibar negatif atau positif kepada orang lain.

Sebagai petugas kebajikan atau perubatan mestilah bersabar dengan pelbagai karenah jemaah haji. Kedatangan kita sebagai petugas haji adalah untuk memberi khidmat terbaik kepada jemaah. Nilaian bagi khidmat yang terbaik itu adalah sejauh mana kita boleh menahan kesabaran.

Sebenarnya cabaran berurusan dengan jemaah adalah salah satu dari ujian sebagai petugas. Makan minum, tempat tinggal tidak menjadi rintangan besar kepada petugas berbanding dengan jemaah yang terkadang mempunyai masalah rumah. Terkadang juga jemaah diuji dengan sakit demam yang berpanjangan. Berbeza dengan petugas!

Jemaah mempunyai pelbagai permintaan dari petugas. Kehilangan keluarga masa Arafah Mina. Ada yang tak jumpa cari hotel yang memerlukan tuntunan dari petugas. Ada yang tak boleh berjalan hinggakan petugas menyorongkannya dengan kerusi roda. Ada juga petugas diherdik oleh jemaah semasa di Mudzalifah kerana bas lambat sampai. Malah ada juga petugas perubatan dimarahi oleh jemaah kerana tidak membawa alat canggih perubatan semasa di Arafah-mudzalifah-Mina. Itulah asam garam kehidupan sebagai petugas yang memerlukan kesabaran yang tinggi. Petugas yang boleh bersabar dengan karenah ini adalah petugas yang berjaya menyelamatkan operasi haji secara keseluruhannya.

Monday, December 29, 2008 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Monday, December 22, 2008

Tarikh Keramat untuk Perokok


Sepatutnya tarikh berangkat menunaikan haji adalah tarikh keramat untuk berhenti merokok. Ditambahi tarikh ini berada dibulan suci dan akan menuju ke tempat yang suci. Amalan haji dan umrah yang akan dilakukan juga adalah memerlukan kesucian fizikal dan jiwa.

Aku cukup hairan kenapa ada lagi jemaah yang tak segan silu menyedut asap rokok depan khalayak ramai. Malah ada yang hanya beberapa meter dari pagar masjid Nabawi! Tambah memilukan lagi ada petugas Haji yang merokok ditengah masyarakat jemaah haji umum yang ramai yang memerhatikan mereka. Sepatutnya mereka menjadi contoh kepada para jemaah lain untuk berhenti merokok atau setidak-tidaknya menyedut rokok di tempat yang agak tersembunyi.

Tiada siapa yang menafikan keburukan merokok. Doktor seluruh dunia menyatakan perang kepada rokok. Jika ada doktor yang menyatakan rokok itu baik untuk kesihatan, kita boleh isytihar itu doktor gila! Mana tidaknya, merokok boleh mengakibatkan bermacam jenis penyakit samada penyakit yang nampak atau yang tak nampak. Contohnya semua jenis kanser berkait terus dengan amalan merokok. Kencing manis, darah tinggi dan serangan jantung yang tidak zahir pada mata kasar juga perpunca dari merokok. Berikut adalah fakta yang ingin saya kongsi kepada pembaca sekalian

JENIS PENYAKIT

GANDAAN RISIKO

Bronkitis kronik Emfisima

9 - 10 kali ganda

Kanser paru-paru

5 - 10 kali ganda

Kanser kerongkong (larynx)

7 - 8 kali ganda

Kanser tekak (pharynx), Penyakit jantung iskemia Angin ahmar (stroke), Kanser esophagus, Penyakit Crohn (Crohn's disease)

4 - 5 kali ganda

Kanser pelvis ginjal (renal pelvis) Kanser anus, Kanser faraj

3 - 4 kali ganda

Kanser pundi kencing

(urinary bladder) Atherosclerosis

2 - 3 kali ganda

Kanser zakar (penis)

Hampir 2 kali ganda

Kanser ginjal (renal)

Hampir 2 kali ganda

Kanser pancreas

Hampir 2 kali ganda

Kanser servik

Hampir 2 kali ganda

Kanser ovari

Hampir 2 kali ganda

Kanser payudara

Hampir 2 kali ganda

Kanser vagina

Hampir 2 kali ganda

Kanser perut

Hampir 2 kali ganda

Sindrom kematian bayi

secara mengejut
(Sudden infant death
syndrome)

Hampir 2 kali ganda

Kelahiran bayi tidak

cukup bulan
(premature baby)

Hampir 2 kali ganda

Bayi yang kurang

berat lahir
(low birth weight)

Hampir 2 kali ganda

Mati dalam kandungan

(still birth)

Hampir 2 kali ganda

Perkembangan janin

dalam kandungan
terencat

Hampir 2 kali ganda

Tembuni pecah awal

(premature rupture
of membrane)

Hampir 2 kali ganda

Kematian perinatal

Hampir 2 kali ganda

Pneumonia

Hampir 2 kali ganda

Pengukuhan celakanya rokok ini dikukuhkan lagi dengan pernyataan Majlis Fatwa kebangsaan tentang pengharaman rokok. Majlis Fatwa telah mengeluarkan satu fatwa pada tahun 1995 yang menyatakan rokok adalah HARAM.

Sesuai dengan seruan haji, marilah kita menetapkan satu tarikh keramat dalam kehidupan: berhenti terus dari merokok sebaik sahaja menjejakkan kaki di Tanah Suci. Marilah kita menjadi insan yang bertaqwa lagi berakal.

kptø:$# Ößgô©r& ×M»tBqè=÷è¨B 4 `yJsù uÚtsù ÆÎgŠÏù ¢kptø:$# Ÿxsù y]sùu Ÿwur šXqÝ¡èù Ÿwur tA#yÅ_ Îû Ædkysø9$# 3 $tBur (#qè=yèøÿs? ô`ÏB 9Žöyz çmôJn=÷ètƒ ª!$# 3 (#rߊ¨rts?ur cÎ*sù uŽöyz ÏŠ#¨9$# 3uqø)­G9$# 4 Èbqà)¨?$#ur Í<'ré'¯»tƒ É=»t6ø9F{$# ÇÊÒÐÈ

197. (Musim) haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi[1],Barangsiapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji, Maka tidak boleh rafats[2], berbuat Fasik dan berbantah-bantahan di dalam masa mengerjakan haji. dan apa yang kamu kerjakan berupa kebaikan, niscaya Allah mengetahuinya. Berbekallah, dan Sesungguhnya Sebaik-baik bekal adalah takwa[3] dan bertakwalah kepada-Ku Hai orang-orang yang berakal.



[1] Ialah bulan Syawal, Zulkaidah dan Zulhijjah.

[2] Rafats artinya mengeluarkan Perkataan yang menimbulkan berahi yang tidak senonoh atau bersetubuh.

[3] Maksud bekal takwa di sini ialah bekal yang cukup agar dapat memelihara diri dari perbuatan hina atau minta-minta selama perjalanan haji.

Monday, December 22, 2008 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Networkedblog