Followers
Showing posts with label Program Sayangi Diri Anda. Show all posts
Showing posts with label Program Sayangi Diri Anda. Show all posts
Saturday, April 09, 2011
Program Sayangi Diri Anda untuk Remaja Perempuan
Rasulullah pernah memberi amaran bahawa diakhir zaman, zina akan dilakukan secara terang-terangan. Zaman yang dinyatakan oleh Rasulullah itu telah tiba kerana kita telah menyaksikan bukti-buktinya akhir-akhir ini. Sebagaimana statistik terakhir dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Malaysia dari 2000 hingga 2008 menyatakan 257,000 anak luar nikah telah didaftarkan. Jika dikira hampir 84 kes sehari dengan kadar 17 minit, 17 saat satu kes akan didaftarkan. Jumlah ini amat membimbangkan kita yang menggelarkan diri sebagai seorang muslim. JPN juga mengeluarkan data dari tahun 2005 hingga 2009 bahawa 74,723 orang anak tidak sah taraf adalah berbangsa melayu (35%) dari jumlah sebenar 214,033 orang. Beberapa kajian juga membuktikan bahawa kelakuan seks dikalangan remaja meningkat dari 1.8% pada tahun 1996 ke 4.2% pada tahun 2006. Jika diperhatikan juga didada-dada akhbar bahawa anak remaja sudah tidak segan silu mendedahkan aurat mereka, melakukan mukaddimah zina malah bangga melakukan zina.
Justeru Nisa Terengganu, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu dan Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia Cawangan Terengganu telah berjaya mengadakan modul jati diri remaja dengan slogan “Sayangi Diri Anda”. Sesi motivasi ini telah berjalan diseluruh daerah di Terengganu bermula bulan jun tahun 2010 sehingga sekarang. Sehingga kini, dua belas sesi telah berjalan dengan matlamat yang utama adalah mengajak anak remaja menjauhi diri mereka dari gejala zina.
Penganjur utama program ini adalah pertubuhan Nisa Terengganu. Sesi ceramah interaktif motivasi telah dijalankan oleh Ustaz Mohd Hagia Sofia Mohd dari Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu dan Dr Hj Suhazeli Abdullah, mewakili Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA). Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka. Sehingga kini lebih dari 2000 peserta di seluruh negeri Terengganu menghadiri program ini.
Pengisian “Sayangi Diri Anda” ini berbentuk interaktif, dimana peserta akan dibekalkan lembaran kerja bagi memudahkan pemahaman isi yang disampaikan. Motivasi bijak jauhi zina ini berjalan selama 3 jam tanpa henti. Persembahan berbentuk tayangan slide, persembahan video multimedia, kesan bunyi tertentu dan kata-kata motivasi bertujuan agar peserta insaf dan seterusnya menyayangi diri sendiri, keluarga, masyarakat dan agama.
Saturday, April 09, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0
Thursday, February 24, 2011
Siri Kempen Jauhi Zina 2010

Thursday, February 24, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0
Friday, December 24, 2010
Kempen Jauhi Zina 2010
Akhir-akhir ini sibuk dengan jemputan menyampaikan ceramah motivasi kempen jauhi zina. Jelajah seluruh negeri dengan bantuan Nisa sepanjang cuti sekolah. Program pada minggu depan adalah di Hospital Sultanah Nurzahirah. Pada bulan Januari pula program bersama Nisa Dungun dan Pengkalan Beranagan. Walau apa pun perjuangan memartabatkan maruah anak muda remaja kita perlu kesungguhan dan komitmen yang tinggi. Aku sendir semakin takut dengan pelbagai berita dan cerita yang dipaparkan dalam dada akhbar mengenai gejala sosial yang berlaku dikalangan anak muda remaja.
Friday, December 24, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0
Wednesday, December 15, 2010
Jadual Minggu yang ketat
Beberapa minggu lalu saya terlalu sibuk dengan beberapa program remaja, samada peringkat Hulu Terengganu atau jemputan dari daerah lain. Pada minggu lalu sahaja 2 jemputan program diterima. Pertama, kita berjaya mengadakan program Kem Remaja Islam 2010 (KERIS10) siri 1. Disini para remaja ditekankan kepada 3 modul penting.
- Program smart Solat. dimana para peserta diberi tunjuk ajar dan amali secara terperinci berkenaan solat.
- Program Sayangi Diri Anda Dengan bijak Menjauhi Zina. Peserta didedahkan dengan situasi semasa sekarang dan di peri peringatan motivasi supaya membenci zina.
- Modul Bijak Belajar Skor A. Para Peserta di beri pendedahan mengenai teknik belajar dan bagaimana memperolhi A dalam peperiksaan.
Wednesday, December 15, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0
Saturday, December 11, 2010
Kem Remaja Islam 2010 (KERIS)
Ucap syukur kehadrat Ilahi kerana mempermudahkan urusan program sulong 'Kem Remaja Islam (KERIS)' yang baru selesai petang tadi. Keris berlangsung selama dua hari iaitu jumaat dan sabtu (10 & 11 dis 2010) lepas. Penutup program telah disempurnakan oleh Timb Pegawai Agama Daerah Hulu Terengganu, Tn Hj Shamsuddin. Program Keris ini mempunyai tonggak utama, iaitu modul Anda bijak jauhi zina; modul skor A; dan modul smart solat. Maklumbalas secara umum dari peserta amat memberangsangkan, sehingga ada yang tertanya-tanya bila lagi program seperti ini akan diadakan. Insyaallah program keris siri 2 akan diadakan pada cuti sekolah bulan Mac nanti.
Saturday, December 11, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0
Saturday, October 23, 2010
Terkesan dengan Paparan Anak Jahannam
Ceramah motivasi sayangi diri anda dengan jauhi zina hari ini cukup terkesan dengan isu sembilan anak jahannam. Seorang ibu sanggup menjaga dan membesarkan sembilan orang anak. Tetapi sembilan anak tiada seorang pun sanggup menjaga dan memberi makan kepada idu yang kesaorangan. Inikah nilai manusia zaman sekarang? Bukan itu sahaja, pencen ibu juga telah dikebas oleh mereka.
Akhirnya ibu hanya merintih simpati dari rumah pusat jagaan orang-orang tua.
Remaja kawasan Batu Rakit yang mengikuti program motivasi hari ini cukup terkesan dengan paparan yang dibawa. Marilah kita menyayangi diri kita, menyayangi kedua ibubapa kita dan jauhi dari dari segala perkara maksiat.
Terima kasih kepada Ustaz Mohd Hagia Sofia kerana telah menghidupkan suasana santai tapi bermaklumat. Terima kasih juga kepada Nisa Negeri Terengganu kerana menjemput kami untuk berkongsi rasa. Seramai 250 remaja dengan diberi taujihat dan semoga segala yang baik dijadikan teladan dan apa yang buruk akan dijadikan sempadan oleh mereka.
Akhirnya ibu hanya merintih simpati dari rumah pusat jagaan orang-orang tua.
Remaja kawasan Batu Rakit yang mengikuti program motivasi hari ini cukup terkesan dengan paparan yang dibawa. Marilah kita menyayangi diri kita, menyayangi kedua ibubapa kita dan jauhi dari dari segala perkara maksiat.
Terima kasih kepada Ustaz Mohd Hagia Sofia kerana telah menghidupkan suasana santai tapi bermaklumat. Terima kasih juga kepada Nisa Negeri Terengganu kerana menjemput kami untuk berkongsi rasa. Seramai 250 remaja dengan diberi taujihat dan semoga segala yang baik dijadikan teladan dan apa yang buruk akan dijadikan sempadan oleh mereka.
Saturday, October 23, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0
Subscribe to:
Posts (Atom)