Followers

ziddu

Tuesday, February 15, 2011

Penafian saya atas kenyataan Wanita Bermadu Mudah Dijangkiti



Isu: Laporan “ Amalan Poligami antara Penyumbang Kanser Pangkal Rahim”


Saya merujuk kepada beberapa laporan akhbar secara online yang memetik laporan bertajuk “Wanita Bermadu Mudah Dijangkiti" dan "Amalan Poligami antara Penyumbang Kanser Pangkal Rahim” disiarkan pada 14 Febuari 2011 dan juga akhbar pada 15hb Febuari 2011 berkaitan perkara yang sama. Laporan tersebut seolah-olah menyatakan bahawa saya dalam kapasiti sebagai seorang Pakar Perubatan Keluarga mendakwa saya mengeluarkan kenyataan bahawa amalan berpoligami adalah antara faktor penyumbang kanser pangkal rahim.

Secara peribadi saya ingin membetulkan laporan tersebut kerana ia merujuk saya sebagai sumber kenyataan tersebut.

Saya menegaskan bahawa saya tidak membuat kenyataan sedemikian, laporan tersebut adalah tidak tepat, di luar konteks dan langsung tidak menggambarkan keseluruhan isi ceramah saya yang bertajuk “Penyakit Alaf Baru, Pembunuh Senyap” berlangsung di Universiti Malaysia Trengganu. Apa yang cuba saya tampilkan hanyalah wanita yang mempunyai berbilang pasangan seks (multiple partner) berisiko tinggi kepada jangkitan HPV (Human Papilloma Virus) dan seterusnya menjadi factor penyumbang kanser pangkal rahim dan bukan poligami yang merupakan faktornya. Saya juga menegaskan tentang peri pentingnya menjaga kebersihan bagi pasangan yang melakukan seks dengan berbilang pasangan.

Saya tidak pernah berniat mempersoalkan kesucian ajaran agama Islam malah saya sendiri sebagai seorang Pakar Perubatan Keluarga telah banyak melihat bukti saintifik ajaran Islam itu menepati kajian-kajian serta penemuan sains.

Saya amat kesal intipati ceramah saya disalahlapor dan tidak akan bertanggungjawab atas kesilapan yang dilakukan oleh pihak yang melaporkannya itu. Semua laporan yang salah tersebut perlu ditarikbalik dengan serta merta kerana ia boleh mengelirukan dan membangkitkan sensiviti beragama rakyat Malaysia.


Bertarikh pada 15 Febuari 2011

0 Responses to “Penafian saya atas kenyataan Wanita Bermadu Mudah Dijangkiti”

Post a Comment

Networkedblog