Followers

ziddu

Wednesday, December 08, 2004


Mengenali pasangan bukanlah pada dasarnya keluar berjalan-jalan
dating dan berborak tanpa batasan. Konsep lima `K' diperkenalkan oleh
Rasulullah s.a.w. iaitu "Kenal", "Kelas", "Kufu", "Kasih" dan akhir
sekali "Kahwin".

1.KENAL
********
Kita di suruh kenal/takruf pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam
istilah luaran @ fizikal semata mata. Erti kenal termasuk hati budi
dan pegangan hidupnya. Untuk kenal orangnya, hati budinya, pergilah
di suruh dan di cari orang yang boleh di percayai agamanya merisik
corak hidupnya dan perangainya.



Terdapat kisah seorang sahabat Nabi, Omar r.a. di mana beliau
bertanya kepada seorang lelaki apabila melantik seorang saksi.

"APakah kamu kenal lelaki ini?" tanya Omar
"Ya, saya kenal," jawab lelaki tersebut. Omar bertanya lagi...
"Pernahkah kamu berjalan dengan saksi ini dalam musafir?"
Lelaki itu menjawab tidak pernah, Omar bertanya lagi
"Pernahkah kamu bermuamalah supaya kamu tahu setakat mana waraknya
dia? Pernahkah kamu menjadi jirannya supaya kamu tahu kemana perginya
dan setakat mana pergaulan, siapa keluarga dan kawan kawannya"

Itulah yang di namakan takruf sebenarnya dalam Islam supaya kita
dapat tahu apakah pasangan itu sesuai dengan kita atau sebaliknya..
Risik merisik latarbelakang pasangan perlu di buat utk mengetahui
sejauh manakah pergaulan dan kewarakannya.. Pada dasarnya, kita boleh
kenal melalui dari corak kelakuan sahabat sahabat yang akrab
dengannya.... Adalah berdosa besar jika antara kedua dua belah pihak
BERBOHONG.
Apabila sudah saling mengenali, TOLAK ANSUR dapat di buat dalam apa
juga perkara

2.KELAS
*********
Kita kenal tetapi kita kena bersifat pemilih supaya terjamin akhlak
dan ugamanya. Kelas yang di maksudkan bukan hanya merujuk kepada
golongan yang berkelulusan agama, berjanggut dan berserban sahaja.
Kelas yang baik adalah golongan yang mengamalkan ajaran agama kerana
golongan ini akan menghormati pertalian perkahwinan. Mereka yang ada
kefahaman dan penghayatan Islam akan memegang perkara asas dalam
Islam , sentiasa 'alert', sanggup MENERIMA TEGURAN dan MEMBERI
TEGURAN dan saling bersifat 'MEMBINA' untuk menjaga akhlak dalam
Islam.

3.KUFU
********
Kufu amat di beratkan, dari segi pendirian, pemahaman agama dan
keturunan juga perlu di seimbang. Jika terdapat keturunan golongan
atasan, wajar dia mencari keturunan yang sama supaya tidak wujud
jurang yang dalam.

Begitu juga daripada segi harta , ulama yang bernama Mawardi
menjelaskan ia perlu di titikberatkan kerana seseorang yang datang
dari keluarga miskin, susah untuk seiring dengan keturunan kaya.

Bahkan ulama yang ke belakang ini juga mementingkan tahap umur.

Memang betul, soal jarak umur diantara Rasulullah 25 dan Siti
Khadijah 40 tidak wujud kerana Rasulullah , Siti Khadijah dan AIsyah
mempunyai akhlak yang sempurna. Dan tidak seperti kita yg serba
cetek. Malah rupa dan fizikal wanita yang cepat rosak
boleh di selaraskan kesesuaian dengan suaminya bila sudah lama
berumahtangga.

4.KASIH
********

Kasih bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang sebenarnya
yang di tekankan ialah di antara kedua dua belah pihak lelaki dan
wanita itu perlu wujud unsur unsur kasih sebelum berkahwin. Merujuk
kepada sebuah hadis......

"Tidak ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih ini
melainkan mengakhirinya dengan perkahwinan"

Andaikata lelaki itu berkenan kepada seorang wanita, perlulah lihat
wanita itu tersebut tetapi mengikut syariat Islam. Rasulullah
memberitahu:

"Pergi lihat dahulu wanita itu, kalau kalau dengan melihat itu boleh
menjamin kasih sayang di antara kamu"

Kalau kawan tolong canang kata begitu dan begini amat susah juga..
Sememangnya terdapat " Orang orang yang benar benar redha dengan
pasangan yang di tentukan oleh Allah tetapi pokok pangkal banyak
terletak pada HATI kaum lelaki"

Kalau tak berkenan, jangan di paksa paksa hati sebab ia bukan satu
permainan pondok pondok. Kasih yang di pupuk biarlah kerana Allah
kerana ia menjamin kebahagian rumahtangga,.



Hadis Nabi ada menyatakan

"Barangsiapa yang berkahwin dengan wanita kerana KEDUDUKAN ia hanya
mendapat kehancuran sebagai balasan, Barangsiapa yang berkawin dengan
wanita kerana KEKAYAAN, Allah menjanjikan kemiskinan. Barangsiapa
yang menikahi kerana KETURUNAN, Allah akan menghina keturunanya dan
Barang siapa yang berkawin dengan NIAT BAIK dan kerana ALLAH demi
menutup pandangan dan kemaluannya atau menyambung silahturrahim,
Allah akan memberkati kedua duanya."

Keberkatan memang di titik beratkan. Apabila nawaitu/niat kita di
pasakkan dengan betul. Insyallah perkahwinan akan diberkati dan di
lindungi.Setiap gerak geri dan tindak tanduk mendapat pengawasan dan
hidayah daripada Allah dan tidak timbul perselisihan faham.

5.REDHA
*********

Redha terhadap pasangan masing masing adalah penting. Rasulullah
sering bertanya

"Apakah kamu redha dengan pasangan ini? Kita berkahwin dengan manusia
yang mempunyai unsur unsur kebaikan dan keburukan. Tidak ada manusia
yang sempurna dan apabila kita REDHA dangan pasangan bermakna kita
redha dengan KEKURANGAN mereka"

"Apa yang di katakan baik bukan sekadar mengikut telunjuk isteri @
suami. Baik yang di maksudkan sanggup mengaku kekurangan diri dan
mencari jalan mengatasinya"

Istilah kufu banyak di tekankan dalam Surah AnNur:ayat 26

"Seorang lelaki yang tidak baik itu sesuai dengan wanita yang tidak
baik dan seorang lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik"

Istilah kufu sangat di tekankan kerana jika isteri di anggap kelas
kedua, segala teguran daripada pasangan tidak boleh di terima.

Jika isteri mempunyai jawatan dan pangkat besar serta tidak ada kufu,
dia tidak dapat menerima kepimpinan daripada suami.

Tetapi kalau ada persamaan pendirian, sikap tolak ansur dapat di
wujudkan. Sebaliknya perbezaan pendapat boleh menyebabkan hubungan
semakin renggang.


Misalnya seorang suami yang rapuh pegangan agama tidak mahu
memantapkannya selepas berkahwin, Sikap kurang mahu ini akan menjadi
tolak bengit sekiranya pula si isteri sememangnya seorang yang suka
menghayati Islam dan cuba memantapkannya dari
masa ke semasa ....Begitu juga sebaliknya masalah berlaku

Kata sebahagian lelaki, dah dapat perempuan yang berkenan di hati
nanti "AKU UBAHLAH PERANGAINYA". Tetapi anda perlu ingat, bukan semua
perempuan mempunyai hati yang lembut dan mudah di bentuk.

Keimanan dan kekuatan sikap merealisasikan Islam perlu ada pada
lelaki. Perempuan yang beriman mesti mencari lelaki yang lebih kuat
imannya daripadanya kerana lelakilah yang menjadi ketua keluarga....

"Seorang sahabat , Marsat Bin Abu Marsar Al Ghanawi, seorang pemuda
turut berhijrah dari Mekah ke Madinah bersama Rasulullah saw. Suatu
hari Baginda Rasulullah menghantar beliau balik ke Mekah untuk
membuat rundingan dengan orang Quraisy, tentang pembebasan beberapa
orang Islam yang di tawan.

Sewaktu balik, Marsat bertemu kekasih lamanya, Inaq, seorang wanita
yang sangat cantik dan menjadi rebutan. Inaq berjumpa Marsat dan
duduk berdua-duaan kerana kedua-duanya sudah lama tidak bertemu.
Marsat menolak dengan alasan dia kini berugama
Islam sedangkan Inaq masih kafir dan ia membataskan hubungan.

Marsat menyuruh Inaq bersabar dan akan bertanya perihal itu kepada
Rasulullah jika diizinkan oleh baginda untuk berbuat demikian.
Mendengar kata kata Marsat ini, Inaq terlalu marah sedangkan selama
ini dia menjadi rebutan ramai lelaki. Akibat terlampau sakit hati,
Inaq telah mengupah kaki pukul Quraisy menyekat Marsat dan
membelasahnya dengan teruk.. Tetapi kerana cintanya yang mendalam
kepada Inaq, beliau bertanya kepada Rasulullah samada beliau boleh
berkahwin dengan Inaq.

Maka turunlah Surah Al Baqarah:

"Janganlah kamu berkahwin dengan orang musyrik, kerana sesungguhnya
berkahwin dengan hamba mukmin itu lebih baik daripada seorang musyrik
walaupun cantik..."

Wednesday, December 08, 2004 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Friday, September 17, 2004


Friday, September 17, 2004 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Networkedblog