Followers

ziddu

Monday, February 22, 2010

Transfer Factor: Lebih testimoni dari kajian saintifik?


Ada seorang sahabat baik mengesyorkan kepada saya agar mengambil Transfer Factor untuk kegunaan harian. Katanya ia adalah pemakanan tambahan yang boleh merubah sistem pertahanan badan kepada lebih baik. Ini terbukti atas diri beliau sendiri yang sebelum ini mengalami beberapa masalah kesihatan. Amat menakjubkan setelah mengambil Transfer Factor tersebut, segala penyakit kronik yang beliau alami sembuh seratus peratus. Keajaiban ini ditambahi dengan beberapa testimoni dari pengamal perubatan lain yang telah lama berkecimpung dalam penjualan Transfer Factor ini. Saya begitu teruja dan terkejut dengan penemuan yang dinyatakan tersebut.
Selama berbelas tahun dalam pengamalan saya dalam perubatan, dan setelah menjadi seorang pakar, belum ada lagi satu "ubat" yang amat menakjubkan ini dengan hanya mendengar testimoni dari orang...Ada beberapa soalan yang masih bermain dalam benak saya
  1. Jikalah benar seperti yang didakwa, kenapa Kementerian Kesihatan Malaysia tidak memasukkan Transfer Factor ini dalam blue book?
  2. Tiada kajian saintifik sebenarnya mengesahkan keberkesanan Transfer Factor ini. Dalam website mereka mendakwa 40 tahun berpengalaman dalam kajian dan lebih 3000 kajian telah diajalankan, namun tiada satu pun kajian yang dijalankan mengikut prosedur kajian / metodologi kajian saintifik. Malah kajian yang dijalankan adalah terdapat bias kerana semua kajian ditaja oleh syarikat berkenaan sahaja. Tiada organisasi bebas menjalankan kajian terhadap Transfer Factor tersebut.
  3. Andaikata ia benar berlaku seperti yang didakwa, kenapa ia dijual dalam bentuk MLM? Tidak dijual dalam bentuk pasaran bebas. Keburukan MLM adalah ahli yang memperomosi jualan mereka lebih cenderung untuk mengejar target jualan mereka dan lebih cenderung untuk menokok tambah perkara yang tak sepatutnya. Lebih parah dari itu terkadang memaksa pelanggan membeli barangan mereka.
  4. Testimoni adalah bukan kajian saintifik. Ikuti ulasan lanjut saya dalam posting sebelum ini (Testimoni bukan kajian saintifik dan perubatan berasaskan bukti) .
  5. Jika sekiranya ia sejenis pemakanan tambahan, adakah dia Halal?
Kenyataan saya diatas hampir sama dengan perbincangan yang telah dilakukan oleh Malaysian Medical Resources.

5 Responses to “Transfer Factor: Lebih testimoni dari kajian saintifik?”

Anonymous said...
Tue Feb 23, 12:09:00 AM

Saya bersetuju dengan apa yang diutarakan...bukti saintifiknya tidak jelas dan faktanya mengelirukan...tiada kesan sampingan katanya...walau pun pengambilan dengan banyak ...sedangkan jikalau kita meminum air teh o dengan banyak pun kita berkemungkinan akan sembelit... jadi jika tiada kesan sampingan...apakah ia...pada pendapat saya semau benda ada kesan sampingan...samada sedikit atau banyak...samada baik atau merbahaya...untuk tubuh....makanan harian utu pun ada kesan sampingan..macam mana dengan ubat-ubatan...walLLah huallam.


Dr Suhazeli bin Abdullah said...
Tue Feb 23, 11:34:00 AM

Ya benar. Mereka kena buat kajian head to head atau case control yang menunjjukkan bahawa TF adalah superior dari ubatan lain


alswad said...
Wed Nov 27, 03:54:00 PM

KKM tidak berani sbb Kementerian itu hanya akan cut and paste je apa yg dibuat oleh negara barat sbb orang kita tak berani nk buat kajian sendiri.semua menunggu je..(pengalaman daripada bekerja dengan kementrian itu) well memang tiada bukti kukuh secara saintifik but i had try and its really works..so what?dan saya dapati ramai klinik yang menggunakan produk ini utk diberikan kepada pesakit. for those docs that know kelebihan produk ini mereka tk berani nk utarakan sbb melanggari etika sbg seorang doc. etika ini diambil dari man?barat jugak. sbb ape kene ikut etika?conflict of interest la.


alswad said...
Wed Nov 27, 03:55:00 PM

KKM tidak berani sbb Kementerian itu hanya akan cut and paste je apa yg dibuat oleh negara barat sbb orang kita tak berani nk buat kajian sendiri.semua menunggu je..(pengalaman daripada bekerja dengan kementrian itu) well memang tiada bukti kukuh secara saintifik but i had try and its really works..so what?dan saya dapati ramai klinik yang menggunakan produk ini utk diberikan kepada pesakit. for those docs that know kelebihan produk ini mereka tk berani nk utarakan sbb melanggari etika sbg seorang doc. etika ini diambil dari man?barat jugak. sbb ape kene ikut etika?conflict of interest la.


Dr Suhazeli bin Abdullah said...
Wed Nov 27, 03:59:00 PM

Cuba senaraikan kepada saya klinik kerajaan mana yang guna?


Post a Comment

Networkedblog