Followers

ziddu

Tuesday, August 23, 2011

Undang-undang terbantut dengan campurtangan masyarakat yang tidak faham


Undang-undang telah termaktub bahawa kanak-kanak terlindung dari didera, diabaikan. Cuma adakah undang-undang tersebut diterjemahkan sepenuhnya dalam masyarakat kita?
Seorang pakar undang-undang telah memberi satu senario bahawa seorang bayi yang baru berumur beberapa hari mengalami Jaundice teruk (penyakit kuning-severe neonatal jaundice). Diarahkan oleh pegawai perubatan untuk masuk wad dan perawatan lanjut termasuklah kemungkinan besar akan dilakukan pertukaran darah ( exchange transfusion). Namun keluarga bayi yang masih mentah itu menolak sekeras-kerasnya atas alasan yang tidak konkrit.
Persoalannya, jika sekiranya doktor mengambil langkah dengan membuat laporan atas dasar pengabaian kanak-kanak, adakah doktor berkenaan terlepas dari tindakan politik penduduk setempat?
Sedangkan jelas undang-undang menyatakan bahawa kanak-kanak terlindung dari sudut fizikal dan mental termasuklah hak untuk berubat.
Published with Blogger-droid v1.7.2

0 Responses to “Undang-undang terbantut dengan campurtangan masyarakat yang tidak faham”

Post a Comment

Networkedblog