Followers
Thursday, July 03, 2008
Memang Tiada Bukti Saintifik Gelang Magnet untuk Berubat!
Do you like this story?
Kali ini saya begitu bertuah kerana mendapat jemputan dari Hospital Setiu untuk menyampaikan ceramah yang cukup relevan bagi saya- Fekah dalam Perubatan. Program sehari yang dianjurkan oleh Pihak Hospital adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta betapa pentingnya seorang perawat di Hospital atau institusi kesihatan mengetahui selok belok fekah dalam perubatan. Setidak-tidaknya peserta mengetahui secara asas dalam fekah perubatan apabila berdepan dengan pesakit. Disamping itu juga peranan utama pengamal perubatan memberi khidmat nasihat mengenai kaedah solah dan cara mengambil wuduk. Mereka dapat mempelajarinya insyaAllah...
Dalam satu sesi yang menerangkan mengenai hukum memakai gelang bermagnet bagi lelaki - TIDAK HARAM berubat dengan gelang yang terbukti melalui kajian saintifik atau pengakuan individu yang berkelayakan dan boleh dipercayai agamanya.
Isu ini menimbulkan sedikit kontroversi apabila ada ustaz yang mengatakan harus memakainya kerana telah ada kajian yang menyatakan gelang bermagnet ini boleh menyembuhkan penyakit.
Saya tidak mahu membantah secara direct kenyataan ustaz itu kerana TIDAK HARAM = HARUS, tetapi perlu dilihat pula kepada kontek ayat dari majlis fatwa di atas yang menyatakan tidak haram berubat dengan gelang yang TERBUKTI melalui kajian saintifik.
Setakat pencarian saya lebih dari 20 artikel Cochrane [Suatu sumber rujukan yang paling tepat dalam kajian perubatan masa kini], tiada satu pun artikel yang meyokong gelang bermagnet ini boleh mendatangkan kesan ubat. Walaupun sebahagian kecil dari mereka menyatakan perubahan yang berlaku pada sesetengah orang dalam kajian adalah kesan psikologi yang sementara. Sebagai contohnya F Crawford dan C Thompson menyatakan beberapa kajian yang dijalankan menggunakan magnet bagi pesakit tapak kaki, tidak menyokong keberkesanan penggunaannya. Kroeling P, Gross A, Goldsmith CH pula menyatakan bahawa tiada bukti nyata dan tiada manfaat dalam penggunaan bahan bermagnet dalam merawat sakit tengkuk yang kronik.
SAH sekali lagi bahawa masih tiada lagi BUKTI Kukuh yang menyatakan gelang bermagnet itu boleh dijadikan ubat!!
Berikut adalah nota powerpoint ceramah untuk dikongsi...semoga menjadi insan yang bermanfaat. Dan ini adalah audio ceramah:
Dan ini link artikel saya sebelum ini mengenai tiada bukti saintifik perubatan gelang bermagnet atau seumpamanya

|

This post was written by: Suhazeli Abdullah
Suhazeli Abdullah is a Medical profession and professional blogger, web designer and front end web developer. Follow him on Facebook
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 Responses to “Memang Tiada Bukti Saintifik Gelang Magnet untuk Berubat!”
Mon Jul 28, 11:25:00 PM
rasanya kalau memakai gelang magnet tu takde menyembuhkan ape sgt tmasuk melancarkan perjalanan darah sprti yg org len ckp, cuma slalu nmpak cam org yg memakainya mcm ada unsur2 nak bergaya je..hehe jd tak pyah pakai la takut2 trmasuk dlm hukum menyerupai wanita..kan?
Post a Comment