Followers

ziddu

Wednesday, September 10, 2008

Peluang Menanam Saham Akhirat


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:

Rasulullah s.a.w bersabda:

Setiap pagi, dua malaikat datang kepada setiap orang hamba, salah satu di antara mereka berdoa: Ya Allah, berikanlah gantian kepada orang yang menafkahkan hartanya itu, manakala malaikat yang satu lagi berdoa: Ya Allah, binasakanlah harta orang yang kedekut.
(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).

Kesimpulan Hadis:
  1. Mendorong orang lain supaya membelanjakan harta pada jalan kebaikan.
  2. Memberitahu kepada orang yang membelanjakan harta bahawa Allah s.w.t akan menggantikan dengan harta yanglebih baik dari apa yang telah dia belanjakan dan janji Allah adalah benar.
Saudara & Saudari sekelian,
Jangan lepaskan peluang 'KEEMASAN' dalam bulan RAMADAN yang penuh KEMULIAAN ini untuk menanam saham akhirat,

Sebagai bekalan utk diri kita kelak, insyaallah. Jumlah bayaran untuk saham-saham ini adalah tertakluk kepada PILIHAN masing-masing.

0 Responses to “Peluang Menanam Saham Akhirat”

Post a Comment

Networkedblog