Followers

ziddu

Sunday, November 30, 2008

Nasihat dalam perjalanan Menunaikan Haji


Perjalanan menaiki kapal terbang ke Tanah Suci memakan masa lebih kurang lapan jam. Adalah dinasihatkan semua jemaah haji melakukan latihan senaman semasa dalam kapal terbang.

Nak bersanam lagu mana doktor dalam kapal terbang?" Tanya seorang jemaah dengan nada terkejut apabila saya menerangkan kepentingan bersenam dalam kapal terbang.

Senaman ini penting bagi mengelakkan satu penyakit yang diberi nama "deep vein thrombosis (DVT)". Apabila pergerakan kurang dalam keadaan kita lama duduk dikerusi, dibimbangi pergerakan darah kita menjadi lambat dan akhirnya menjadi gumbalan darah beku terutama dibahagian kaki. Saluran vena akan tersumbat dan kaki yang terkena DVT akan menjadi kemerahan dan sakit. Bagi jemaah yang mempunyai masalah kesihatan seperti sakit jantung, sakit paru-paru, barah, mempunyai sejarah keluarga mengidap DVT, mengambil pil hormone, baru menjalani pembedahan, baru terlibat dalam kemalangan yang melibatkan bahagian kaki atau mengalami masalah sistem pembekuan darah, adalah golongan yang berisiko tinggi diserang DVT.

Beberapa langkah boleh dilakukan oleh jemaah semasa berada dalam penerbangan:

  • Memakai stokin (elastic compression stockings). Sila bertanya doctor untuk keteragan lanjut.
  • Memakai pakaian yang longgar
  • Meminum banyak air semasa penerbangan.
  • Bangun dan melakukan regangan tangan dan kaki setiap 2 jam (Lihat gambarajah tatacara melakukan regangan dalam kapal terbang).
  • Elakkan bersila semasa duduk atas kerusi.
  • Berjalan-jalan dalam kapal terbang sekerap yang mungkin.

Senaman semasa perjalanan jauh

Senaman ini bertujuan melancarakan perjalanan darah dan mengelakkan kekejangan otot.

1. Duduk tegak semasa ingin memulakan senaman.

2. Rehatkan kaki anda ke lantai. Gerakkan hujung kaki ke atas dan ke bawah beberapa kali.

3. Bongkokkan sedikit badan dan rangkul lutut anda. Dengan perlahan dakap lutut ke arah dada, bertahan beberapa saat dan lepaskan. Letakkan semula kaki anda ke lantai. Lakukan perkara yang sama pada kaki satu lagi. Ulang aktiviti tersebut sebanyak lima kali bagi setiap kaki.

4. Pegang paha anda dan angkat sedikit separas dada. Kemudian pusing hujung kaki anda seperti gambarajah. Lakukan pusingan selama lima saat. Ulang aktiviti tersebut pada kaki yang berikutnya. Sesi ini dilakukan sebanyak 5 kali.


*Jika anda merasakan tidak selesa melakukan senaman ini atau mengalami kesakitan, sila berhenti dengan segera2.

1 Responses to “Nasihat dalam perjalanan Menunaikan Haji”

hajar said...
Tue Dec 02, 10:59:00 PM

Dear Dr Suhazeli,
this is a very good blog which the 1st in its own class. u had had explained the haj duty-related diseases in a friendly but comprehensive way. I m sure many people will n had benefited from this blog. Keep up a good work n may Allah always shower u n your family with his barokah n rahmah

hajardgreat@gmail.com


Post a Comment

Networkedblog