Followers

ziddu

Saturday, July 02, 2011

Nescaya kamu akan beruntung


Dalam sebuah hadis yang mahsyur,yang sentiasa disebut dalam mana-mana forum agama,khutbah ataupun kursus pra-perkahwinan sekalipun:

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, dia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “Wanita itu dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kedudukannya/keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung.” Hadis riwayat Bukhari ,Muslim, Abu Dawud, an-Nasaie,dan Ibnu Majah.

Hadis ini jelas maksudnya.Harta,akan berkurangan.Begitu juga dengan pangkat kedudukan atau keturunan.juga berkemungkinan akan luput.Dan kecantikan akan hilang seiring dengan pertambahan usia manusia.Muda akan berubah menjadi tua,semuanya mengikut sunatullah.

Tapi Rasulullah s.a.w meyakinkan para pemuda Islam, bahawa jika kerana agama,kedua tangannya akan beruntung..Tidak akan rugi.

Beruntunglah jiwa yang memilih kerana agama wanita tersebut.Kerana agama itu sudah pasti dasarnya kerana Allah.Agama tidak akan musnah,agama sentiasa 'hidup' walaupun seiring dengan peredaran masa,merentasi zaman dan suasana.

Ada hikmahnya mengapa Rasulullah s.a.w menasihatkan kaum lelaki untuk memilih bakal isteri dari sudut pertimbangan agama dan kemurnian akhlak wanita tersebut.


Berapa ramai lelaki muslim yang meletakkan faktor agama sebagai pilihan utama bakal isterinya?.

Rasulullah s.a.w memberi para pemuda guide atau petunjuk agar para pemuda beramal dengannya.Jika kerana agama,pokok pangkalnya,segala masalah akan kembali kepada Allah.Berlakunya permasalahan yang akan timbul,semuanya menjadi mudah kerana semuanya berbalik kembali kepada tujuan asal pernikahan.

"Ku sunting dirimu kerana Allah..."


Nabi pernah ditanya tentang sebaik-baik wanita, yang mana Baginda bersabda:"Iaitu yang taat apabila diperintah, yang menyenangkan apabila dipandang serta menjaga diri dan harta suaminya.” Hadis riwayat Ahmad

Jika selain Allah,harta wanita itu barangkali.Pasti akan binasa.Jiwanya yang tamak haloba,tiada keikhlasan dalam beramal kepada Allah,pasti berlaku kesukaran.Maka berlakulah kes-kes penceraian.

Bukankah pernikahan itu satu ibadah?Pernikahan itu indah.


Kecantikan paras rupa akan hilang.Cantik yang dulu akan bertukar menjadi hodoh.Kulit yang dulunya tegang akan menjadi kendur.Rambut yang dulunya hitam akan beruban.Pasti sang suami merasa bosan.

Tiada keikhlasan,hancurlah masjid yang terbina.Masjid yang tiang serinya sedari awal adalah rapuh,dibina bukan atas dasar keikhlasan beribadah.Binasalah di kemudian hari.


“Maka Wanita yang solehah itu ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara dirinya (kehormatannya) ketika suaminya tiada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka)." Surah an-Nisa: 34

Bijak sungguh Rasulullah s.a.w,itulah pedoman untuk semua pemuda Muslim..Wallahualam.

0 Responses to “Nescaya kamu akan beruntung”

Post a Comment

Networkedblog