Followers
Wednesday, February 17, 2010
Ayat-ayat cinta vs Ketika Cinta Bertasbih
Do you like this story?

Akan aku persetankan jika ada orang kata seorang pemimpin persatuan dan ketua pejabat gila dengan novel remaja! Kerana novel AAC telah menampakkan sesuatu matlamat jelas yang ingin dibawa kepada pembacanya. Novel Islami alternatif kepada novel-novel cinta yang berlambak dalam pasaran sekarang. Inilah kaedah cinta yang sebenar melalui proses keislaman dan peradabannya. Walau pun filemnya pula mendapat komen yang sinis dari penggiat seni Islam. Di mana filem AAC tidak menjaga adab-adab Islam kerana pelakonya membuka aurat dan adegan Fahri mencium Aisha di malam pertama mereka serta Fahri bercumbuan dengan Maria di atas sofa... Walaubagaimana pun kritik filem ini di jawab oleh Habiburrahman El-Syirazi dalam satu forum di Singapura. Setelah sekian lama dunia perfileman diulik oleh kemaksiatan dengan tiada adab-adab Islami, sekurang-kurangnya filem AAC cinta ini akan memulakan langkah pembersihan dalam pembikinan filem.
"...semasa zaman Rasulullah sebelum hijrah, Ka'bah dipenuhi dengan berhala. Rasulullah tidak terus menghapuskan berhala-berhala tersebut. Rasulullah tetap juga melakukan ibadah seadanya walaupun ka'bah pada ketika itu terdapat 360 lebih berhala sembahan kaum Quraisy. Setelah pembukaan kota Mekkah pada tahun kesepuluh hijrah, barulah pembersihan keseluruhan berhala-berhala tersebut...."

Boleh lihat filem melalui youtube
Atau boleh membeli buku melalui web site ini.


This post was written by: Suhazeli Abdullah
Suhazeli Abdullah is a Medical profession and professional blogger, web designer and front end web developer. Follow him on Facebook
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Responses to “Ayat-ayat cinta vs Ketika Cinta Bertasbih”
Post a Comment