Followers

ziddu

Monday, August 22, 2011

Matinya seorang pejuang politik dan sastera


Kisah limau mandarin dan paku picit masih tersemat dalam benak ini. Koleksi cerpen Azizi Abdullah satu per satu ku baca. Kisah kisahnya pembawa semangat dan pengubat. Ku jadikan tulisan beliau sebagai bacaan menghilangkan mengantuk semasa daku menduduki peperiksaan akhir perubatan. Ayatnya segar, aduannya memugar jiwa. Aku kagum.
Namun kini aku kaget seketika setelah melihat laporan akhbar "novelist Azizi Abdullah dies".
Al fatihah kepada almarhum. Takziah kepada semua keluarga arwah.
Published with Blogger-droid v1.7.2

Monday, August 22, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Saturday, August 20, 2011

Allah mendengar doa hambanya setiap saat, bukan ditentukan waktunya


Hari ini banyak terima sms dan email berkaitan satu keajaiban dan kekuasaan Allah mentadbir alam semesta ini. Emailnya adalah seperti berikut:
"Salam. From dato' dr mazlan, our head of astrology dept. Tonight at 3.25am macca time the moon will circle around the Kaabah this will have an effect on the sky. The sky will have blue light. This will be the time of acceptance of prayers. This is happening after ten million years. Pls inform everybody by passing this. 3.25am mecca time. Malaysia time will be 8.25am. So London time will be at 00.25am "
Terima kasih kepada kawan kawan yang telah menghantarnya. Setidak-tidaknya kita tahu bahawa satu lagi bukti keajaiban alam dan maha kuasanya Allah mentadbir alam semesta ini.
Namun aku sedikit sangsi dengan pernyataan...this will be the time of acceptance of prayers (ini adalah masa dimakbulkan doa).
Setakat yang daku tahu bahawa tiada ayat quran atau hadis nabi yang menyatakan bahawa doa akan dimakbulkan pada masa dan tarikh yang ditentukan seperti ini, iaitu sewaktu bulan berada diatas kaabah? Setakat yang daku tahu juga bahawa Allah akan mendengar rintihan hambanya setiap saat dan setiap ketika. Kalau 10 juta tahun sekali baru Allah makbulkan doa, teruklah kita sebagai hamba yang selalu menadah tangan memohon sesuatu dariNya.
Published with Blogger-droid v1.7.2

Saturday, August 20, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Berita Terkini dari Gaza


Misi kemanusiaan Papisma yang diwakili oleh Dr Syed Abdul Khaliq sampai kemuncak hari ini. Perjalanan yang penuh dengan dugaan dan berdepan dengan kawalan keselamatan. Maklumat yang baru kami terima bahawa genjatan senjata dua tahun hamas-israel baru sahaja tamat tengah malam tadi. Serangan demi serangan telah dilancarkan oleh rejim Israel sehingga beberapa pemuda jihad Palestin gugur syahid. Berita terbaru juga melaporkan serangan udara tentera Israel di sempadan Mesir Gaza, Rafah. Serangan ini meyebabkan kematian beberapa orang rakyat mesir.

Published with Blogger-droid v1.7.2

Saturday, August 20, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Thursday, August 18, 2011

Orang berpuasa harus berbuka jika sakit


Hukum Fekah dalam isu perubatan terlalu luas. Ianya menjangkaui perbahasan antara buku-buku tempatan dan antarabangsa. Juga melepasi perbahasan antara mazhab dan pengikut-pengikutnya.
Penentuan kita sebagai orang awan juga bergantung sejauh mana tahap pengajian, tahap pembacaan dan telaah kita dalam sesuatu hukum agama tersebut. Perkara yang jelas dan disandarkan kepada Al Quran, Hadis sahih, Ijtimak dari para ulamak thiqah dengan ilmu mereka dan qias yang berdasarkan kaedahnya akan menjadi pegangan kita dalam melayari bahtera kehidupan ini.

Thursday, August 18, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Monday, August 15, 2011

Papisma menuju Gaza


Dr Syed Abdul khaliq adalah wakil tunggal Papisma yang mengikuti rombongan ke Gaza, Palestin. Beliau akan bertolak hari ini dan akan berada di bumi Gaza selama 10 hari. Antara perancangan yang telah diatur adalah menyiapkan hospital Pediatrik di tengah Gaza. Dr Syed adalah wira Papisma. Siiru ala barakatillah.
Published with Blogger-droid v1.7.2

Monday, August 15, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Thursday, August 11, 2011

Pareto's Principle - The 80-20 Rule


How the 80/20 rule can help you be more effective

By , About.com Guide
In 1906, Italian economist Vilfredo Pareto created a mathematical formula to describe the unequal distribution of wealth in his country, observing that twenty percent of the people owned eighty percent of the wealth. In the late 1940s, Dr. Joseph M. Juran inaccurately attributed the 80/20 Rule to Pareto, calling it Pareto's Principle. While it may be misnamed, Pareto's Principle or Pareto's Law as it is sometimes called, can be a very effective tool to help you manage effectively.

Where It Came From

After Pareto made his observation and created his formula, many others observed similar phenomena in their own areas of expertise. Quality Management pioneer, Dr. Joseph Juran, working in the US in the 1930s and 40s recognized a universal principle he called the "vital few and trivial many" and reduced it to writing. In an early work, a lack of precision on Juran's part made it appear that he was applying Pareto's observations about economics to a broader body of work. The name Pareto's Principle stuck, probably because it sounded better than Juran's Principle. As a result, Dr. Juran's observation of the "vital few and trivial many", the principle that 20 percent of something always are responsible for 80 percent of the results, became known as Pareto's Principle or the 80/20 Rule.

What It Means

The 80/20 Rule means that in anything a few (20 percent) are vital and many(80 percent) are trivial. In Pareto's case it meant 20 percent of the people owned 80 percent of the wealth. In Juran's initial work he identified 20 percent of the defects causing 80 percent of the problems. Project Managers know that 20 percent of the work (the first 10 percent and the last 10 percent) consume 80 percent of your time and resources. You can apply the 80/20 Rule to almost anything, from the science of management to the physical world. You know 20 percent of your stock takes up 80 percent of your warehouse space and that 80 percent of your stock comes from 20 percent of your suppliers. Also 80 percent of your sales will come from 20 percent of your sales staff. 20 percent of your staff will cause 80 percent of your problems, but another 20 percent of your staff will provide 80 percent of your production. It works both ways.

How It Can Help You

The value of the Pareto Principle for a manager is that it reminds you to focus on the 20 percent that matters. Of the things you do during your day, only 20 percent really matter. Those 20 percent produce 80 percent of your results. Identify and focus on those things. When the fire drills of the day begin to sap your time, remind yourself of the 20 percent you need to focus on. If something in the schedule has to slip, if something isn't going to get done, make sure it's not part of that 20 percent. There is a management theory floating around at the moment that proposes to interpret Pareto's Principle in such a way as to produce what is called Superstar Management. The theory's supporters claim that since 20 percent of your people produce 80 percent of your results you should focus your limited time on managing only that 20 percent, the superstars. The theory is flawed, as we are discussing here because it overlooks the fact that 80 percent of your time should be spent doing what is really important. Helping the good become better is a better use of your time than helping the great become terrific. Apply the Pareto Principle to all you do, but use it wisely.

Manage This Issue

Pareto's Principle, the 80/20 Rule, should serve as a daily reminder to focus 80 percent of your time and energy on the 20 percent of you work that is really important. Don't just "work smart", work smart on the right things.

Thursday, August 11, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Tuesday, August 09, 2011

Couple Islamik [Ada ke?]


Jom baca kisah ni..kot2 paham....pendek je cerita nye..

Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber'couple'. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun,
masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih."

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...

p/s : yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri ana sendiri terutamanya....wallahualam

Tuesday, August 09, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 1

Friday, August 05, 2011

Mesyuarat Khas dan majlis berbuka puasa bersama Presiden Amal


Satu majlis berbuka puasa telah diadakan pada 4 ogos lepas yang turut disertai oleh Presiden Yayasan Amal Pusat. sebelum dari itu ajk Amal Terengganu telah mengadakan mesyuarat khas sempena program berbuka puasa bersama anak yatim dan program derma darah di bulan ramadhan 1432.
Published with Blogger-droid v1.7.2

Friday, August 05, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Monday, August 01, 2011

Tidak Batal puasa masukkan alat pencegah kehamilan (IUCD)


"Saya berpuasa doktor, batal puasa kalau masukkan alat tu" Tegas seorang ustazah dalam satu sesi klinik perancang keluarga pagi tadi.
"Ustazah kan sedang period?" aku menduganya agar fikir kembali persoalan yang timbul.
"Betul jugak, tak ingat plak saya tak puasa, he he" sampuk beliau tersipu-sipu.
"Tapi kan doktor, batal tak puasa kalau masukkan alat tu waktu tidak period?" Terpacul soalan lagi memohon kepastian dariku.
"emm, menurut perbahasan dan pembacaan saya dari sumber-sumber yang muktabar, memasukkan intra-Uterine-contraceptive-device (IUCD) tidak membatalkan puasa. Jumhur ulama yang bersidang di persidangan fekah perubatan antarabangsa 1997 di Morroco menyokong pandangan ini, bahawa memasukkan IUCD tidak membatalkan puasa." jawab ku padat dan ringkas.
"oo begitu ke.. Kat mana saya nak dapatkan sumber yang doktor maksudkan tadi?" sahutnya sambil ingin pengesahan lanjut.
"Ustazah boleh download di http://papisma.org/fekahperubatan/". Titik.
Published with Blogger-droid v1.7.2

Monday, August 01, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Friday, July 29, 2011

Komunikasi Interpersonal


Bahan ceramah untuk dikongsi bertajuk Komunikasi Interpersonal. Ceramah ini telah disampaikan di Dewan Seminar Pejabat Daerah Kemaman pada 3 Julai 2011 anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman. Semoga kandungan slide dan ceramah ini memberi manfaat kepada anda.
Komunikasi Interpersonal
Get this widget | Track details | eSnips Social DNA

Friday, July 29, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Khutbah Rasulullah Menjelang Ramadhan Al Mubarak


WAHAI MANUSIA, sudah datang kepada kalian bulan Allah dengan membawa keberkatan rahmat dan keampunan.Bulan yang paling mulia di sisi Allah Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama.Malam-malamnya adalah malam yang paling utama.Jam demi jamnya adalah jam-jam yang paling utama.
...
Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan olehNya.Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih,tidurmu menjadi ibadah,amal-amalmu diterima dan doa-doamu dimakbulkan. Mohon kepada Allah,Tuhanmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu bagi melaksanakan puasa dan membaca kitab-Nya.

Malang bagi orang yang tidak mendapat keampunan daripada Allah di bulan yang agung ini.Kenang dengan rasa lapar dan hausmu,kelaparan dan kehausan di hari kiamat.Bersedekahlah kepada fakir miskin.muliakan orang tuamu,sayangi yang muda,sambungkan tali persaudaraanmu,peliahara lidahmu,kawal pandanganmu dari apa yang tidak halal bagi kamu memandangnya dan kawal pendengaranmu dari apa yang tidak halal bagi kamu mendengarnya.Kasihi anak-anak yatim,nescaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu.

Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu.Angkat tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu kerana itu adalah saat yang paling utama ketika Allah memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih sayang:Dia menjawab permintaan mereka ketika mereka menyeru-Nya,menyambut mereka ketika memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.
Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai kerana amal-amalmu,bebaskan ia dengan Istighfar.Belakangmu berat kerana beban dosamu,ringankan dengan memanjangkan sujudmu.

Ketahuilah ,Allah Taala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya,Dia tidak akan mengazab orang yang solat dan sujud,dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Tuhan seluruh alam.

Wahai manusia! Siapa diantara kamu memberi jamuan berbuka puasa kepada orang Islam yang berpuasa pada bulan ini,di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan dia diberi keampunan atas dosa-dosa yang lalu.
Seorang sahabat bertanya,”Ya Rasulullah,Tidaklah kami mampu berbuat demikian,”
Rasulullah meneruskan khutbahnya,”Pelihara dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma.Pelihara dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air,”

Wahai manusia! Siapa yang membaguskan akhlaknya di bulan ini,ia akan berhasil melewati Sirat al-Mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir.siapa yang meringankan pekerjaan orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai @pembantu) di bulan ini,Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari kiamat.Siapa menahan sikap buruknya di bulan ini,Allah akan menahan kemurkaan-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Siapa memuliakan anak yatim pada bulan ini,Allah memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa menyambungkan tali persaudaraan pada bulan ini,Allah akan menghubungkannya dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Siapa melakukan solat sunat di bulan ini,Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka .Siapa yang melakukan solat fardhu,baginya ganjaran seperti melakukan 70 solat fardhu pada bulan yang lain.

Siapa memperbanyakkan selawat kepadaku di bulan ini,Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan menjadi ringan.ganjarannya sama seperti mengkhatamkan al-Quran pada bulan-bulan yang lain.


Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu,mohon kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupnya bagimu.Pintu-pintu neraka tertutup ,mohon kepada Tuhanmu agar ia tidak dibukakan bagimu.Syaitan-syaitan terbelenggu,mintalah agar ia tidak lagi menguasaimu.

Ali bin Abi Thalib yang meriwayatkan hadis ini ,berdiri dan berkata,”Wahai Rasulullah,amal apakah yang paling utama di bulan ini?” Jawab Nabi, “Wahai Abu al-Hassan,amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah.”

Inilah Khutbah Rasulullah yang boleh kita jadikan panduan untuk dilaksanakan pada bulan Ramadhan yang bakal menjelang,berdoalah agar kita diizinkan untuk melalui Ramadhan kali ini dan ambillah peluang untuk merapatkan diri dan bertaubat kepadaNya serta memperbaiki segala kekurangan dalam diri agar menjadi mukmin sejati…

“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat),janganlah kamu berputus asa dari Rahmat Allah,kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa,Sesungguhnya Dia lah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”.(az-Zumar 39:53)

Sampaikanlah kami di bulan Ramadhan..

Friday, July 29, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Tuesday, July 26, 2011

Dana Sumbangan Program Bersama Anak Yatim 2011


Yayasan Amal cawangan Terengganu pada tahun ini akan meneruskan lagi program berbuka puasa dan sumbangan hariraya bersama anak anak yatim. Seramai 700 orang anak yatim akan diraikan pada program ini yg dijadualkan pada 18 Ogos 2011. Kepada tuan puan yang ingin menyumbang sila salurkan ke akaun Yayasan Amal Cawangan Terengganu.
Published with Blogger-droid v1.7.2

Tuesday, July 26, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Monday, July 18, 2011

Pemergian srikandi Islam ditangisi kawan dan lawan


Mengenali Allahyarhamaha begitu indah. Menjemput beliau untuk menyampaikan ceramah dalam program papisma. Dengan nada yang layak digelar ibu memberi nasihat kepada kami akan erti pejuangan. Kami titipkan sebaik baiknya. Cadangan demi cadangan bernas diberikan. Cukup proaktif dan berwibawa. Selayaknya beliau diberi tempat dalam masyarakat. Selayaknya beliau menerajui jemaah ini. Tapi Allah lebih menyayangi beliau.
Published with Blogger-droid v1.7.2

Monday, July 18, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Friday, July 15, 2011

Amal Charity Shop cawangan Rusila Marang, Terengganu


Kedai baru amal Charity telah berjaya menarik ramai pengunjung. kedai ini terletak di depan Masjid Rusila, Marang, Terengganu.
Published with Blogger-droid v1.7.2

Friday, July 15, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Monday, July 04, 2011

Titah Agong berunding bukan makna Bersih sudah tewas, kata penganalisis


Oleh G. Manimaran [Malaysia Insider]

KUALA LUMPUR, 4 Julai — Titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin agar Bersih 2.0 menyelesaikan isu mereka secara perundingan tidak seharusnya dianggap sebagai satu kekalahan kepada gabungan itu yang menuntut pembaharuan sistem pilihan raya adil dan bersih, kata penganalisis politik Prof A. Aziz Bari.

"Berunding tak semestinya kekalahan pada Bersih," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Menurut Aziz, ini kerana Seri Paduka Baginda (gambar) bertitah berunding dan ini boleh memberi makna laksanakan tuntutan supaya pilihan raya yang adil dan bebas diadakan.

"Ringkasnya kedua-dua pihak perlu bersedia berunding dan rujukannya perlu Perlembagaan Persekutuan," kata pakar perlembagaan ini.

Aziz juga berkata dari segi Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda ada hak dan kuasa untuk bercampur tangan.

"Campur tangan Yang di-Pertuan Agong adalah kemenangan bagi menjamin satu pilihan raya yang adil dan besih, sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan," katanya lagi.

Semalam, Tuanku Mizan bertitah agar setiap permasalahan yang timbul — dalam isu semasa merujuk kepada tuntutan Bersih 2.0 diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan.

Baginda juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan "yang pentingnya."

"Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik," titah baginda dalam satu kenyataan.

Titah baginda muncul sehari selepas Putrajaya mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram manakala enam pemimpin dan ahli Parti Sosialis Malaysia ditahan di bawah Ordinan Darurat.

Himpunan Bersih 2.0 dirancang untuk diadakan hujung minggu ini.

Malah Tuanku Mizan bertitah rakyat harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang.

"Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora," titah baginda.

"Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara," titah baginda.

Sehubungan itu Aziz juga berkata, Istana Negara juga perlu memantau agar Perlembagaan Persekutuan dipatuhi dalam proses rundingan jika diadakan membabitkan pentadbiran Najib dan Bersih 2.0.

Malah kata Aziz, sekiranya Bersih bersetuju berunding dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) enggan melaksanakan tuntutan, yang kesemuanya adalah selaras dengan kehendak Perlembagaan, badan pelaksana pilihan raya itu akan dipersalahkan dan Umno-BN akan kalah dalam pilihan raya umum ke-13 kerana dianggap menggunakan istana.

Kata beliau, SPR perlu mempunyai keyakinan kesemua parti yang menyertai proses pilihan raya dan "dalam terma yang mudah, Perlembagaan yang perlu kekal sebagai teragung di sini dan bukan demi kepentingan mana-mana parti."

"Buat masa ini kedua-dua Umno-BN dan SPR sudah dianggap bersekongkol untuk menipu dalam pilihan raya," katanya sambil menambah, semua tahanan mesti dibebaskan serta-merta kerana ia juga melanggar Perlembagaan Persekutuan.

"Begitu juga dengan rampasan yang dilakukan oleh polis," kata beliau lagi.

Menurut laporan media semalan polsi telah menahan lebih 150 orang, kebanyakannya pemimpin Pakatan dan aktivis pro-Bersih 2.0 sejak seminggu lalu.

Monday, July 04, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Sunday, July 03, 2011

Didik Anak Cara Sunnah


Artikel asal dari: http://karkunahmithali.blogspot.com/2009/07/mendidik-anak-cara-sunnah.html
Kita mahukan anak-anak kita berjaya di didik mengikut acuan agama islam kerana hanya dengan cara yang ditunjukkan oleh agama kita sahaja mampu memabwa kejayaan di dunia dan akhirat.

Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhnya setiap bayi yang lahir itu fitrah(suci). Kedua ibubapanyalah yang mendidiknya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi."

Anak-anak yang dilahirkan adalah seperti kain putih,bersih. maka ibu bapalah yang membentuk anak itu samada mahu menjadi seorang yang mentaati perintah Allah swt atau sebaliknya.setiap ibubapa harus bercita-cita untuk menjadikan anak-anaknya soleh solehah. Madrasah bagi anak-anak adalah bermula dari rumahnya sendiri dan ibubapa adalah guru terbaik untuk anak-anak ditarbiyah. Berikut adalah tips-tips yang dianjurkan dalam mendidik anak mengikiut cara Islam:
~Ketika ibu mengadung.ia haruslah banyak beribadah,membaca quran, terutama surah-surah seperti Yusuf, Luqman, Yassin dan Mariam.
~Ketika bayi lahir, diazankan bagi bayi lelaki dan diqamatkan bagi bayi perempuan,masukkan manisan ke dalam mulutnya,masukkan dengan jari telunjuk kanan dan ditekan ke langit-langit dan gerakkan ke kanan dan kiri, cukur rambutnya untuk menguatkan ingatan, beri nama yang baik dan adakan aqiqah pada hari ke tujuh setelah melahirkan.
~Menyusukan bayi sendiri sehingga berumur 2 tahun dengan menjaga adab seperti berwudhuk, membaca selawat dan berzikir ketika menyusukan bayi.
~Apabila anak sudah boleh menyebut perkataan ajarlah perkataan pertama itu dengan menyebut nama "Allah". Apabila lafaz Allah yang pertama disebut maka Allah swt akan membangkitkan kita dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama di padang masyhar nanti.
~Ajar adab-adab dan sunnah seharian seperti adab tidur, adab makan, adab tandas dan sebagainya.
~Adakan majlis ilmu seperti majlis taklim setiap hari, ceritakan kisah kehidupan nabi dan para sahabat,bentangkan takaza-takaza agama, beritahu pada anak-anak tentang usaha dakwah, tanggungjawab berdakwah sehingga anak-anak dapat menyedari kepentingan dakwah tersebut.
~Segala perbuatan atau percakapan kita dengan anak-anak, hendaklah dihubungkan dengan kebesaran Allah. Ada 4 cara untuk meningkatkan keimanan anak-anak kita iaitu:
1. Dengan cara melihat
2. Dengan cara mendengar
3. Dengan cara berfikir
4, Dengan cara bercakap
`Anak-anak bersifat ingin tahu dan beritahu mereka ganjaran-ganjaran yang mereka terima apabila melaksanakan perintah Allah dan ceritakan juga suasana kehidupan akhirat.
~Ada 3 peringkat dalam mendidik anak
1. Peringkat bawah 7 tahun.
~ jadikan anak seperti raja, maksudnya mengikut keinginan dan cara mereka selagi tidak keterlaluan seperti dalam bergaul, bermain sesuai dengan perkembangan diri mereka..serta memberi pujian dan sanjungan pada mereka.
2. Peringakat 7-14 tahun
~ jadikan anak seperti hamba, maksudnya di waktu ini kita boleh memerintah anak-anak untuk mematuhi perintah Allah seperti bersolah dan seandainya anak-anak tidak menuruti maka kita boleh merotannya..
3. Peringkat 14 tahun ke atas
~ jadikan anak seperti kawan kita, maksudnya berkongsi segala masalah yang dihadapi anak-anak dan apa sahaja sesuai dengan umurnya. pendekatan lebih kepada mendengar permasalahan mereka dan berkongsi pendapat dengan mereka.
Mudah-mudahan dengan didikan seperti ini kita mampu melahirkan anak yang soleh-solehah,hafiz-hafizah, alim-alimah serta menjadi daei-daeiyah. InsyaAllah..

Sunday, July 03, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Saturday, July 02, 2011

Nescaya kamu akan beruntung


Dalam sebuah hadis yang mahsyur,yang sentiasa disebut dalam mana-mana forum agama,khutbah ataupun kursus pra-perkahwinan sekalipun:

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, dia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “Wanita itu dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kedudukannya/keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung.” Hadis riwayat Bukhari ,Muslim, Abu Dawud, an-Nasaie,dan Ibnu Majah.

Hadis ini jelas maksudnya.Harta,akan berkurangan.Begitu juga dengan pangkat kedudukan atau keturunan.juga berkemungkinan akan luput.Dan kecantikan akan hilang seiring dengan pertambahan usia manusia.Muda akan berubah menjadi tua,semuanya mengikut sunatullah.

Tapi Rasulullah s.a.w meyakinkan para pemuda Islam, bahawa jika kerana agama,kedua tangannya akan beruntung..Tidak akan rugi.

Beruntunglah jiwa yang memilih kerana agama wanita tersebut.Kerana agama itu sudah pasti dasarnya kerana Allah.Agama tidak akan musnah,agama sentiasa 'hidup' walaupun seiring dengan peredaran masa,merentasi zaman dan suasana.

Ada hikmahnya mengapa Rasulullah s.a.w menasihatkan kaum lelaki untuk memilih bakal isteri dari sudut pertimbangan agama dan kemurnian akhlak wanita tersebut.


Berapa ramai lelaki muslim yang meletakkan faktor agama sebagai pilihan utama bakal isterinya?.

Rasulullah s.a.w memberi para pemuda guide atau petunjuk agar para pemuda beramal dengannya.Jika kerana agama,pokok pangkalnya,segala masalah akan kembali kepada Allah.Berlakunya permasalahan yang akan timbul,semuanya menjadi mudah kerana semuanya berbalik kembali kepada tujuan asal pernikahan.

"Ku sunting dirimu kerana Allah..."


Nabi pernah ditanya tentang sebaik-baik wanita, yang mana Baginda bersabda:"Iaitu yang taat apabila diperintah, yang menyenangkan apabila dipandang serta menjaga diri dan harta suaminya.” Hadis riwayat Ahmad

Jika selain Allah,harta wanita itu barangkali.Pasti akan binasa.Jiwanya yang tamak haloba,tiada keikhlasan dalam beramal kepada Allah,pasti berlaku kesukaran.Maka berlakulah kes-kes penceraian.

Bukankah pernikahan itu satu ibadah?Pernikahan itu indah.


Kecantikan paras rupa akan hilang.Cantik yang dulu akan bertukar menjadi hodoh.Kulit yang dulunya tegang akan menjadi kendur.Rambut yang dulunya hitam akan beruban.Pasti sang suami merasa bosan.

Tiada keikhlasan,hancurlah masjid yang terbina.Masjid yang tiang serinya sedari awal adalah rapuh,dibina bukan atas dasar keikhlasan beribadah.Binasalah di kemudian hari.


“Maka Wanita yang solehah itu ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara dirinya (kehormatannya) ketika suaminya tiada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka)." Surah an-Nisa: 34

Bijak sungguh Rasulullah s.a.w,itulah pedoman untuk semua pemuda Muslim..Wallahualam.

Saturday, July 02, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Tuesday, June 28, 2011

Nilai duit 20 sen


Ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen. Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," kata Imam tersebut. Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut. "Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur." Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam." Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!" Sahabat-sahabatku sekalian... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam. Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.
Published with Blogger-droid v1.7.2

Tuesday, June 28, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Wednesday, May 11, 2011

Blogger Droid untuk Blogger yang menggunakan Android smart phone


Satu cara cepat kepada Blogger yang aktif untuk pos artikel mereka adalah melalui program Blogger Droid. Program ini boleh dimuat turun melalui market program smart phone masing-masing. Begitu cepat, mudah dan boleh update blog anda dimana sahaja anda berada. Dalam masa yang sama juga anda boleh upload gambar terus dari smart phone dan masuk terus ke blog. contoh gambar adalah seperti apa yang saya masukkan dalam artikel ini. program ini juga support wordpress Blogger. memang canggih dan perlu dimiliki oleh setiap Blogger.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Wednesday, May 11, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Saturday, May 07, 2011

Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Yayasan Amal Malaysia kali ke 6


Sesi 2009/2011 berlalu dengan pengekalan hampir keseluruhan ahli jawatankuasa Amal Pusat pada sesi 2011/2013. Tahniah kepada ajk yang terpilih. Jadikan terus moto amal kerana Allah sebagai ratib seharian kita. Perteguhkan tekad untuk terus beramal. Semoga idea baru dan inovasi terkini dapat dijana melalui perkongsian bijak ajk semua.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Saturday, May 07, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Thursday, May 05, 2011

Anak saya kena badi kera


"Kenapa dengan anak puan?" Tegurku sebagai pembuka bicara kepada wanita anak dua yang datang untuk mendapatkan suntikan vaksin. Dalam masa yang sama nurse yang melihat anaknya memaklumkan bahawa anak wanita tersebut tidak naik timbangan berat dan sesak nafas.
"Saya dah jumpa dengan ustaz kampung saya katanya anak saya terkena badi kera". Katanya penuh yakin bahawa penyakit badi kera itulah punca utama anaknya tidak naik timbangan dan selalu lelah.
Saya teliti kad rawatan anaknya bermula bersalin hingga sekarang. Rupa-rupanya bersalin biasa, tetapi lemas disaat-saat akhir (severe neonatal asphyxia). Sepuluh hari ditahan dalam wad icu kanak-kanak. Anaknya telah mengalami komplikasi jangkitan kuman ke paru-paru.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Thursday, May 05, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Wednesday, May 04, 2011

SOLAT SELEPAS HAID : PERKARA YG DIPANDANG RINGAN


Apabila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.

Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..

Dalam BAB TIGA :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)
HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama : -perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!

(Sumber dari teman-teman di facebook)

Wednesday, May 04, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Wednesday, April 20, 2011

Jambu 'Nawar' berbuah lebat


Alhamdulilah, jambu nawar depan rumah berbuah lebat sehinggakan satu dari batangnya patah. kepada sesiapa yang berminat boleh lah datang. kalau tuan rumah tak ada, ambil je la.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Wednesday, April 20, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Sunday, April 17, 2011

internet adalah candu masyarakat


Generasi yang ada kini adalah generasi Y, dimana hidup dalam dunia yang pantas, bermaklumat dan teknologi. Ini adalah perubahan alam yang kita sendiri lalui. Ada baik dan buruknya kehidupan sebegini.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Sunday, April 17, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Saturday, April 09, 2011

Program Sayangi Diri Anda untuk Remaja Perempuan


Rasulullah pernah memberi amaran bahawa diakhir zaman, zina akan dilakukan secara terang-terangan. Zaman yang dinyatakan oleh Rasulullah itu telah tiba kerana kita telah menyaksikan bukti-buktinya akhir-akhir ini. Sebagaimana statistik terakhir dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Malaysia dari 2000 hingga 2008 menyatakan 257,000 anak luar nikah telah didaftarkan. Jika dikira hampir 84 kes sehari dengan kadar 17 minit, 17 saat satu kes akan didaftarkan. Jumlah ini amat membimbangkan kita yang menggelarkan diri sebagai seorang muslim. JPN juga mengeluarkan data dari tahun 2005 hingga 2009 bahawa 74,723 orang anak tidak sah taraf adalah berbangsa melayu (35%) dari jumlah sebenar 214,033 orang. Beberapa kajian juga membuktikan bahawa kelakuan seks dikalangan remaja meningkat dari 1.8% pada tahun 1996 ke 4.2% pada tahun 2006. Jika diperhatikan juga didada-dada akhbar bahawa anak remaja sudah tidak segan silu mendedahkan aurat mereka, melakukan mukaddimah zina malah bangga melakukan zina.
Justeru Nisa Terengganu, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu dan Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia Cawangan Terengganu telah berjaya mengadakan modul jati diri remaja dengan slogan “Sayangi Diri Anda”.  Sesi motivasi ini telah berjalan diseluruh daerah di Terengganu bermula bulan jun tahun 2010 sehingga sekarang. Sehingga kini, dua belas sesi telah berjalan dengan matlamat yang utama adalah mengajak anak remaja menjauhi diri mereka dari gejala zina.
Penganjur utama program ini adalah pertubuhan Nisa Terengganu. Sesi ceramah interaktif motivasi telah dijalankan oleh Ustaz Mohd Hagia Sofia Mohd dari Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu dan Dr Hj Suhazeli Abdullah, mewakili Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA). Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka. Sehingga kini lebih dari 2000 peserta di seluruh negeri Terengganu menghadiri program ini.
Pengisian “Sayangi Diri Anda” ini berbentuk interaktif, dimana peserta akan dibekalkan lembaran kerja bagi memudahkan pemahaman isi yang disampaikan. Motivasi bijak jauhi zina ini berjalan selama 3 jam tanpa henti. Persembahan berbentuk tayangan slide, persembahan video multimedia, kesan bunyi tertentu dan kata-kata motivasi bertujuan agar peserta insaf dan seterusnya menyayangi diri sendiri, keluarga, masyarakat dan agama.

Saturday, April 09, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Networkedblog