Followers

ziddu

Friday, January 14, 2005

Pengalaman Shafarini -- Mangsa Tsunami Acheh


Di petik dr catatan pengalaman sebenar adik pengendali
bicarasufi.com,semoga boleh dijadikan iktibar:

Aceh 26 Dis 2004,kronologi secebis pengalaman Syafarini antara 18 pelajar
Malaysia yg terselamat.

Dengan lafaz Bismillahi tawakaltu alaLah yang menjadikan sebahagian
peristiwa di Aceh untuk menjadi pengalamanku.

Pagi itu tenang,sunyi,ye lah pagi hari minggu.Tak ada aktiviti kuliah pada
pagi-pagi cuti.Selalu nya lepas solat subuh pelajar² biasa nya membaca
Alquran,berwirid,mentelaah kitab²,menyiapkan tesis sambil duduk depan pc
laptop,mencuci pakaian dan mengemas rumah.

Pagi itu sibuk mengemas pakaian,membersihkan bilik rumah pelajar di
Kompleks Ruzi,Jln Tengku Diblang,Banda Aceh kedudukan nya lebih kurang 3
hingga 4 km daripada persisiran pantai.
Sambil asyik melipat pakaian dan mendengar lagu drp laptop kawan,lagu nya
pulak lagu "Balik Kampung" dendangan Allahyarham Sudirman,cukup menyentuh
hati hai lama tak balik kampung,terasa la rindu nak balik.Hari raya baru ni
pun memang tak balik kampung.
Rindu benar nak main dengan anak-anak
saudara,Syairah,Syafiqah,Zikry,Hareez,Syahmi,Zufayri,terhibur dan terkenang
satu persatu wajah-wajah dan kenakalan deme tu.
Tapi apakan daya tuntutan menuntut ilmu mengatasi segala-galanya demi
memenuhi cita-cita yang tersemat di lubuk hati.

Lebih kurang jam 7 am lebih atau dekat²jam 8 pagi keadaan sekeliling terasa
berayun-ayun,terbuai-buai.Kitab-kitab dan buku-buku nota jatuh daripada
rak.,dibetulkan kembali..lalu jatuh balik.
Eh kenapa ni,apa yang tak kena ni? pening ke ni? atau....?
Haa ye lah gempa bumi ni.,memang ada kawan pernah bagi tahu yang Aceh biasa
dilanda gempa bumi 2,3 thn lepas.tapi kini aku merasakannya sendiri la.
Kedengaran kat luar rumah org hiruk pikuk bunyi suara kawan kawan
bertempik,gempa bumi,..gempa bumi..keluarr..keluar dari rumah...!!

Masa tu hanya terlintas nak capai passport,hp dan tudung kepala.lari keluar
dan duduk di luar rumah.Tanah terus bergoyang-goyang,bukan setakat bergegar
kecik anak tapi betul-betul bergoyang goyang kiri dan kanan sama macam naik
buaian besi ditolak orang waktu tu.
Pening kepala tak stabil tak tahu nak cakap la.
Tak dapat nak berdiri langsung waktu tu.,yang boleh hanya duduk
mencangkung.
Nampak jelas ada tanah yang terbukak,merekah luas,ternganga macam nak telan
si anak derhaka je gaya nya.
Cukup kalut,cemas dan panik sungguh tak pernah rasa sebelum ni.
Bekalan letrik terputus,talian handphone tidak berfungsi sama sekali.

Gerak bumi bergempa terus menerus lebih kurang hingga 20 minit,fikiran tak
menentu waktu tu.,rasa macam mimpi pun ada.
Perasaan terkejut menyelubungi hati,betul ke gempa bumi ni?

Bila gerak gempa bumi mulai reda seketika,aku masuk balik rumah,kemaskan
balik almari dan peralatan rumah yang dah jatuh jatuh.Dalam pada masa dok
asyik kemas balik buku buku dan almari tu,dengar lagi sekali jeritan orang
ramai kat luar tu..air naik..air naik..,air naik..! lari
cepat..keluar..keluar dari rumahhh!!
Tersirap darah dan tergamam dengar tempikan orang kat luar tu,terus je
capai 1 beg kecil yang dalamnya passport,sedikit duit rupiah dengan tangan
yang terketar-ketar akibat panik dan terkejut yang luar biasa benar tu.

Rupa nya aku dah ditinggalkan oleh kawan-kawan yang lain,rupa nya aku yang
terakhir sekali keluar dari rumah tu.,langsung tak nampak kawan-kawan
se-kampus,se negara.hilang lesap entah ke mana mereka tu.sampai hati
tinggalkan aku sorang diri-detik hati kecil ni.sayu sebak kejap masa tu.
Terus lari ikut arah penduduk kampung tu lari,nampak mereka menuju ke
masjid.! Ya Masjid Jamek Al-Unshiah yang dikenali dengan sebutan masjid
seribu tiang tu.
Dalam masa yang sama jeritan amaran dan suara-suara menyuruh kami lekas
berlari yang keluar drp mulut pak polisi jelas di gegendang telinga
ni.Merasa la juga kena jerkah dan hamun drp sorang pegawai polisi
tu.."goblok kamu..!kenapa lambat sangat berlari?? mahu mati yaa..! tak
nampak air bah besar tu??!!-dia juga dalam keadaan termengah mengah
mencukupkan langkah seribu nya.

Sesampai je kat masjid tu,memang orang kat situ dah beratus-ratus bilangan
nya,keadaan cukup sesak berhimpit-himpit.Semua muka-muka tak kenal,rasa
terasing sangat.Air mata ku dah mula mengalir,hiba sesangat.Mana la kawan
kawan dan orang yang aku kenal...
Nampak satu kawasan ruang bawah tangga,terus je duduk kat situ ambil tempat
berlindung.,gempa terus datang balik.lagi sekali kepala pening dan macam
nak kena migrain pun ada.
Seingat waktu tu dekat pukul 9 pagi.
Masa tu harapan dan kekuatan berdoa kepada Allah terasa berlainan sangat
drp hari hari biasa.Tak ada apa lagi ayat2 bacaan doa,hanya
semacam Allah bersaksi di depan ku.,aku bersaksi kepada Nya.
Datang kekuatan berdoa.."Ya Allah tolonglah tunjukkan pada hamba dengan
orang yang ku kenali kat sini.."-Terpancang satu sumber kekuatan yang entah
dari mana sumber nya dalam doa itu.

Tak semena-mena kaki terasa nak cuba naik ke atas ruang masjid,rupa2 nya
kat situlah dapat berjumpa dengan sekelompok kawan-kawan perempuan ku
serumah dan pelajar pelajar satu negara.
Semua wajah wajah muram,sedih,terkujat,terkejut,terlopong.yang gelak tawar2
pun ada datang menerjah pada ku.,sambil berpeluk menenangkan antara satu
sama lain yang jelas masing-masing tak reti nak berkata apa apa.Tapi yang
pasti hampir semua kawan2 ku menangis.

Ruang masjid cukup sesak sampai aku tak ada ruang nak duduk.hanya berdiri
je sambil menangis senyap-senyap.
Bunyi tangisan,teriakan,ratapan kat dalam masjidi dah macam pesta sapa yang
paling kuat je laku nya.Satu persatu suara terdengar "ratus dah
tewas,ratus2 dah mati.dah jadi korban air naik pak"".

Bunyi air bah menyapu bumi Aceh seperti bunyi guruh.,se iring dengan bunyi
suara sayup2 mintak tolong,bunyi suara kanak2 panggil ibu mereka.,suara
wanita dan lelaki tua makin lama makin tak dengar lagi dah.Orang lain waktu
tu tak ada dah ingat dan sempat nak tengok orang lain lagi..semua nya nafsi
nafsi.

Gambaran kiamat betul-betul depan biji mataku.! Kiamat dah start ke ni??
Takut bukan kepalang.kecut bukan main.Nampak ada yang terkincit bincit
dalam masjid,bauan hancing pun ada,rupa nya ada yang terkecing dalam seluar
sebab ketakutan tahap maksimum menerpa.

Dicelah suasana kelam kabut dan hiruk pikuk tu,ada seorang ustaz atau pak
imam masjid tu mula memegang mikrofon dan memasang pembesar suara yang
bekalan elektrik nya dijana daripada sumber generator,mententeramkan orang
ramai,minta semua bertenang..ingat pada Allah Ta'ala.sejurus lepas tu pak
imam mula..

mengalunkan zikir kalimah ..Lailah haillaLah... Lailah haillaLah... Lailah
haillaLah... Lailah haillaLah.....Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar..
AstaghafirulLahala'zim... AstaghafirulLahala'zim...
AstaghafirulLahala'zim.....SubhanalLah... SubhanalLah... SubhanalLah...
Dan bermacam-macam bunyi munajat yang terhambur keluar drp para penduduk
yang lari berlindung kat masjid jamek Al-Unshiah tu tak
henti-henti,..kadang-kadang kuat..kemudian perlahan..diselangi dengan suara
sayu mendayu yang cukup menusuk kalbu sesiapa sahaja yang ada di
situ.Tetiba je rasa masa tu nak bertaubat nasuha terpa kat hati ni.""Ya
Allah hamba ni banyak lalai dan dosa,ampunilah diri ini Ya Allah,sesungguh
nya Engkau Tuhan yang Maha menerima ampun.Ampuni lah hamba yang lemah dan
tak terdaya ini.Siapa lah hamba di sisi Mu."

Terdetik masa tu aku nak isikan zikir lataif yang aku terima baiah drp
murshid kat surau Jerlun yg abgLie bawakkan aku dulu.
Jarang isi dan amalkan sebab sibuk dengan tugasan dan kerja-kerja metelaah
di samping ibadah rutin yang lain.
Masa tu sedang asyik dalam kewaridan nur zikirullah latifatul qalbi 5000
tu,terlintas semacam nak hantar mesej kat abgLie kat Malaysia.ni kalau
abgLie dapat tangkap perkabaran cara ruhani drp adik dia ni,elok juga
ni.tak lah deme risau kat sana.Kurang-kurang pun dapat keluarga kat sana
mendoakan keselamatanku kat sini
Ingat masa tu pukul 10 pagi lebih.

Dalam pada doa dan orang ramai berzikir tu, bumi terus bergerak gempa,mata
orang-orang dalam masjid tu tertumpu satu haa ye..kat kubah masjid tu.Kalau
la jatuh ke bawah, memang mati terbunuh serta merta la jawab nya
menhenyakkan tubuh2 manusia yang ada di antara nya sedang cedera parah di
bawa masuk akibat terpelanting ditolak air masa bah datang menerjah kampung
tadi.serba salah dibuat nya aku..nak keluar masjid air bah laut laju
melanggar,nak duduk dalam masjid,kubah nya pulak macam nak goyang dan
runtuh je.aku lari keluar di satu kawasan lapang di sudut yang tak dilanda
air bah bagi menenangkan perasaan.

Dengan tak semena-mena nampak segerombolan manusia yang lari drp satu arah
lagi menuju ke arah kami di masjid,melompat pagar masjid mencari tempat
perlindungan.masa tu aku berlari sama untuk masuk ke dalam masjid
balik.,waktu dalam berhimpit2 masuk ke ruang pintu utama masjid
berkriuk-kriuk bunyi tulang manusia patah masa berebut2 tu.sempat aku capai
tangan seorang kawan ku yang jatuh masa berebut masuk tu,nasib baik dia tak
jadi mangsa dipijak oleh ratusan kaki2 manusia yang cemas dan panik itu.
Kaki kanan ni dan terasa perit akibat dilanggar oleh seorang penduduk
tempatan,masa tu betul2 kena keraskan semangat,memang kena ada sikit
perasaan nafsi-nafsi,kalau tidak memang nahas menimpa bagi yang lembik dan
patah hati pada waktu tu.

Tengahari-mula lapar,kawan-kawan lelaki mula mencari bekalan air untuk kami
minum,keadaan kami pelajar perempuan memang lemah sangat,sebab terkejut dan
tak menjamah apa-apa makanan dari pagi tadi.

Pelajar lelaki keluar setelah air bah mulai surut.Pekedai dan peniaga dah
tidak lagi berurus niaga barang2 runcit mereka,semua nya dah bersedekah
membantu mangsa-mangsa bencana pada hari itu.
Dapatlah kami beberapa botol air mineral,sedikit biskut kering dan beberapa
bungkusan maggi makan kering untuk alas perut buat bekalkan tenaga balik.
Datang seorang perempuan tua kepada ku mintak sekerat maggi kering kata nya
nak dibagikan kepada anak nya yang kelaparan,dengan titisan air mata ku
hulurkan sebahagian nya walaupun kita sendiri lapar...tak sampai hati
kecilku...

Mayat-mayat manusia dan binatang berselerakan,darah-darah sana sini,ada
yang putus tangan,ada yang bebola mata nya tersembul,ku terpandang juga
mayat seorang kakak usia nya,di mana rambut panjang nya tersangkut pada
pagar rumah dan tak sempat lari mati di situ juga dilanggar air bah
tsunami,tubuh tertusuk kayu dan atap-atap zink.Jasad² manusia leper bawah
runtuhan² batu bangunan.
Terhidu bauan darah yang hanyir,tak pernah ku hidu pun sebelum ini.
Pada mula nya memang seram dan ngeri nak toleh pun,tapi lama kelamaan ku
gagahkan tengok juga.

Bermalam di satu kawasan lapang berbumbungkan langit beralaskan
plastik,memang tak dapat nak lelap sepicing pun,kawan-kawan sebelah ada
yang dah mengigau,tak dapat nak tidur,perasaan libang libu sebab gegaran
masih selang seli datang menggempa.

Hari ke 2 keadaan sedikit kurang cemas,dah boleh balik rumah.
Keadaan rumah memang mengejutkan.palitan tanda air bah terlihat nampak
melepasi kayu gelegar bumbung rumah.almari tonggang terbalik,cermin meja
tercampak keluar,Cuma satu keadaan yang agak aneh.Al-quran yang biasa aku
baca selepas solat terapung-apung atas tilam tanpa basah walau sikit pun.!
Maha suci Allah yang memelihara mukjizat Rasul Nya.!

Terngiang-ngiang kat telinga drp penduduk setempat selepas kejadian bencana
tu yang baru melanda semalam.,bahawa ada sekumpulan tentera Indonesia yang
berpengkalan di sekitar Banda Aceh yang buat konsert berhampiran makam
seorang waliyullah Syeikh Al-Unshiah (kalau tak silap saya),kumpulan itu
ditegur oleh seorang pakkiyai di situ,tetapi dibalasi dengan ugutan muncung
pistol oleh salah seorang drp mereka yang sedang bergembira di situ.
Lalu pak kiyai itu memberi amaran,hati hatilah kalian semua,tunggulah tidak
lama lagi.Entahlah.tak berani saya nak buat apa-apa persepsi.

Syukurlah semua pelajar Malaysia dilindungi Allah dan terselamat dalam
kejadian yang maha dahsyat pada kami dan rupa-rupa nya terjadi juga oleh
sebahagian penduduk di negara-negara lain.,kami tak menjangka kan
sebegitu.sangka kami di Aceh sahaja.

Seorang pelajar lelaki yang saya panggil Own,.(Sharul Anwar Idris-drp
Kedah) menceritakan dan mengadu yang dia pagi tu memang tak sedap hati
langsung.serba serbi tak kena.malam tu buat tahajud tak kena,bertadarus tak
kena,telaah kitab rasa tak selesa.memang luar biasa sungguh malam tadi,"dah
nak mati aku ni kut"...-kata nya seorang diri pada masa tu.
Tak sangka tanda-tanda itu merupakan isyarat awal mereka bakal berhadapan
dengan peristiwa bencana yang tak di duga itu.

Kami kumpulan pelajar Malaysia mula berlepas ke Medan pada hari
Rabu.,menaiki pesawat TUDM C130-Hercules.
Daripada masjid Al-Unshiah,berdekatan Institut Agama Islam
Negeri(IAIN)-Banda Aceh,kami menaiki pikap kecil yang digunakan sama untuk
membawa mayat-mayat untuk menuju ke Lapangan Terbang Iskandar Muda
Aceh.Terasa duduk di bandar zombie.Habis baju jubah ku melekat bauan mayat.

Terasa sayu dan sebak sungguh tak terkata sewaktu kami meninggalkan Banda
Aceh.
Terasa ingin sama sama turut tinggal merasai penderitaan penduduk2 di
situ.Mata insan mana yang sanggup menatap tubuh bayi yang comel,se comel
anak anak saudara ku yang sedang rancak bermain,..kini kaku dengan keadaan
tubuh yang ada di antara nya luka dan cacat anggota jenazah nya,terbayang
imbasan anak-anak kakak dan abang ku di kepala.
Tampak wajah-wajah memohon simpati drp kami.Apa daya kami...
Antara mereka ada yang tahu kami rakyat Malaysia,tentu saja akan pulang
bersama sama keluarga tercinta,bebas drp belenggu derita yang sedang mereka
tanggung itu,bertapa bertuah nya kami.
Mungkin itu yang sedang mereka ngomelkan di sudut sanubari mereka.
Di Medan kami ditempatkan di pejabat konsulat Malaysia.

Selamat tinggal tanah Aceh dan penduduk nya yang pernah aku kenali,menjadi
jiran-jiran ku setahun yang lalu.
Selamat tinggal tempat ku menuntut ilmu Allah ini,ustaz ustaz ku,pensyarah2
ku,kawan-kawan warga Aceh yang pernah ku kenal,mungkin ada yang dah kembali
menemui Ilahi dalam bencana ini.Di sinilah tempat aku memahami cabaran
jalan fi sabililah,erti jihad yang sebenar.Aceh,memberi aku seribu
pelajaran,sejuta makna guru kepada ku.
Mungkin daku akan kembali ke sini,entah kan bila...
Salam rindu tanah Aceh...



0 Responses to “Pengalaman Shafarini -- Mangsa Tsunami Acheh”

Post a Comment

Networkedblog