Followers
Tuesday, January 17, 2012
Senarai Fatwa bagi Penggunaan Vaksin ke Atas orang Islam
Decision:
The 22nd Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 24th November 1988 has discussed Hepatitis-B immunization. The Committee has decided that the vaccine of Hepatitis B extracted from yeast is not najis (ritually impure) and permitted to be used due to the fact that yeast is (ritually) pure.
- Setelah mendengar taklimat daripada pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan serta pandangan dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa Islam menggesa umatnya supaya menjaga kesihatan kerana penjagaan kesihatan seseorang individu akan menentukan tahap dan mutu kesihatan masyarakat secara umumya. Pemberian vaksin merupakan jalan pencegahan awal yang diambil oleh pihak Kerajaan dalam usaha mengelakkan penyebaran virus di kalangan wanita.
- Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pengambilan Vaksin Human Papilloma Virus (HPV) yang telah dipastikan tiada unsur meragukan dalam kandungannya dan tidak mendatangkan kemudharatan adalah diharuskan bagi mencegah penyakit kanser pangkal rahim (servik) di kalangan wanita.
- Muzakarah juga memutuskan bahawa pemvaksinan ini hendaklah tidak mengandungi unsur-unsur eksploitasi terhadap pengguna atau digunakan untuk tujuan yang bercanggah dengan syarak.
- Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) dan meneliti keterangan, hujah-hujah serta pandangan yang dikemukakan, Muzakarah mengambil perhatian bahawa proses penghasilan Vaksin Menveo keluaran Syarikat Novartis Vaccines adalah sama sepertimana penghasilan Vaksin Mencevax keluaran Syarikat Glaxo Smith Kline (GSK).
- Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pada dasarnya hukum penggunaan vaksin Menveo adalah harus atas dasar dharurah sama seperti vaksin Mencevax yang telah diputuskan pada Muzakarah kali ke-53 bertarikh 27 November 2002 kerana sehingga kini masih belum ada mana-mana vaksin meningococcal meningitis yang dihasilkan 100% halal dan suci daripada awal hingga akhir proses penghasilannya.
- Walaubagaimanapun untuk maslahah umat Islam, Muzakarah berpandangan di antara kedua-dua vaksin ini, keutamaan adalah kepada vaksin Mencevex yang telah digunakan sekian lama dan telah terjamin dari segi keberkesanan dan keselamatan kepada pengguna. Manakala vaksin Menveo masih baru di pasaran dan pemonitoran kesan jangka panjang masih berterusan.
- Muzakarah juga berpandangan bahawa Sijil Halal tidak wajar diberikan kepada vaksin Menveo kerana penentuan harus adalah atas dasar dharurah dan proses penghasilannya tidak mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia.
- Situasi kini dianggap tidak dharurat;
- Terdapat bahan atau ubat alternatif selain penggunaan unsur babi dalam pemprosesan kedua-dua vaksin; dan
- Tiada data sokongan yang kuat untuk membuktikan rakyat negara ini memerlukan kedua-dua vaksin ini.
3. There is no concrete proof stating that people in the country are in dire need of such vaccine.
- Anthrax adalah sejenis penyakit berjangkit yang akut dan boleh menyebabkan kematian mengejut dan darah keluar dari semua rongga yang terbuka. Jangkitan anthrax boleh berlaku sama ada pada kulit (cutaneous anthrax), saluran usus (Gastrointestinal anthrax) atau serangan melalui pernafasan (inhalation anthrax). Vaksin BioThrax™ digunakan sebagai imunisasi atau suntikan pelalian bagi membantu melindungi daripada jangkitan anthrax. RotaTeq pula ialah vaksin bagi mencegah kes rotavirus yang menyebabkan muntah dan cirit birit di kalangan kanak-kanak.
- Islam mengharuskan berubat dengan benda-benda yang diharamkan sekiranya dalam keadaan dharurat iaitu tiada ubat alternatif yang lain adalah berpandu kepada Firman Allah s.w.t.,
- Jumhur Fuqaha' dari Mazhab Hanafi, al-Malikiyyah, pandangan sohih dari Mazhab Syafie dan Hanabilah berpendapat berubat dengan suatu yang najis seperti arak adalah haram dan tidak harus. Dalam konteks ini Prof. Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhayli berpandangan bahawa pada asasnya, haram kita berubat benda yang najis atau haram.
- Dalam mempertimbangkan hukum keharusan mengambil benda haram dalam situasi dharurat beberapa kaedah fiqhiyyah boleh dijadikan sandaran. Antaranya ialah kaedah " Dharurat mengharuskan perkara yang dilarang" atau الضرورات تبيح المحضورات. Dalam situasi sesebuah negara yang memerlukan perlindungan atau pelalian daripada ancaman serangan biologi seperti anthrax atau serangan cirit birit di kalangan kanak-kanak, kepentingan suntikan BioThrax™ dan RotaTeq tidak dinafikan sekiranya tiada alternatif lain. Walaupun penggunaan BioThrax™ dan RotaTeq mungkin diharuskan namun pengambilan suatu yang haram semasa dharurat dibatasi dengan kaedah الضرورات تقدر بقدرها (dharurat dinilai sekadar keperluan). Dalam masa yang sama orang Islam wajib berusaha bersungguh-sungguh keluar daripada situasi dharurat. Berdasarkan kaedah ini, menggunakan suatu yang haram dalam situasi bukan dharurat adalah dilarang.
- Penggunaan Vaksin Biothrax dan Rotateq tidak diperlukan memandangkan Malaysia bukan dalam keadaan dharurat dan telah ada vaksin halal untuk kegunaan umat Islam di Malaysia.
- Setakat ini umat Islam di Malaysia mempunyai pilihan untuk menggunakan vaksin yang disahkan halal kerana pakar-pakar dalam bidang sains farmasi di Malaysia mampu menghasilkannya.
- Gesaan supaya menggunakan vaksin-vaksin yang mengandungi unsur-unsur yang tidak halal ini juga merupakan strategi musuh-musuh Islam untuk meracuni pemikiran dan daya ketahanan umat Islam apabila terlalu banyak sumber yang haram menjadi darah daging umat Islam.
Decision:
The 53rd Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 27th November 2002 has discussed Meningococcal Meningitis vaccination for Muslims. The Committee has decided that meningococcal meningitis mencevax vaccine extracted from cow sources is permissible. However, meningococcal meningitis monumune vaccine that contains pig sources is forbidden.
- Ketika ini hanya terdapat dua jenis vaksin sahaja di pasaran iaitu jenama Mencevax dan jenama Monumune. Vaksin jenama Mencevax adalah dari sumber susu, jantung dan lemak lembu berbanding vaksin jenama Monumune yang sumbernya mengandungi bahan khinzir.
- Permasalahan keraguan terhadap kandungan vaksin jenama Mencevax hanya melibatkan sumbernya iaitu lembu tersebut sama ada ianya disembelih atau sebaliknya. Sekiranya lembu tersebut tidak disembelih vaksin Mencevax juga mengandungi bahan dari najis.
- Keharusan menggunakan vaksin jenama Mencevax adalah berasaskan kaedah fiqf "Akhafu al-Dhararin " walaupun sumbernya dari lembu yang belum dapat dipastikan ia disembelih atau pun tidak. Hal ini amat jelas bahawa penggunaan suntikan vaksin jenama Monumune yang mengandungi unsur khinzir tidak boleh digunakan.
- Menurut Dr. Wahbah al-Zuhaili menyatakan bahawa walaupun bahan sumber yang asal daripada benda yang najis dan haram sekalipun namun jika ianya diproses dan berlaku perubahan atau pertukaran 'ain yakni sifatnya maka ia dibolehkan. Hal ini mengharuskan untuk menggunakan vaksin berjenama Monumune walaupun bahan sumbernya terdiri unsur khinzir.
- Penegasan oleh pihak berkuasa amat diperlukan dan menyatakan bahawa vaksin yang sumbernya dari bahan yang diharamkan adalah tidak dibolehkan dan diharamkan. Secara langsung pihak hospital atau klinik swasta perlu akur dan tiada alasan untuk tidak menyediakan vaksin berjenama Mencevax bagi kegunaan suntikan kepada Jemaah Haji atau Umrah Malaysia.
- Pemberitahuan kepada masyarakat Islam Malaysia perlulah meliputi kedua-dua jenama vaksin iaitu Monumune dan Mencevax. Bahkan dinyatakan juga vaksin berjenama Monumune yang mengandungi asid amino khinzir adalah diharamkan. Maka hanya vaksin berjenama Mencevax adalah diharuskan kerana tiada mengandungi sumber yang diharamkan oleh syarak.
Decision:
The 21st Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 12th September 1988 has discussed rubella immunization. The Committee has decided that the rubella vaccine provided by Malaysian Ministry of Health is not najis (ritually impure) and the injection is permitted to prevent rubella.
Tuesday, January 17, 2012 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0
Friday, January 13, 2012
Sembilan waktu mustajab untuk ibu bapa nasihat anak

Entry dipetik daripada Born To Make Me Happy (SYAREENA.COM)
Sangat sesuai untuk ibubapa yang mempunyai anak terutama yang sedang membesar dan memerlukan banyak bimbingan serta tunjuk ajar.
Sembilan waktu mustajab untuk ibu bapa nasihat anak walaupun hanya untuk seminit :
1-Sebelum anak tidur.
2-Ketika anak sedang tidur (bisikkan di telinga).
3-Selepas anak bangun tidur.
4-Selepas anak mandi.
5-Selepas anak solat.
6-Selepas anak membaca al-Quran.
7-Selepas anak berdoa.
8-Selepas anak beriadah.
9-Ketika emosi anak terangsang (contohnya selepas memarahi anak).
Ayat al-Quran yang digalakkan untuk diamalkan :
Surah al-Baqarah (apabila dibaca pada satu malam, selama tiga malam syaitan tidak masuk ke dalam rumah).
Surah al-Nahl, ayat 97 (amalan untuk mencapai kebahagiaan). Firman Allah yang bermaksud: “Sesiapa yang beramal salih, daripada lelaki atau wanita, sedangkan dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.”
Ayat akhir surah at-Taubah (baca 7 kali selepas solat fardu untuk mengharap pertolongan Allah). Firman Allah yang bermaksud: “Jika mereka berpaling, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah Allah bagiku (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Kepada-Nya aku berserah diri dan Dialah yang memiliki ‘Arasy yang agung.”
Insyallah….Wallahualam.
Sumber Selengkapnya Disini http://www.asyrafasnawi.com/9-waktu-mustajab-nasihatkan-anak-anak/#ixzz1jLw16zLY
Friday, January 13, 2012 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0
Saturday, December 17, 2011
Buku Hudud- Apa Nak Di Takutkan!
Hari ini aku begitu teruja kerana telah berjaya memberi buku kecil Hudud-Apa Nak Ditakutkan? Dalam perjalanan hampir sejam dari Putrajaya ke Lcct membuahkan hasil yang amat membanggakan. Mungkin terlalu kecil sumbanganku ini, tetapi inilah usaha kerdilku untuk memperbetuli salah faham umat terhadap hukum Islam.
Ku mulai dengan topik menyoal pekerjaan dia sebagai pemandu teksi sehinggalah ke isu kesempitan hidup masa kini. Akhir sekali ku cetuskan dalam benak dia bahawa penyelesaiannya adalah kembali kepada agama. Sebaik sahaja masuk gerbang Lcct, daku selitkan isu hukum Islam yang dipertikaikan sekarang.
"Terima kasih Abang Teksi kerana sudi hantar saya ke airport. Ini hadiah dari saya". Lima naskah buku hudud ku hulurkan kepada beliau sambil memberi sedikit penerangan bahawa buku santai ini adalah dwi bahasa (melayu dan cina) untuk disebarkan seluas-luasnya.
"Terima kasih encik, buku sebegini telah lama saya cari dan nantikan, kerana saya sukar untuk berhujjah cakap dengan kawan-kawan non-muslim saya". Ujarnya jelas.
Selama ini pernah ku dengar bahawa seorang sahabat memberi analogi, andai sekiranya anda diberi masa satu jam bersama orang jahil tentang hukum Islam, apa yang ingin anda ucapkan? Kita hampir buntu untuk memulakan sesuatu topik Islam kerana kita tiada 'content' yang nak diutarakan. Dengan adanya buku sebegini, seolah-olah memberi dimensi baru dalam diri ini untuk bercakap sesuatu mengenai keindahan hukum Islam.
Cetakan pertama telah berjaya dicetak sebanyak 3000 naskah. Insyaallah minggu depan akan bermulanya pengedaran keseluruh negara. Namun jumlah ini terlalu sikit. Mungkin tidak sampai ke sasaran secara menyeluruh. Ada sahabat mencadangkan buat cetakan kedua dengan lebih banyak. Ongkosnya?
Jika kita merasakan diri kita sebahagian dari agen penyebaran Islam, sila berikan sumbangan anda!
Saturday, December 17, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 2
Saturday, December 10, 2011
Persidangan Pemimpin Bantuan Kemanusiaan dan Pembangunan (IFRAD Leader Summit 2011)
Bidang kebajikan adalah satu bidang yang mulia. Ianya memerlukan koordinasi yang utuh melalui NGO. Satu persidangan antarabangsa yang melibatkan NGO-NGO berkebajikan sedang berjalan di De Palma Hotel, Ampang. Persidangan ini bertujuan menyatukan semua NGO islam seluruh dunia supaya berada dibawah satu payung yang berstruktur. Majlis perasmian persidangan telah disempurnakan oleh Yb Tuanguru Hj Abdul Hadi Awang merangkap ketua ahli parlimen muslim.
Saturday, December 10, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0
Sunday, November 27, 2011
Salam Maal Hijrah
Sempena maal hijrah 1433 yang penuh keberkatan ini, muliakanlah dan sayangilah insan yang membaca blog ini, rahmatilah keluarganya, sihatkanlah tubuh badannya, berkatilah rezekinya, terimalah segala ibadahnya dan Hijrahkanlah dia dgn amal maaruf dan kemenangan...
SALAM hijratulrasul.AMIN...
Sunday, November 27, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0
Thursday, November 24, 2011
HPV dan Kanser Servik
Thursday, November 24, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 1
Sunday, November 20, 2011
Sejarah dan Liku Perjuangan Vaksin Bahagian 1
Sunday, November 20, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0
Monday, November 07, 2011
Misi Qurban Aqiqah Mindanao
Hari pertama di Marawi, rombongan misi Amal yang diketuai oleh Dr Hj Suhazeli Abdullah (Pengerusi Amal Terengganu) melawat sebuah Hospital Swasta berkebajikan milik Dr Hj Safrullah M. Dipatuan. Beliau yang juga Pengerusi Bangsamoro Development Authority (BDA), berkata hospital tersebut menerima purata kira-kira 20 pesakit luar sehari dan menyediakan khidmat rawatan lanjutan dengan kapasiti 50 katil.
“Kita ada empat orang doktor yang bekerja sepenuh masa selain dari doktor-doktor pelawat yang datang secara berkala,
“lebih kurang 20 orang pesakit luar yang kami terima pada setiap hari dan mereka akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya memerlukan rawatan lanjutan,”ujarnya.
Delegasi Yayasan Amal yang diketuai oleh Pengarahnya, Dr Suhazeli Abdullah, tiba di bandar Marawi pada 5 November dalam misi kemanusiaan sempena Eidul Adha pada tahun ini.
Monday, November 07, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0
Friday, October 28, 2011
Ubat tiada logo halal jakim?
"terima kasih doktor atas khidmat nasihat dan pemeriksaan tadi. Em...tapi saya tak nak makan ah ubat yang doktor tulis tu". Katanya terhenti seolah-olah menanti soal balas dari ku. Lelaki berumur 30 an tu adalah pekerja swasta yang bekerja secara tidak tetap disalah satu syarikat swasta tepi bandar. Lagaknya seperti orang yang selalu mendapat maklumat kesihatan dari internet dan beberapa perubatan alternatif lain.
"aik, kenapa pulak?" soalku sangsi. Ada apa yang tak kena ni. Suasana agak kurang selesa, sebab penyakitnya tak lah serius sangat. Pening kepala dan selsema saja. Nurse yang membantu depanku menjeling sinis ucapan yang terpacul dari pesakit tadi. Bunyi penyaman udara dalam bilik pun menganggu konsentrasi perbualan.
"Ubat doktor halal tak?" soalnya cuba menduga aku sekaligus memetik satu pemikiran baru dalam diri ini. Selama ni tak pernah pulak orang pertikai ubat-ubatan klinik@hospital ni. Aku cuba memperbetulkan posisi diri dikerusi. Menyarung ketat-ketat kasut yang biasanya aku longgarkan sikit supaya memberi ruang kaki ber'nafas'.
"Er...kenapa? Setakat yang saya tahu ubat-ubatan tu semuanya halal, diperbuat dari bahan halal dan tidak diragui bahannya..." jawabku dalam nada cuba berhujjah. Nada suara jawapan agak tersekat dan seumpama berlegar dalam rongga dada. Setakat yg aku tahu kilang pembuatan ubat ini mendapat status Gmp (good manufacturing practice) dan mendapat pengiktirafan halal dari jakim. Cuma logonya tidak lah dipamerkan. Ubat ubatan klinik@hospital ni diberi dalam bentuk blister pack dan ada juga yg telah tercerai (loose). Tapi tidak le aku selidik sampai ke tahap macam mana dia dibuat? Guna bahan kanji yg diimport dari mana? Guna gula ke? Campur putih telur ke?
"Ya la doktor, saya ragu sebab banyak makanan yang tidak halal dalam pasaran. Logo jakim pun...orang boleh tiru." dia mematikan hujah bahawa semua bahan yang tiada logo halal jakim adalah haram. Riak wajahnya serius dan seorang menjaga makan minum diri serta ahli keluarga. Aku memahaminya kerana aku sendiri pun selalu menyuruh anak-anak baca dulu label, logo halal Jakim dipamer atau tidak. Logo halal pun ada macam-macam fesyen. Kadang-kadang timbul rasa sangsi. Ditambahi dengan paparan berita akhbar, logo Jakim diciplak oleh pihak-pihak yang tak bertanggungjawab. Namun dalam kes ubat-ubatan, pembuatannya mestilah mengikut standard yang tertentu. Lagipun seingat diri ini, kita tidak perlu usul lebih sesuatu yang kita ambil kerana asal sesuatu ubat adalah harus kecuali dinyatakan pengharamannya.
"Em...encik makan roti canai tak?" aku cuba membuka mindanya agar berfikir diluar lingkungan.
"Ya, kegemaran saya tuh. Kenapa pulak?" soalnya sedikit ralat kerana tiba-tiba keluar isu roti canai.
"Roti canai ada logo halal tak?" serkap soalan agar dia teruja.
"Betul juga!" keraguannya terjawab dengan perumpamaan yang ringkas.
Kadang-kadang kita tidak perlu usul lebih sesuatu yang pada asalnya adalah harus. Kita tak pasti gandum tu dari mana, halal ke tidak? Telur dalam roti canai tu, betul ke telur atau apa? Majerin yang dicampur dalam gandum tu lagu mana pulak? Bahan dari mana? Halal ke? Ada logo Jakim ke?
Aku pasrah...
Friday, October 28, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0
Ingin meletakkan Diri ke Alam Generasi Y
1. Whatsapp.
2. Kakao talk.
Kedua2 application ni saya cadangkan dimiliki oleh setiap dari kita. Perantaranya adalah semua smartphone.
Friday, October 28, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0
Sunday, October 09, 2011
Berita Bayi 23 hari diliwat Bapa Kandung
Saya takut kita tergolong dari golongan yang menambah-nambah cerita yang kita sendiri tidak tahu perkara sebenar. Ulasan akhbar hanya untuk melariskan jualannya. Tuduhan yang dibuat oleh si isteri kita tidak pasti samada benar berlaku atau tidak. Kita jangan jadi tukang penyebar fitnah dizaman yang penuh fitnah ini....
Sunday, October 09, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0
Thursday, September 29, 2011
Ulasan Prof Aziz Bari- Hudud di Kelantan
Saya akui bahawa apa yang saya lihat dan dengar semasa lawatan singkat itu telah mengubah perspektif saya mengenai isu berkenaan.
1. Hudud adalah tuntutan/hasrat rakyat Kelantan. Tok Guru berada di bawah tekanan dan saya fikir mereka sanggup mengadakan referendum atau pungutan suara bagi tujuan itu.
Berdasarkan sentimen ini, pemimpin Umno di Kelantan mengutuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menolak hukum hudud yang secara tidak langsung membawa makna Umno boleh gulung tikar di negeri itu.
2. Seminar yang dianjurkan itu bukanlah sesuatu yang baru, saya pernah menjadi ahli panel untuk acara Hari Hudud pada tahun-tahun sebelumnya. Ini adalah program tahunan walaupun sebelum Pakatan diwujudkan.
Bagaimanapun bagi tahun ini, media-media milik Umno telah memutar-belitkan isu itu atas sebab-sebab yang jelas: pilihan raya dan berharap ia dapat mengkucar-kacirkan Pakatan. Sebelum ini, Umno langsung tidak mempedulikan Hari Hudud.
3.
Tetapi saya berpendapat Najib membuat langkah yang salah. Dengan
menolak pelaksanaan hukum hudud, beliau berfikiran bahawa boleh
mendapatkan sokongan dan undi masyarakat bukan Islam. Tetapi Tok Guru bukan bodoh. Mereka mempunyai laman Facebook sendiri dan berdasarkan maklum balas yang diterima, PAS yakin bahawa Umno kini tergugat atau terdedah di kawasan Melayu/Islam. Berdasarkan sambutan di Facebook, tidak ada jaminan bahawa mereka akan mendapat undi bukan Islam. DAP juga membuat kesilapan di sini.
4. Tok Guru telah menyatakan dengan jelas: hudud adalah hanya untuk Kelantan sahaja dan untuk orang Islam. Jadi apa masalah?
Saya telah berkata bahawa dari segi perlembagaan negara, ini tidak ada masalah. Masalahnya adalah dengan pengerusi DAP Karpal Singh dan parti itu yang yang berpegang pada keputusan mahkamah yang hakim itu sendiri - Tun Salleh Abas - mendakwa berlaku kesilapan.
Dan
juga, apa yang DAP perkatakan bukan sahaja merupakan satu pandangan
yang hanya betul. Ia hanya pendapat. Tidak ada kebenaran mutlak dalam
hal ini. Perkara yang paling penting untuk difahami adalah bahawa perlembagaan tidak melarang pemakaian undang-undang Islam. Malah Najib sendiri mengakui perkara itu sudah ada dalam sistem sekarang. Kini, PAS boleh berkata kepada PM: lakukannya.
5. Najib seolah-olah mengulangi apa yang saya katakan selama ini; bahawa unsur-unsur hudud sudah ada dalam sistem di negara ini.
Persoalannya jika demikian, mengapa menentang PAS berhubung isu itu? Umno sepatutnya membantu dan bukannya menjadi halangan. Atas alasan itu, saya katakan Umno berada dalam bahaya kehilangan undi orang Melayu beragama Islam dalam usaha mereka merayu mendapatkan sokongan masyarakat bukan Islam.
Dan
masyarakat bukan Islam tidak semestinya mempercayai apa yang dilaporkan
oleh media mereka setakat ini. Cuba perhatikan apa yang PAS akan
lakukan mulai hari ini berhubung isu berkenaan.6. Tidak timbul persoalan mengubah dasar Pakatan, seperti yang didakwa oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, LimGuan Eng yang juga adalah setiausaha agung DAP.
Hukum hudud adalah hanya untuk Kelantan dan untuk umat Islam. Malah di Kedah, PAS mempunyai dasar yang berbeza. Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak tegas berkata hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negeri pimpinan PAS itu.
Nampaknya DAP cuba membuktikan bahawa mereka mendahului MCA dan Gerakan dalam usaha menentang hudud. Mereka terlepas pandang hakikat bahawa Nik Aziz hanya mendengar dan bertindak mengikut sentimen akar umbi di negeri itu.
Yang
DAP lihat dari perspektif ini - sama seperti Umno, MCA dan Gerakan -
mengambil pendekatan tidak demokratik. Mereka menolak hudud walaupun ia
tuntutan orang ramai dan permintaan seumpama itu dibenarkan oleh
perlembagaan.Di Kelantan, PAS dengan yakin mengisytiharkan bahawa mandat untuk memerintah termasuk mandat untuk melaksanakan hudud. Jadi, pada dasarnya, ini adalah mengenai menghormati permintaan ramai dan bukannya semata-mata melaksanakan hukum hudud atau mengkhianati rakan-rakan Pakatan.
Kita harus ingat bahawa permintaan hudud di Kelantan dilakukan melalui saluran demokrasi. Ini adalah apa yang Umno, DAP, MCA dan Gerakan perlu sentiasa ingat.
7.
Saya bersetuju dengan Tok Guru bahawa tiada perubahan dalam sistem atau
di dalam polisi. Ia hanya melakukan sesuatu yang boleh didapati dalam
kerangka sistem sedia ada . Tetapi sudah tentu beliau menyedari bahawa
ini hanya boleh menjadi kenyataan dengan kerjasama dari Umno.Akta Mahkamah Syariah yang akan mengekang kuasa mahkamah syariah selama ini perlu dimansuhkan dan juga bagi membolehkan agensi-agensi persekutuan seperti polis dan sebagainya menjalankan tugas mereka di sisi undang-undang.
Jika Umno menolak melakukan ini, maka PAS boleh mencanangkan perkara ini ke seluruh negara bagi mendedahkan tembelang sebenar Umno. Selama ini, Umno telah melakukan pelbagai perkara untuk membuktikan bahawa mereka adalah pembela dan pejuang Islam yang sebenar. Antara contohnya, seperti serbuan gereja di Selangor, isu kepala lembu dan sebagainya.
Apabila
Najib menolak hukum hudud, beliau sebenarnya telah merosakkan semua
kerja keras parti dan ahli-ahli Umno lakukan selama ini.8. Saya fikir PAS bersedia bertarung pada pilihan raya umum akan datang tanpa DAP. Mereka masih mempunyai PKR dan Dewan Perhimpunan Penyokong PAS (DHPP) mereka sendiri.
Saya tidak pasti jika DAP, MCA dan Gerakan benar-benar mewakili masyarakat bukan Islam. Masalah dengan parti-parti Cina adalah kerana mereka berfikiran hudud tidak boleh diterima meskipun perlembagaan tidak menyatakan demikian.
Golongan
berkecuali atau atas pagar di kalangan masyarakat bukan Islam saya
fikir adalah rasional, mereka tidak bimbang, khususnya selepas Tok Guru
memberi jaminan bahawa hukum hudud akan hanya dilaksanakan di Kelantan
dan untuk umat Islam sahaja.9. Umat Islam liberal? Undang-undang adalah jelas. Malah, sekarang pun, mereka tertakluk kepada undang-undang Islam. Mereka tidak mempunyai hak untuk memilih apa undang-undang.
Perlembagaan negara telah menyatakan dengan jelas bahawa di bawah Artikel 8 (5) bahawa hak sama-rata tidak boleh diguna-pakai. Sebagai contoh, jika orang Islam yang mempunyai hubungan seks dengan persetujuan orang bukan Islam, maka dia akan menghadapi tindakan manakala rakan bukan Islam akan terlepas dan dibebaskan.
10.
Nik Aziz berkata, beliau ingin cuba melaksanakan hukum hudud di
Kelantan sekarang kerana majoriti umat Islam di negeri itu telah
memberikannya mandat. Negeri-negeri lain, katanya, hanya perlu menunggu
dan melihat bagaimana Kelantan melakukannya. Jika ia 'baik' dan berjaya,
mereka boleh melakukan perkara yang sama.11. NGO seperti kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, Pembela Islam dan yang lain perlu menyokong Kelantan dalam isu ini. Jika tidak, mereka menghadapi risiko dilabel sebagai boneka atau barua Umno semata-mata.
Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari adalah pensyarah di UIAM.Thursday, September 29, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0
Thursday, September 22, 2011
Program Healthy and Energetic Lifestyle (HELP) Bermula
Thursday, September 22, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0
Tuesday, September 13, 2011
Program Qurban/Aqiqah Yayasan Amal Malaysia
Pada tahun ini Yayasan Amal Malaysia sekali lagi menganjurkan program Qurban/Aqiqah ke seluruh pelusuk dunia. Aceh, Vietnam, Selatan Thai, Komboja, Laos, Sri Langka, Mindanao, Sudan dan Somalia adalah destinasi Yayasan Amal Malaysia pada tahun ini.Yayasan Amal Terengganu pula diberi tugasan khas untuk menjalankan khidmat komuniti ini ke Mindanao. Kali ini Amal Terengganu akan ke Marawi City, salah satu bandar terbesar dan majoriti muslim. Kepada muslimin muslimat yang ingin ikut serta qurban atau aqiqah ini sila hubungi saya dengan segara. Borang penyertaan adalah seperti link berikut. http://yamterengganu.blogspot.com/2009/09/permohonan-qurban-aqiqah-online.html
Tuesday, September 13, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 1
Tuesday, September 06, 2011
Monday, August 29, 2011
Somalia, Untuk Kita Sebenarnya
Ada orang, rasa sedih Ramadhan hendak tinggalkan dia.
Ada orang, rasa gembira kerana Syawal makin menjelma.
Namun, biar apapun suasananya, alhamdulillah, kita di Malaysia sangat bersyukur kerana Allah masih terus menjaga kita.
Menjaga daripada apa?
Allah masih menjaga kita daripada hidup kesusahan dan kebuluran yang terlalu kritikal.
Allah masih menjaga kita, tidak derita dan tidak sengsara seperti mereka di Somalia.
Allah masih memberi kita suasana aman dan sejahtera.
Allah masih memberi kita makanan yang cukup. Belum kedengaran, ada yang mati di Malaysia kerana masalah kebuluran.
Di Somalia, adakah Allah terlupa menjaga mereka sehingga terjadi sedemikian rupa.
Monday, August 29, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0
Sunday, August 28, 2011
Tazkirah Akhir Ramadhan 1432
لَمَّا بَنَى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمِنْبَرَ جَعَلَ لَهُ ثَلَاثَ عَتَبَاتٍ، فَلَمَّا صَعِدَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْعَتَبَةَ الْأُولَى، قَالَ: " آمِينَ "، ثُمَّ صَعِدَ الْعَتَبَةَ الثَّانِيَةَ، فَقَالَ: " آمِينَ "، حَتَّى إِذَا صَعِدَ الْعَتَبَةَ الثَّالِثَةَ، قَالَ: " آمِينَ " فَقَالَ الْمُسْلِمُونَ: يَا رَسُولَ اللهِ رَأَيْنَاكَ تَقُولُ آمِينَ آمِينَ آمِينَ وَلَا نَرَى أَحَدًا، فَقَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " إِنَّ جِبْرِيلَ عَلَيْهِ السَّلَامُ صَعِدَ قَبْلِي الْعَتَبَةَ الْأُولَى، فَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ، فقُلْتُ: لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ ، فقَالَ: مَنْ أَدْرَكَ أَبَوَيْهِ أَوْ أَحَدَهُمَا فَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ فَأَبْعَدَهُ اللهُ، قُلْ: آمِينَ، فَقُلْتُ: آمِينَ، فَلَمَّا صَعِدَ الْعَتَبَةَ الثَّانِيَةَ، قَالَ: يَا مُحَمَّدُ، قُلْتُ: لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ، قَالَ: مَنْ أَدْرَكَ شَهْرَ رَمَضَانَ فَصَامَ نَهَارَهُ، وَقَامَ لَيْلَهُ ثُمَّ مَاتَ فَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ فَدَخَلَ النَّارَ، فَأَبْعَدَهُ اللهُ، قُلْ: آمِينَ، قُلْتُ: أَمِينَ، فَلَمَّا صَعِدَ الْعَتَبَةَ الثَّالِثَةَ، قَالَ: يَا مُحَمَّدُ، قُلْتُ: لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ، قَالَ: مَنْ ذُكِرْتَ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْكَ فَمَاتَ وَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ فَدَخَلَ النَّارَ، فَأَبْعَدَهُ اللهُ، قُلْ: آمِينَ، فَقُلْتُ: آمِينَ
(Hadis imam Bukhori dalam kitabnya adab mufrad dari Jabir bin Abdillah)
Apakah Tanda Ramadhan kita termakbul?
Adakah kita ini sentiasa ingat dan cinta akan Rasulullah?
Hayati sketsa ini:
Dengar Isi penuh tazkirah
|
Sunday, August 28, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0
Tuesday, August 23, 2011
Undang-undang terbantut dengan campurtangan masyarakat yang tidak faham
Seorang pakar undang-undang telah memberi satu senario bahawa seorang bayi yang baru berumur beberapa hari mengalami Jaundice teruk (penyakit kuning-severe neonatal jaundice). Diarahkan oleh pegawai perubatan untuk masuk wad dan perawatan lanjut termasuklah kemungkinan besar akan dilakukan pertukaran darah ( exchange transfusion). Namun keluarga bayi yang masih mentah itu menolak sekeras-kerasnya atas alasan yang tidak konkrit.
Persoalannya, jika sekiranya doktor mengambil langkah dengan membuat laporan atas dasar pengabaian kanak-kanak, adakah doktor berkenaan terlepas dari tindakan politik penduduk setempat?
Sedangkan jelas undang-undang menyatakan bahawa kanak-kanak terlindung dari sudut fizikal dan mental termasuklah hak untuk berubat.
Tuesday, August 23, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0
Monday, August 22, 2011
Matinya seorang pejuang politik dan sastera
Namun kini aku kaget seketika setelah melihat laporan akhbar "novelist Azizi Abdullah dies".
Al fatihah kepada almarhum. Takziah kepada semua keluarga arwah.
Monday, August 22, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0
Saturday, August 20, 2011
Allah mendengar doa hambanya setiap saat, bukan ditentukan waktunya
"Salam. From dato' dr mazlan, our head of astrology dept. Tonight at 3.25am macca time the moon will circle around the Kaabah this will have an effect on the sky. The sky will have blue light. This will be the time of acceptance of prayers. This is happening after ten million years. Pls inform everybody by passing this. 3.25am mecca time. Malaysia time will be 8.25am. So London time will be at 00.25am "
Terima kasih kepada kawan kawan yang telah menghantarnya. Setidak-tidaknya kita tahu bahawa satu lagi bukti keajaiban alam dan maha kuasanya Allah mentadbir alam semesta ini.
Namun aku sedikit sangsi dengan pernyataan...this will be the time of acceptance of prayers (ini adalah masa dimakbulkan doa).
Setakat yang daku tahu bahawa tiada ayat quran atau hadis nabi yang menyatakan bahawa doa akan dimakbulkan pada masa dan tarikh yang ditentukan seperti ini, iaitu sewaktu bulan berada diatas kaabah? Setakat yang daku tahu juga bahawa Allah akan mendengar rintihan hambanya setiap saat dan setiap ketika. Kalau 10 juta tahun sekali baru Allah makbulkan doa, teruklah kita sebagai hamba yang selalu menadah tangan memohon sesuatu dariNya.
Saturday, August 20, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0
Berita Terkini dari Gaza
Misi kemanusiaan Papisma yang diwakili oleh Dr Syed Abdul Khaliq sampai kemuncak hari ini. Perjalanan yang penuh dengan dugaan dan berdepan dengan kawalan keselamatan. Maklumat yang baru kami terima bahawa genjatan senjata dua tahun hamas-israel baru sahaja tamat tengah malam tadi. Serangan demi serangan telah dilancarkan oleh rejim Israel sehingga beberapa pemuda jihad Palestin gugur syahid. Berita terbaru juga melaporkan serangan udara tentera Israel di sempadan Mesir Gaza, Rafah. Serangan ini meyebabkan kematian beberapa orang rakyat mesir.
Saturday, August 20, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0






























