Followers
Thursday, March 29, 2012
Bolehkah menggugurkan Kandungan Kerana Kemiskinan?
Do you like this story?
Dr Zulkifli Al Bakri
NILAI 27 Mac: Pertamanya, saya mengucapkan syukur kepada Allah kerana sedikit sebanyak dapat memberi sumbangan dalam ruangan Malaysiatransform ini yang bersifat ilmiah atau separa ilmiah. Jawapan yang dikemukakan ini bukan untuk menunjukkan kekuatan ilmu dan musabaqah fatwa tetapi lebih kepada menekuni permasalahan yang menjadi persoalan dalam masyarakat.
Penulis insya Allah seupaya mungkin akan mengemukakan jawapan berdasarkan persoalan diajukan dengan dalil dan nas serta pendapat ulama agar ianya menepati kehendak dan neraca Islam sendiri. Penulis berhasrat untuk menjawab satu persoalan setiap hari mengikut waktu dan masa yang terluang memandangkan mutakhir ini begitu mencengkam dengan pelbagai aktiviti yang mesti dilaksanakan.
Penulis juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada mana-mana tokoh ashab al-fadilah yang sudi mengemukakan pendapat jika jawapan yang diberikan perlu kepada pembetulan dan penambahbaikan. Semoga niat suci ini akan diberi pahala oleh Allah dalam mizan hasanat kita semua. Amin. Soalan Pertama:
Bolehkah menggugurkan kandungan kerana kemiskinan?
Jawapan:
Ayat-ayat dalam surah al-An’am 151 dan ayat 31, begitu juga ayat-ayat dari surah al-Isra’ seperti yang dibawa terdahulu adalah ayat yang jelas melarang pembunuhan kerana kemiskinan.
Menurut tafsiran Syeikh Muhammad Mutawalli Sya’rawi mengenai ayat-ayat tersebut di atas beliau menyatakan bahawa menanam anak kecil hidup-hidup memang pernah berlaku di zaman Jahilliyah. Agama Islam kemudiannya melarang perbuatan tersebut sesuai dengan firman Allah SWT:
wur (#þqè=çFø)s? Nà2y»s9÷rr& ïÆÏiB 9,»n=øBÎ) ( ß`ós¯R öNà6è%ãötR öNèd$Î)ur
Maksudnya: Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka.
(Surah al-An’am: 151)
Persoalan di sini ialah mengenai kemiskinan dan membunuh anak-anak yang masih kecil. Kemudian datang pula firman Allah SWT:
wur (#þqè=çGø)s? öNä.y»s9÷rr& spuô±yz 9,»n=øBÎ) ( ß`øtªU öNßgè%ãötR ö/ä.$Î)ur
Maksudnya: Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan, Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu.
(Surah al-Isra’: 31)
Ayat ini menggambarkan bahawa adalah haram membunuh anak-anak kerana kemiskinan yang sedang dialami. Sebab itu Allah SWT mengatakan bahawa Dialah yang sebenarnya memberi rezeki dan termasuklah anak-anak tersebut. Biasanya apabila seseorang itu miskin, dia akan menguruskan rezekinya terlebih dahulu, kemudian barulah dia mencari rezeki sesiapa yang datang sesudahnya dari anak-anak dan isteri.
Maka orang miskin yang sibuk menguruskan rezekinya itu takut hendak beristeri kerana khuatir isteri dan anak-anak yang akan hadir dalam hidupnya akan menyebabkan rezekinya tidak cukup untuk mereka. Namun pada hakikatnya Allah SWT telah menetapkan rezeki mereka masing-masing. Mereka tidak akan merampas rezeki orang lain walau sedikitpun.
Manakala pada ayat yang kedua pula, Allah SWT menyatakan tentang jenis manusia yang mahu membunuh anak-anak kerana takutkan kemiskinan. Manusia seumpama ini sebenarnya tidaklah begitu sibuk menguruskan rezekinya kerana rezeki yang diperolehinya adalah mencukupi kadar yang diperlukannya. Tetapi dia bimbang, jika beristeri dan mendapat anak, dia akan menjadi miskin, kerana anak-anak itu akan berkongsi dalam rezeki yang ada padanya, sehingga rezeki yang dinikmatinya itu tidak mencukupi lagi. Lantaran itu ia enggan mendapat anak, kerana si anak itu seolah-olah akan merampas rezekinya, dan menjadikannya miskin. Sebab itulah Allah SWT meyakinkan bahawa Dialah yang memberi rezeki bukan semata-mata atas usahanya.
Jadi maksud ayat pertama, ialah orang itu sangat mashgul (sibuk) dengan urusan rezekinya sendiri kerana dia seorang miskin. Manakala pada ayat kedua pula, orang itu tidak miskin, tetapi dia bimbang akan menjadi miskin, jika dia mempunyai anak dengan anggapan anak itu akan mengambil sebahagian dari rezekinya sehingga menjadikan dia miskin. Allah SWT telah memberi jaminan bahawa anak-anak itu tidak akan merampas rezekinya dengan Firmannya yang bermaksud: Kamilah yang memberi mereka rezeki dan kamu juga.
Dengan penjelasan ini dapatlah difahami bahawa jika kita dikurniakan anak, maka rezeki yang telah ditetapkan Allah SWT itu tidak akan dibahagikan antara kita dengan anak kita. Masing-masing telah mempunyai rezekinya yang tersendiri. Oleh yang demikian, jika seseorang anak dibunuh, rezeki yang lebih banyak tidak akan dapat diperolehi dari apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Kedua-dua ayat ini menjelaskan bahawa membunuh anak kerana kemiskinan adalah haram termasuklah janin sepertimana yang telah dihuraikan di atas.
Semoga kita sentiasa menjadi hamba Allah yang mencari mardatillah sehingga melayakkan kita menghuni syurganya. Amin.
This post was written by: Suhazeli Abdullah
Suhazeli Abdullah is a Medical profession and professional blogger, web designer and front end web developer. Follow him on Facebook
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Responses to “Bolehkah menggugurkan Kandungan Kerana Kemiskinan?”
Post a Comment