Followers

ziddu

Wednesday, September 24, 2008

Kesihatan Dan Qiyamullail


Disebutkan bahawa Qiyamullail boleh mencegah penyakit tubuh. Masalah tersebut telah diadakan penelitian dan telah ditetapkan oleh para pakar perubatan dari kalangan orang Islam terutama dalam sebuah muktamar bertajuk " Mukjizat Perubatan Dalam Al-Quranul Karim" yang diselenggarakan di Kaherah, Mesir dan disertai oleh perwakilan dari Rabitah Al-Alam Al-Islami, Organisasi Ilmu-Ilmu Perubatan Islam Amerika, Persatuan Perubatan Islam Kuwait, Organisasi Masjid-Masjid Antarabangsa dan Universiti Al-Azhar sendiri.
Dalam pertemuan itu, telah dipaparkan sebuah kajian tentang solat tarawih serta pengaruhnya terhadap kelenturan tulang belakang. Solat tarawih tidak lain adalah qiyamullail pada bulan Ramadhan dan pengisian solat-solat lain seperti tahajjud secara umum. Kajian ini bertujuan untuk mengenali sejauh mana pentingnya solat tarawih bagi seorang yang beragama Islam, pengaruhnya pada kemampuan kerja jantung dan elenturan tulang belakang.
Penelitian ini dilakukan terhadap 60 orang lelaki dan perempuan yang berusia
60 tahun yang diklasifikasikan ke dalam 2 golongan. Golongan pertama terdiri dari mereka yang terus menerus mengejakan solat tarawih pada bulan Ramadhan tahun 1405H, sedangkan golongan kedua terdiri dari mereka yang tidak mengerjakannya.
Dilakukan beberapa kali ujian terhadap mereka untuk mengetahui tingkat
kelenturan tulang belakang dalam pelbagai situasi yang berbeza-beza, dan dilakukan juga ujian terhadap kadar kemampuan kerja jantung mereka dengan
menggunakan argometer.
Hasilnya, ternyata menunjukkan adanya perbezaan besar antara orang-orang yang terus menerus mengerjakan solat tarawih berbanding orang
yang tidak mengerjakannya pada kadar kelenturan tulang belakang dan
pada kemampuan kerja jantung mereka.
Atas dasar itu, pakar perubatan berpendapat agar semua orang Islam rajin mengerjakan solat secara umum dan khususnya solat tarawih yang terbukti
manfaatnya dari sudut kesihatan tubuh.
Manfaat dapat dirasakan terutamanya dari segi peredaran darah, organ
pernafasan, kelenturan sendi-sendi tubuh, khususnya pada tulang belakang.
Golongan lanjut usia sebenarnya sangat memerlukan pelbagai jenis latihan
untuk memelihara kestabilan tubuh dan sistem kerja jantung mereka.
Orang yang berqiyamullail merasa sihat, rajin dan berjiwa baik pada waktu
pagi. Jika selepas itu ia melakukan salah satu pekerjaan, lalu ia
menjalankannya dengan rajin dan baik. Oleh itu hasil kerjanya menjadi sempurna.
Sedangkan orang yang tidak qiyamullail, maka ia malas dan berjwa kecil. Jika
ia mengerjakan salah satu pekerjaan, bagaimana ia mampu menyelesaikan
urusannya dengan sempurna, padahal ia dalam keadaan sedemikian rupa?
Allah swt menciptakan manusia dan Dia Maha Mengetahui tentang manusia
dan apa sahaja yang baik bagi mereka. Rasulullah saw seorang yang sedikit
tidurnya tetapi baginda cergas, sihat dan kuat.
Orang-orang yang semasa dengan kehidupan asy-Syahid Hassan al-Banna
bercerita tentang peribadinya bahawa ia tidur tidak lebih dari 4 jam sehari
semalam. Namun begitu, beliau seorang yang sangat aktif dan gerakan Islam dan segala aktiviti.
Menurut doktor, manusia cukup dengan sedikit tidur. Bahkan banyak tidur
membuatkan manusia malas. Ini terbukti secara ilmiah dan kehidupan nyata.
Qiyamullail juga menghalau penyakit dari tubuh termasuk tindakan
pencegahan. Menurut penemuan pakar, banyak tidur membuat hati menjadi
berhenti atau darah membeku.
Dikeluarkan oleh Syukbah Dakwah dan Pendidikan, Masjid Negeri Sabah. Siri 38/06

0 Responses to “Kesihatan Dan Qiyamullail”

Post a Comment

Networkedblog