Followers

ziddu

Wednesday, January 12, 2005

Hebatnya kuasa Allah


Tsunami: Hebatnya Kekuatan Allah
....YUZLY....

Bencana Tsunami yang berlaku pada 26 Disember 2004 yang lalu masih
menjadi tajuk hangat akhbar bukan sahaja di Malaysia tetapi akhbar
antarabangsa. Ini kerana kesan dari bencana tersebut begitu hebat
dan mengorbankan lebih daripada 150,000 jiwa dan kerosakan harta
benda berbilion ringgit. Negara-negara yang menerima kesan gempa
bumi dasar laut pada skala 9 ialah Indonesia, Malaysia, Sri Lanka,
Pulau Maldives, India, Somalia, Kenya. Ombak setinggi 10 meter yang
melanda tidak pernah dilihat manusia zaman ini. Di Indonesia
beberapa pulau telah lenyap dari peta dunia berserta dengan
penghuninya sekali.
Sebagai orang Islam kehebatan bencana alam ini seharusnya tidak
menghairankan kalau dibandingkan apa yang akan terjadi bila kiamat
berlaku. Pada waktu itu nanti ayah tidak pedulikan anak, perempuan
yang mengandung akan gugur kandungannya kerana hendak menyelamatkan
diri. Waktu itu tidak siapa yang selamat.

Bencana Tsunami ini sepatutnya membangunkan kita daripada tidur dan
khayalan. Lihatlah betapa hebatnya kekuasaan Allah. Manakah kekuatan
Kafir Amerika yang digeruni oleh orang Islam selama ini? Apakah
kerana kesyirikan orang Islam zaman moden ini Allah telah
memusnahkan mereka? Tanyalah diri kita sendiri.

Memang tak dinafikan Indonesia terletak di laluan gunung berapi dan
gempa bumi. Tapi bila bencana berlaku, seorang yang bertakwa akan
lebih dulu memuhasabah diri kerana mungkin ada amalan yang tidak
diredai Pencipta Yang Maha Agong. Marilah kita melihat dari aspek
kemungkinan bahawa bala ini merupakan hukuman Allah.

Acheh terkenal dengan jolokan Serambi Mekah. Apakah dari segi
realitinya Islam itu betul-betul diamalkan oleh penduduknya.
Kezaliman pemerintah Indonesia terhadap pejuang Islam dan kepada
ulama sungguh terserlah. Mereka menurut apa yang Amerika mahu. Abu
Bakar Basir difitnah dan dipenjarakan kerana menyampaikan ajaran
Islam. GAM yang menentang kezaliman pemerintah Indonesia berjuang
atas dasar apa? Apabila Allah menurunkan bala ianya akan mengena
yang bertakwa atau tidak. Untungnya, yang bertakwa akan mendapat
rahmat daripada Allah walaupun pada pandangan manusia ia kelihatan
seperti hukuman juga. Begitu juga dengan kanak-kanak. Musnahnya
bangunan-bangunan, rumah-rumah di Bandar Aceh tapi Masjid yang
beratus tahun tidak terjejas. Mungkin Allah hendak membersihkan
Serambi Mekah ini daripada bangunan yang dibina dari sumber haram.
Masih ingatkah kita sebuah Masjid lama di Turki tidak mengalami
kerosakan padahal bangunan sekelilingnya ranap ke bumi semasa
berlaku gempa bumi dulu.

Malaysia berbangga kerana berada di luar garisan gunung berapi dan
gempa bumi. Maka pesta-pesta maksiat tidak dihiraukan malah mendapat
sokongan kuat dari pihak berkuasa. Diadakanlah Pesta Penang
Fullstop. Pesta ini dipromo habis-habisan oleh NTV7. Orang Melayu
berpesta. Selang beberapa hari mereka berduka. Lihatlah perempuan-
perempuan Melayu di pesta tersebut. Yang sedihnya perempuan yang
bertudung pun turut terjerit-jerit. Bila bala datang ianya tidak
memilih yang bertudung, kanak-kanak atau sesiapa sahaja. Konsert
Sureheboh sudah dilancarkan. Mufti telah mengharamkan. Tapi tidak
dihiraukan. Tunggulah balanya nanti. Banjir paling teruk telah
melanda Kelantan. Hukum Allah dicabar di mahkamah. Rakyat Kelantan
memberi sokongan kepada mereka yang mencabar hukum Allah ini.
Tunggulah masanya. Belajarlah dari sejarah umat-umat yang terdahulu
di zaman Nabi Lut, Nabi Salleh, Nabi Noh. Perdana Menteri telah
mengarah supaya tidak berpesta seperti biasa ketika menyambut tahun
baru 2005. Penganjur pesta maksiat ini yang kebanyakan orang Melayu
akur. Seruan yang sama telah disuarakan oleh alim ulama sejak dulu
lagi kerana bertentangan dengan Islam tapi tak dihiraukan. Bukankah
syirik namanya? Semoga kita dilindungi dari bala Allah.

Kerajaan Thailand telah membunuh beratus-ratus orang Islam pada
bulan Ramadhan yang lalu. Sedih kita melihat saudara kita menangis
atas syahidnya keluarga. Ombak Tsunami membalas dengan membunuh
beribu-ribu rakyat Thailand dan pelancong asing di bandar maksiat
Phuket. Bukan itu sahaja berjuta-juta ringgit kerosakan harta benda
juga dilaporkan.

Di Sri Lanka, kekejaman tentera Tiger Tamil Ilam dan juga tentera
kerajaan terhadap penduduk Islam bukan menjadi rahsia lagi. Apakah
Bencana Tsunami yang mengena Sri Lanka merupa balasan kepada
perbuatan mereka?

Pulau Maldives sebuah negeri penduduk Islam. Presidennya seorang
Islam yang berkelulusan Universiti Al Azhar. Pulau ini merupakan
pusat peranginan yang popular di kalangan pelancongan dari barat.
Nilailah sendiri akan apa yang disediakan di hotel-hotel dan tempat-
tempat peranginan di Negara ini. Mungkinkah Tsunami merupakan amaran
kepada Presiden berkelulusan Al Azhar ini?

Di India penindasan Hindu kepada orang Islam sudah diketahui umum.
Sehingga Masjid mereka pun dirobohkan. Memang layak mereka menerima
sedikit balasan daripada Allah.

Bencana Tsunami sepatutnya menyedarkan kita dari khayalan dan
kederhakaan kita kepada Pencipta Yang Maha Gagah. Marilah sama-sama
kita berdakwah menyampaikan apa yang patut disampaikan sekadar yang
kita mampu. Larangkan anak-anak kita, ahli keluarga kita dari berada
di tempat-tempat maksiat seperti Konsert Sureheboh. Orang Islam
tidak akan maju dengan Konsert Sureheboh dan pesta maksiat yang
lain.

ISLAM MEMERINTAH BUKAN ISLAM DIPERINTAH

0 Responses to “Hebatnya kuasa Allah”

Post a Comment

Networkedblog