Followers

ziddu

Saturday, October 22, 2005

Sifat Puasa Nabi saw


Visit My Mail Stamp!(karangan Syiekh Abdullah bin Abdul Rahman bin Jibrin)

Terjemahan dan olahan oleh Khairol Amin (kamin)


Ini merupakan ringkasan sifat Puasa Nabi saw -
dimana didalammnya meliputi kewajipan, adab2,
do'a2, hukum2 bersekitar puasa, jenis manusia yang
berpuasa, perkara yang membatalkan puasa, dan
faedah2 lain. Kita memohon petunjuk Allah agar
orang2 Islam mengamalkan sunnah Nabi saw pada
semua peringkat, dari yang kecil sehinggalah yang
dewasa/tua. Demi Allah yang memberi petunjuknya.

Ta'rif Puasa : merupakan ibadat kepada Allah
dengan meninggalkan perkara2 yang dilarang dari
terbit fajar sehingga terbenam matahari.

Puasa Ramadhan merupakan salah satu rukun Islam.
Nabi saw bersabda :


"Islam dibina atas 5 perkara : mengucap syahadah,
mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa pada
bulan Ramadhan dan Haji ke Baitullaah al-Haram"
[mutafaq 'alaih].

Orang2 yang berpuasa :-

* Puasa wajib bagi semua orang Islam yang Baligh
dan berakal dan bermukim.

* Orang kafir tidak wajib puasa, dan mereka tidak
perlu qadha' puasa jika mereka memeluk Islam.

* Kanak-kanak yang belum baligh tidak wajib puasa,
akan tetapi disuruh melakukannya agar merekaa
menjadi biasa dengan berpuasa.

* Pesakit yang mempunyai penyakit (emergency) dan
sedang menunggu sembuh boleh bebuka puasanya dan
setelah sembuh boleh mengqadha'nya kembali.

* Orang gila tidak wajib puasa, dan tidak boleh
memberi dia makan jika dia sudah besar, dan orang
yang 'insane' contohnya tiada diskriminasi
terhadapnya, dan orang tua yang nyayuk tidak juga
ada diskriminasi terhadap mereka.

* Orang yang tak berupaya ('aajuz) berpuasa atas
sebab kekal (permanent) sebagaimana orang tua atau
pesakit yang tiada harapan sembuh - setiap hari
yang tidak berpuasa diberi makan kepada orang miskin.

* Wanita yang hamil dan menyusu jika menhadapi
kesukaran keatasnya berpuasa disebabkan mengandung
atau menyusu, boleh berbuka dan boleh menqadha'
puasanya apabila datang keringanan dan hilangnya
kebimbangan.

* Wanita datang haidh dan Nifas tidak boleh
berpuasa didalam sedemikian, dan mengqadha' apa
yang tertinggal.

* Melakukan operasi penyelamat (rescue) dari mati
lemas atau kebakaran boleh berbuka untuk
menyelamatkannya dan hendaklah diqadha' puasa.

* Orang yang bermusafir diberi pilihan berpuasa
atau berbuka, dan wajib mengqadha' sekiranya
berbuka didalam permusafiran, samada bermusafiran
yang 'emergency', atau sepertimana Umrah, atau
sentiasa bermusafir seperti pemandu teksi, mereka
boleh berbuka selama mana mereka tidak berada
dinegara mereka.

Hukum-hukum didalam berpuasa

1-Niat :

Wajib berniat didalam puasa. Kewajipannya sebelum
terbit fajar, Nabi saw bersabda :

"Barangsiapa yang tidak menetapkan untuk berpuasa
sebelum fajar, maka tiadalah puasa baginya"[Shahih
Abi Daud]

Sabda Nabi saw didalam hadith lain :-


"Barangsiapa yang tidak berniat puasa pada
malamnya maka tiadalah puasa baginya" [Sahih
al-Nasaa'i].

Niat tempatnya dihati, melafaznya tidaklah datang
dari nabi saw, dan tiadalah mana-mana para
sahabat Nabi ra. melakukannya.

[Komentar : Umumnya, masyarakat Islam masih
bergantung kepada Lafaz Niat : "Nawaitu Sauma
ghadin..." dan bukannya azam untuk melakukan puasa
pada keesokkan harinya. Yang menjadi rukun adalah
niat yang berbentuk azam]

2- Waktu berpuasa :

Firman Allah swt :


"Makan dan minumlah sehingga jelas kepada kamu
benang (garis) putih dari benang (garis) hitam,
iaitu fajar" [surah al-Baqarah : 187]

* Fajar Kazib - padanya tidak dibenarkan solat
fajar, tidak diharamkan makan dan minum. Ia
merupakan cahaya putih terang yang berbentuk segi
empat (komentar : seperti tiang cahaya putih yang
menegak selama 20min sebelum fajar sebenar/solat
fajar).

* Fajar Saadiq - padanya diharamkan makan bagi
yang berpuasa, dibenarkan solat fajar, kelihatan
segi empat merah diatas puncak gunung
ganang.(komentar : garis putih bertebaran secara
mendatar).

Apabila malam tiba dari arah timur dan berlalu
dari arah barat, dan matahari terbenam, maka boleh
berbuka puasa. Nabi saw bersabda :


"Apabila datangnya malam dari sini dan berlalunya
siang dari sini, dan terbenamnya matahari, maka
berbukalah puasa" [Hadith Mutafaq a'alaih].

Perintah ini bermula apabila bebola matahari
hilang dan jika zahirnya zahir.

3-Sahur

Sabda Nabi saw :


"Perbezaan puasa diantara puasa kita dan puasa
ahli kitab ialah makan sahur:" [Hadith Riwayat
Muslim]. Bersabda Nabi saw didalam hadith yang lain :


"Barakah ada didalam 3 perkara : Jemaah, bubur dan
sahur" [Hadith Riwayat al-Tabarani didalam al-Kabir].

Sahur merupakan berkat yang zahir, tidak harus
ditinggalkan, kerana patuh kepada Sunnah. Sahur
memberi kekuatan bagi yang berpuasa. Ia merupakan
makanan yang diberkati sebagaimana Nabi saw
menyebut namanya : "Anda telah sampai kepada
makanan yang diberkati" [Sahih Abu Daud]. Sabda
Nabi saw lagi :


"Makan Sahur adalah berkat, maka janganlah kamu
meninggalkannya, walaupun salah seorang dari muka
yang meminum seteguk air, kerana sesungguhnya
Malaikat berselawat keatas orang2 yang bersahur"
[Hadith Hasan riwayat Imam Ahmad]. Sabda Nabi saw
lagi :


"Nikmat Sahur orang beriman adalah kurma" [Sahih
Riwayat Abi Daud].

Dan telah menjadi petunjuk Nabi saw agar
melewatkan sahur sebaik2 sebelum subuh/fajar.

[Komentar : waktu Imsak yang diamalkan seperti
10min sebelum masuk waktu fajar bukanlah diamalkan
oleh para2 salaf. Ibn Kathir meriwayatkan bahawa
kebanyakkan ulama Salaf bertolanransi didalam bab
makan sahur sehingga hampir fajar. Begitu juga
dengan mereka yang sedang meneguk air ketika azan
berkumandang, adalah sunnah baginya menyelesaikan
hajatnya dan bukan meludahkan air. Sabda Nabi saw
:
 "Apabila salah seorang dari
kamu mendengar azan sementara piring sudah
ditangan, janganlah piring itu diletakkan sehingga
ia menunaikan hajatnya" [Hadith Riwayat al-Hakim]]

4-Apa yang orang berpuasa perlu tinggalkan :

* Menipu : Nabi saw bersabda :


"Barangsiapa yang tidak meninggalkan menipu dan
beramal dengannya, maka tidaklah Allah swt
berhajat untuknya meninggalkan makan dan minumnya"
[Hadith Riwayat al-Bukhari].

* Percakapan yang karut dan kotor. Nabi saw bersabda :


"Bukanlah dari itu dari makan dan minum, namum
puasa adalah [menahan diri] dari bercakap kosong
dan lucah, maka jika seseorang memaki atau
menyakitimu, maka katakan : sesungguh aku sedang
berpuasa" [Hadith Sahih Ibn Khuzaimahj].

5- Apa yang dibenarkan didalam berpuasa :

* Orang berpuasa yang masih berjunub : dari
'Aisyah ra :


"Telah masuk fajar dan baginda masih berjunub
dengan isterinya, kemudian dia mandi dan berpuasa"
[Hadith Muttafaq a'alaih].

* Orang berpuasa yang bersiwak : Nabi saw bersabda :


"Jika tidak menyusahkan umatku, nescaya aku
memerintahkan mereka bersiwak setiap kali
berwudhu'" [Hadith Muttafaq a'alaih].

Nabi saw tidak mengkhaskan orang berpuasa dengan
yang lain, dan ini juga satu isyarat bahawa orang
yang berpuasa boleh bersiwak pada setiap kali
wudhu' dan setiap kali solat, pada setiap waktu
samada sebelum tergelincir atau selepasnya.

* berkumur2 dan memasukkan air melalui hidung :
Nabi saw berkumur-kumur dan memasukkan air kedalam
hidung dan ketika itu dia berpuasa, akan tetapi
dia tidak melakukannya secara melampau-lampau.
Sabda Nabi saw :


"Berlampau2 didalam memasukkan air kedalam hidung
melainkan ia sedang berpuasa" [hadith Shahih Abu Daud]

* Orang berpuasa bercumbu dan bercium : Dari
'Aisyah ra. berkata :


"Rasulullah saw pernah mencium dan dia sedang
berpuasa, dia pernah bercumbu dan dia berpuasa,
akan tetapi bagindalah orang yang kuat menahan
syahwatnya dari kamu sekalian" [Muttafaq 'alaih].

Baginda tidak menyukai dilakukan keatas orang
muda, kecuali yang tua. Baginda bersabda :


"Sesungguh orang tua mampu menahan diri mereka
sendiri" [Hadith Sahih Riwayat Ahmad].

* Pemeriksaan dan mengambil darah - jarum tersebut
tidak bermaksud makanan, ia tidak membatalkan
puasa, kerana ia bukanlah makanan dan tidak sampai
kepada jantung.

* Menampal gigi (uprooting) - tidak membatalkan puasa

* Merasai makanan : hadnya tidak sampai kepada
halkum, dan begitu juga dengan penggunaan ubat
gigi. Dari Abbas ra. berkata :


"'Tidak mengapa dia merasai (taste) cuka atau
apa2, selagi ia tidak memasuki halkum, dan dia
masih berpuasa" [Riwayat al-Bukhari[

* Memakai celak dan ubat mata (drops) yang
memasuki mata - perkara ini tidak membatalkan
puasa, samada menjumpai makanan di tekak, atau
tidak menjumpainya. Berkata Imam al-Bukhari
didalam sahihnya :


"Tidak tidak melihat apa2 masalah bagi Anas, hasan
dan Ibrahim dengan bercelak memcacatkan orang
berpuasa"

[Komentar : Perkara2 yang dianggap boleh
membatalkan puasa seperti korek hidung, korek
telinga, pakai eye drop, ambil darah, sembelit dan
kesemuanya bukanlah merupakan perkara2 yang
membatalkan puasa.]

6- Berbuka Puasa :

* Mempercepatkan berbuka puasa merupakan sunnah
Nabi saw dan juga larangan kaum Yahudi dan
Nasrani, mereka melewat2kannya, mereka
melambat-lambatkan waktunya. Nabi saw bersabda :


"Sentiasa manusia itu berada didalam kebaikkan
selama dia mendahulukan berbuka puasa" [Hadith
Muttafaq 'alaih].

* Berbuka sebelum Solat Maghrib : dari Anas ra.
berkata :


"Rasulullah saw pernah berbuka sebelum bersolat'
[Hadith hasan riwayat Abu Daud]. Apa yang baginda
makan sewaktu berbuka? Dari

Anas bin Malik ra. berkata :


"Nabi saw berbuka dengan Rutbaat (kurma matang)
sebelum solat, dan jika tidak ada kurma matang
maka beberapa biji kurma biasa, dan jika tiada
kurma biasa, cukuplah dengan beberapa teguk air"
[Hadith Sahih Abi Daud].

* Apa yang baginda ucapkan ketika berpuasa? Nabi
saw berkata :


"bagi orang yang berbuka, do'anya tidak akan
tertolak" [Hadith Sahih Ibn Majah].

Nabi saw semasa berbuka puasa berdo'a :


"Telah pergi kehausan dan telah membasahi
urat-urat, dan pasti ganjaran dengan kehendak
Allah" [Hadith Sahih Abi Daud]

[Komentar : Adalah tidak betul perbuatan seseorang
yang melewatkan berbuka disebabkan baginya azan
maghrib masih berkumandang. Begitu juga dengan
do'a berbuka puasa yang masyhur dikalangan kita
:
"Allahumma laka
Sumtu ....." yang sebenarnya status hadith
tersebut adalah dhaif. Hadith Sahih bagi
menggantikan do'a ini adalah seperti diatas dan
transliterasinya adalah : "Dhahaba al-zama wa
abtalat al-urooq wa thabata al-ajr in sha Allaah"]

7 - Perkara yang membatalkan puasa

* Makan dan minum dengan sengaja : samaada ianya
bermunafaat atau mudharat seperti asap. Jika dia
terlupa atau tersilap atau dipaksa maka tidaklah
mengapa dengan kehendak Allah. Nabi saw bersabda :


"Jika seseorang terlupa lalu di makan dan minum
air, maka sempurnakanlah puasanya, kerana
sesungguhnya Allah lah yang memberi dia makan dan
minum" [Hadith Muttafaq 'alaih].

* Muntah dengan sengaja : iaitu mengeluarkan apa
yang ada didalam perut melalui mulut. Sabda Nabi saw :


"Barangsiapa yang muntah (tidak sengaja, sedangkan
dia sedang berpuasa) tidak ada qadha' baginya,
dan barangsiapa yang sengaja maka baginya
qadha'"[Hadith Sahih Abu Daud].

Maka jika muntah tidak sengaja, maka ia tidak
membatalkan puasa.

* Berjima' : jika berlaku pada siang hari Ramadhan
dari orang yang berpuasa wajib, maka keatasnya
qadha' kafaarah, iaitu membebaskan seorang hamba,
dan jika tidak menjumpai hendaklah berpuasa 2
bulan berturut2, dan jika tidak mampu, memberi
makan kepada 60 orang miskin.

* Injeksi makanan : iaitu menyalurkan bahan
makanan melalui usus atau darah dengan tujuan
pemakanan keatas pesakit, dan jenis-jenis ini
membatalkan puasa, kerana ini masuk melalui rongga.

* Haidh dan Nifas : keluar darah dari wanita
sebahagian hari siang samaada menjumpainya awal
atau akhir, dia harus berbuka dan mengqadha'nya.

* Mengeluarkan mani : melakukan onani
(masturbation) atau bercumbu atau bercium, atau
apa perbuatan kearah itu, dan jika ia bersangkutan
dengan pendewasaan, maka ia tidak membatalkan
puasa kerana ia bukanlah diatas kehendak mereka
yang berpuasa.

* Keluarnya darah : contohnya pendarahan berlaku
kepada yang berpuasa, diberikan ganti atas apa
yang dikeluarkan.

8-Qadha' Puasa

Adalah mustahab (digalakkan) menyegerakan diri
untuk qadha' puasa dan tidak disukai
melewatkannya, tidak wajib berturut2 didalam
Qadha'. Pada ulama' bersetuju secara ijma' bahawa
barangsiapa yang mati dan dia juga meninggalkan
solat maka tiada qadha' baginya. Begitulah dari
golongan yang lemah ('ajuz) yang tidak berpuasa
sekalipun didalam hidupnya, mereka dikehendaki
memberi makan hari-hari yang ditinggalkan kepada
orang miskin. Akan tetapi, barangsiapa yang sedang
berpuasa mati, maka wajib puasa keatasnya. Sabda
Nabi saw :


"Barangsiapa yang mati sedangkan ia masih
mempunyai puasa wajib, maka berpuasalah walinya
untuknya" [Hadith Muttafqa 'Alaih]

9-Berpuasa tetapi meninggalkan solat :

Barangsiapa yang meninggalkan solat, maka dia
telah meninggalkan satu rukun penting didalam
rukun2 Islam selepas Tauhid. Puasa tersebut tidak
bermunafaat apa2 selama-mana dia meninggalkan
solat. kerana sesungguhnya solat itu tiang agama
dan ia bergantung kepadanya. Meninggalkan solat
telah dihukumkan kafir diatasnya. Orang kafir
tidak diterima amalannya sebagaimana hadith Nabi saw:


"Sempadan yang membezakan diantara kita dan mereka
(orang kafir) adalah Solat, barangsiapa yang
meninggalkan solat maka dia telah kafir" [Hadith
Sahih Riwayat Imam Ahmad]

10-Solat Malam yang optional ( Tarawih ) :

Rasulullah saw telah melakukan Qiam Ramadhan
(Solat Tarawih) secara berjemaah, kemudian baginda
telah meninggalkannya kerana takut umatnya akan
mewajibkannya, maka sesiapapun tidaklah boleh
mewajib solat ini. Bilangan rakaat ialah 8 (lapan)
rakaat tanpa witir sebagaimana hadith dari A'isyah
ra, :


"Nabi saw tidak menambah pada malam Ramadhan dan
selainnya sebanyak 11 rakaat" [Hadith Muttafaq 'alaih]

Umar bin al-Khattab ra menghidupkan sunnah Solat
berjemaah 11 rakaat ini, dan beliau bersolat pada
zamannya sebanyak 23 rakaat, dan mereka bersolat
selepasnya sebanyak 39 rakaat. Amalan 23 rakaat
dilakukan sebagaimana solat di Masjidil Haram dan
Masjid al-Nabawi, ini merupakan pandangan 3 Imam
dan mereka2 yang lain.

Apa yang wujud pada umat Islam sekarang adalah
Solat Tarawih dilakukan secara laju bacaannya,
termasuklah ruku' dan sujudnya, dan ini telah
bertentangan dengan solat, iaitu kaifiat khyusuk,
dan dalam keadaan2 yang lain boleh mengakibatkan
solat tersebut batal.

11-Zakat Fitrah

Zakat Fitrah merupakan amalan fardu, Nabi saw
bersabda :


"Rasulullah saw telah memfardukan zakat fitrah
pada bulan Ramadhan keatas manusia" [Hadith
Muttafaq 'alaih]

Diwajibkan Zakat Fitrah keatas kanak2 dan orang
dewasa, lelaki dan perempuan, manusia bebas dan
hamba dari orang2 Islam, dan kadarnya diukur
menurut negara tempat tinggal masing2, yang
afdalnya tempat tinggal siang dan malam mereka
bersama keluarga. Yang paling afdal diberikan
kepada golongan miskin.

Waktu mengeluarkannya : Pada Hari Raya (Eid)
sebelum solat, dan boleh juga sehari atau 2 hari
sebelumnya, dan tidak boleh melewatkannya dari
hari Eid.

 

 

 


Express yourself with 400+ FREE Email Stamps - click here!

 

Saturday, October 22, 2005 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Friday, July 22, 2005


Tsumawi Posted by Picasa

Friday, July 22, 2005 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Wednesday, July 20, 2005

Akademi Fantasia khayalkan rakyat


Akademi Fantasia khayalkan rakyat - Ungku AzizMonday, July 18 @ 17:31:05 MYT Oleh Ismail Hashim KUALA LUMPUR, 18 Julai (Hrkh) - Semua program realiti berbentuk hiburan melampau yang banyak diadakan di negara ini dengan jelas membawa generasi muda Malaysia terpesong dari mencapai tahap terbilang.Semua program itu langsung tidak membangunkan minda rakyat tetapi hanya menjadikan mereka dibuai khayal sahaja di dalam mencapai angan-angan mereka serta dengan mudah dipengaruhi oleh mereka yang menguruskan rancangan-rancangan itu. Demikian penegasan disuarakan oleh Prof Diraja Ungku Aziz ketika menyampai hujah dan menjawab soalan di dalam rancangan Debat Perdana yang disiarkan menerusi media elektronik Radio Televisyen Malaysia, RTM1 di Angkasapuri malam tadi. Prof Ungku Aziz seorang yang amat berpengalaman dalam bidang pendidikan dan ekonomi negara menyifatkan program tersebut terlalu bebas sehinggakan remaja dan anak-anak muda Malaysia terlalu jauh dari proses mendapat ilmu yang boleh membawa negara ke arah yang terbilang. Beliau hanya menyebutkan Akademi Fantasia sahaja sebagai satu contoh sedangkan katanya, banyak lagi rancangan seperti itu yang sedang ditayangkan di media massa. Turut serta di dalam debat berkisar tentang Malaysia Terbilang itu adalah Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw, Pensyarah UiTM, Datin Paduka Syarifah Mazlina Syed Abdul Kadir dan Setiausaha Pemuda MIC, S Murugesan. Debat bertajuk Keperibadian Unggul Belia: Malaysia Terbilang dipengerusikan oleh bekas Pengarah Biro Tatanegara (BTN), Datuk Nordin Kardi yang baru dilantik ke jawatan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM). Menurut Pak Ungku lagi, program-program seumpama itu akan menghalang anak-anak muda dari berfikir dan bertindak mengikut fikiran mereka sendiri. Beliau yang sekarang adalah Yang Dipertua ANGKASA menyifatkan generasi muda sekarang sedang menghadapi masalah krisis identiti yang memerlukan penilaian semula pencapaian mereka selama ini. Katanya, apa yang berlaku memperlihatkan bagaimana anak-anak muda generasi baru Malaysia ini bertindak mengikut arahan 'orang lain'. Justeru, beliau banyak menekankan kepada anak-anak generasi baru Malaysia agar banyak menuntut ilmu, membina keperibadian diri dan semua itu mestilah bermula dari kemahiran dan kekuatan berfikir. "Tanpa berfikir, pasti tidak akan berjaya," tegasnya merujuk kepada bagaimana kalangan generasi muda yang menurutnya tidak rajin membeli dan membaca buku. Beliau juga menyifatkan cara hidup rakyat sama ada remaja atau dewasa adalah berdasarkan kepada apa yang diiklankan di dalam media massa. "Sehinggakan hendak beli sabun, syampu, pakaian atau apa sahaja mesti berdasarkan kepada apa yang dilihat di dalam iklan-iklan itu," jelasnya lagi. Pandangan Pak Ungku telah mendapat reaksi yang sangat baik dari semua penonton di auditorium RTM itu serta berdasarkan soalan menerusi telefon dari penonton di luar dewan. Rata-rata mereka menyifatkan sikap kritis dan kritik jujur dari Pak Ungku itu wajar diterima dengan baik kerana beliau langsung tidak mempunyai apa-apa kepentingan sama ada untuk diri sendiri mahupun politik. Terdahulu Pak Ungku menyifatkan gelaran Malaysia Terbilang adalah tidak kena pada tempatnya dan banyak perkara perlu dikaji semula kerana berbagai-bagai masalah sosial dan sebagainya sedang dihadapi oleh generasi muda negara. Sementara itu, Datin Paduka Syarifah Mazlina berharap pihak berwajib mesti meletakkan garispanduan bagaimana untuk menjadikan program-program seumpama itu menjadi lebih baik ke arah pembinaan generasi terbilang. Menurutnya, konsep itu boleh digunakan juga untuk mencari bakat-bakat dalam bidang seni yang lain kerana dengan cara itu, remaja dan generasi muda akan lebih mudah 'memahami kerana kita bercakap dalam bahasa mereka'.

Wednesday, July 20, 2005 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0


Family Medicine Scientific Conference 23th to 26th June 2005. Awana Kijal Kemaman, TRG Posted by Picasa

Wednesday, July 20, 2005 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0


Acheh Mission Posted by Picasa

Wednesday, July 20, 2005 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Tuesday, May 17, 2005

Ain Jalut


pernahkah anda mendengar peperangan A'in Jalut? ianya
hampir2 telah tidak dicatatkan oleh para sejarawan
lantaran kekangan pihak2 tertentu.

perang ini berlaku di hujung pemerintahan kerajaan
mongol di dunia Islam pada akhir abad ke 13 masihi.
selaku umat muslimin, kita memang telah tahu akan
tragedi serangan mongol ke atas dunia Islam yang telah
membinasakan sama sekali kegemilangan tamadun Islam
ketika itu.

tahukah anda jumlah kaum muslimin yang telah
disembelih oleh tentera mongol ketika itu? para ulama,
sejarawan yang masih hidup ketika serangan itu berlaku
mencatatkan, hampir 18 juta umat Islam telah menjadi
korban keganasan mongol.

para ulama Islam ketika itu, hampir2 tidak sanggup
untuk merakamkan semula peristiwa serangan yang
langsung tidak berperikemanusiaan ini. ianya tidak
pernah berlaku sedahsyat itu dalam mana2 sejarah pun.
apa yang pasti, kata2 Genghiz Khan ketika melanggar
kota Baghdad, wajar direnungi, beliau berkata, "aku
adalah bala yang diturunkan Tuhan ke atas muka bumi
untuk menghukum kamu..."

umat Islam ketika itu sedang berada di kemuncak
kegemilangan tamadun. baghdad adalah kota yang
termoden di dunia. ia adalah pusat ilmu, perdagangan
dan sosial yang tiada tandingannya. barat ketika itu
masih lagi barbarian. akan tetapi, lazimnya manusia
apabila sudah terlalu mewah, mereka lupa akan Allah
swt. ibadah solat mudah sekali ditinggalkan. sejarah
mencatatkan ada di antara Khalifah di baghdad yang
sanggup membatalkan solat jumaat semata2 untuk
menyambut hari kelahiran baginda. arak menjadi minuman
kaum bangsawan. yang tinggal hanyalah para ulama yang
tidak jemu2 berdakwah agar muslimin kembali ke pangkal
jalan. amaran mereka tentang azab Allah tidak
diendahkan.

selain itu, peperangan merebut takhta juga berlaku
sesama negeri2 Islam. khalifah di baghdad, al Muktasim
ketika itu amat tidak senang dengan kerajaan
Khwarizmi yang berpusat di Asia tengah yang dipimpin
oleh Sultan Muhammad Shah al Khwarizmi. perpaduan
umat muslimin amat rapuh dan bila2 masa saja akan
diganyang oleh yakjuj wa makjuj yang sedang berkumpul
di padang rumput Steppe di rusia.

mongol mula menyerang kerajaan khwarizmi disebabkan
keangkuhan sultan muhammad menyiksa utusan Genghiz
Khan yang datang untuk berbincang tentang
perniagaan.malangnya ketika serangan ini berlaku
Khalifah di baghdad enggan membantu.genghiz khan amat
marah dan mula merancang satu strategi perang.
khabarnya beliau telah mengatur satu plan tindakan
untuk menyerang dan menghancurkan dunia islam, dan ia
akan mengambil masa selama 18 tahun. ternyata plan ini
telah berjaya menepati sasarannya walaupun genghiz
khan mati di pertengahan plannya. ia telah diteruskan
oleh anak-cucunya.

umat islam yang sedang tenat itu dengan mudah
ditewaskan. khalifah telah dibunuh dengan kejam dengan
bantuan puak syiah ketika itu. umat islam disembelih
beramai2 hinggakan longgokan mayat setinggi bukit dan
dikatakan di mana saja berjalan, akan terpijak pipi
anak muda dan gadis (mayat).

kemuncak serangan ini ialah apabila mereka sudah
hampir ke kota madinah dan mekah. ketika itu kekuatan
islam sudah lumpuh sama sekali dan tidak ada apa yang
dapat menghalang mongol dari masuk ke kota2 suci itu.

Allah swt telah menetapkan kaum mamluk sebagai pembela
umat islam yang kemudiannya mempertahankan 2 kota suci
muslimin. demikianlah bila Allah memuliakan satu kaum.
kaum mamluk asalnya adalah golongan hamba abdi yang
berjaya merampas pemerintahan kerajaan mesir. mereka
telah tidak dihormati lantaran status hamba abdi yang
mereka miliki. akan tetapi merekalah yang berjaya
menewaskan tentera mongol yang dikatakan tidak
terkalah lagi. tidak ada negara di dunia ketika itu
yang sanggup berdepan dengan mongol.

tentera islam mamluk dipimpin oleh sultan qutuz yang
amat masyhur itu. mereka bertembung dengan bala
tentera mongol yang amat besar di satu kawasan mata
air yang dipanggil A'in Jalut. inilah peperangan yang
termashyur dalam sejarah islam yang disimpan rapi oleh
sejarah islam.

pada mulanya pukulan pertama dari mongol terlalu keras
hingga tentera muslimin berundur. sayap kiri dan kanan
mongol membantai barisan hadapan muslimin hingga
mereka terpecah-pecah. harus diingat tentera mongol
mempunyai pengalaman berperang puluhan tahun
lamanya,dan telah menakluki hampir separuh dunia ini.
sedangkan kaum mamluk adalah golongan hamba yang tidak
berpengalaman langsung. tapi adakah itu ukuran? tidak
sekali2 kerana Allah telah berfirman : "berapa banyak
gerombolan yang kecil telah dapat menewaskan
gerombolan yang besar dengan izin Allah?"

ketika tentera muslimin sedang kelam kabut, isteri
kesayangan sultan qutuz yang turut sama bertempur
telah cedera parah terkena tetakan mongol. semangat
juang sultan qutuz hampir goyah melihat keadaan
isterinya yang hampir mati. "isteriku..isteriku.."
keluh sultan qutuz. akan tetapi isterinya yang
bertaqwa itu sempat membisikkan kalimah terakhir ke
telinga suaminya.." wahai kandaku, jangan ucapkan
begitu, ucapkanlah.. wa islamah..wa islamah (demi
Islam), teruskan jihad ini abang.." langsung beliau
terus syahid dan kembali ke sisi Allah swt.

sultan qutuz seakan tersedar dengan ucapan isterinya.
semangat jihadnya kembali menyala lalu dia telah
mencapai semula bendera tenteranya dan menyerbu masuk
ke bala tentera mongol sambil tidak henti2 melaungkan
"wa Islamah! Wa Islamah!". tentera muslimin yang mula
untuk berundur berasa malu melihatkan sultan mereka
telah berpatah balik ke medan perang. melihatkan itu
semangat jihad mereka telah naik semula, syurga telah
terbayang di depan mata, lalu mereka kembali membantai
semula tentera mongol habis-habisan, serangan yang
berkali2 ganda lebih hebat yang tak pernah dilakukan
oleh mana2 tentera pun di dunia ini.

akhirnya Allah swt menuliskan kemenangan di pihak
muslimin. tentera mongol telah cabut lari ke negara
mereka akibat kalah teruk. Allah swt telah menurunkan
syak wasangka sesama pemimpin mongol yang menyebabkan
mereka pula telah tidak bersatu. dengan itu, empayar
mereka telah berjaya ditewaskan oleh muslimin. ini
adalah kemenangan terbesar Islam yang cuba ditutup
oleh barat.

dengan itu, 2 kota suci Islam telah berjaya
dipertahankan. empayar Islam mula dibina kembali dan
barat ketika itu amat gerun dengan kerajaan mamluk,
kerana mereka satu2 nya yang berjaya menewaskan
mongol.
perang ini wajar disingkap kembali oleh kita semua.
ceritakanlah pada generasi muda tragedi serangan
mongol dan perang A'in Jalut. ia adalah satu
peperangan yang sangat saya kagumi dan sanjungi.

semoga pada zaman ini akan lahir tokoh segagah sultan
qutuz dan wanita berhati waja seperti isterinya. bela
lah umat Islam hari ni yang semakin ditindas oleh puak
kuffar. satukanlah dunia Islam dalam satu bendera
daulah Islamiah.

Tuesday, May 17, 2005 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Friday, March 04, 2005

Passive Smoking Hazard!!!


'Thirty people dying every day from passive smoking' Mar 3 2005
Madeleine Brindley, Western Mail

PRESSURE to ban smoking in public and in workplaces last night intensified as it emerged 30 people die every day because of passive smoking.

Shocking research has revealed at least two deaths a day are caused by the effects of environmental tobacco smoke in the workplace. And one bar worker a week is killed because they have been exposed to passive smoking while working in the hospitality industry.

The findings have renewed calls for a complete ban on all smoking in public places, rather than the watered-down restrictions exempting some bars and clubs, which are favoured by the UK government. Julie Morgan, Cardiff North MP, who is attempting to get a Private Member's Bill through Parliament to ban smoking in public places in Wales, said, "I feel very strongly that these figures show the absolute danger of passive smoking and I don't think anyone can now argue against that.

"The sooner we grasp the bullet and do something about this, the better. My Bill will provide the ideal opportunity to do that well before any restrictions would otherwise be introduced."David Napier, director of the British Heart Foundation in Wales, said, "This study adds even further weight to the call for a total ban."There is no logic in the current proposal to only ban smoking in those pubs that do not serve food as our estimates show that this would leave around 164,000 pub workers across the UK unprotected by the ban. "If these proposals go ahead unchanged, these workers will be exposed to an unreasonable level of risk to their health that would not be tolerated with any other type of pollutant."The opportunity to work in a smoke-free workplace should not be a matter of choice - it should be a right."The new research, published in the British Medical Journal, used UK national databases to calculate number of deaths due to passive smoking at home and at work in employees of the hospitality industry, the general workforce, and the general population. Professor Konrad Jamrozik, who is based at the University of Queensland, in Australia, calculated that passive smoking at work is likely to be responsible for 617 deaths a year and the death of 54 employees a year working in the hospitality industry.

Passive smoking at home could account for a further 2,700 deaths in people aged 20 to 64 and another 8,000 deaths a year among people aged over 65, mainly from strokes and heart disease. Exposure to second-hand tobacco smoke at work might contribute up to one fifth of all deaths from passive smoking in the general population aged 20 to 64 years, and up to half of such deaths among hospitality industry staff.

Prof Jamrozik added that adopt- ing smoke-free policies in all UK workplaces and reductions in the general prevalence of smoking would prevent several thousand premature deaths a year.

Dr Richard Lewis, Welsh secretary of the British Medical Association, said, "These figures show how important it is that smoking is banned in all public places as a matter of urgency."We can no longer put up with a situation where people are dying unnecessarily every day as a result of other people's actions."Deborah Arnott of anti- smoking campaign Ash, added, "These shocking figures show yet again the urgent need for a law to end smoking in all workplaces and enclosed public places."There can be no justification whatever for continuing to expose employees and members of the public to such a serious and readily avoidable health and safety risk."

Friday, March 04, 2005 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Tuesday, February 22, 2005

Islam: Where Are We and Where to Go?


Islam: Where Are We and Where to Go?
A Lecture "The Twilight of 'Islamosaurs'"

By Shaikh Abdal-Hakim Murad*
 February, 17, 2005
 
 Shaikh Abdal-Hakim Murad

 
This lecture was delivered at Oxford University for the Oxford
University Islamic Society on November 6, 2004, as part of the Ramadan
Conference. Reproduced with kind permission. Click here to listen.

As part of our self-reflection on the Muslim condition, we first need
to know where we stand and, above all, how we got here.

The mere piety, reactionism, and victimization that are practiced
extensively by Muslim voices, side by side with the anti-Muslim
apologetic polemics, only contribute to the further deterioration of
the Muslim condition everywhere. Nothing is needed more than ever than
a true practice of criticism-based self-consciousness.

The Prophet (peace and blessings be upon him) told us, "The
sharp-witted person is one who criticizes himself." `Umar ibn
Al-Khattab (may Allah be pleased with him) is reported to have said,
"Criticize and appraise yourselves before you are criticized and
appraised on the Day of Judgment."

The beauty of such a practice is eloquently described in the words of
Fethullah Gulen:

Self-criticism may also be described as seeking and discovering one's
inwardness and spiritual depth and exerting the necessary spiritual
and intellectual efforts to acquire true human values and develop the
sentiments that encourage them. It is by means of such efforts that a
man distinguishes between what is good and bad and what is beneficial
or harmful to him throughout his life and maintains the uprightness of
his heart.

Sheikh Abdul Hakim Murad, in a genuine exercise of self-refection,
reads the history of Islam in a sober spirit. He analyzes the current
situation of the Ummah, examines how we got here, and offers a
solution. By this, we as authentic believers can respond to the divine
order:

[O you who believe! be careful of (your duty to) Allah, and let every
soul consider what it has sent on for the morrow, and be careful of
(your duty to) Allah; surely Allah is Aware of what you do.] (Al-Hashr
59:18)

* Shaikh Abdal-Hakim Murad Murad is a celebrated Muslim scholar and a
translator of traditional Islamic texts. He is currently secretary of
the Muslim Academic Trust (London) and director of the Sunna Project
at the Centre of Middle Eastern Studies at Cambridge University.

Tuesday, February 22, 2005 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Video ISLAM


Tuesday, February 22, 2005 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Monday, February 21, 2005

Dangdut


APA NAK JADI?!!.... dengan Terengganu Darul Iman. Pelbagai program mungkar sedang giat dijalankan oleh penganut Islam Hadhari di Terengganu. Terbaru Motel Desa Sdn Bhd mengajak rakyat Terengganu supaya datang 'BERDANGDUT' di atas Bukit Pak Apil. Inilah agaknya apa yang disarankan oleh Pemuda UMNO Terengganu, supaya membanyakkan program KARAOKE, SNOOKER dan lain-lain untuk menghindarkan gejala lepak dan lumba haram. Guane gamok tok-tok Imam Islam Hadhari dikampung? Sanggup bersetongkol dengan orang yang menanjurkan maksiat. Tepuk dada, tanyalah iman!!

Monday, February 21, 2005 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Sunday, January 30, 2005


ahli deligasi Posted by Hello

Sunday, January 30, 2005 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0


Sedang makan tengahari. gulai kambing hari tu... Posted by Hello

Sunday, January 30, 2005 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0


Pening, nak translate dari bahasa indon ke english!... Posted by Hello

Sunday, January 30, 2005 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0


Panggilan Aceh 3
Hari kedua aku mula menjalankan tugas mengikut bidang ku miliki. Perawatan kami memasuki kampung-kampung tempat pemindahan. Boleh dikatakan sebijik modus operandi dengan operasi khidmat kesihatan di malaysia. Cuma bezanya kedatangan kami tidak berprotokol dan agak membahayakan. Pihak Bulan Sabit Merah Indonesia kurang bersetuju dengan cara ini. kerana dari sudut keselamatannya agak tidak terjamin. Kami bila2 masa sahaja boleh diserang hendap oleh pihak GAM. Tambahan pula kami tidak menaikkan bendera malaysia di mobil2 kami. Alhamdulillah program hari kedua saya berjalan lancar. Semoga niat yang kami bawa untuk membantu mangsa Tsunami tercapai.
Dalam masa yang sama sempat ku melawat tempat2 kejadian sekitar tepi pantai. Kawasan yang sebelumnya padat dengan perumahan, sekarang menjadi padang jarak padang tekukur.
 Posted by Hello

Sunday, January 30, 2005 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Saturday, January 29, 2005


Toilet and suturing sedang berlangsung Posted by Hello

Saturday, January 29, 2005 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0


Seorang jururawat sedangmenjalankan tugas Posted by Hello

Saturday, January 29, 2005 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0


Panggilan Aceh 1
Aku berjaya menggagahkan diri untuk misi kemanusiaan di Aceh. Semenjak dari misi yang ke-2 lagi cigku Hussin menyenaraikan namaku. Tetapi mungkin tahap perjuangan masih rendah, disertai dengan karenah birokrasi dari majikan. Aku membuat keputusan yang agak lambat. Setelah misi yang ke 4 barulah aku menyatakan kesanggupan. Itu pun setelah aku menelaah resiko yang mungkin diterima. Bak kata pak Anwar, kalau tak sanggup menerima resiko, jangan sebut pasal perjungan.
" Adakah kamu dikira telah beriman? sebelum kamu diuji?"
Maksud Ayat Al Quran
Aku mengambil cuti 2 hari sebelum dan 2 hari selepas hariraya, menjadikan seminggu aku akan ke Aceh. Sekarang aku selamat sampai di Banda Aceh. Meneruskan perjuangan dengan cara ku tersendiri. Bidang perawatan pesakit....
20/1/05 @ 11 Zulhijjah 1425
 Posted by Hello

Saturday, January 29, 2005 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Friday, January 14, 2005

Pengalaman Shafarini -- Mangsa Tsunami Acheh


Di petik dr catatan pengalaman sebenar adik pengendali
bicarasufi.com,semoga boleh dijadikan iktibar:

Aceh 26 Dis 2004,kronologi secebis pengalaman Syafarini antara 18 pelajar
Malaysia yg terselamat.

Dengan lafaz Bismillahi tawakaltu alaLah yang menjadikan sebahagian
peristiwa di Aceh untuk menjadi pengalamanku.

Pagi itu tenang,sunyi,ye lah pagi hari minggu.Tak ada aktiviti kuliah pada
pagi-pagi cuti.Selalu nya lepas solat subuh pelajar² biasa nya membaca
Alquran,berwirid,mentelaah kitab²,menyiapkan tesis sambil duduk depan pc
laptop,mencuci pakaian dan mengemas rumah.

Pagi itu sibuk mengemas pakaian,membersihkan bilik rumah pelajar di
Kompleks Ruzi,Jln Tengku Diblang,Banda Aceh kedudukan nya lebih kurang 3
hingga 4 km daripada persisiran pantai.
Sambil asyik melipat pakaian dan mendengar lagu drp laptop kawan,lagu nya
pulak lagu "Balik Kampung" dendangan Allahyarham Sudirman,cukup menyentuh
hati hai lama tak balik kampung,terasa la rindu nak balik.Hari raya baru ni
pun memang tak balik kampung.
Rindu benar nak main dengan anak-anak
saudara,Syairah,Syafiqah,Zikry,Hareez,Syahmi,Zufayri,terhibur dan terkenang
satu persatu wajah-wajah dan kenakalan deme tu.
Tapi apakan daya tuntutan menuntut ilmu mengatasi segala-galanya demi
memenuhi cita-cita yang tersemat di lubuk hati.

Lebih kurang jam 7 am lebih atau dekat²jam 8 pagi keadaan sekeliling terasa
berayun-ayun,terbuai-buai.Kitab-kitab dan buku-buku nota jatuh daripada
rak.,dibetulkan kembali..lalu jatuh balik.
Eh kenapa ni,apa yang tak kena ni? pening ke ni? atau....?
Haa ye lah gempa bumi ni.,memang ada kawan pernah bagi tahu yang Aceh biasa
dilanda gempa bumi 2,3 thn lepas.tapi kini aku merasakannya sendiri la.
Kedengaran kat luar rumah org hiruk pikuk bunyi suara kawan kawan
bertempik,gempa bumi,..gempa bumi..keluarr..keluar dari rumah...!!

Masa tu hanya terlintas nak capai passport,hp dan tudung kepala.lari keluar
dan duduk di luar rumah.Tanah terus bergoyang-goyang,bukan setakat bergegar
kecik anak tapi betul-betul bergoyang goyang kiri dan kanan sama macam naik
buaian besi ditolak orang waktu tu.
Pening kepala tak stabil tak tahu nak cakap la.
Tak dapat nak berdiri langsung waktu tu.,yang boleh hanya duduk
mencangkung.
Nampak jelas ada tanah yang terbukak,merekah luas,ternganga macam nak telan
si anak derhaka je gaya nya.
Cukup kalut,cemas dan panik sungguh tak pernah rasa sebelum ni.
Bekalan letrik terputus,talian handphone tidak berfungsi sama sekali.

Gerak bumi bergempa terus menerus lebih kurang hingga 20 minit,fikiran tak
menentu waktu tu.,rasa macam mimpi pun ada.
Perasaan terkejut menyelubungi hati,betul ke gempa bumi ni?

Bila gerak gempa bumi mulai reda seketika,aku masuk balik rumah,kemaskan
balik almari dan peralatan rumah yang dah jatuh jatuh.Dalam pada masa dok
asyik kemas balik buku buku dan almari tu,dengar lagi sekali jeritan orang
ramai kat luar tu..air naik..air naik..,air naik..! lari
cepat..keluar..keluar dari rumahhh!!
Tersirap darah dan tergamam dengar tempikan orang kat luar tu,terus je
capai 1 beg kecil yang dalamnya passport,sedikit duit rupiah dengan tangan
yang terketar-ketar akibat panik dan terkejut yang luar biasa benar tu.

Rupa nya aku dah ditinggalkan oleh kawan-kawan yang lain,rupa nya aku yang
terakhir sekali keluar dari rumah tu.,langsung tak nampak kawan-kawan
se-kampus,se negara.hilang lesap entah ke mana mereka tu.sampai hati
tinggalkan aku sorang diri-detik hati kecil ni.sayu sebak kejap masa tu.
Terus lari ikut arah penduduk kampung tu lari,nampak mereka menuju ke
masjid.! Ya Masjid Jamek Al-Unshiah yang dikenali dengan sebutan masjid
seribu tiang tu.
Dalam masa yang sama jeritan amaran dan suara-suara menyuruh kami lekas
berlari yang keluar drp mulut pak polisi jelas di gegendang telinga
ni.Merasa la juga kena jerkah dan hamun drp sorang pegawai polisi
tu.."goblok kamu..!kenapa lambat sangat berlari?? mahu mati yaa..! tak
nampak air bah besar tu??!!-dia juga dalam keadaan termengah mengah
mencukupkan langkah seribu nya.

Sesampai je kat masjid tu,memang orang kat situ dah beratus-ratus bilangan
nya,keadaan cukup sesak berhimpit-himpit.Semua muka-muka tak kenal,rasa
terasing sangat.Air mata ku dah mula mengalir,hiba sesangat.Mana la kawan
kawan dan orang yang aku kenal...
Nampak satu kawasan ruang bawah tangga,terus je duduk kat situ ambil tempat
berlindung.,gempa terus datang balik.lagi sekali kepala pening dan macam
nak kena migrain pun ada.
Seingat waktu tu dekat pukul 9 pagi.
Masa tu harapan dan kekuatan berdoa kepada Allah terasa berlainan sangat
drp hari hari biasa.Tak ada apa lagi ayat2 bacaan doa,hanya
semacam Allah bersaksi di depan ku.,aku bersaksi kepada Nya.
Datang kekuatan berdoa.."Ya Allah tolonglah tunjukkan pada hamba dengan
orang yang ku kenali kat sini.."-Terpancang satu sumber kekuatan yang entah
dari mana sumber nya dalam doa itu.

Tak semena-mena kaki terasa nak cuba naik ke atas ruang masjid,rupa2 nya
kat situlah dapat berjumpa dengan sekelompok kawan-kawan perempuan ku
serumah dan pelajar pelajar satu negara.
Semua wajah wajah muram,sedih,terkujat,terkejut,terlopong.yang gelak tawar2
pun ada datang menerjah pada ku.,sambil berpeluk menenangkan antara satu
sama lain yang jelas masing-masing tak reti nak berkata apa apa.Tapi yang
pasti hampir semua kawan2 ku menangis.

Ruang masjid cukup sesak sampai aku tak ada ruang nak duduk.hanya berdiri
je sambil menangis senyap-senyap.
Bunyi tangisan,teriakan,ratapan kat dalam masjidi dah macam pesta sapa yang
paling kuat je laku nya.Satu persatu suara terdengar "ratus dah
tewas,ratus2 dah mati.dah jadi korban air naik pak"".

Bunyi air bah menyapu bumi Aceh seperti bunyi guruh.,se iring dengan bunyi
suara sayup2 mintak tolong,bunyi suara kanak2 panggil ibu mereka.,suara
wanita dan lelaki tua makin lama makin tak dengar lagi dah.Orang lain waktu
tu tak ada dah ingat dan sempat nak tengok orang lain lagi..semua nya nafsi
nafsi.

Gambaran kiamat betul-betul depan biji mataku.! Kiamat dah start ke ni??
Takut bukan kepalang.kecut bukan main.Nampak ada yang terkincit bincit
dalam masjid,bauan hancing pun ada,rupa nya ada yang terkecing dalam seluar
sebab ketakutan tahap maksimum menerpa.

Dicelah suasana kelam kabut dan hiruk pikuk tu,ada seorang ustaz atau pak
imam masjid tu mula memegang mikrofon dan memasang pembesar suara yang
bekalan elektrik nya dijana daripada sumber generator,mententeramkan orang
ramai,minta semua bertenang..ingat pada Allah Ta'ala.sejurus lepas tu pak
imam mula..

mengalunkan zikir kalimah ..Lailah haillaLah... Lailah haillaLah... Lailah
haillaLah... Lailah haillaLah.....Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar..
AstaghafirulLahala'zim... AstaghafirulLahala'zim...
AstaghafirulLahala'zim.....SubhanalLah... SubhanalLah... SubhanalLah...
Dan bermacam-macam bunyi munajat yang terhambur keluar drp para penduduk
yang lari berlindung kat masjid jamek Al-Unshiah tu tak
henti-henti,..kadang-kadang kuat..kemudian perlahan..diselangi dengan suara
sayu mendayu yang cukup menusuk kalbu sesiapa sahaja yang ada di
situ.Tetiba je rasa masa tu nak bertaubat nasuha terpa kat hati ni.""Ya
Allah hamba ni banyak lalai dan dosa,ampunilah diri ini Ya Allah,sesungguh
nya Engkau Tuhan yang Maha menerima ampun.Ampuni lah hamba yang lemah dan
tak terdaya ini.Siapa lah hamba di sisi Mu."

Terdetik masa tu aku nak isikan zikir lataif yang aku terima baiah drp
murshid kat surau Jerlun yg abgLie bawakkan aku dulu.
Jarang isi dan amalkan sebab sibuk dengan tugasan dan kerja-kerja metelaah
di samping ibadah rutin yang lain.
Masa tu sedang asyik dalam kewaridan nur zikirullah latifatul qalbi 5000
tu,terlintas semacam nak hantar mesej kat abgLie kat Malaysia.ni kalau
abgLie dapat tangkap perkabaran cara ruhani drp adik dia ni,elok juga
ni.tak lah deme risau kat sana.Kurang-kurang pun dapat keluarga kat sana
mendoakan keselamatanku kat sini
Ingat masa tu pukul 10 pagi lebih.

Dalam pada doa dan orang ramai berzikir tu, bumi terus bergerak gempa,mata
orang-orang dalam masjid tu tertumpu satu haa ye..kat kubah masjid tu.Kalau
la jatuh ke bawah, memang mati terbunuh serta merta la jawab nya
menhenyakkan tubuh2 manusia yang ada di antara nya sedang cedera parah di
bawa masuk akibat terpelanting ditolak air masa bah datang menerjah kampung
tadi.serba salah dibuat nya aku..nak keluar masjid air bah laut laju
melanggar,nak duduk dalam masjid,kubah nya pulak macam nak goyang dan
runtuh je.aku lari keluar di satu kawasan lapang di sudut yang tak dilanda
air bah bagi menenangkan perasaan.

Dengan tak semena-mena nampak segerombolan manusia yang lari drp satu arah
lagi menuju ke arah kami di masjid,melompat pagar masjid mencari tempat
perlindungan.masa tu aku berlari sama untuk masuk ke dalam masjid
balik.,waktu dalam berhimpit2 masuk ke ruang pintu utama masjid
berkriuk-kriuk bunyi tulang manusia patah masa berebut2 tu.sempat aku capai
tangan seorang kawan ku yang jatuh masa berebut masuk tu,nasib baik dia tak
jadi mangsa dipijak oleh ratusan kaki2 manusia yang cemas dan panik itu.
Kaki kanan ni dan terasa perit akibat dilanggar oleh seorang penduduk
tempatan,masa tu betul2 kena keraskan semangat,memang kena ada sikit
perasaan nafsi-nafsi,kalau tidak memang nahas menimpa bagi yang lembik dan
patah hati pada waktu tu.

Tengahari-mula lapar,kawan-kawan lelaki mula mencari bekalan air untuk kami
minum,keadaan kami pelajar perempuan memang lemah sangat,sebab terkejut dan
tak menjamah apa-apa makanan dari pagi tadi.

Pelajar lelaki keluar setelah air bah mulai surut.Pekedai dan peniaga dah
tidak lagi berurus niaga barang2 runcit mereka,semua nya dah bersedekah
membantu mangsa-mangsa bencana pada hari itu.
Dapatlah kami beberapa botol air mineral,sedikit biskut kering dan beberapa
bungkusan maggi makan kering untuk alas perut buat bekalkan tenaga balik.
Datang seorang perempuan tua kepada ku mintak sekerat maggi kering kata nya
nak dibagikan kepada anak nya yang kelaparan,dengan titisan air mata ku
hulurkan sebahagian nya walaupun kita sendiri lapar...tak sampai hati
kecilku...

Mayat-mayat manusia dan binatang berselerakan,darah-darah sana sini,ada
yang putus tangan,ada yang bebola mata nya tersembul,ku terpandang juga
mayat seorang kakak usia nya,di mana rambut panjang nya tersangkut pada
pagar rumah dan tak sempat lari mati di situ juga dilanggar air bah
tsunami,tubuh tertusuk kayu dan atap-atap zink.Jasad² manusia leper bawah
runtuhan² batu bangunan.
Terhidu bauan darah yang hanyir,tak pernah ku hidu pun sebelum ini.
Pada mula nya memang seram dan ngeri nak toleh pun,tapi lama kelamaan ku
gagahkan tengok juga.

Bermalam di satu kawasan lapang berbumbungkan langit beralaskan
plastik,memang tak dapat nak lelap sepicing pun,kawan-kawan sebelah ada
yang dah mengigau,tak dapat nak tidur,perasaan libang libu sebab gegaran
masih selang seli datang menggempa.

Hari ke 2 keadaan sedikit kurang cemas,dah boleh balik rumah.
Keadaan rumah memang mengejutkan.palitan tanda air bah terlihat nampak
melepasi kayu gelegar bumbung rumah.almari tonggang terbalik,cermin meja
tercampak keluar,Cuma satu keadaan yang agak aneh.Al-quran yang biasa aku
baca selepas solat terapung-apung atas tilam tanpa basah walau sikit pun.!
Maha suci Allah yang memelihara mukjizat Rasul Nya.!

Terngiang-ngiang kat telinga drp penduduk setempat selepas kejadian bencana
tu yang baru melanda semalam.,bahawa ada sekumpulan tentera Indonesia yang
berpengkalan di sekitar Banda Aceh yang buat konsert berhampiran makam
seorang waliyullah Syeikh Al-Unshiah (kalau tak silap saya),kumpulan itu
ditegur oleh seorang pakkiyai di situ,tetapi dibalasi dengan ugutan muncung
pistol oleh salah seorang drp mereka yang sedang bergembira di situ.
Lalu pak kiyai itu memberi amaran,hati hatilah kalian semua,tunggulah tidak
lama lagi.Entahlah.tak berani saya nak buat apa-apa persepsi.

Syukurlah semua pelajar Malaysia dilindungi Allah dan terselamat dalam
kejadian yang maha dahsyat pada kami dan rupa-rupa nya terjadi juga oleh
sebahagian penduduk di negara-negara lain.,kami tak menjangka kan
sebegitu.sangka kami di Aceh sahaja.

Seorang pelajar lelaki yang saya panggil Own,.(Sharul Anwar Idris-drp
Kedah) menceritakan dan mengadu yang dia pagi tu memang tak sedap hati
langsung.serba serbi tak kena.malam tu buat tahajud tak kena,bertadarus tak
kena,telaah kitab rasa tak selesa.memang luar biasa sungguh malam tadi,"dah
nak mati aku ni kut"...-kata nya seorang diri pada masa tu.
Tak sangka tanda-tanda itu merupakan isyarat awal mereka bakal berhadapan
dengan peristiwa bencana yang tak di duga itu.

Kami kumpulan pelajar Malaysia mula berlepas ke Medan pada hari
Rabu.,menaiki pesawat TUDM C130-Hercules.
Daripada masjid Al-Unshiah,berdekatan Institut Agama Islam
Negeri(IAIN)-Banda Aceh,kami menaiki pikap kecil yang digunakan sama untuk
membawa mayat-mayat untuk menuju ke Lapangan Terbang Iskandar Muda
Aceh.Terasa duduk di bandar zombie.Habis baju jubah ku melekat bauan mayat.

Terasa sayu dan sebak sungguh tak terkata sewaktu kami meninggalkan Banda
Aceh.
Terasa ingin sama sama turut tinggal merasai penderitaan penduduk2 di
situ.Mata insan mana yang sanggup menatap tubuh bayi yang comel,se comel
anak anak saudara ku yang sedang rancak bermain,..kini kaku dengan keadaan
tubuh yang ada di antara nya luka dan cacat anggota jenazah nya,terbayang
imbasan anak-anak kakak dan abang ku di kepala.
Tampak wajah-wajah memohon simpati drp kami.Apa daya kami...
Antara mereka ada yang tahu kami rakyat Malaysia,tentu saja akan pulang
bersama sama keluarga tercinta,bebas drp belenggu derita yang sedang mereka
tanggung itu,bertapa bertuah nya kami.
Mungkin itu yang sedang mereka ngomelkan di sudut sanubari mereka.
Di Medan kami ditempatkan di pejabat konsulat Malaysia.

Selamat tinggal tanah Aceh dan penduduk nya yang pernah aku kenali,menjadi
jiran-jiran ku setahun yang lalu.
Selamat tinggal tempat ku menuntut ilmu Allah ini,ustaz ustaz ku,pensyarah2
ku,kawan-kawan warga Aceh yang pernah ku kenal,mungkin ada yang dah kembali
menemui Ilahi dalam bencana ini.Di sinilah tempat aku memahami cabaran
jalan fi sabililah,erti jihad yang sebenar.Aceh,memberi aku seribu
pelajaran,sejuta makna guru kepada ku.
Mungkin daku akan kembali ke sini,entah kan bila...
Salam rindu tanah Aceh...



Friday, January 14, 2005 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

maksiat


Assalamu'alaikum,

Kita sering mendengar dalam pengajian al-Quran dan hadith bahawa ALLAH
Azza Wa Jalla telah menghukum umat2 dahulu dgn siksaan yg dahsyat yg
kebanyakkannya dlm bentuk natural disaster yg ada sekarang.
Cuma kita tak terbayang how bad these siksaan are. Walaupun sering tengok
kat TV dan documentaries about quakes,tsunamis and storms kita tak berapa
terasa kesannya.

Tapi bila jadi di negara sendiri, masyaALLAH. Na'uzubillah., jgn lah ALLAH
turunkan lg siksaan begini.
Kita berharap ramai yang mengambil iktibar dari amaran yg ALLAH
turunkan(mungkin di beberapa tempat ianya balasan siksaan eg Thailand).

Tapi nampaknya tidak begitu. Persiapan untuk countdown 2005 makin hebat.
Perpuluh pesta dan konsert sedang menanti. I wonder samada tahun ni di
Penang ada tak sambutan tahun baru yg havoc dan kalut setiap tahun?

Bukan kita istighfar dan insaf, tapi makin galak nak lakukan maksiat.

Wallahu'alam.

Friday, January 14, 2005 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Wednesday, January 12, 2005



Wahai Muslimin dan Muslimat?BERINGATLAH!!
Hari qiamat sudah semakin hampir?.. tanda-tanda qiamat sudah banyak
berlaku, baik tanda-tanda kecil mahupun yang besar. Tetapi masih ramai di
kalangan kita umat Islam masih tidak sedar. Ini tidak lain kerana kita
sudah meninggalkan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW. Yg dilihat
hanyalah rukun Islam yg 5 dan rukun Iman yg 6?.tidak lebih daripada itu.

Wahai Muslimin Muslimat !!
Sudahkah kalian membaca akhbar pada hari ini?! Sudahkah kalian melihat
berita perdana semalam & hari ini (baik apa jua salurannya)? Tidak takutkah
kalian dengan apa yang sedang berlaku?? Sepatutnya kita sebagai Muslim
tidak harus terkejut dengan apa yang berlaku kerana Rasulullah SAW telah
pun memberitahu kpd kita secara detail apa yang nak berlaku di akhir zaman
sebelum hari qiamat?. Cuma kita yang tak mahu membaca hadis-hadisnya. MUKA
TAK MALU!! Dabik dada saja mengaku sebagai Muslim, tapi HAMPEH? Bacalah
hadis-hadis Nabi yang telah disampaikan lebih 1400 tahun ini dan buatlah
persiapan untuknya? JANGAN TUNGGU LAGI. AJAL DATANG SEKELIP MATA.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan
mereka menamakannya dengan nama yang lain(bukan arak). (Mereka meminumnya)
sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah SWT akan
menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan
mereka seperti kera dan babi (setelah mati)". (Hadis Riwayat Ibnu Majjah)


Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu,
berlaku banyak kematian manusia secara mendadak" (Hadis riwayat Thabrani)

Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi"
(Hadis Riwayat Bukhari)

Rasulullah S.A.W bersabda
"Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat
menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi" (Hadis
riwayat Ahmad)

Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada
mereka, iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang tertentu sahaja
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
3. Zakat dijadikan hutang
4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)
5. Anak derhaka terhadap ibunya
6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.
7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara
mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Arak sudah diminum secara berleluasa.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan/didendangkan.
15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat
terdahulu).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau GEMPA BUMI
ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain" (Hadis Riwayat
At-Tirmidzi)

Wahai Muslimin Muslimat?. APA LAGI YG ANDA TUNGGU??!! BERINGATLAH!!

KEMBALILAH KEPADA ISLAM?.JANGAN LAGI NAK BERDOLAK-DALIH! Janganlah kalian
SOMBONG & EGO terhadap ALLAH!! Sedarlah diri kalian!! Adakah kalian ingin
menunggu maut datang di hadapan anda baru nak bertaubat?? Sampai bilakah
anda nak TUNGGU & TUNGGU, NANTI & NANTI,TANGGUH & TANGGUH untuk berubah dan
membuat persediaan diri?? Adakah anda tahu bila anda akan MATI?? Adakah
anda boleh jamin yg anda akan hidup sehingga ke akhir hari ini??

Kalian yang tidak solat, TUNAIKANLAH SOLAT.

BERTAUBATLAH!! TUTUPLAH AURATMU DENGAN SEMPURNA!!
Kalian yang tidak menutup aurat, atau menutup sebahagian tetapi membuka
sebahagian yang lain, atau yang memakai baju nampak pusat, seluar dalam,
baju dalam (laknat Allah dan RasulNya ke atas mereka),

HENTIKANLAH SEGALA BENTUK MAKSIAT!!
Hentikanlah mendengar muzik-muzik yang melalaikan!! Tunaikanlah zakat dan
haji bagi yang berkemampuan. Tunaikanlah kewajipan kalian sebagai MUSLIM &
PENDAKWAH?apa yang kalian dah buat??

Di manakah AKHLAK & ADAB ANDA SEBAGAI MUSLIM? Mengaku saja diri kalian
sebagai Muslim?.memang muka tak malu!!

Bagi PARA PEMERINTAH MUSLIM!! DI MANAKAH KEWAJIBAN ANDA UNTUK MENDAULATKAN
UNDANG-UNDANG ISLAM & KHILAFAH ISLAM?? Sampai bila anda nak TUNGGU?? DI
MANAKAH AMAR MAKRUF & NAHI MUNGKAR?? Sampai hati kalian biarkan RAKYAT
TERUS-MENERUS BERGELUMANG DGN DOSA & MAKSIAT!! Sampai hati kalian biarkan
RAKYAT MENJADI AHLI NERAKA!! Apa yang kalian dah buat??!!

Bagi para Muslimin?DI MANAKAH SOLAT BERJEMAAH ANDA DI MASJID-MASJID,
SURAU-SURAU & RUMAH-RUMAH?.Adakah kalian masih terus nak jadi MUSLIM yang
TAK GUNA & MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI??

Bagi para suami, para bapa, para isteri, para ibu?.DIDIKLAH ANAK-ANAK
KALIAN!! Kalian diberi amanah untuk menjaga dan mendidik, BUKAN SEKADAR
MEMBUAT & MENTERNAK anak-anak!! Jadikanlah mereka sebagai anak yang SOLEH &
SOLEHAH. Pada masa yang sama, KALIAN JUGA WAJIB MENUNJUKKAN CONTOH pada
mereka sebagai MUSLIM, bukan sekadar menghantar mereka ke sekolah agama.
Amalkanlah ISLAM 100%, bermula dr rumah.

Tolong, tolong & tolong sebarkan...wajib.
Pendapat saya yg x alim sgt agama nih -- dr berita yg kita dgr, baca,
tonton.... Sudut bumi (terutama d tmpt kejadian, sumatera)... Telah 'lari'
sebanyak 20-40 meter... Ke arah selatan... Tidakkah kita sedar... Itu
merupakan petunjuk.... Yg arah kiblat akan berubah... Dah akhirnya kita
smbyg 'terbalik arah ' dari sekarang... Matahari akan terbit dari arah yg
lain... So, ni bukan tanda2 besar kiamat di akhir zaman? Sempatkah kita
bertaubat?

"Jgnlah kamu tangisi kematian yg berlaku di kalangan saudaramu tetapi
tangisilah dirimu krn apa yg berlaku pada saudaramu pasti berlaku pada diri
kamu"

Khalifah Umar Ibn Abd Aziz
Daulah Bani Umaiyah  Posted by Hello

Wednesday, January 12, 2005 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Hebatnya kuasa Allah


Tsunami: Hebatnya Kekuatan Allah
....YUZLY....

Bencana Tsunami yang berlaku pada 26 Disember 2004 yang lalu masih
menjadi tajuk hangat akhbar bukan sahaja di Malaysia tetapi akhbar
antarabangsa. Ini kerana kesan dari bencana tersebut begitu hebat
dan mengorbankan lebih daripada 150,000 jiwa dan kerosakan harta
benda berbilion ringgit. Negara-negara yang menerima kesan gempa
bumi dasar laut pada skala 9 ialah Indonesia, Malaysia, Sri Lanka,
Pulau Maldives, India, Somalia, Kenya. Ombak setinggi 10 meter yang
melanda tidak pernah dilihat manusia zaman ini. Di Indonesia
beberapa pulau telah lenyap dari peta dunia berserta dengan
penghuninya sekali.
Sebagai orang Islam kehebatan bencana alam ini seharusnya tidak
menghairankan kalau dibandingkan apa yang akan terjadi bila kiamat
berlaku. Pada waktu itu nanti ayah tidak pedulikan anak, perempuan
yang mengandung akan gugur kandungannya kerana hendak menyelamatkan
diri. Waktu itu tidak siapa yang selamat.

Bencana Tsunami ini sepatutnya membangunkan kita daripada tidur dan
khayalan. Lihatlah betapa hebatnya kekuasaan Allah. Manakah kekuatan
Kafir Amerika yang digeruni oleh orang Islam selama ini? Apakah
kerana kesyirikan orang Islam zaman moden ini Allah telah
memusnahkan mereka? Tanyalah diri kita sendiri.

Memang tak dinafikan Indonesia terletak di laluan gunung berapi dan
gempa bumi. Tapi bila bencana berlaku, seorang yang bertakwa akan
lebih dulu memuhasabah diri kerana mungkin ada amalan yang tidak
diredai Pencipta Yang Maha Agong. Marilah kita melihat dari aspek
kemungkinan bahawa bala ini merupakan hukuman Allah.

Acheh terkenal dengan jolokan Serambi Mekah. Apakah dari segi
realitinya Islam itu betul-betul diamalkan oleh penduduknya.
Kezaliman pemerintah Indonesia terhadap pejuang Islam dan kepada
ulama sungguh terserlah. Mereka menurut apa yang Amerika mahu. Abu
Bakar Basir difitnah dan dipenjarakan kerana menyampaikan ajaran
Islam. GAM yang menentang kezaliman pemerintah Indonesia berjuang
atas dasar apa? Apabila Allah menurunkan bala ianya akan mengena
yang bertakwa atau tidak. Untungnya, yang bertakwa akan mendapat
rahmat daripada Allah walaupun pada pandangan manusia ia kelihatan
seperti hukuman juga. Begitu juga dengan kanak-kanak. Musnahnya
bangunan-bangunan, rumah-rumah di Bandar Aceh tapi Masjid yang
beratus tahun tidak terjejas. Mungkin Allah hendak membersihkan
Serambi Mekah ini daripada bangunan yang dibina dari sumber haram.
Masih ingatkah kita sebuah Masjid lama di Turki tidak mengalami
kerosakan padahal bangunan sekelilingnya ranap ke bumi semasa
berlaku gempa bumi dulu.

Malaysia berbangga kerana berada di luar garisan gunung berapi dan
gempa bumi. Maka pesta-pesta maksiat tidak dihiraukan malah mendapat
sokongan kuat dari pihak berkuasa. Diadakanlah Pesta Penang
Fullstop. Pesta ini dipromo habis-habisan oleh NTV7. Orang Melayu
berpesta. Selang beberapa hari mereka berduka. Lihatlah perempuan-
perempuan Melayu di pesta tersebut. Yang sedihnya perempuan yang
bertudung pun turut terjerit-jerit. Bila bala datang ianya tidak
memilih yang bertudung, kanak-kanak atau sesiapa sahaja. Konsert
Sureheboh sudah dilancarkan. Mufti telah mengharamkan. Tapi tidak
dihiraukan. Tunggulah balanya nanti. Banjir paling teruk telah
melanda Kelantan. Hukum Allah dicabar di mahkamah. Rakyat Kelantan
memberi sokongan kepada mereka yang mencabar hukum Allah ini.
Tunggulah masanya. Belajarlah dari sejarah umat-umat yang terdahulu
di zaman Nabi Lut, Nabi Salleh, Nabi Noh. Perdana Menteri telah
mengarah supaya tidak berpesta seperti biasa ketika menyambut tahun
baru 2005. Penganjur pesta maksiat ini yang kebanyakan orang Melayu
akur. Seruan yang sama telah disuarakan oleh alim ulama sejak dulu
lagi kerana bertentangan dengan Islam tapi tak dihiraukan. Bukankah
syirik namanya? Semoga kita dilindungi dari bala Allah.

Kerajaan Thailand telah membunuh beratus-ratus orang Islam pada
bulan Ramadhan yang lalu. Sedih kita melihat saudara kita menangis
atas syahidnya keluarga. Ombak Tsunami membalas dengan membunuh
beribu-ribu rakyat Thailand dan pelancong asing di bandar maksiat
Phuket. Bukan itu sahaja berjuta-juta ringgit kerosakan harta benda
juga dilaporkan.

Di Sri Lanka, kekejaman tentera Tiger Tamil Ilam dan juga tentera
kerajaan terhadap penduduk Islam bukan menjadi rahsia lagi. Apakah
Bencana Tsunami yang mengena Sri Lanka merupa balasan kepada
perbuatan mereka?

Pulau Maldives sebuah negeri penduduk Islam. Presidennya seorang
Islam yang berkelulusan Universiti Al Azhar. Pulau ini merupakan
pusat peranginan yang popular di kalangan pelancongan dari barat.
Nilailah sendiri akan apa yang disediakan di hotel-hotel dan tempat-
tempat peranginan di Negara ini. Mungkinkah Tsunami merupakan amaran
kepada Presiden berkelulusan Al Azhar ini?

Di India penindasan Hindu kepada orang Islam sudah diketahui umum.
Sehingga Masjid mereka pun dirobohkan. Memang layak mereka menerima
sedikit balasan daripada Allah.

Bencana Tsunami sepatutnya menyedarkan kita dari khayalan dan
kederhakaan kita kepada Pencipta Yang Maha Gagah. Marilah sama-sama
kita berdakwah menyampaikan apa yang patut disampaikan sekadar yang
kita mampu. Larangkan anak-anak kita, ahli keluarga kita dari berada
di tempat-tempat maksiat seperti Konsert Sureheboh. Orang Islam
tidak akan maju dengan Konsert Sureheboh dan pesta maksiat yang
lain.

ISLAM MEMERINTAH BUKAN ISLAM DIPERINTAH

Wednesday, January 12, 2005 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Tuesday, January 11, 2005



muslimat ikut serta Posted by Hello

Tuesday, January 11, 2005 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0



selepas Tsunami Posted by Hello

Tuesday, January 11, 2005 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0


Sedikit catatan mengenai mesjid Baitur Rahman yang masih utuh walau diterjang ombak tsunami.

Ketika Belanda mengistiharkan perang secara resmi ke atas Aceh pada 26 March 1873, mesjid Baitur Rahman menjadi medan tempur yang sengit di antara tentera kompeni (Belanda) dan rakyat Aceh. Jenderal Belanda Kohler menemui ajalnya di perkarangan mesjid tersebut. Slogan jihad yang dilaungkan oleh tentera Aceh 'Udep Sare Mate Syahid' (Hidup Mulia Mati Syahid) telah berjaya mengundurkan tentera Belanda sehingga mereka terpaksa mengambil pendekatan halus untuk menundukkan Aceh. Kekalahan inilah yang telah mendorong Belanda menghantar sarjana terunggulnya Christian Snouch Hurgronje untuk memainkan peranannya sebagai penasihat 'kantoor voor inlandshe Zaken' (penasihat hal-hal anak negeri).

Hari ini Utusan Malaysia melaporkan betapa wartawan mengalirkan air mata ketika menyaksikan mesjid Baitur Rahman dan mesjid di Meulaboh yang masih berdiri walaupun kawasan sekitarnya ranap samasekali. Ketika mereka menyaksikan keajaiban itu, air mata mengalir dengan sendirinya. Saya yakin siapapun akan tersintuh dan hati akan berbicara 'Maha Suci Allah yang telah memelihara rumahNya'

Kita sekali-kali tidak akan menjadikan ini sebagai hujjah untuk menonjolkan kebenaran Islam. Kita tidak akan beria-ia menjadikan ia sebagai bukti kebenaran Islam. Islam tidak perlu kepada 'keajaiban-keajaiban' untuk diketengahkan kepada masyarakat. Sejarah membuktikan keajaiban (mukjizat) bukan bertujuan untuk menarik manusia kepada kebenaran Islam tetapi ia lebih bertujuan untuk meningkatkan keimanan orang mukmin. Sebagai contoh, orang-orang kafir Quraish menyaksikan dengan mata kepala mereka sendiri betapa bulan terbelah dua di hadapan mukjizat Allah, namun mereka tetap tidak beriman. Peristiwa isra mikraj juga adalah satu keajaiban, namun ia menjadikan orang kafir semakin ragu. Sebaliknya orang mukmin meningkat keimanan mereka.

Bagi kita orang mukmin, Allah berhak melindungi rumahNya. Dia telah melindungi Baitullah lil haram ketika tentera bergajah Abrahah datang untuk meruntuhkannya. Ketika Abrahah masuk ke kota Makkah dia disambut oleh Abdul Mutallib yang ingin berunding agar Abrahah menyerahkan kembali haiwan ternakan penduduk Makkah yang dirampas oleh tentera Abrahah. Abrahah sangat hairan bagaimana seorang pemimpin Makkah yang dihormati bertemu dengannya hanya untuk mendapatkan semula haiwan ternakan sedangkan tujuan kedatangannya ialah untuk meruntuhkan kaabah. Maka kata Abdul Mutallib, kaabah itu ada empunyanya dan Dia akan memeliharanya'. Ternyata Allah SWT memelihara mesjidnya dari angkara durjana tentera Abrahah. Sebaliknya Abrahah dan tenteranyalah yang dimusnahkan Allah.

Sebagaimana burung-burung ababil adalah jundullah, maka tsunami juga adalah merupakan sebahagian dari jundullah. Dia diperintahkan Allah untuk melanggar daerah persisiran pantai Aceh dan semua daerah yang berada di lingkungan Lautan Hindi. Ombak tsunami dengan akur melaksanakan amanahnya, menyapu bersih seluruh pelosok bumi laluannya bersama dengan penghuni-penghuninya. Allah memerintahkan agar ia meranapkan apa jua struktur yang merintangi kecuali rumah-rumah Allah. Maka ketika bangunan lain rebah menyembah bumi diterjang ombak, mesjid-mesjid Allah itu tetap bertahan. Apakah yang hendak dihairankan?

Yang sepatutnya dihairankan ialah kita yang masih belum mengambil pengajaran. Apakah kejadian-kejadian ini semakin menambat hati kita ke mesjid?

Di Aceh apabila ombak datang bergulung-gulung, orang ramai lari bertempiaran mencari perlindungan. Di saat mereka begitu terdesak, mesjidlah yang mereka tuju. Ternyata sebahagian dari mereka yang mencari perlindungan di mesjid di selamatkan Allah.

Semuga peristiwa ini melembutkan hati dan meringankan kaki kita untuk melangkah ke mesjid setiap kali azan di laungkan. Kerana apabila bencana ditimpakan oleh Allah, satu-satunya tempat yang akan kita tuju ialah rumah Allah jua.. Posted by Hello

Tuesday, January 11, 2005 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Sunday, January 09, 2005



Pusat rekreasi pemuda UMNO Kedah...Apa maksud beradadi pusat Pemindahan Mangsa Tsunami? Posted by Hello

Sunday, January 09, 2005 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0



Meyedihkan juga, pakaian bertambun-tambun dan tiada orang yang sukarela untuk menguruskannya. Rasanya ia akan berakhir dengan menjadi sampah sarap..... Posted by Hello

Sunday, January 09, 2005 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0



Seorang makcik mangsa Tsunami Kota Kuala Muda Kedah menceritakan pengalaman pahit terkena ombak besar Tsunami sehingga patah tangan. Posted by Hello

Sunday, January 09, 2005 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Saturday, January 08, 2005



Kami bergerak secara kumpulan ke pusat-pusat pemindahan. Lima kesemuanya. Sebelah petang sempat kami mengadakan khidmat kesihatan di sekolah rendah Kota Kuala Muda. Tempat paling ramai pemindahan mangsa, 2000 orang.
Tidak ada sakit serius yang dialami. Cuma penyakit biasa demam selsema dan sakit urat.
Kebanyakan mangsa sudah reda dan tenang fikiran mereka. Tidak ada gundah gulana atau duka nestapa yang serius. Mereka sudah menerima hakikat kejadian tuhan dan ujian yang diturunkan.

Laporan penuh akan di siapkan oleh tuan haji Abdullah Sani Gani….
 Posted by Hello

Saturday, January 08, 2005 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0



Catatan perjalanan ke Kota Kuala Muda
KOTA KUALA MUDA, KEDAH. 7 Januari 2005. Rombongan perubatan selamat sampai di Pekan Kota Kuala Muda pada pagi 7hb Januari 2005, jam 9.00. Ketibaan kami disambut oleh ketua perhubungan pusat bertindak Tsunami Kota Kuala Muda. Keadaan trafik pada masa itu agak sesak kerana program gotong royong perdana sedang dimulakan. Ini adalah initiatif dari jawatankuasa PAS kawasan seluruh Kedah untuk turun membantu sekadar yang terdaya.
Rombongan perubatan terdiri dari 7 doktor, 5 pelajar perubatan dan seorang ahli veteran Papisma. Kami diberi taklimat oleh Dato' Malik berkaitan kejadian Tsunami dan kedudukan terkini mangsa-manqsa Tsunami. Separuh daripada (4000 lebih) mangsa yang tinggal di pusat-pusat pemindahan sudah dibenarkan pulang kerumah masing-masing. Jumlah kematian seramai 12 orang dan kecederaan 100 orang lebih. Tetapi hampir semua penduduk mengalami kerosakan harta benda. Paling menyedihkan sekali ada rumah yang ranap terus. Tidak bersisa sedikit pun.
 Posted by Hello

Saturday, January 08, 2005 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0



masjid banda acheh Posted by Hello

Saturday, January 08, 2005 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0


Puluhan Masjid di Aceh Tidak Terjejas

BANDA ACEH : Berpuluh-puluh masjid masih berdiri teguh dengan kubah mereka terserlah di bawah sinar matahari, di tengah-tengah kehancuran beberapa bandar di sini? satu fenomena yang menunjukkan kekuasaan Tuhan di samping seni bina yang bagus.
Kesan bencana tsunami di utara Sumatera, Indonesia 26 Disember lalu menyebabkan sebahagian besar rumah dan bangunan di beberapa bandar ranap akibat dihentam ombak besar.

Namun, di sepanjang pantai yang dilanda bencana, puluhan masjid masih berdiri teguh.

"Kekuasaan Tuhan menghalang masjid daripada ranap," kata Mukhlis Khaeran, yang menyaksikan ombak menghanyutkan rumahnya di Baet dekat sini, tetapi tidak menjejaskan masjid berdekatan.
"Dia menghukum kita kerana ketamakan serta keangkuhan, tetapi Tuhan akan melindungi rumahnya (masjid)," Khaeran memberitahu AFP, dengan lengannya cedera kerana bencana yang mengorbankan lebih 100,000 orang di Aceh.

Masjid adalah pemandangan biasa di kebanyakan tempat di Indonesia, terutama di Aceh, yang dianggap sebagai pintu masuk Islam ke negara kepulauan itu yang mempunyai paling ramai penduduk Islam.

Meskipun terbabit dalam perjuangan kemerdekaan sejak lama dulu, Aceh, yang sebahagian wilayahnya melaksanakan undang-undang syariah, terus menjadi wilayah utama penduduk Islam di Indonesia.

Kepercayaan keagamaan di Aceh serta sekitar Lautan Hindi diuji pada 26 Disember lalu apabila gempa bumi mencetuskan ombak besar yang melanda pantai dan memusnahkan kawasan terbabit.

Ketika sesetengah penduduk bercakap mengenai kemurkaan Tuhan, beratus orang berlindung di masjid dalam keadaan panik untuk lari daripada ombak ganas dan berdoa kepada Tuhan selepas bencana tsunami.

Di perkampungan Kaju, dekat sini, ratusan rumah musnah manakala masjid di kawasan terbabit hanya mengalami kerosakan dinding.

"Penduduk Aceh berkata masjid adalah rumah Allah dan tiada siapa boleh merobohkannya melainkan Tuhan sendiri," kata Ismail Ishak, 42, yang menggali timbunan runtuhan rumahnya untuk mencari tujuh saudara maranya.

Di Pasi Lhok, kira-kira 20 kilometer dari pekan Sigli, utara Aceh, 100 orang yang lari berlindung dalam masjid selamat, manakala hampir setiap rumah di lima kampung sekitarnya ranap, kata imam besar kawasan itu, Teungku Kaoy Ali.

Di Meulaboh, pekan di barat Aceh yang terletak 150 kilometer daripada pusat gempa bumi yang mencetuskan ombak besar maut itu, 10,000 mati tetapi masjid di bandar itu tersergam di tengah-tengah kehancuran.

Seorang penduduk di sini, Achyar berkata, apabila beliau melihat ombak besar muncul dari laut, nalurinya menyatakan lari ke masjid berhampiran.

"Saya memanjat menara masjid dan memegang kuat kepada wayar elektrik sehingga air surut.

"Kebanyakan daripada rakan Cina saya lemas kerana mereka berlindung di tingkat dua kedai mereka," katanya.

Satu penjelasan yang diberi kenapa masjid tidak musnah adalah kebanyakannya dibina lebih kukuh daripada struktur lain.

Namun, sebuah masjid di Sigli dibina daripada kayu tetapi masih terselamat walaupun bangunan lain di sekelilingnya musnah.

Masjid Baiturrahman di sini rosak sebahagiannya daripada gempa bumi dan tsunami, tetapi terbukti berguna sebagai tempat berlindung, hospital untuk rawat mereka cedera dan kini juga sebagai rumah mayat. AFP

.
.

Saturday, January 08, 2005 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Networkedblog