Followers
Thursday, August 18, 2011
Orang berpuasa harus berbuka jika sakit
Do you like this story?
Hukum Fekah dalam isu perubatan terlalu luas. Ianya menjangkaui perbahasan antara buku-buku tempatan dan antarabangsa. Juga melepasi perbahasan antara mazhab dan pengikut-pengikutnya.
Penentuan kita sebagai orang awan juga bergantung sejauh mana tahap pengajian, tahap pembacaan dan telaah kita dalam sesuatu hukum agama tersebut. Perkara yang jelas dan disandarkan kepada Al Quran, Hadis sahih, Ijtimak dari para ulamak thiqah dengan ilmu mereka dan qias yang berdasarkan kaedahnya akan menjadi pegangan kita dalam melayari bahtera kehidupan ini.
Disinilah timbulnya beberapa perbincangan fekah yang berkaitan dengan perkara-perkara tertentu dalam agama. Samada perkara berkaitan dengan solat, zakat, puasa dan haji atau muamalat lain dalam hidup manusia. Semuanya terdapat perbahasan ulama untuk memudahkan kita bagi masyarakat awam beramal sebaik mungkin. Perbincangan dan perbahasan ulama ini juga merentasi zaman dan mencakupi isu-isu terkini. Kitalah yang perlu menimba hasil perbahasan ini melalui pelbagai cara, samada mendengar sendiri dengan telinga atau membaca buku-buku yang dikarang oleh para ilmuan tadi.
Perkembangan perubatan ilmu yang pesat memerlukan pengamatan baru kepada ilmuan agama bagi menentukan hukum hakam yang berkaitan dengannya. Kecanggihan teknologi sebenarnya selari dengan tuntutan agama, agar kita sebagai umat Islam senantisa terkedepan dalam menangani isu tersebut.
Agama Islam adalah mudah, tidak memudaratkan penganutnya. Segala kewajiban yang wajib ditunaikan akan menjadi harus berdasarkan Maqasid Syariat yang ternyata. Al memberi kelonggaran kepada orang yang sakit untuk tidak berpuasa dengan firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 184;
$YB$ƒr& ;NºyŠr߉÷è¨B 4 `yJsù šc%x. Nä3ZÏB $³ÒƒÍ£D ÷rr& 4’n?tã 9xÿy™ ×o£‰Ïèsù ô`ÏiB BQ$ƒr& tyzé& 4 ’n?tãur šúïÏ%©!$# ¼çmtRqà)‹ÏÜム×ptƒô‰Ïù ãP$yèsÛ &ûüÅ3ó¡ÏB ( `yJsù tí§qsÜs? #ZŽöyz uqßgsù ׎öyz ¼ã&©! 4 br&ur (#qãBqÝÁs? ׎öyz öNà6©9 ( bÎ) óOçFZä. tbqßJn=÷ès? ÇÊÑÍÈ
184. (iaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka Barangsiapa diantara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), Maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi Makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, Maka Itulah yang lebih baik baginya. dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
Definisi sakit disini diperhalusi lagi dan pengesahan yang tepat boleh dilakukan oleh perawat perubatan yang dipercayai ilmu dan amalannya. Ulama menghuraikan pengertian sakit itu kepada bebarapa bahagian:
o Pertama, sakit yang ketika dia berpuasa maka tidak membahayakannya, atau tidak memberatkannya, maka yang keadaannya seperti ini baginya tidak ada rukhshah (keringanan) untuk tidak berpuasa.
o Kedua, sakit yang ketika dia berpuasa maka ia akan memberatkannya walaupun tidak membahayakannya, maka orang yang seperti ini makruh untuk berpuasa, karena tidak layak baginya untuk menolak rukhshah (keringanan) yang Allah berikan.
o Ketiga, sakit yang ketika dia berpuasa maka akan membahayakannya, maka orang yang seperti ini haram hukumnya untuk berpuasa, berdasarkan firman Allah Ta’ala, “Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.” (QS. An Nisaa’ : 29).
Beberapa keadaan perubatan yang mengharuskan seseorang itu berbuka puasa terbahagi kepada dua:
o Berpuasa sehingga boleh mendatangkan mudarat pada diri sendiri. Seperti pesakit kronik yang tidak terkawal, jika pesakit tidak mangambil ubat yang sepatutnya mengikut waktu dan dos yang tertentu boleh menyebabkan beliau jatuh pengsan atau membawa kepada kematian.
o Berpuasa sehingga boleh mendatangkan mudarat kepada orang lain. Seperti penyakit sawan atau seumpamanya sehingga jika beliau tidak mengambil ubat menyebabkan berlakunya kemalangan yang melibatkan dirinya dan juga orang lain. Atau penyakit berjangkit seperti yang sewajibnya mangambil ubat mengikut masa dan dos tertentu, jika beliau tidak berbuat demikian akan meyebabkan penyakit tersebut memudaratkan beliau dan merebak kepada orang lain.
This post was written by: Suhazeli Abdullah
Suhazeli Abdullah is a Medical profession and professional blogger, web designer and front end web developer. Follow him on Facebook
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Responses to “Orang berpuasa harus berbuka jika sakit”
Post a Comment