Followers

ziddu

Friday, July 29, 2011

Komunikasi Interpersonal


Bahan ceramah untuk dikongsi bertajuk Komunikasi Interpersonal. Ceramah ini telah disampaikan di Dewan Seminar Pejabat Daerah Kemaman pada 3 Julai 2011 anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman. Semoga kandungan slide dan ceramah ini memberi manfaat kepada anda.
Komunikasi Interpersonal
Get this widget | Track details | eSnips Social DNA

Friday, July 29, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Khutbah Rasulullah Menjelang Ramadhan Al Mubarak


WAHAI MANUSIA, sudah datang kepada kalian bulan Allah dengan membawa keberkatan rahmat dan keampunan.Bulan yang paling mulia di sisi Allah Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama.Malam-malamnya adalah malam yang paling utama.Jam demi jamnya adalah jam-jam yang paling utama.
...
Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan olehNya.Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih,tidurmu menjadi ibadah,amal-amalmu diterima dan doa-doamu dimakbulkan. Mohon kepada Allah,Tuhanmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu bagi melaksanakan puasa dan membaca kitab-Nya.

Malang bagi orang yang tidak mendapat keampunan daripada Allah di bulan yang agung ini.Kenang dengan rasa lapar dan hausmu,kelaparan dan kehausan di hari kiamat.Bersedekahlah kepada fakir miskin.muliakan orang tuamu,sayangi yang muda,sambungkan tali persaudaraanmu,peliahara lidahmu,kawal pandanganmu dari apa yang tidak halal bagi kamu memandangnya dan kawal pendengaranmu dari apa yang tidak halal bagi kamu mendengarnya.Kasihi anak-anak yatim,nescaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu.

Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu.Angkat tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu kerana itu adalah saat yang paling utama ketika Allah memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih sayang:Dia menjawab permintaan mereka ketika mereka menyeru-Nya,menyambut mereka ketika memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.
Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai kerana amal-amalmu,bebaskan ia dengan Istighfar.Belakangmu berat kerana beban dosamu,ringankan dengan memanjangkan sujudmu.

Ketahuilah ,Allah Taala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya,Dia tidak akan mengazab orang yang solat dan sujud,dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Tuhan seluruh alam.

Wahai manusia! Siapa diantara kamu memberi jamuan berbuka puasa kepada orang Islam yang berpuasa pada bulan ini,di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan dia diberi keampunan atas dosa-dosa yang lalu.
Seorang sahabat bertanya,”Ya Rasulullah,Tidaklah kami mampu berbuat demikian,”
Rasulullah meneruskan khutbahnya,”Pelihara dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma.Pelihara dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air,”

Wahai manusia! Siapa yang membaguskan akhlaknya di bulan ini,ia akan berhasil melewati Sirat al-Mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir.siapa yang meringankan pekerjaan orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai @pembantu) di bulan ini,Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari kiamat.Siapa menahan sikap buruknya di bulan ini,Allah akan menahan kemurkaan-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Siapa memuliakan anak yatim pada bulan ini,Allah memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa menyambungkan tali persaudaraan pada bulan ini,Allah akan menghubungkannya dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Siapa melakukan solat sunat di bulan ini,Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka .Siapa yang melakukan solat fardhu,baginya ganjaran seperti melakukan 70 solat fardhu pada bulan yang lain.

Siapa memperbanyakkan selawat kepadaku di bulan ini,Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan menjadi ringan.ganjarannya sama seperti mengkhatamkan al-Quran pada bulan-bulan yang lain.


Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu,mohon kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupnya bagimu.Pintu-pintu neraka tertutup ,mohon kepada Tuhanmu agar ia tidak dibukakan bagimu.Syaitan-syaitan terbelenggu,mintalah agar ia tidak lagi menguasaimu.

Ali bin Abi Thalib yang meriwayatkan hadis ini ,berdiri dan berkata,”Wahai Rasulullah,amal apakah yang paling utama di bulan ini?” Jawab Nabi, “Wahai Abu al-Hassan,amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah.”

Inilah Khutbah Rasulullah yang boleh kita jadikan panduan untuk dilaksanakan pada bulan Ramadhan yang bakal menjelang,berdoalah agar kita diizinkan untuk melalui Ramadhan kali ini dan ambillah peluang untuk merapatkan diri dan bertaubat kepadaNya serta memperbaiki segala kekurangan dalam diri agar menjadi mukmin sejati…

“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat),janganlah kamu berputus asa dari Rahmat Allah,kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa,Sesungguhnya Dia lah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”.(az-Zumar 39:53)

Sampaikanlah kami di bulan Ramadhan..

Friday, July 29, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Tuesday, July 26, 2011

Dana Sumbangan Program Bersama Anak Yatim 2011


Yayasan Amal cawangan Terengganu pada tahun ini akan meneruskan lagi program berbuka puasa dan sumbangan hariraya bersama anak anak yatim. Seramai 700 orang anak yatim akan diraikan pada program ini yg dijadualkan pada 18 Ogos 2011. Kepada tuan puan yang ingin menyumbang sila salurkan ke akaun Yayasan Amal Cawangan Terengganu.
Published with Blogger-droid v1.7.2

Tuesday, July 26, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Monday, July 18, 2011

Pemergian srikandi Islam ditangisi kawan dan lawan


Mengenali Allahyarhamaha begitu indah. Menjemput beliau untuk menyampaikan ceramah dalam program papisma. Dengan nada yang layak digelar ibu memberi nasihat kepada kami akan erti pejuangan. Kami titipkan sebaik baiknya. Cadangan demi cadangan bernas diberikan. Cukup proaktif dan berwibawa. Selayaknya beliau diberi tempat dalam masyarakat. Selayaknya beliau menerajui jemaah ini. Tapi Allah lebih menyayangi beliau.
Published with Blogger-droid v1.7.2

Monday, July 18, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Friday, July 15, 2011

Amal Charity Shop cawangan Rusila Marang, Terengganu


Kedai baru amal Charity telah berjaya menarik ramai pengunjung. kedai ini terletak di depan Masjid Rusila, Marang, Terengganu.
Published with Blogger-droid v1.7.2

Friday, July 15, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Monday, July 04, 2011

Titah Agong berunding bukan makna Bersih sudah tewas, kata penganalisis


Oleh G. Manimaran [Malaysia Insider]

KUALA LUMPUR, 4 Julai — Titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin agar Bersih 2.0 menyelesaikan isu mereka secara perundingan tidak seharusnya dianggap sebagai satu kekalahan kepada gabungan itu yang menuntut pembaharuan sistem pilihan raya adil dan bersih, kata penganalisis politik Prof A. Aziz Bari.

"Berunding tak semestinya kekalahan pada Bersih," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Menurut Aziz, ini kerana Seri Paduka Baginda (gambar) bertitah berunding dan ini boleh memberi makna laksanakan tuntutan supaya pilihan raya yang adil dan bebas diadakan.

"Ringkasnya kedua-dua pihak perlu bersedia berunding dan rujukannya perlu Perlembagaan Persekutuan," kata pakar perlembagaan ini.

Aziz juga berkata dari segi Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda ada hak dan kuasa untuk bercampur tangan.

"Campur tangan Yang di-Pertuan Agong adalah kemenangan bagi menjamin satu pilihan raya yang adil dan besih, sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan," katanya lagi.

Semalam, Tuanku Mizan bertitah agar setiap permasalahan yang timbul — dalam isu semasa merujuk kepada tuntutan Bersih 2.0 diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan.

Baginda juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan "yang pentingnya."

"Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik," titah baginda dalam satu kenyataan.

Titah baginda muncul sehari selepas Putrajaya mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram manakala enam pemimpin dan ahli Parti Sosialis Malaysia ditahan di bawah Ordinan Darurat.

Himpunan Bersih 2.0 dirancang untuk diadakan hujung minggu ini.

Malah Tuanku Mizan bertitah rakyat harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang.

"Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora," titah baginda.

"Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara," titah baginda.

Sehubungan itu Aziz juga berkata, Istana Negara juga perlu memantau agar Perlembagaan Persekutuan dipatuhi dalam proses rundingan jika diadakan membabitkan pentadbiran Najib dan Bersih 2.0.

Malah kata Aziz, sekiranya Bersih bersetuju berunding dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) enggan melaksanakan tuntutan, yang kesemuanya adalah selaras dengan kehendak Perlembagaan, badan pelaksana pilihan raya itu akan dipersalahkan dan Umno-BN akan kalah dalam pilihan raya umum ke-13 kerana dianggap menggunakan istana.

Kata beliau, SPR perlu mempunyai keyakinan kesemua parti yang menyertai proses pilihan raya dan "dalam terma yang mudah, Perlembagaan yang perlu kekal sebagai teragung di sini dan bukan demi kepentingan mana-mana parti."

"Buat masa ini kedua-dua Umno-BN dan SPR sudah dianggap bersekongkol untuk menipu dalam pilihan raya," katanya sambil menambah, semua tahanan mesti dibebaskan serta-merta kerana ia juga melanggar Perlembagaan Persekutuan.

"Begitu juga dengan rampasan yang dilakukan oleh polis," kata beliau lagi.

Menurut laporan media semalan polsi telah menahan lebih 150 orang, kebanyakannya pemimpin Pakatan dan aktivis pro-Bersih 2.0 sejak seminggu lalu.

Monday, July 04, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Sunday, July 03, 2011

Didik Anak Cara Sunnah


Artikel asal dari: http://karkunahmithali.blogspot.com/2009/07/mendidik-anak-cara-sunnah.html
Kita mahukan anak-anak kita berjaya di didik mengikut acuan agama islam kerana hanya dengan cara yang ditunjukkan oleh agama kita sahaja mampu memabwa kejayaan di dunia dan akhirat.

Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhnya setiap bayi yang lahir itu fitrah(suci). Kedua ibubapanyalah yang mendidiknya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi."

Anak-anak yang dilahirkan adalah seperti kain putih,bersih. maka ibu bapalah yang membentuk anak itu samada mahu menjadi seorang yang mentaati perintah Allah swt atau sebaliknya.setiap ibubapa harus bercita-cita untuk menjadikan anak-anaknya soleh solehah. Madrasah bagi anak-anak adalah bermula dari rumahnya sendiri dan ibubapa adalah guru terbaik untuk anak-anak ditarbiyah. Berikut adalah tips-tips yang dianjurkan dalam mendidik anak mengikiut cara Islam:
~Ketika ibu mengadung.ia haruslah banyak beribadah,membaca quran, terutama surah-surah seperti Yusuf, Luqman, Yassin dan Mariam.
~Ketika bayi lahir, diazankan bagi bayi lelaki dan diqamatkan bagi bayi perempuan,masukkan manisan ke dalam mulutnya,masukkan dengan jari telunjuk kanan dan ditekan ke langit-langit dan gerakkan ke kanan dan kiri, cukur rambutnya untuk menguatkan ingatan, beri nama yang baik dan adakan aqiqah pada hari ke tujuh setelah melahirkan.
~Menyusukan bayi sendiri sehingga berumur 2 tahun dengan menjaga adab seperti berwudhuk, membaca selawat dan berzikir ketika menyusukan bayi.
~Apabila anak sudah boleh menyebut perkataan ajarlah perkataan pertama itu dengan menyebut nama "Allah". Apabila lafaz Allah yang pertama disebut maka Allah swt akan membangkitkan kita dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama di padang masyhar nanti.
~Ajar adab-adab dan sunnah seharian seperti adab tidur, adab makan, adab tandas dan sebagainya.
~Adakan majlis ilmu seperti majlis taklim setiap hari, ceritakan kisah kehidupan nabi dan para sahabat,bentangkan takaza-takaza agama, beritahu pada anak-anak tentang usaha dakwah, tanggungjawab berdakwah sehingga anak-anak dapat menyedari kepentingan dakwah tersebut.
~Segala perbuatan atau percakapan kita dengan anak-anak, hendaklah dihubungkan dengan kebesaran Allah. Ada 4 cara untuk meningkatkan keimanan anak-anak kita iaitu:
1. Dengan cara melihat
2. Dengan cara mendengar
3. Dengan cara berfikir
4, Dengan cara bercakap
`Anak-anak bersifat ingin tahu dan beritahu mereka ganjaran-ganjaran yang mereka terima apabila melaksanakan perintah Allah dan ceritakan juga suasana kehidupan akhirat.
~Ada 3 peringkat dalam mendidik anak
1. Peringkat bawah 7 tahun.
~ jadikan anak seperti raja, maksudnya mengikut keinginan dan cara mereka selagi tidak keterlaluan seperti dalam bergaul, bermain sesuai dengan perkembangan diri mereka..serta memberi pujian dan sanjungan pada mereka.
2. Peringakat 7-14 tahun
~ jadikan anak seperti hamba, maksudnya di waktu ini kita boleh memerintah anak-anak untuk mematuhi perintah Allah seperti bersolah dan seandainya anak-anak tidak menuruti maka kita boleh merotannya..
3. Peringkat 14 tahun ke atas
~ jadikan anak seperti kawan kita, maksudnya berkongsi segala masalah yang dihadapi anak-anak dan apa sahaja sesuai dengan umurnya. pendekatan lebih kepada mendengar permasalahan mereka dan berkongsi pendapat dengan mereka.
Mudah-mudahan dengan didikan seperti ini kita mampu melahirkan anak yang soleh-solehah,hafiz-hafizah, alim-alimah serta menjadi daei-daeiyah. InsyaAllah..

Sunday, July 03, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Saturday, July 02, 2011

Nescaya kamu akan beruntung


Dalam sebuah hadis yang mahsyur,yang sentiasa disebut dalam mana-mana forum agama,khutbah ataupun kursus pra-perkahwinan sekalipun:

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, dia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “Wanita itu dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kedudukannya/keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung.” Hadis riwayat Bukhari ,Muslim, Abu Dawud, an-Nasaie,dan Ibnu Majah.

Hadis ini jelas maksudnya.Harta,akan berkurangan.Begitu juga dengan pangkat kedudukan atau keturunan.juga berkemungkinan akan luput.Dan kecantikan akan hilang seiring dengan pertambahan usia manusia.Muda akan berubah menjadi tua,semuanya mengikut sunatullah.

Tapi Rasulullah s.a.w meyakinkan para pemuda Islam, bahawa jika kerana agama,kedua tangannya akan beruntung..Tidak akan rugi.

Beruntunglah jiwa yang memilih kerana agama wanita tersebut.Kerana agama itu sudah pasti dasarnya kerana Allah.Agama tidak akan musnah,agama sentiasa 'hidup' walaupun seiring dengan peredaran masa,merentasi zaman dan suasana.

Ada hikmahnya mengapa Rasulullah s.a.w menasihatkan kaum lelaki untuk memilih bakal isteri dari sudut pertimbangan agama dan kemurnian akhlak wanita tersebut.


Berapa ramai lelaki muslim yang meletakkan faktor agama sebagai pilihan utama bakal isterinya?.

Rasulullah s.a.w memberi para pemuda guide atau petunjuk agar para pemuda beramal dengannya.Jika kerana agama,pokok pangkalnya,segala masalah akan kembali kepada Allah.Berlakunya permasalahan yang akan timbul,semuanya menjadi mudah kerana semuanya berbalik kembali kepada tujuan asal pernikahan.

"Ku sunting dirimu kerana Allah..."


Nabi pernah ditanya tentang sebaik-baik wanita, yang mana Baginda bersabda:"Iaitu yang taat apabila diperintah, yang menyenangkan apabila dipandang serta menjaga diri dan harta suaminya.” Hadis riwayat Ahmad

Jika selain Allah,harta wanita itu barangkali.Pasti akan binasa.Jiwanya yang tamak haloba,tiada keikhlasan dalam beramal kepada Allah,pasti berlaku kesukaran.Maka berlakulah kes-kes penceraian.

Bukankah pernikahan itu satu ibadah?Pernikahan itu indah.


Kecantikan paras rupa akan hilang.Cantik yang dulu akan bertukar menjadi hodoh.Kulit yang dulunya tegang akan menjadi kendur.Rambut yang dulunya hitam akan beruban.Pasti sang suami merasa bosan.

Tiada keikhlasan,hancurlah masjid yang terbina.Masjid yang tiang serinya sedari awal adalah rapuh,dibina bukan atas dasar keikhlasan beribadah.Binasalah di kemudian hari.


“Maka Wanita yang solehah itu ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara dirinya (kehormatannya) ketika suaminya tiada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka)." Surah an-Nisa: 34

Bijak sungguh Rasulullah s.a.w,itulah pedoman untuk semua pemuda Muslim..Wallahualam.

Saturday, July 02, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Networkedblog