Followers

ziddu

Wednesday, September 24, 2008

Kesihatan Dan Qiyamullail


Disebutkan bahawa Qiyamullail boleh mencegah penyakit tubuh. Masalah tersebut telah diadakan penelitian dan telah ditetapkan oleh para pakar perubatan dari kalangan orang Islam terutama dalam sebuah muktamar bertajuk " Mukjizat Perubatan Dalam Al-Quranul Karim" yang diselenggarakan di Kaherah, Mesir dan disertai oleh perwakilan dari Rabitah Al-Alam Al-Islami, Organisasi Ilmu-Ilmu Perubatan Islam Amerika, Persatuan Perubatan Islam Kuwait, Organisasi Masjid-Masjid Antarabangsa dan Universiti Al-Azhar sendiri.
Dalam pertemuan itu, telah dipaparkan sebuah kajian tentang solat tarawih serta pengaruhnya terhadap kelenturan tulang belakang. Solat tarawih tidak lain adalah qiyamullail pada bulan Ramadhan dan pengisian solat-solat lain seperti tahajjud secara umum. Kajian ini bertujuan untuk mengenali sejauh mana pentingnya solat tarawih bagi seorang yang beragama Islam, pengaruhnya pada kemampuan kerja jantung dan elenturan tulang belakang.
Penelitian ini dilakukan terhadap 60 orang lelaki dan perempuan yang berusia
60 tahun yang diklasifikasikan ke dalam 2 golongan. Golongan pertama terdiri dari mereka yang terus menerus mengejakan solat tarawih pada bulan Ramadhan tahun 1405H, sedangkan golongan kedua terdiri dari mereka yang tidak mengerjakannya.
Dilakukan beberapa kali ujian terhadap mereka untuk mengetahui tingkat
kelenturan tulang belakang dalam pelbagai situasi yang berbeza-beza, dan dilakukan juga ujian terhadap kadar kemampuan kerja jantung mereka dengan
menggunakan argometer.
Hasilnya, ternyata menunjukkan adanya perbezaan besar antara orang-orang yang terus menerus mengerjakan solat tarawih berbanding orang
yang tidak mengerjakannya pada kadar kelenturan tulang belakang dan
pada kemampuan kerja jantung mereka.
Atas dasar itu, pakar perubatan berpendapat agar semua orang Islam rajin mengerjakan solat secara umum dan khususnya solat tarawih yang terbukti
manfaatnya dari sudut kesihatan tubuh.
Manfaat dapat dirasakan terutamanya dari segi peredaran darah, organ
pernafasan, kelenturan sendi-sendi tubuh, khususnya pada tulang belakang.
Golongan lanjut usia sebenarnya sangat memerlukan pelbagai jenis latihan
untuk memelihara kestabilan tubuh dan sistem kerja jantung mereka.
Orang yang berqiyamullail merasa sihat, rajin dan berjiwa baik pada waktu
pagi. Jika selepas itu ia melakukan salah satu pekerjaan, lalu ia
menjalankannya dengan rajin dan baik. Oleh itu hasil kerjanya menjadi sempurna.
Sedangkan orang yang tidak qiyamullail, maka ia malas dan berjwa kecil. Jika
ia mengerjakan salah satu pekerjaan, bagaimana ia mampu menyelesaikan
urusannya dengan sempurna, padahal ia dalam keadaan sedemikian rupa?
Allah swt menciptakan manusia dan Dia Maha Mengetahui tentang manusia
dan apa sahaja yang baik bagi mereka. Rasulullah saw seorang yang sedikit
tidurnya tetapi baginda cergas, sihat dan kuat.
Orang-orang yang semasa dengan kehidupan asy-Syahid Hassan al-Banna
bercerita tentang peribadinya bahawa ia tidur tidak lebih dari 4 jam sehari
semalam. Namun begitu, beliau seorang yang sangat aktif dan gerakan Islam dan segala aktiviti.
Menurut doktor, manusia cukup dengan sedikit tidur. Bahkan banyak tidur
membuatkan manusia malas. Ini terbukti secara ilmiah dan kehidupan nyata.
Qiyamullail juga menghalau penyakit dari tubuh termasuk tindakan
pencegahan. Menurut penemuan pakar, banyak tidur membuat hati menjadi
berhenti atau darah membeku.
Dikeluarkan oleh Syukbah Dakwah dan Pendidikan, Masjid Negeri Sabah. Siri 38/06

Wednesday, September 24, 2008 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Wednesday, September 17, 2008

Pelbagai Peristiwa di Bulan Ramadhan


Di bulan Ramadhan Al Qur’an di turunkan. Dialah wahyu Allah yang menjadi petunjuk hidup manusia. Dialah mu’jizat yang dianugerahkan Allah kepada manusia.
  1. Tanggal 17 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah, hari Jum’at pagi, terjadi peperangan Badr al-Kubra. Sebuah perang besar terbuka yang pertama kalinya terjadi antara kaum Muslimin melawan kaum musyrik. Pertempuran terjadi di sebuah lembah di dekat kota Madinah, yaitu di Badr. Kekuatan kaum Muslimin waktu itu, sekitar 300 orang, setiap dua orang satu unta. Sedangkan kekuatan kaum kafir sekitar 1000 orang dengan perincian 700 orang naik unta dan lebih dari 100 orang adalah pasukan berkuda. Berarti satu orang Muslim harus menghadapi 3 lawan. Pertempuran dimenangkan oleh kaum Muslimin dengan gilang-gemilang.
  2. Tanggal 18 Ramadhan tahun ke-8 Hijrah Rasulullah bersama 12 000 kaum Muslimin bertolak dari Madinah menuju Makkah untuk membebaskan Makkah. Peristiwa bebasnya kota Makkah terkenal dengan sebutan Futuh Makkah. Pembukaan kota Makkah menandai sebuah era baru di dalam Islam, setelah sebelumnya kaum Muslimin selalu disiksa, ditindas, bahkan terakhir dikepung oleh pasukan Ahzab (sekutu) selama berminggu-minggu di Madinah. Era baru yang dibangkitkan oleh Rasulullah dengan perang Ahzab dengan sabdanya,“Kaum Quraisy tidak akan berani mendatangi (menyerang) kamu sesudah tahun ini, telah lenyap musnah kekuatan mereka, dan mereka tidak akan memerangi kita sesudah hari ini, dan sekarang giliran kita akan memerangi mereka, Insya Allah.“
  3. Bulan Ramadhan tahun ke-91 Hijrah, kaum Muslimin di bawah pimpinan panglima Thariq bin Ziad membuka Andalusia(Spanyol). Peristiwa ini dikenal dengan sebutan Futuh Andalusia. Thariq bin Ziyad menyeberangi selat antara Afrika dan Eropah atas perintah Musa bin Nushair penguasa Islam kala itu. Ketika pasukan Islam sudah sampai di seberang, diperintahkannya agar kapal-kapal perang Islam dibakar. Kemudian ia berpidato didepan pasukannya :„Musuh di depan kalian. Apabila kalian mundur, maka lautan dibelakang kalian..“ Agaknya langkah yang beliau ambil dalam membangkitkan semangat kaum muslimin sangat tepat. Tidak ada lagi jalan untuk mundur. Yang ada hanyalah berjuang sekuat tenaga dan mengharap pertolongan Allah. Berturut-turut kota demi kota jatuh ke tangan kaum Muslimin. Akhirnya pada bulan Ramadhan jatuhlah Andalusia ke tangan kaum Muslimin. Sejarah mencatat bahwa di kemudian hari Andalusia menjadi pusat ilmu pengetahuan dan menjadi mercu peradaban manusia di zamannya. Kemajuan teknologi yang diperoleh orang-orang Eropah zaman sekarang hanyalah merupakan perpanjangan teknologi umat Islam masa silam.
  4. Futuh bilaad Al-Ghaal (dibukanya daerah „Ghaal“ atau dalam bahasa Perancis pays des Gualles). Jatuhnya daerah Ghaal yang sekarang letaknya di Perancis juga terjadi di bulan Ramadhan. Peristiwa ini terjadi di zaman Islam di Andalusia.
  5. Ma’rakah ‘Ainu Jaaluut (perang ‘ainu jaaluut). Peperangan ini terjadi dengan latar belakang jatuhnya Daulah Abbasiyyah. Kala itu pasukan Tartar (Mongol) yang ganas mengirim ekspedisi ke arah barat. Ketika sampai di daerah kekhalifahan Abbasiyyah terjadilah pengacauan-pengacauan sampai akhirnya mereka bergerak menuju Baghdad. Baghdad yang kala itu merupakan pusat intelek berhasil mereka hancurkan. Khalifah beserta segenap keluarganya mereka bunuh. Buku-buku perpustakaan di Baghdad mereka tenggelamkan di Sungai Tigris untuk membuat jembatan penyeberangan. Dalam sejarah digambarkan betapa air sungai Tigris kala itu berwarna kehitam-hitaman karena terlalu banyaknya tinta yang larut. Demikianlah akhir dari sebuah peradaban modern Islam di Baghdad. Pasukan Mongol terus bergerak ke barat menuju Syams (sekarang meliputi Syria, Palestina, Yordania, Libanon). Umat Islam tidaklah tinggal diam membiarkan orang-orang kafir merobek-robek kemuliaan umat. Penguasa Mesir kala itu Saifuddin Quths menggerakkan pasukan Islam menuju Syams untuk menghalang orang-orang Mongol. Seorang tokoh penting yang sangat berpengaruh membentuk kepribadian Quths adalah seorang ulama yang bernama Al-’Izz bin ‘abdis Salaam. Beliaulah yang mentarbiyyah (membina) Saifuddin Quths menjadi seorang berkepribadian islami. Dua buah pasukan besar tersebut akhirnya bertemu di sebuah tempat yang bernama ‘Ainul Jaaluut (letaknya di Palestin). Sejarah akhirnya mencatat bahwa di‘ainul Jaaluut-lah akhirnya ekspansi pasukan Tartar dipatahkan oleh kaum Muslimin.

Wednesday, September 17, 2008 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Friday, September 12, 2008

Kenapa Boycott Buah Kurma Israel?


Bukan sahaja Israel telah menjajah Tanah Suci Baitul Maqdis, tetapi telah merampas hak rakyat Palestine dengna mengambil hasil mahsur tanaman mereka dan dijual ke seluruh dunia...


Friday, September 12, 2008 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Wednesday, September 10, 2008

Peluang Menanam Saham Akhirat


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:

Rasulullah s.a.w bersabda:

Setiap pagi, dua malaikat datang kepada setiap orang hamba, salah satu di antara mereka berdoa: Ya Allah, berikanlah gantian kepada orang yang menafkahkan hartanya itu, manakala malaikat yang satu lagi berdoa: Ya Allah, binasakanlah harta orang yang kedekut.
(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).

Kesimpulan Hadis:
  1. Mendorong orang lain supaya membelanjakan harta pada jalan kebaikan.
  2. Memberitahu kepada orang yang membelanjakan harta bahawa Allah s.w.t akan menggantikan dengan harta yanglebih baik dari apa yang telah dia belanjakan dan janji Allah adalah benar.
Saudara & Saudari sekelian,
Jangan lepaskan peluang 'KEEMASAN' dalam bulan RAMADAN yang penuh KEMULIAAN ini untuk menanam saham akhirat,

Sebagai bekalan utk diri kita kelak, insyaallah. Jumlah bayaran untuk saham-saham ini adalah tertakluk kepada PILIHAN masing-masing.

Wednesday, September 10, 2008 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Saturday, September 06, 2008

CD Mari bertarannum


Teruja dengan Program Mari Bertarannum TV9. Lalu aku men'download'nya dari official website TV9. Video tu dari file format FLV dan menggunakan kemahiran yang aku ada, FLV di 'convert' kepada MP3. Setakat ini sudah terdapat 3 musim yang telah aku download dan convert. Mengambil masa yang agak lama dan kesabaran.
Untuk menjadi manusia yang bermanfaat..aku rasa elok dikongsi dengan pengunjung blog ni sekelian. Aku bukan cetak rompak kerana ianya boleh dapat free kat TV9 website. Kalau tuan/puan nak download sendiri pun tak apa. Aku boleh kongsi ilmu ini kepada pengunjung semua dengan cara pos la. Kalau nak muatkan dalam rapidshare atau esnip, tak muat kerana satu musim 1 CD. Kalau berminat boleh hantar email berserta nama penuh alamat dan...contat number kalau boleh. Aku akan cuba compilekan dalam bentuk 3 CD atau nak dalam bentuk DVD pun boleh tapi tak leh baca dalam CD player la. Aku save kan dalam data file format sahaja. boleh dengar dengan computer! Email format mana yang anda mahu.Satu lagi..takkan la pos CD tu free. Mesti guna sedikit kos. Harga CD murah je, tapi masa dan tenaga tu mahal. Cara nak bayar boleh belaka. melalui pos, bank online, cek, semua aku terima asal bayar.

Saturday, September 06, 2008 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 1

Monday, September 01, 2008

Bravo Azhan Atan


Tepat jangkaan ku bahawa Azhan Atan adalah calon paling layak untuk menerima anugerah akademik Nasyid Pertama. Lihat pesembahan pertama beliau yang bertajuk Iqra'


dan persembahan kedua bertajuk segalanya pasti yang berjaya memikat para juri profesional, Sdr Farihin..Ustaz Rozi KUIS..

Monday, September 01, 2008 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Networkedblog