Followers

ziddu

Monday, November 03, 2008

Cabaran airport Team Madinah



"Kalau pergi Advance party ni mesti kena bertugas di terminal kapal terbang lagi?" Isteriku memulakan bicara.
Aku diam tanpa jawapan setelah mendapat tahu tarikh penerbangan sebagai petugas haji. Tawaran dapat bertugas pada tahun ni agak lambat sedikit berbanding dengan sebelum ini.
Aku tidak tahu jawapan yang selunak mana untuk diberikan kepada insan tersayang. Ada dua perasaan yang mendatang setelah dipilih sebagai petugas perubatan kali ini...
Pertama sedih kerana terpaksa meninggalkan isteri dan anak-anak dalam jangka waktu yang agak lama berbanding dengan petugas lain.
''Amacam Dr Suhazeli, Terminal Madinah ok?" Tegur Hj Dolah sewaktu bersua di Muzakarah Haji di Port Dickson.
Aku kelat untuk menyatakan ya. Tetapi aku menyerahkan segala-galanya kepada ketentuan Allah. Sesungguhnya Dialah sebaik-baik pengatur.
….   
….dan Allah Sebaik-baik Pengatur Perancangan. ( Surah Ali Imran: 54)

''Takkan Yang tak boleh request?" Sahut isteriku memecah lamunan diri. Ia terbit dari perasaan hati yang tidak mahu berpisah lama dengan suami tercinta. Pengalaman perit membesarkan anak-anak kesaorangan pada dua tahun lalu masih belum pulih. Beliaulah kehulu kehilir menghantar anak ke sekolah, hantar Arsyad ke rumah pengasuh dan dalam masa yang sama berkerja. Routine harian ini semestinya akan berulang dari pagi, tengahari dan lewat malam. Pengalaman yang cukup menyiksakan bagi seorang wanita bergelar ibu merangkap ayah selama hampir tiga bulan, dua tahun lalu. Kalau boleh diikhtiarkan, pengalaman itu tidak mahu diulangi lagi pada musim haji kali ini.
Aku tidak mahu meminta-minta dalam urusan penempatan bertugas ini. Yang penting aku mengikhlaskan diri, bertugas menyambut para Duyufurrhmaan kerana Allah semata-mata.

Kedua, perasaan gembira kerana dipilih oleh Allah menjadi tetamunya buat kali ketiga. Tambahan pula dipilih menjadi petugas sebagai penyambut para tetamu Allah di Tanah Suci. Aku suka melihat wajah-wajah bersih bakal jemaah haji yang telah bebas dari hutang, telah bermaafan panjang dengan saudara mara dan telah berkorban untuk semata-mata menunaikan fardu kelima ini.

“YA Allah Ya Tuhanku kurniakanlah kepadaku haji yang Mabrur, Ya Allah, Engkaulah Empunya permusafiran ini, dan khalifah bagi (menjaga) keluarga (ku), aku berlindung dengan-Mu dari keburukan permusafiran, kekaburan penglihatan, keburukan pada harta dan keluarga“.

1 Responses to “Cabaran airport Team Madinah”

Anonymous said...
Thu Nov 06, 12:11:00 PM

Assalamualaikum...
Kalu ana tak sanggup pergi tu Lie.. Ana bimbang juga kalu tak pergi lebih afdhal dari pergi. Sehubungan dengan masalah ini, ana pernah bertanya kepada Ust. Azhar tentang khidmat yang terbaik. Jawabnya mudah iaitu khidmat kepada ibubapa seterusnya keluarga terdekat.

Dalam hal haji pula, Ust. Kamaruzzaman Abdullah berkata, kalau kita mempunyai duit lebih dan kita telah menunaikan haji, lebih baik kita hantar orang lain yang tidak berkemampuan untuk buat haji, kita akan mendapat 2 pahala.

Jadi, dalam kes anta tu, ana rasa, serahkanlah kepada doktor-doktor yang bujang-bujang ke atau mereka yang belum pergi. Sebab kalu orang yang berpengalaman macam anta mintak, pasti lebih diberi pilihan oleh KKM.

Apa-apa hal pun, mintaklah keredhaan dari zaujah anta tu...


Post a Comment

Networkedblog