Followers

ziddu

Wednesday, December 08, 2004

Mengenali pasangan bukanlah pada dasarnya keluar berjalan-jalan
dating dan berborak tanpa batasan. Konsep lima `K' diperkenalkan oleh
Rasulullah s.a.w. iaitu "Kenal", "Kelas", "Kufu", "Kasih" dan akhir
sekali "Kahwin".

1.KENAL
********
Kita di suruh kenal/takruf pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam
istilah luaran @ fizikal semata mata. Erti kenal termasuk hati budi
dan pegangan hidupnya. Untuk kenal orangnya, hati budinya, pergilah
di suruh dan di cari orang yang boleh di percayai agamanya merisik
corak hidupnya dan perangainya.

Terdapat kisah seorang sahabat Nabi, Omar r.a. di mana beliau
bertanya kepada seorang lelaki apabila melantik seorang saksi.

"APakah kamu kenal lelaki ini?" tanya Omar
"Ya, saya kenal," jawab lelaki tersebut. Omar bertanya lagi...
"Pernahkah kamu berjalan dengan saksi ini dalam musafir?"
Lelaki itu menjawab tidak pernah, Omar bertanya lagi
"Pernahkah kamu bermuamalah supaya kamu tahu setakat mana waraknya
dia? Pernahkah kamu menjadi jirannya supaya kamu tahu kemana perginya
dan setakat mana pergaulan, siapa keluarga dan kawan kawannya"

Itulah yang di namakan takruf sebenarnya dalam Islam supaya kita
dapat tahu apakah pasangan itu sesuai dengan kita atau sebaliknya..
Risik merisik latarbelakang pasangan perlu di buat utk mengetahui
sejauh manakah pergaulan dan kewarakannya.. Pada dasarnya, kita boleh
kenal melalui dari corak kelakuan sahabat sahabat yang akrab
dengannya.... Adalah berdosa besar jika antara kedua dua belah pihak
BERBOHONG.
Apabila sudah saling mengenali, TOLAK ANSUR dapat di buat dalam apa
juga perkara

2.KELAS
*********
Kita kenal tetapi kita kena bersifat pemilih supaya terjamin akhlak
dan ugamanya. Kelas yang di maksudkan bukan hanya merujuk kepada
golongan yang berkelulusan agama, berjanggut dan berserban sahaja.
Kelas yang baik adalah golongan yang mengamalkan ajaran agama kerana
golongan ini akan menghormati pertalian perkahwinan. Mereka yang ada
kefahaman dan penghayatan Islam akan memegang perkara asas dalam
Islam , sentiasa 'alert', sanggup MENERIMA TEGURAN dan MEMBERI
TEGURAN dan saling bersifat 'MEMBINA' untuk menjaga akhlak dalam
Islam.

3.KUFU
********
Kufu amat di beratkan, dari segi pendirian, pemahaman agama dan
keturunan juga perlu di seimbang. Jika terdapat keturunan golongan
atasan, wajar dia mencari keturunan yang sama supaya tidak wujud
jurang yang dalam.

Begitu juga daripada segi harta , ulama yang bernama Mawardi
menjelaskan ia perlu di titikberatkan kerana seseorang yang datang
dari keluarga miskin, susah untuk seiring dengan keturunan kaya.

Bahkan ulama yang ke belakang ini juga mementingkan tahap umur.

Memang betul, soal jarak umur diantara Rasulullah 25 dan Siti
Khadijah 40 tidak wujud kerana Rasulullah , Siti Khadijah dan AIsyah
mempunyai akhlak yang sempurna. Dan tidak seperti kita yg serba
cetek. Malah rupa dan fizikal wanita yang cepat rosak
boleh di selaraskan kesesuaian dengan suaminya bila sudah lama
berumahtangga.

4.KASIH
********

Kasih bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang sebenarnya
yang di tekankan ialah di antara kedua dua belah pihak lelaki dan
wanita itu perlu wujud unsur unsur kasih sebelum berkahwin. Merujuk
kepada sebuah hadis......

"Tidak ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih ini
melainkan mengakhirinya dengan perkahwinan"

Andaikata lelaki itu berkenan kepada seorang wanita, perlulah lihat
wanita itu tersebut tetapi mengikut syariat Islam. Rasulullah
memberitahu:

"Pergi lihat dahulu wanita itu, kalau kalau dengan melihat itu boleh
menjamin kasih sayang di antara kamu"

Kalau kawan tolong canang kata begitu dan begini amat susah juga..
Sememangnya terdapat " Orang orang yang benar benar redha dengan
pasangan yang di tentukan oleh Allah tetapi pokok pangkal banyak
terletak pada HATI kaum lelaki"

Kalau tak berkenan, jangan di paksa paksa hati sebab ia bukan satu
permainan pondok pondok. Kasih yang di pupuk biarlah kerana Allah
kerana ia menjamin kebahagian rumahtangga,.

Hadis Nabi ada menyatakan

"Barangsiapa yang berkahwin dengan wanita kerana KEDUDUKAN ia hanya
mendapat kehancuran sebagai balasan, Barangsiapa yang berkawin dengan
wanita kerana KEKAYAAN, Allah menjanjikan kemiskinan. Barangsiapa
yang menikahi kerana KETURUNAN, Allah akan menghina keturunanya dan
Barang siapa yang berkawin dengan NIAT BAIK dan kerana ALLAH demi
menutup pandangan dan kemaluannya atau menyambung silahturrahim,
Allah akan memberkati kedua duanya."

Keberkatan memang di titik beratkan. Apabila nawaitu/niat kita di
pasakkan dengan betul. Insyallah perkahwinan akan diberkati dan di
lindungi.Setiap gerak geri dan tindak tanduk mendapat pengawasan dan
hidayah daripada Allah dan tidak timbul perselisihan faham.

5.REDHA
*********

Redha terhadap pasangan masing masing adalah penting. Rasulullah
sering bertanya

"Apakah kamu redha dengan pasangan ini? Kita berkahwin dengan manusia
yang mempunyai unsur unsur kebaikan dan keburukan. Tidak ada manusia
yang sempurna dan apabila kita REDHA dangan pasangan bermakna kita
redha dengan KEKURANGAN mereka"

"Apa yang di katakan baik bukan sekadar mengikut telunjuk isteri @
suami. Baik yang di maksudkan sanggup mengaku kekurangan diri dan
mencari jalan mengatasinya"

Istilah kufu banyak di tekankan dalam Surah AnNur:ayat 26

"Seorang lelaki yang tidak baik itu sesuai dengan wanita yang tidak
baik dan seorang lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik"

Istilah kufu sangat di tekankan kerana jika isteri di anggap kelas
kedua, segala teguran daripada pasangan tidak boleh di terima.

Jika isteri mempunyai jawatan dan pangkat besar serta tidak ada kufu,
dia tidak dapat menerima kepimpinan daripada suami.

Tetapi kalau ada persamaan pendirian, sikap tolak ansur dapat di
wujudkan. Sebaliknya perbezaan pendapat boleh menyebabkan hubungan
semakin renggang.

Misalnya seorang suami yang rapuh pegangan agama tidak mahu
memantapkannya selepas berkahwin, Sikap kurang mahu ini akan menjadi
tolak bengit sekiranya pula si isteri sememangnya seorang yang suka
menghayati Islam dan cuba memantapkannya dari
masa ke semasa ....Begitu juga sebaliknya masalah berlaku

Kata sebahagian lelaki, dah dapat perempuan yang berkenan di hati
nanti "AKU UBAHLAH PERANGAINYA". Tetapi anda perlu ingat, bukan semua
perempuan mempunyai hati yang lembut dan mudah di bentuk.

Keimanan dan kekuatan sikap merealisasikan Islam perlu ada pada
lelaki. Perempuan yang beriman mesti mencari lelaki yang lebih kuat
imannya daripadanya kerana lelakilah yang menjadi ketua keluarga....

"Seorang sahabat , Marsat Bin Abu Marsar Al Ghanawi, seorang pemuda
turut berhijrah dari Mekah ke Madinah bersama Rasulullah saw. Suatu
hari Baginda Rasulullah menghantar beliau balik ke Mekah untuk
membuat rundingan dengan orang Quraisy, tentang pembebasan beberapa
orang Islam yang di tawan.

Sewaktu balik, Marsat bertemu kekasih lamanya, Inaq, seorang wanita
yang sangat cantik dan menjadi rebutan. Inaq berjumpa Marsat dan
duduk berdua-duaan kerana kedua-duanya sudah lama tidak bertemu.
Marsat menolak dengan alasan dia kini berugama
Islam sedangkan Inaq masih kafir dan ia membataskan hubungan.

Marsat menyuruh Inaq bersabar dan akan bertanya perihal itu kepada
Rasulullah jika diizinkan oleh baginda untuk berbuat demikian.
Mendengar kata kata Marsat ini, Inaq terlalu marah sedangkan selama
ini dia menjadi rebutan ramai lelaki. Akibat terlampau sakit hati,
Inaq telah mengupah kaki pukul Quraisy menyekat Marsat dan
membelasahnya dengan teruk.. Tetapi kerana cintanya yang mendalam
kepada Inaq, beliau bertanya kepada Rasulullah samada beliau boleh
berkahwin dengan Inaq.

Maka turunlah Surah Al Baqarah:

"Janganlah kamu berkahwin dengan orang musyrik, kerana sesungguhnya
berkahwin dengan hamba mukmin itu lebih baik daripada seorang musyrik
walaupun cantik..."

Wednesday, December 08, 2004 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Friday, September 17, 2004

Friday, September 17, 2004 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Sunday, October 12, 2003

It Shows In Your Face

You don't have to say how you live each day

You don't have to say whether you work or play

A tried true barometer serves in its place

However you live, it shows in your face

The hate and deceit you hold in your heart

Will not stay its place where it got its start

For blood and sinew is a thin veil of lace

However you live it shows in your face

If your life have been kind and generous

and you live close to God..

And not for greed or fame but through his loving grace

You need not have to tell others,

it shows in your face.

My grandfather once told me that there were two kinds of people: those who
do the work and those who take the credit. He told me to try to be in the
first group; there was much less competition.

--Indira Gandhi

Sunday, October 12, 2003 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Saturday, October 04, 2003

PAS cabar BN senarai tuntutan pemimpin

Thursday, October 02 @ 10:57:54 MYT

KUALA TERENGGANU, 2 Okt (Hrkh)  Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mencabar kerajaan Barisan Nasional menyenaraikan semua tuntutan pemimpin kerajaan termasuk Perdana Menteri, menteri-menteri kabinet termasuk beliau sendiri.

Katanya, senarai itu hendaklah disiarkan kepada umum supaya rakyat boleh membuat penilaian siapa yang lebih tinggi membuat tuntutan perjalanan.

Ini saya rasa akhbar tidak siar cabaran saya, ujarnya yang juga Menteri Besar Terengganu kepada wartawan di sini, semalam.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas tuntutan perjalanan Ahli Parlimen Jeli, Mohd Apandi Mohamad yang paling tinggi iaitu RM132,335.40 pada tahun lalu.

Sehubungan itu, beliau mempertahankan tindakan Ahli Parlimen Jeli, Mohd Apandi Mohamad yang membuat tuntutan perjalanan kerana Apandi telah memberi khidmat yang sangat baik kepada rakyat di kawasannya.

Berikut ialah soalan-soalan wartawan yang dikemukakan oleh para wartawan dan jawapan-jawapan daripada Tuan Guru Abdul Hadi.

Wartawan: Dato Seri, selaku Ketua Pembangkang Parlimen. Baru-baru ini ada pendedahan tentang ahli-ahli Parlimen termasuk pembangkang yang membuat tuntutan yang agak melampau sehingga ada ura-ura pihak BPR akan membuat siasatan dalam perkara ini. Ahli Parlimen Jeli yang paling tinggi membuat tuntutan itu. Apa komen Dato Seri?

Tuan Guru Abdul Hadi: Komen saya itu adalah lebih bersifat politik untuk orang-orang yang bodoh dan tidak faham tentang pentadbiran parlimen. Sebarang tuntutan ahli parlimen mestilah mengisi borang yang disediakan oleh parlimen terlebih dahulu. Borang itu dihantar ke parlimen dan ditandatangani oleh beberapa orang pegawai di parlimen termasuk pihak audit parlimen sendiri. Baru diluluskan dan dibayar kepada ahli parlimen berkenaan. Saya dengar kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Parlimen sendiri itu adalah betul mengikut proses pentadbiran. Kita menyedari bahawa, kawasan Jeli adalah luas dan sebesar Pulau Pinang. Beliau juga merupakan wakil rakyat yang aktif dan berulang-alik ke kawasan dia melihat kawasan. Bahkan, beliau menyumbang kepada kawasan Jeli lebih dari jumlah tuntutan itu, mungkin berjuta ringgit kerana beliau ada kemampuan dan seorang korporat. Banyak pembangunan yang dibuat dalam kawasan dia sendiri. Dalam masa yang sama, perlu disedari ahli-ahli parlimen pembangkang tidak diberi peruntukan oleh kerajaan pusat, tidak sebagaimana kepada ahli-ahli parlimen pihak kerajaan. Di mana ahli parlimen boleh memberi pandangan projek-projek yang boleh dibuat di kawasan masing-masing. Tetapi ahli parlimen pembangkang dinafikan, dan ini adalah pencabulan terhadap demokrasi dengan tidak mengiktiraf kemenangan ahli-ahli parlimen ini. Dalam masa yang sama mereka menggunakan media untuk menipu rakyat-rakyat yang bodoh dan tidak ada pengetahuan tentang pentadbiran. Dan menjadi kebiasaan, apabila BPR menerima aduan kena buat siasatanlah. Itu urusan biasa dan saya tidak bimbang sedikit pun dalam perkara ini.

Wartawan: Ada Dato Seri mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Ahli Parlimen Jeli dalam hal ini?

Tuan Guru Abdul Hadi: Kalau dia tidak jelas pun saya tahu, tetapi dia telah jelaskan. Saya juga seorang ahli parliman sudah tiga penggal.

Wartawan: Jadi maksudnya, YB Apandi berbelanja lebih daripada peruntukan yang telah diberikan oleh parlimen.

Tuan Guru Abdul Hadi: Jangan kata begitu, itu tidak betul. Itu mengikut pentadbiran dan ada borang yang perlu diisi. Itu pegawai di Parlimenlah yang tidak betul kerana beliau mengisi borang tuntutan dan diberi kepada pengurusan parlimen. Ini semata-mata satu permainan politik yang jahat. Saya minta didedahkan termasuk Perdana Menteri supaya rakyat tahu berapa peruntukan yang diberikan kepada PM untuk melawat ke seluruh negara, dalam negeri termasuklah menggunakan alat-alat kerajaan untuk lawatan-lawatan politik. Mereka menyalahgunakan jentera kerajaan untuk lawatan politik, menggunakan kapal terbang kerajaan, helikopter kerajaan dan jentera kerajaan dalam program politik.

BERAMAL KERANA ALLAH
"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Rabb kami ialah Allah", kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita. " (Al-Ahqaf:13)

Saturday, October 04, 2003 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Friday, October 03, 2003

Believe it: This woman was
arrested because she wants to
dress like this. This is Gul
Aslan of Turkey.
Hijab is a religious obligation in Islam. As such, it is not a cultural tradition, nor a political statement, but an aspect of Islamic religious belief. The right to freedom of religion is enshrined in the United States Constitution, and in the European Convention on Human Rights. It is recognized as one of the most fundamental liberties every human being is due. Perhaps to many from a Christian background, it seems as though freedom of religion is about freedom of thought or belief. But really, freedom of religion is about freedom of expression. I think there is great wisdom in that the two rights, free speech and freedom of religion, are put together in the First Amendment. The way I dress as a Muslim woman is an expression of my religious belief and as such should and must be protected as one of my basic human rights.

Unfortunately, Muslim women in many places around the world are being denied this basic freedom. There is so much, it almost seems to be hysteria, in the West about women in a few places who are being forced to wear hijab, and yet there is no attention being given to the women in many other places, including several Western countries (supposedly the great defenders of freedom and human rights) who are being forced to not wear hijab. People, it's the same issue. Both sides are trying to enforce a rule on how women may dress. Why is one a concern to you and not the other?

Some of the most ridiculous statements and some of the most utter garbage that I have ever read are in arguments that are used to justify anti-hijab discrimination. Sometimes I laugh incredulously at it, other times I am just left gasping. How is it that a simple piece of fabric on a woman's head, a square 40"x40", evokes such utter hysteria among some people? If I chose to dress in a bikini top and a micro-miniskirt that would be my right. If I chose to have a purple mohawk, cover myself with tattoos, or wear leather clothing with metal spikes, that would by my choice and my self-expression. But let me choose to fold a piece of fabric over my head and cover my body except my face and my hands and suddenly the rules have changed. Suddenly it becomes "a symbol of allegiance to fundamentalist Islam", "an ostentatious display of religion contrary to the secular nature of our society", and to many people it must be banned.

Sometimes, it makes me wonder just how committed we really are to religious freedom. Is it only some religions that one is free to practice? Is it only religions like Christianity that don't have rules about how to dress? Is it only for religions that are "socially acceptable"?

Who, precisely, is the Muslim hijabi woman harming? If she isn't hurting anyone except possibly herself then MIND YOUR OWN BUSINESS.

from PPIM-NET

Friday, October 03, 2003 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Thursday, October 02, 2003

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Kehidupan Insan.

Di dalam meniti usia kehidupan di dunia ini, pelbagai rencah dan asam garam perisa hidup kita lalui. Bermula tika nafas pertama kita hirup melalui rongga hidung higgalah nafas terakhir kita hembuskan pabila dipanggil oleh Ilahi untuk mengadapNya. Pelbagai kisah demi kisah dijalini sama ada manis atau pahit, ada suka ada duka, dan sebagainya.
Batasan usia di zaman kanak-kanaklah yang paling menggembirakan. Kerana tidak membebani fikiran dan akal dalam menghadapi sebarang masalah juga cara penyelesaiannya. Namun tika diri digelar sebagai pelajar, kehidupan inilah yang paling merimaskan. Perlu menghadiri tiap kelas dan pengajian, berpakaian seragam juga bermacam-macam peraturan perlu dipatuhi sebagai adunan mendisiplinkan diri. Hinggalah ke peringkat pengajian tinggi. Tidak sunyi dengan 'homework' juga peperiksaan yang menggamit sedikit tekanan dalam satu jangka masa tertentu. Tetapi apabila diri melangkah ke alam pengajian yang lebih tinggi kematangan fikiran perlu dipertonjolkan dan memainkan peranan terpenting. Menidakkan perasaan dalam membuat sebarang keputusan. Lebih menghargai diri demi menjamin kebahagiaan kelak. Punya sasaran, 'aim' dan 'target' disetiap peperiksaan dalam melepasi ujian tersebut demi memperolehi kerjaya yang diimpi harapkan sebelum ini.
Tatkala masuk ke alam kerjaya, pelbagai azam disemat suburkan untuk mempertingkatkan kualiti dan daya kerja dalam mencitakan peningkatan pangkat mahupun pendapatan. Setiap hari berulang-alik dari tempat kediaman ke tempat kerja. Tidak mengira panas dan dingin tanggungjawab dan tugas perlu dilaksanakan bagi menambah dan memperbaiki taraf hidup . Apabila mendapat imbuhan disetiap bulan, agihan dan 'budget' perlu kemas dan teliti. Mana yang hendak digunakan, mana yang hendak disimpan dan mana yang dikirimkan kepada keluarga.

Mungkin bagi lelaki setelah mempunyai kedudukan yang stabil dan selesa dari sudut kewangan, kemampuan, terdetik di hati untuk mencari pasangan hidup. Gadis yang menepati citarasa dipinang dan dinikahi. Terus melayari alam rumah tangga yang menjanjikan seribu satu kemanisan atau sebaliknya yang bergantung kepada kecekapan dan kemahiran 'kapten kapal' dalam mengharungi gelombang lautan yang sangat luas. Nafkah zahir juga batin perlu disediakan kepada si isteri dalam memberi kepercayaan dan keyakinannya kepada kita sebagai pilihan teman hidup. Berusaha mencorakkan kehidupan yang sempurna, lengkap dan bahagia agar usia perkahwinan bertahan lama dan biarlah sampai ke akhir hayat.
Lahir pula cahaya mata sebagai menyeri hidup. Seorang, dua atau seterusnya menjanjikan keperluan hidup yang lebih daripada sebelum ini, Cuma berdua. Sebagai ketua keluarga harus bijak dalam hal ehwal kewangan kekeluargaan untuk mengelakkan masalah timbul kelak. Peranan ibu bapa amat penting dalam proses tumbesaran anak-anak hinggalah mereka mampu berfikir dalam peringkat mumayyiz atau baligh hinggalah keseterusnya. Dapat memberi perangsang dan semangat kepada mereka ketika di dalam kesulitan. Memahami keinginan dan kecenderungan anak dalam membina cita-cita mereka. Memberi panduan dan jalan kepada si anak dalam menuju ke arah cita-cita tersebut. Hinggalah mereka berjaya dengan yang apa yang dicitakan.

Kita pula semakin melewati batasan usia yang kian senja. Duduk di kerusi malas sambil menatap beberapa potret lama yang tergantung. Puas dan mampu tersenyum melihat anak yang 'menjadi' hasil dari didikan dan asuhan kita. Punya kerjaya dan hidup semakin mewah. Dan rutin harian kini hanya berulang ke surau atau masjid yang berhampiran dengan gayutan biji tasbih di tangan. Kerana 'rumah kata pergi kubur kata mari'. Kulit-kulit kian mengendur, tahap kesihatan dan penglihatan juga semakin menurun. Apa lagi yang diharapkan hanyalah kebahagiaan abadi di alam sana.

Penghidupan sebeginikah yang kita citakan??? Yang kita harapkan??? Yang kita impikan???

Bermula dari alam kanak-kanak yang bebas dari pelbagai masalah nan hidupnya penuh ceria dan gembira. Melalui alam remaja yang mejoritinya begelar sebagai pelajar yang perlu lulus disetiap kali peperiksaan. Terus ke alam dewasa yang punya kerjaya, berkahwin, punya anak dan keluarga hinggah ke alam tua.

Dimanakah bakti-bakti dan sumbangan kita terhadap Islam yang kian ditindas dan kian hilang sirna kemuliaannnya? Dimanakah sebahagian hidup kita yang harus diinfakkan untuk Islam???
Adakah kita tergolong dalam seperti cerita di atas???

Hanya mengimpikan sebuah kejayaan di dalam peperiksaan. Hanya mengimpikan pasangan hidup seperti yang diinginkan. Hanya bekerja untuk makan dan pakai. Hanya hendakkan anak-anak berjaya dalam hidup. Melalui hari-hari kehidupan seperti hidup, belajar, kerja, berkeluarga, tua dan terus mati???

Dimanakah tempat dan bilakah masa dan waktunya status kita sebagai seorang da'ie harus diguna pakai??? " Siapa yang mengucap kalimah Lailahaillah, dia seorang da'ie"

Semoga kita yang masih dibekalkan kewarasan fikiran dan 'sedar' dengan tugas dan tanggungjawab sebagai khlaifah di bumi ini perlu memikirkan secara serius. Tidak alpa dan leka dengan status sebagai pelajar, pekerja, ibu bapa. Malah lebih wajar kita bertanya kepada diri, 'aku seorang Islam, aku seorang mukmin, tetapi apakah sumbangan aku kepada agama Allah ini?' Sama-samalah kita fikirkan. Ke manakah arah tuju kita sebenarnya???

'The ball in your hand. The goal in your mind'

Thursday, October 02, 2003 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Monday, September 29, 2003

muslim oath

--------------------------------------------------------------------------------

International Conference on Islamic Medicine

Kuwait, 1981

--------------------------------------------------------------------------------

In the name of Allah Most Gracious, Most Merciful

I swear by Allah ....the Great To regard Allah in carrying out my profession. To protect human life in all stages and under all circumstances, doing my utmost to rescue it from death, malady, pain and anxiety. To keep peoples' dignity, cover their privacies and lock up their secrets... To be ,all the way, an instrument of Allah's mercy, extending my medical care to near and far, virtuous and sinner, friend and enemy.... To strive in the pursuit of knowledge and harnessing it for the benefit but not the harm of mankind.... To revere my teachers, teach my juniors and be brother to members of the Medical Profession joined in piety and charity. To live my faith in private and in public, avoiding whatever blemishes me in the eyes of Allah, His Apostle and my fellow Faithful.

And may Allah be the witness to this oath.

My favourite notes.

Monday, September 29, 2003 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Kenangan BBBR oleh S/U Perhubungan
I. Pre-program
Akhir Jun diputuskan di Allson klana. N.9. Perjumpaan ringkas bersama sahabat di Apartmen Allson klana. Hj. Mat Noh, Harmi, Zeck, Awisul, Pazli, Wazi dan aku sendiri. Aku agak keberatan untuk menawarkan diri sbg penganjur. Tapi ramai berkeputusan utk diadakan diTrg. Aku pasrah dan menerima dgn berat. Kerana biasanya family day SPI tidak popular dikalangan sahabat. Contoh nyata adalah family day di Port Dickson dan Lembayung Perak. Semuanya tidak memberangsangkn dr segi kehadiran. Abg Yup sebagai penganjur beberapa kali menghela nafas tidak ceria..
II. Pemilihan tempat
Segenap tempat yg menarik dan murah telahku hubungi termasuklah Kenyir Lake View Resort. Semuanya penuh. Org lain dah book 6/12 lebih awal. Gi mari, ulang alik dapat juga di BBBR. Tak besar bilik tapi ok la. Harga pakej pun dirunding tak kurang 4 kali sehinggalah dapat spt yg diperolehi. Itupun masih dikira mahal. Tapi nak buat macamana? Aku sorang saja yg berunding. Rasanya perkiraan harga dgn pihak resort lebih teliti dari kenduri kahwin! Itulah yg terbaik dapatku laksanakan.
Saban minggu tidurku terganggu memikirkan hal family day. Ada terkadang tak khusyuk sembahyang 'tak ingat bilangan rakaat'. Astaghfirallah.
III. Dif kehormat
Aku berusaha sejak sedari awal lagi utk dptkn YAB MB. Memang Tuan guru dah beri keputusan boleh. Aku cukup gembira tambahn pula Tok guru sanggup membatalkn perasmian konvo KUDQI pada masa yg sama. Tapi saat2 akhir, 2 hari sebelum tarikh program, S/U MB telefon menyatakan Tuan guru terpaksa hadiri program yg lebih penting. Aku terkedu seketika. Namun demikian aku ambil peluang bhw Dato' Harun Taiblah yg jadi perasminya. Sepatutnya jadi ahli panel forum...Aku juga bertuah kerana dapat menghubungi Dr Lo' Lo' disaat2 akhir. Isterikulah yg banyak membantu.
III.
Aku sekeluarga adalah manusia yg terawal sampai. Pukul 1 tgh. Ngam2 sebelum jumaat. Aku diberi special bilik oleh pihak resort. Tak tahu kenapa? W/bagaimanapun aku tanya kaunter, takut2 tersalah booking. Tapi tak, mereka kata utk organizer. Bodek kut. Harga tetap sama. Aku berdebar2 menanti sahabat. 36 bilik sudah ditempah! Kalau ada yg cancel last minit, niaya aku. Siapa nak bayar sejumlah RM13200? Ada juga sahabat yg last2 sms tak dapat hadir hari ini. Macamana ni? Bilik dah booking. So ikut perkiraan 8 bilik burn/kosong mlm ini. Jadi aku paksalah wazi, Azaharim, Syahaniza, Jailani dan karimah isi kekosongan tu. Sekurang2nya tak lah rugi sangat! Menyedihkn lagi tim Pre 1terpaksa hadir sehari aje sebab kena on-call EOD.
Alhamdullillah semua sahabat sampai dengan selamat. Malamnya diadakan dinner di Nil Restoran. Kalau ikut perancangn, dinner tak ada, tapi rasa tak sampai hatiku sebagai tuan rumah. Takkanlah nak beli bungkus kut!
IV.
Semuanya berjalan lancar spt yang dijlnkn. Aku sebagai Panatia progrm rasa puas hati dan tak terkilan sedikit pun. Malah aku segar dan suka kerana berjaya mengumpulkan sahabat2 yg telah lama berpisah. Malah ada sahabat yg masih tak mengenali satu sama lain walau pun bertugas disatu negeri. Inilah kekuatan ukhuwah pabila bersama jemaah.
Dua komen utk diri sendiri dan insyaAllah mesti dilaksanakan pd FD akan datang di Kelantan Darul naim
a. Sesi takruf dgn lebih extensif mesti ada.
b. Pengisian rohani mesti diselitkan.

Sekian Wassalam
Google Toolbar Installed

Monday, September 29, 2003 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Sunday, September 28, 2003

9.00pagi
Perbicaraan kes arwah adik ditangguhkan ke hari esok, Dr Azahari dah dapat hadir mahkamah.Masih berada di Australia

Sunday, September 28, 2003 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Networkedblog