Followers

ziddu

Sunday, February 28, 2010

Peristiwa & Pengajaran dari Taubat Kaab bin Malik


Taubat Ka'ab ibn Malik (Analisa Fiqh Dakwah)

Dakwah & Semasa
Kisah Ka'ab ini merupakan sebahagian daripada episod dalam kisah Perang Tabuk. Ka'ab merupakan salah seorang daripada 3 mukmin yang tidak turut serta dalam kempen itu walaupun berkemampuan.

Mereka mengakui kesilapan itu dengan tidak mengemukakan apa-apa alasan apabila disoal oleh Rasul sekembalinya tentera dari kempen itu dan hanya mengaku bersalah dengan jujur. Ini bertentangan dengan golongan Munafiqin yang tidak turut serta tetapi mengemukakan pelbagai alasan untuk melepaskan diri. Rasululllah saw tetap menerima alasan mereka walaupun tahu tentang kemunafiqan mereka. Taubat Kaab diceritakan dalam Surah Taubah, ayat 118. Terdapat juga sekumpulan yg betul-betul uzur dan terlepas daripada menyertai kempen ini. Golongan ini dihuraikan dalam Surah Taubah, ayat 91.

Ka'ab dan 2 lagi mukmin ini (Mararah al Rabi', Hilal b Umaiyah) dihukum boikot oleh Allah swt sehingga Allah swt menerima taubat mereka. Dan Allah menerima taubat mereka pada waktu Subuh selepas berlalu malam yang ke-50.

Dalam tempoh boikot yang tidak diketahui hujungnya itu, Ka'ab menanggung beban dugaan yang sungguh besar. Antaranya:

1) Orang-orang mukmin dilarang mutlak daripada berurusan dengan mereka, hatta menjawab salamnya sekalipun.

2) Isteri-isteri mereka diasingkan daripada mereka bermula dari malam yg ke-40.

3) Raja Ghassan cuba untuk menghasut Ka'ab menyertai mereka serta dijanjikan dengan habuan jika meninggalkan barisan saf muslim.

4) Cubaan untuk kekal thabat dalam iman walaupun dihukum untuk tempoh yang tidak pasti (boleh jadi diboikot sehingga akhir hayat mereka)

Boikot ini diangkat oleh Allah dengan turunnya ayat 118 surah Taubah dan keindahan ukhuwwah di kalangan mukminin jelas terpancar apabila seluruh Madinah bergembira pada subuh ayat itu diturunkan. Mereka berkejaran mendapatkan Ka'ab untuk memaklumkan penerimaan taubatnya dan ukhuwwah mereka bersambung kembali.

Berikut merupakan isi-isi penting dari sudut Fiqh Dakwah berdasarkan kisah Ka'ab tersebut.

1. Kenapa Ka'ab dihukum?

Ekspedisi Tabuk berakhir tanpa ada satu pertempuran pun (rujuk Raheeq Makhtum) tetapi Ka'ab tetap juga dihukum. Pada sesetengah kita, kehadiran Ka'ab tidak memberi beza pun kerana tiada pertempuran berlaku, jadi tidak perlulah dihukum sebegitu.

Dalam hal ini, bukan perjalanan sesuatu peristiwa itu yang perlu dijadikan ukuran, tetapi isu tanggungjawab dan peranan yg digalaskan itu lebih bererti, sama ada ianya dilaksanakan atau tidak. Peranan mesti dilaksanakan dalam apa situasi sekalipun dan tanggungjawab tetap kekal sehingga sesuatu misi itu tamat.

2. Bai'ah berjihad dengan Allah

Kesilapan Ka'ab ialah melanggar Bai'ah berjihad dengan Allah . Beliau dikira meninggalkan jihad tanpa alasan semasa kempen Tabuk - satu kesalahan yg sangat-sangat besar. Ayat baiah berjihad terkandung di dalam surah At-Taubah, ayat 111.

3. Pengorbanan pada masa paling runcing

Keadaan Madinah pada ketika Rasul melancarkan persiapan ke Tabuk sangat meruncing. Kemarau sedang melanda, bekalan makanan berkurangan, lokasi Tabuk yang sungguh jauh, keluarga yang perlu ditinggalkan dan bermacam-macam lagi. Semua ini benar-benar menguji pertimbangan mukminin untuk mempersiapkan diri pergi berperang. Perasaan berbelah bagi mungkin timbul. Pengorbanan yang besar sungguh diperlukan pada ketika ini. Mampukah kita berkorban walaupun dalam keadaan yg tersepit?

4. Ka'ab buta di hujung hayatnya

Hadith ini diriwayatkan oleh cucu Ka'ab yang menjaganya kerana beliau buta di hujung usia. Pengajarannya, para du'at tidak terlepas daripada kelemahan dan penyakit walau sehebat manapun rekod amalnya. Jangan sesekali berasa kehebatan kita di bidang dakwah menjadi sebab Allah jauhkan penyakit dan kelemahan daripada kita.

5. Senioriti dan kesolehan bukan jaminan tidak membuat kesilapan

Jangan berasa selesa dan yakin bahawa senioriti dan kesolehan kita tidak akan membuatkan kita tersilap. Ka'ab merupakan seorang sahabat yang agung (ahli Badar) dan senior tetapi turut tersilap dalam perkiraannya. Hendaklah sentiasa bermusahabah dengan tindakan dan keputusan kita, dan juga bermutabaah. Jangan lemas dalam status senior.

6. Antara Bai'ah Aqabah dan Badar

Ka'ab pernah memberitahu beliau lebih suka kepada Bai'ah Aqabah berbanding Perang Badar (kedua-duanya disertai Ka'ab) walaupun Badar lebih masyhur dan mulia. Ini kerana Bai'ah Aqabah adalah peristiwa perjanjian (memberi bai'ah) untuk mewakafkan seluruh hidup kepada islam sebagai seorang da'ei dan jauh lebih besar ertinya, manakala peperangan merupakan sebahagian daripada perjanjian itu.

7. Kepentingan persediaan secukupnya

Peristiwa Tabuk membuktikan persediaan yang cukup amat penting terutamanya bagi sesuatu kerja yang besar. Ini dapat dilihat apabila Rasul buat pertama kali mengumumkan destinasi peperangan, walhal dlm kempen-kempen sebelum ini Rasul sentiasa rahsiakan sehingga saat akhir. Dan rasul juga memberi tempoh yang agak lama untuk setiap mukmin bersiap siaga. Ini kerana Tabuk sangat jauh dan musuh kali ini ialah tentera empayar Rom.

8. Bertangguh itu bahaya

Jangan amalkan sikap 'I can if want to do it now', kerana itulah kesilapan Ka'ab. Ka'ab seorang yang berkemampuan tetapi sentiasa bertangguh untuk bersiap hingga semuanya sudah terlambat. Usahakan untuk terus lakukan perkara yang mampu dilakukan terutamanya dalam bidang dakwah seperti berjumpa mad'u, menyiapkan bahan, merencana program.

9. Perselisihan pendapat itu dibolehkan

Perselisihan pendapat diterima dalam menilai kesilapan seseorang. Dalam kes Ka'ab, kaumnya dari Bani Salamiah mengkritik keras kecuaian Ka'ab tetapi Muadz Jabal mengambil pendekatan bersangka baik dan cuba mencari keuzuran Ka'ab. Rasul tidak menegur kedua-dua sikap ini - tandanya Rasul iktiraf keduanya. Ada fiqh sendiri dalam kedua-dua sikap yang diambil dan perbezaan pendapat dibolehkan.

10. Berwaspada dengan kecenderungan memberi alasan

Allah telah membuka pekung para munafiqin yg memberi alasan tidak menyertai Tabuk (melalui ayat Quran) walaupun mereka sangka telah terlepas apabila Rasul terima alasan-alasan itu. Para du'at hendaklah mempunyai azam kuat dan kukuh bertahan walaupun membuat silap. Kesilapan berlaku sesekali dan jalan keluar ialah dengan bertaubat, bukan dengan memberi alasan. Ka'ab memilih jalan taubat walaupun beliau berkata 'Akulah orang yg paling pandai dalam memberi alasan jika aku mahu ketika peristiwa itu'.

11. Kepentingan berkata benar

Ditekankan juga tentang kepentingan berkata benar - kepada diri sendiri dan kepada pemimpin. Jawab Rasul setelah Ka'ab mengakui kesilapannya tanpa cuba memberi alasan: 'Inilah dia org yang jujur'. Secara tidak langsung Rasul menempelak para munafiqin yang cuba membodohkan Rasul dengan alasan mereka. Implikasi apabila tidak berkata benar itu sentiasa ada.

12. Pendirian kepimpinan terhadap kesalahan besar

Pengajaran melalui hukuman walaupun yang melakukan kesalahan itu berkata benar. Ka'ab tetap menerima hukumannya walaupun berkata benar dan beliau tidak memberontak kerana itu.

13. Berhati-hati memberi nasihat

Berhati-hati dengan pengaruh emosi dan sentimen ketika memberi nasihat. Dalam kisah ini, kaum Ka'ab iaitu Bani Salamiah menasihati Ka'ab agar turut memberi alasan untuk melepaskan diri sekalipun mereka berniat ikhlas dan merupakan sebahagian daripada pasukan jihad islam yang pulang dari Tabuk. Mereka menasihati Ka'ab supaya memberikan alasan dan membaiki kesilapan itu pada masa hadapan. Nyata nasihat mereka dipengaruhi sentimen 'menjaga kaum kerabat' walaupun niat mereka baik. Tidak semua nasihat baik terutamanya yang bersifat emosional. Dan kalau cuba memberi nasihat, berilah dengan pertimbangan rasional dan adil.

14. Pertimbangan emosi dalam menerima hukuman

Hendaklah cuba sedayanya untuk menerima hukuman dan ujian Allah dengan redha dan jauhi pengaruh emosi yang berlebihan kerana selalunya pertimbangan kita cenderung untuk salah ketika dikuasai perasaan. Dan jangan terlalu tenggelam melayan perasaan sedih dalam tempoh itu. Ka'ab contoh keteguhan peribadi ketika menjalani hukuman walaupun cubaannya begitu berat seperti tidak dijawab salamnya oleh para mukminin termasuk sahabat paling rapat dengannya. Pemulauan mutlak oleh Nabi saw dan para sahabat.

15. Konspirasi musuh Islam sentiasa berjalan

Ka'ab menerima surat jemputan khas dari Raja Ghassan (kerajaan kafir yang kuat di semenanjung arab) untuk menyertai mereka dan dijanjikan pelbagai habuan. Pihak musuh Islam cuba memecahkan saf muslimin dengan menghasut mereka yang dalam keadaan tersepit seperti Ka'ab supaya membelot. Mereka yang lemah iman atau gopoh sudah tentu mudah terpengaruh, contohnya seperti sesetengah golongan di Palestin kini yang terpedaya dengan habuan segera untuk bekerjasama dengan penjajah. Ka'ab sebaliknya memandang pelawaan itu sebagai ujian yang istimewa dari Allah khas untuknya.

16. Iltizam sepenuhnya walaupun dalam menjalani hukuman

Walaupun dalam tempoh hukuman, Ka'b tidak mengeluh atau cuba untuk berunding meringankan hukumannya. Sebaliknya, beliau cuba untuk memastikan beliau mematuhi perintah hukuman dengan sepenuhnya. Contohnya, apabila diberitahu beliau perlu diasingkan daripada isterinya bermula malam ke-40, Ka'ab bertanya sama ada arahan itu memerlukannya menceraikan isteri atau hanya diasingkan (akan diceraikan jika perlu). Isterinya menawarkan diri untuk datang sesekali menguruskan makan pakainya dalam tempoh pengasingan itu tetapi disuruh oleh Ka'ab supaya jauhkan diri sehingga perintah mengatakan sebaliknya.

17. Kesabaran seorang daei sehingga Allah menyelamatkannya

Kesabaran itu pasak kepada peribadi seorang muslim. Berkat kesabaran Ka'ab, Allah menerima taubatnya setelah tamat malam ke-50 dan itulah peristiwa paling manis dalam hidupnya menurut Ka'ab.

18. Ukhuwwah yang agung

Ukhuwwahlah yg menjamin perpaduan sesama mukmin dan menghindarkan keretakan saf barisan orang-orang yang beriman. Para sahabat yang lain berkongsi kegusaran dalam menunggu tamatnya hukuman ke atas Ka'ab dan nyata apabila diangkat hukuman itu seluruh sahabat bergembira dan berebut-rebut menemui Ka'ab untuk memberitahunya. Ka'ab tidak lupa kepada sahabatnya Talhah yg berkejaran menemuinya lalu memeluknya dan mengumumkan berita itu dengan gembira. Rasul turut gembira dengan penerimaan taubat Ka'ab, 'Bergembiralah dgn hari yang paling baik pernah kau lalui'.

19. Pengorbanan dan peningkatan diri bukti taubat diterima

Ka'ab melepaskan hartanya setelah taubatnya diterima, sebagai berkorban untuk kesilapannya. Rasul memintanya simpan sebahagian untuk keluargnya. Keteguhan Ka'ab ketika diboikot juga membuktikan peningkatan dirinya dan ini adalah hasil taubat yang diterima.

20. Tiada perkataan 'cukup' dalam dakwah

Jangan berasa selesa/ cukup setelah selesai sesuatu misi/objektif. Ka'ab tidak berasa cukup dengan taubatnya walau diterima lalu sentiasa sedekahkan hartanya dengan niat menebus kesilapannya.

21. Enam peringkat keimanan muslim

Terbahagi kepada 3 peringkat mukmin dan 3 lagi peringkat munafiq.

3 peringkat mukmin:

i. taat sepenuhnya

ii. golongan yang mungkin goyah pada sesetengah keadaan/situasi tetapi diteguhkan kembali pendiriannya.

iii. tidak menyertai jihad bukan kerana lemah dari segi iman tetapi kerana ada penghalang.

3 peringkat munafiq:

i. nifaq yang berlembut tetapi tetap tidak jujur, sering beralasan untuk berlepas diri.

ii. nifaq yang berlebihan dan berani mengumumkannya. Juga berani membangkang arahan.

iii. nifaq yang berkonspirasi untuk menjatuhkan Islam - contohnya perjumpaan munafiqin di rumah Suwailim (seorang yahudi) merancang tindakan yang boleh melemahkan semangat muslim ketika kempen. Rasul mendapat tahu tentang hal ini lalu baginda mengarahkan rumah itu dibakar.

Sunday, February 28, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Friday, February 26, 2010

Ekonomi Negara Semakin Pulih.



Saya menarik nafas lega di atas pengumuman yang telah dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia bahawa ekonomi negara sudah pulih.
Sejak sebulan dua ini saya agak rimas bertemu pesakit kerana terdapat beberapa ubat yang tidak dapat diberikan sepenuhnya kepada pesakit kerana penjimatan yang dianjurkan oleh kerajaan.
Sekurang-kurangnya dengan pengumuman ini, bolehlah memberi harapan kepada pesakit untuk mendapatkan ubat mereka yang tertangguh tempoh hari.

Friday, February 26, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Wednesday, February 24, 2010

Kita Mempunyai Hak untuk Berbeza Pandangan


Dua tiga hari ini aku dihujani dengan pelbagai reaksi dari posting sebelum ini (Transfer Factor Lebih Testimoni dari Saintifik?). Beberapa komen membina dan ada juga yang menghina daku terima dari facebook, email dan shoutbox. Terima kasih kembali kepada semua rakan. Rasanya posting yang aku buat bukannya bernada menghina mana-mana produk. Aku cuma berfikir sendirian dan menulis kerana diterjah dengan satu fakta yang antagonis dengan diri selama ini. Mana pernah aku dengar orang kata dengan mengambil ubat sekian-sekian 'completely' Kencing manis hilang dan tak perlu makan ubat hospital. Jika lah benar seperti yang dikatakan itu kenapa KKM tidak masukkan dalam bluebook dan aku boleh prescribe kepada semua pesakit kencing manis dibawah jagaan ku. Sampai ada seorang makcik dah frust dengan ubat yang aku bekalkan setiap bulan. That's why aku tanya bersendirian dalam blog beberapa soalan tu. Adakah pernah ada dibuat kajian head to head TF tu seperti dalam kes ALLHAT Study atau UKPDS study? Inilah kajian saintifik yang aku maksudkan.
Sebenarnya aku bukanlah orang sombong atau tidak terbuka minda. Tapi kalau ada orang nampak aku sedemikian perbetulkan diri ni supaya benar dengan jalan yang Allah redhai. Aku insan biasa yang mencari-cari ruang ilmu di alam buana ini. Aku pasrah...
...Sesungguhnya hikmah itu sesuatu yang hilang dari kaum muslimin...maka kejarkanlah.
Setiap dari kita ada hak untuk berbeza pendapat dan pandangan yang tidak menyentuh akidah. Tapi aku percaya kita tidak akan bertelagah dari menyatakan bahawa Tuhan itu Satu, Al Quran itu Satu dan Nabi Muhammad itu satu.

Wednesday, February 24, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 1

Monday, February 22, 2010

Transfer Factor: Lebih testimoni dari kajian saintifik?


Ada seorang sahabat baik mengesyorkan kepada saya agar mengambil Transfer Factor untuk kegunaan harian. Katanya ia adalah pemakanan tambahan yang boleh merubah sistem pertahanan badan kepada lebih baik. Ini terbukti atas diri beliau sendiri yang sebelum ini mengalami beberapa masalah kesihatan. Amat menakjubkan setelah mengambil Transfer Factor tersebut, segala penyakit kronik yang beliau alami sembuh seratus peratus. Keajaiban ini ditambahi dengan beberapa testimoni dari pengamal perubatan lain yang telah lama berkecimpung dalam penjualan Transfer Factor ini. Saya begitu teruja dan terkejut dengan penemuan yang dinyatakan tersebut.
Selama berbelas tahun dalam pengamalan saya dalam perubatan, dan setelah menjadi seorang pakar, belum ada lagi satu "ubat" yang amat menakjubkan ini dengan hanya mendengar testimoni dari orang...Ada beberapa soalan yang masih bermain dalam benak saya
  1. Jikalah benar seperti yang didakwa, kenapa Kementerian Kesihatan Malaysia tidak memasukkan Transfer Factor ini dalam blue book?
  2. Tiada kajian saintifik sebenarnya mengesahkan keberkesanan Transfer Factor ini. Dalam website mereka mendakwa 40 tahun berpengalaman dalam kajian dan lebih 3000 kajian telah diajalankan, namun tiada satu pun kajian yang dijalankan mengikut prosedur kajian / metodologi kajian saintifik. Malah kajian yang dijalankan adalah terdapat bias kerana semua kajian ditaja oleh syarikat berkenaan sahaja. Tiada organisasi bebas menjalankan kajian terhadap Transfer Factor tersebut.
  3. Andaikata ia benar berlaku seperti yang didakwa, kenapa ia dijual dalam bentuk MLM? Tidak dijual dalam bentuk pasaran bebas. Keburukan MLM adalah ahli yang memperomosi jualan mereka lebih cenderung untuk mengejar target jualan mereka dan lebih cenderung untuk menokok tambah perkara yang tak sepatutnya. Lebih parah dari itu terkadang memaksa pelanggan membeli barangan mereka.
  4. Testimoni adalah bukan kajian saintifik. Ikuti ulasan lanjut saya dalam posting sebelum ini (Testimoni bukan kajian saintifik dan perubatan berasaskan bukti) .
  5. Jika sekiranya ia sejenis pemakanan tambahan, adakah dia Halal?
Kenyataan saya diatas hampir sama dengan perbincangan yang telah dilakukan oleh Malaysian Medical Resources.

Monday, February 22, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 5

Friday, February 19, 2010

Kelas Al Furqon Tahun 2 bermula


Pada 19hb Feb 2010, Kelas Al Furqon di Institut Al Quran bermula.

Friday, February 19, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Wednesday, February 17, 2010

Ayat-ayat cinta vs Ketika Cinta Bertasbih


Entah bagaimana dan apa sebabnya tiba-tiba aku terlekat untuk terus membaca dan membaca Novel Ayat-ayat cinta. Novel tersebut adalah koleksi bacaan isteriku yang tercinta. Beliaulah sebenarnya peminat novel terutama karangan Faisal Tehrani. Aku sekali sekala membelek novel-novel itu tanpa mendatangkan berahi untuk bertumus membacanya. Tapi, Novel Ayat-ayat cinta (AAC) ini lain. Aku semakin ketagih untuk terus membaca hingga lewat pagi. Adakah persoalan poligami yang menjadi tema AAC? Atau keanggunan peribadi Fahri yang serba sempurna? Bukan setakat novelnya sahaja aku baca yang membangunkan jiwa, tetapi aku terus mencari melalui dailymotion filemnya.
Akan aku persetankan jika ada orang kata seorang pemimpin persatuan dan ketua pejabat gila dengan novel remaja! Kerana novel AAC telah menampakkan sesuatu matlamat jelas yang ingin dibawa kepada pembacanya. Novel Islami alternatif kepada novel-novel cinta yang berlambak dalam pasaran sekarang. Inilah kaedah cinta yang sebenar melalui proses keislaman dan peradabannya. Walau pun filemnya pula mendapat komen yang sinis dari penggiat seni Islam. Di mana filem AAC tidak menjaga adab-adab Islam kerana pelakonya membuka aurat dan adegan Fahri mencium Aisha di malam pertama mereka serta Fahri bercumbuan dengan Maria di atas sofa... Walaubagaimana pun kritik filem ini di jawab oleh
Habiburrahman El-Syirazi dalam satu forum di Singapura. Setelah sekian lama dunia perfileman diulik oleh kemaksiatan dengan tiada adab-adab Islami, sekurang-kurangnya filem AAC cinta ini akan memulakan langkah pembersihan dalam pembikinan filem.
"...semasa zaman Rasulullah sebelum hijrah, Ka'bah dipenuhi dengan berhala. Rasulullah tidak terus menghapuskan berhala-berhala tersebut. Rasulullah tetap juga melakukan ibadah seadanya walaupun ka'bah pada ketika itu terdapat 360 lebih berhala sembahan kaum Quraisy. Setelah pembukaan kota Mekkah pada tahun kesepuluh hijrah, barulah pembersihan keseluruhan berhala-berhala tersebut...."

Filem Ketika Cinta Bertasbih (KCB 1 & 2) muncul, dengan diberi nafas baru dalam dunia perfileman Islam. Disini adabnya dijaga. Pelakunnya menjaga aurat walaupun adegan malam pertama. Malah Kang Abik (Habiburrahman El-Syirazi) juga turut berlakun dalam filem ini. Suasananya segar. Sineteronnya indah. Kata-katanya adalah pembangunan jiwa. Tersentuh apabila melihatnya. Temanya adalah cinta yang luhur. Enekdotnya memberi jawapan ampuh kepada wanita yang tidak mahu berpoligami.

Boleh lihat filem melalui youtube
Atau boleh membeli buku melalui web site ini.

Wednesday, February 17, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Monday, February 15, 2010

The FIVE Dysfunction of Islamic Organisations


This post was prepared by Br. Ibn Abee Omar of MuslimMatters.org

This information should benefit anyone involved in Islamic organizations, but it really needs extra attention from those in leadership positions in their communities to start to effect the type of change needed to prevent dysfunction.

The Five Dysfunctions Are

  1. Absence of Trust
  2. Fear of Conflict
  3. Lack of Commitment
  4. Avoidance of Accountability
  5. Inattention to Results

These are laid out by Patrick Lencioni in his book, The Five Dysfunctions of a Team: A Leadership Fable. While the pertinence to a professional or corporate environment is obvious, these are at the core of the problems faced by Masajid and Islamic organizations across the country.

1. Absence of Trust

The fear of being vulnerable with team members prevents the building of trust within the team.

Understanding trust means refining our notions of the term. Trust means knowing the others around you have good intentions, and that you don’t need to shield yourself around them. It is distinct from reliance, which is “trusting” that a peer will perform a given task reliably. Trust is being able to open up, and show vulnerability while knowing that those vulnerabilities won’t be used against you.

What we find with many Islamic organizations is that people’s actions are dictated by what others will think about them. Think about the person elected to be the Masjid treasurer with no accounting or financial experience whatsoever. This person continues to do this job day in and day out, despite not being able to do it well. Instead, this person is focusing on holding this position for strategic reasons vis-a-vis others within the organization. He is constantly trying to protect himself. If trust existed within the organization, he would be able to display that vulnerability and instead be 100% focused on performing the treasurer duties to the best of his ability.

It is commonplace that the higher ranking members in these organizations are usually the “well-educated” ones (e.g. the “doctor uncle”). One thing we often fail to realize is that these people have been trained their entire lives to be competitive with their peers and constantly outperform them. Personal reputations are at stake. If these instincts cannot be ‘turned off’ for the betterment of the organization, then a lot of time is invested into managing the fallout. Examples of this include having constant meetings to manage people’s behaviors, and seeing a decrease in the willingness of organization members to help one another.

Organizationally, another factor that contributes to a loss of trust is not identifying and utilizing people’s skills. How can trust exist in a masjid construction project when a Muslim contractor who has been managing construction projects for a living for over 20 years is sitting around while the organization turns over the masjid construction plans to a pediatrician?

This is the fundamental building block to freeing Islamic organizations of dysfunction, and it is perhaps the hardest because it requires the greatest overhaul in attitude and environment.

Once established however, it can foster constructive conflict.

2. Fear of Conflict

The desire to preserve artificial harmony stifles the occurrence of productive, ideological conflict.

-Important concept to understand: Ideological conflict vs. Personal conflict-

Have you ever met a husband and wife who never had an argument with one another? Have you ever met a parent that never had a disagreement with his or her children? Didn’t think so.

Why do we expect that Islamic organizations should operate under some kind of happy-go-lucky utopia? To preserve this naive notion of how things should be, we avoid engaging in any kind of conflict. What ends up happening then is that direct conflict is avoided within the organization, but it is replaced with back-stabbing, personal conflicts, and politics.

You have seen the organization where there may be a body of 7 people. 3 of them meet separately, and 4 of them meet separately. Then they concoct conspiracy theories about how the opposing camp really feels about an issue, and why they are pushing a particular position over another. Then they get riled up, and go out to the community seeking more support for their own side. Next thing you know, it’s an all out community conflict with name-calling, people not talking to each other, and the conflict finally erupting at a dinner party at some innocent person’s house while the innocent bystanders try to enjoy some chicken biryani.

Muslim organizations simply seem to want to avoid having any healthy conflict (discussion). This is why they all dread meetings that are boring, and where nothing gets done. When organization members trust each other, they can talk freely with one another and debate the merits of different ideas. Sit down and completely hash it out. A certain level of maturity is of course required, so that the debate does not turn personal. The element of trust is what allows people to freely credit or discredit ideas without worrying about hurting someone’s feelings (and then later making personal attacks behind their back).

Meetings should be lively and focus on the concepts and ideas being discussed – even if they become emotional. Let people be passionate about why they feel that a certain project is a waste of money, or that the dome of the masjid should be 25 feet in diameter instead of 30 feet, and so on.

This is important because once the merits of an idea have been thoroughly discussed, everyone has had a chance to air their objections or concerns, and people can respond to them. So let the best ideas win. Once that is done, even the people who initially opposed the idea, can support it from an organizational perspective. Contrast this with a board member who unwillingly votes in favor of a certain project, waiting for it to fail, then running around telling the community, “I told you so!”

3. Lack of Commitment

The lack of clarity or buy-in prevents team members from making decisions to which they will commit.

Commitment only comes from the step above – once everyone’s perspectives and opinions have been heard, they can all buy into the concept knowing that all ideas have been considered. And of course, that discussion cannot take place without step 1 – establishing trust.

According to Lencioni, the two biggest factors hindering commitment are:

  1. Desire for consensus
  2. Need for certainty

It seems many Islamic organizations refuse to move forward even one step without both of those being in place. Finding consensus is a nearly impossible task, and consensus is usually sought out of fear of backlash. It seems leaders are unwilling to make decisions without 100% support in case something goes wrong, they can defend themselves. This is unhealthy for the growth of any organization.

People do not need to agree with a decision in order to support it. As long as their ideas have been properly heard (explained in the step above), then they can rally around the decision – even if they disagree with it.

The need for certainty is closely related to the phenomenon of analysis paralysis. Organizations are unwilling to make a decision until a certain amount of data is available to them – at which point it might be too late. They have an innate need to feel like they have made the correct decision. Often times, a decision will need to be made quickly, and without the benefit of having all of the relevant information available. It is important to decide, and move on. Better to go down swinging then not show up at all. We are blessed with Istikharah and shura. Utilize them. Constantly delaying a decision, or flip-flopping back and forth will not help you make the correct choice, instead it will just kill your credibility.

Symptoms of lack of commitment include: ambiguity about direction and priorities, lack of confidence, fear of failure, and revisiting issues over and over for discussion. Islamic organizations need to clearly define their goals, rally around those common objectives, create an environment of learning from mistakes, and moving forward without regret.

The Prophet (sal-Allahu ‘alayhi was-Sallam) said the believer is not bitten from the same hole twice. We cannot demand perfection, but we demand the best effort.

4. Avoidance of Accountability

The need to avoid interpersonal discomfort prevents team members from holding one another accountable.

Lack of clarity and direction (as explained in the step above) makes it impossible to hold anyone accountable. How can someone be accountable if they do not know what is expected in the first place?

Successful organizations must have an environment in place where people are able to call each other out for not living up to their standards. This should be the case whether positions are paid or unpaid. People are uncomfortable letting others know that their performance may not be up to the expected standards because they fear losing a volunteer, or perhaps even a friendship. Letting these feelings fester though, will only cause those relationships to deteriorate. It is time for Islamic organizations to stop settling, and demand the best – even if it requires some personal discomfort along the way. Doing this will actually develop mutual respect amongst the people working within the organization because they know they are equally being held to the same high standards by one another.

If this accountability is not there, then people begin to simply look out for their own self-interests over and above the interests of the organization.

5. Inattention to Results

The pursuit of individual goals and personal status erodes the focus on collective success.

Once an organization has clearly defined its goals and objectives, it must focus on meeting them. When an organization loses sight of those results, their attention shifts elsewhere. Lencioni says ‘elsewhere’ in this case would be team and individual status:

Team Status: For [some], merely being part of the group is enough to keep them satisfied. For them, the achievement of specific results might be desirable, but not necessarily worthy of great sacrifice or inconvenience. As ridiculous and dangerous as this might seem, plenty of teams fall prey to the lure of status. These often include altruistic nonprofit organizations that come to believe that the nobility of their mission is enough to justify their satisfaction … as they often see success in merely being associated with their special organizations.

Individual Status: This refers … [to people focusing] on enhancing their own positions … at the expense of the team.

The collective results must be more important than individual aims and objectives. One important note is the relationship of this dysfunction to the issue of trust (step 1). Individuals getting involved must also cleanse their hearts of any ill intentions such as seeking fame and credit in the community. The eventual breakdown of an entire organization can start from the simplest of individual wants or intentions.

Concluding Thoughts

Lencioni summarized it best:

And so, like a chain with just one link broken, teamwork deteriorates if even a single dysfunction is allowed to flourish.

Another way to understand this model is to take the opposite approach – a positive one – and imagine how members of a truly cohesive team behave:

  1. They trust one another.
  2. They engage in unfiltered conflict around ideas.
  3. They commit to decisions and plans of action.
  4. They hold one another accountable for delivering against those plans.
  5. They focus on the achievement of collective results

Monday, February 15, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Tuesday, February 09, 2010

Mendidik Anak Remaja



Mendidik Anak Remaja
Sumber: www.yadim.com.my


MEMANG tidak mudah mendidik anak supaya menjadi seorang anak yang hebat. Bagaikan sudah menjadi hakikat ‘sunahtullah’ bahawa terdapat perbezaan antara mendidik anak lelaki dengan perempuan. Dalam pelbagai aspek seperti memberi nasihat, mendidik, menegur ajar, menyuruh dan sebagainya, terdapat cara yang berbeza terhadap jenis jantina anak. Hakikat inilah yang tidak diketahui oleh kebanyakan ibu bapa, menyebabkan mereka melakukan kesilapan dalam mendidik anak seperti anak lelaki dididik secara anak perempuan dan begitu juga sebaliknya. Akibatnya, keberkesanannya tidak tercapai.

Menjadi seorang ibu atau bapa adalah satu cabaran hidup (dan ganjaran) yang terbesar. Bagaimanapun, ibu bapa kepada remaja belasan tahun mungkin mempunyai tugas yang paling sukar di antara ibu bapa lain. Zaman remaja adalah satu perjalanan daripada zaman kanak-kanak menuju dewasa, daripada bergantung hampir sepenuhnya pada pandangan orang lain kepada bagaimana membuat keputusan yang bertanggungjawab secara berdikari. Ia boleh jadi satu peralihan yang sukar bagi remaja itu sendiri dan juga ibu bapa mereka, terutamanya dalam masyarakat di mana orang muda setiap hari berhadapan dengan risiko serius yang berkaitan dengan seks, keganasan, penyalahgunaan dadah, alkohol, merokok, dan gagal dalam pelajaran – risiko-risiko yang biasanya adalah berkaitan antara satu sama lain. Oleh kerana pelbagai risiko yang dihadapi oleh remaja berkait rapat antara satu sama lain, begitu jugalah dengan jalan penyelesaiannya.

Adalah mudah bagi ibu bapa untuk percaya bahawa pengaruh mereka terhadap anak-anak remaja mereka telah lupus sebaik sahaja anak mereka mencecah zaman remaja. Rakan-rakan dan media nampaknya lebih berkuasa. Tetapi kajian dan pengalaman menunjukkan dengan jelas: ibu bapa adalah penting dalam kehidupan remaja. Remaja belasan tahun memerlukan sokongan, panduan, dan perhatian daripada ibu bapa mereka sepertimana kanak-kanak juga. Dan remaja sendiri mengatakan bahawa mereka mahu mendengar apakah cabaran yang dihadapi oleh orang dewasa, walaupun mereka tidak selalunya berlagak seperti demikian.

Ibu bapa juga boleh membentuk komuniti di mana anak-anak mereka membesar. Sama ada anda bimbang mengenai tabiat minum arak, penyalahgunaan dadah, keganasan, masalah di sekolah, merokok, atau seks (atau kesemuanya sekali), nasihat terbaik bagi ibu bapa adalah sama: teruslah mempunyai hubungan yang rapat dengan anak-anak remaja anda. Idea-idea di bawah boleh membantu ibu bapa membuat perubahan dalam kehidupan anak-anak remaja mereka.

LUANGKAN MASA

Luangkanlah masa dengan anak-anak anda secara melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan umur dan minat mereka. Kongsilah pengalaman dalam membina satu perhubungan yang mesra yang berasaskan kasih sayang dan kepercayaan yang merupakan asas bagi komunikasi pada masa hadapan. Makan bersama sekerap mungkin. Waktu makan adalah peluang terbaik untuk berbual-bual tentang perkara-perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka dan untuk merapatkan diri dengan anak-anak anda. Gunakanlah masa yang ada untuk berbual, bukannya berbalah. Membaca, menonton televisyen atau wayang, dan layarilah internet bersama-sama. Bersenam atau bersukan sebagai sebuah keluarga. Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan bersama-sama anak-anak anda.

BANTU REMAJA MENDAPATKAN KEYAKINAN DIRI

Keyakinan diri adalah sesuatu yang diperolehi, bukannya diberi. Berikan anak-anak anda peluang untuk belajar kemahiran-kemahiran tertentu dan mendapatkan keyakinan diri. Pujilah mereka atas tugas-tugas yang mereka telah selesaikan dengan baik, galakkan perkara-perkara positif dan tekankan perkara-perkara yang dilakukan dengan baik oleh anak-anak anda. Jika mereka ketinggalan atau cuai, cadangkan cara-cara untuk memperbaiki diri; jangan mengkritik. Kasih sayang dan rasa hormat akan menggalakkan mereka berkelakuan baik, bukannya ketakutan atau keaiban.

GALAKKAN REMAJA MELIBATKAN DIRI DALAM AKTIVITI POSITIF

Bantulah anak-anak anda mengenal pasti kelebihan, bakat dan minat mereka dan untuk mencari peluang di mana perkara-perkara ini boleh dikembangkan. Galakkan mereka melibatkan diri dalam kerja-kerja sukarela dalam komuniti anda, menjadi ahli kumpulan belia, atau turut serta dalam aktiviti kesenian atau sukan. Ini akan membuatkan mereka merasa ‘berguna’ di dalam masyarakat, menghubungkan mereka dengan kawan-kawan yang positif dan pemimpin-pemimpin di kalangan orang dewasa, dan juga memenuhkan jadual harian mereka.

BANTU REMAJA MENETAPKAN MATLAMAT

Bantu anak-anak memahami bagaimana pilihan yang mereka buat sekarang boleh mempengaruhi keseluruhan kehidupan mereka. Perkenalkan mereka dengan mereka yang berjaya di komuniti anda yang boleh menerangkan apa yang perlu dilakukan untuk berjaya. Remaja yang mempunyai matlamat jangka panjang dalam pelajaran atau pekerjaan kurang berkemungkinan untuk merosakkan masa hadapan mereka dengan melibatkan diri dalam perkara-perkara yang tidak sihat.

MENGHARGAI PENDIDIKAN

Libatkanlah diri dalam pendidikan anak-anak anda dan biarkan mereka tahu bahawa ia sangat penting bagi anda. Terangkan kepada mereka bagaimana pelajaran akan membantu mereka pada masa hadapan dan mengapa penting bagi mereka untuk mengambil perhatian serius perkara ini dari sekarang. Kegagalan dalam pelajaran biasanya adalah tanda-tanda untuk muncul masalah lain. Jika anda mendapati pelajarannya merosot, berbincanglah dengan mereka dan dengan guru-gurunya dengan segera.

LIBATKAN DIRI DENGAN SEKOLAH

Ibu bapa sering berhubungan dengan sekolah anak-anak semasa mereka di sekolah rendah, tetapi mula menjauh apabila mereka semakin membesar. Cubalah terus libatkan diri sehingga sekolah menengah. Beri perhatian kepada kelas-kelas yang diambil oleh anak-anak anda dan kerja rumah yang mereka bawa balik. Jadi ahli Persatuan Ibu Bapa atau organisasi lain yang ada kena mengena dengan sekolah.

Tawarkan diri untuk menjadi tutor, mentor atau penceramah jemputan. Berjumpa dengan pengetua, guru-guru, kaunselor dan jurulatih mereka. Hadirilah majlis-majlis, pameran, drama, pancaragam, nyanyian dan sukan yang dikendalikan oleh pihak sekolah. Jika anda tidak menghadirinya, anak-anak anda adalah orang yang pertama menyedarinya.

AMBIL TAHU

Buat peraturan yang jelas bagi anak-anak anda mengenai apa yang boleh mereka lakukan dan dengan siapa mereka boleh meluangkan masa, dan terangkanlah kepada mereka mengapa peraturan-peraturan ini penting. Tetapkan masa di mana mereka mesti balik dan jangan benarkan mereka menghadiri sebarang majlis tanpa ditemani orang dewasa.

Berusahalah lebih sedikit untuk mengetahui di mana anak-anak anda berada pada hari minggu dan selepas waktu sekolah, memandangkan waktu-waktu tersebut adalah ‘zon bahaya’, di mana anak-anak muda yang tidak dikawal mungkin berpeluang untuk menyalahgunakan dadah, melakukan jenayah dan terlibat dalam perbuatan-perbuatan berisiko yang lain. Matlamatnya adalah untuk menjadi seorang ibu bapa yang berwaspada tanpa terlalu memaksa. Ingat, dengan mengetahui di mana anak-anak anda berada dan apa yang mereka lakukan tidak bermakna anda suka membebel; ini bermakna anda seorang ibu atau bapa yang prihatin.

KENALI SIAPA KAWAN-KAWAN ANAK ANDA

Rakan-rakan mempunyai pengaruh yang kuat terhadap satu sama lain, oleh itu adalah penting bagi anda untuk mengenali siapa kawan-kawan anak-anak anda dan ibu bapa mereka. Kebanyakan tekanan rakan sebaya adalah positif. Galakkan anak-anak remaja anda untuk meluangkan masa dengan kawan-kawan yang positif dan sihat. Jemput mereka datang ke rumah dan berbual-buallah dengan mereka secara terbuka.

SELALU BERBINCANG

Walaupun ia agak sukar untuk memulakan perbualan mengenai perkara ini, mulakannya apabila anak-anak anda ingin tahu dan mula mencerluskan soalan. Jelaskan kepada mereka bahawa setiap orang berasa terluka, takut, marah dan ragu-ragu, dan berbincang dengan mereka mengenai cara-cara yang betul untuk menangani emosi seperti ini. Pastikan bahawa anak-anak anda tahu bahaya rokok, dadah, alkohol, dan seks. Komunikasi yang kerap mengenai isu-isu seperti ini patut bermula sejak mereka kecil lagi dan berterusan hingga mereka remaja kerana soalan-soalan dan situasi terus berubah mengikut masa.

Tentulah, dengan remaja belasan tahun terutamanya, anda mungkin harus mengambil inisiatif untuk terus berkomunikasi. Binalah satu dialog dua hala dengan menjawab secara hormat setiap soalan atau topik dengan teliti. Bercakap dengan mereka, bukannya kepada mereka.

TERANGKAN NILAI-NILAI MURNI

Berkomunikasi dengan anak-anak mengenai isu-isu yang sukar adalah lebih berjaya apabila anda, sebagai seorang ibu atau bapa, jelas mengenai perasaan anda sendiri. Dengan bersikap terbuka dan jujur, anda boleh meluahkan nilai-nilai yang anda harapkan dengan cara yang menunjukkan keprihatinan. Kebanyakan ibu bapa bimbang dilihat sebagai seorang yang hipokrit, terutamanya jika mereka sendiri terlibat dalam perkara-perkara kurang sihat semasa mereka remaja, tetapi sekarang mereka mendesak anak-anak mereka untuk mengambil jalan lain. Kebanyakan remaja mempunyai ‘radar hipokrit’ yang baik.

Mereka biasanya cukup sofistikated untuk menyedari bahawa dalam dunia moden yang penuh dengan bahaya seperti AIDS, senjata automatik dan bahaya-bahaya lain, standard yang baru adalah perlu.

JADILAH MODEL YANG BAIK

Jadilah model atau contoh harian yang terbaik berkaitan dengan nilai-nilai dan standard yang anda harapkan. Tunjukkan kasih sayang, kejujuran, disiplin dan keterbukaan yang anda harapkan daripada anak-anak anda. Jika anda menyalahgunakan dadah atau minuman keras, sedarlah bahawa anak-anak anda sedang memerhatikan dan apa yang mereka lihat mungkin akan merosakkan niat baik anda untuk menghalang mereka dari menyalahgunakan bahan-bahan ini. Jangan merokok atau membenarkan sesiapa merokok di dalam rumah.

Tunjukkan contoh seseorang yang tidak menggunakan keganasan. Jika anda mahu anak-anak muda menolak keganasan, anda perlulah menunjukkan cara-caranya. Ibu atau bapa yang mempunyai teman lelaki atau wanita harus tahu bahawa anak-anak mereka melihat apa yang mereka lakukan, bukan setakat mendengar apa yang mereka perkatakan.

BERI PERHATIAN

Program-program sokongan bagi remaja yang bermasalah adalah baik, tetapi semua kanak-kanak dan remaja mampu memperolehi kebaikan daripada galakan, perhatian dan sokongan. Jangan memfokuskan perhatian kepada mereka hanya apabila ada masalah. Biarkan anak-anak anda tahu bahawa anda berbangga dengan mereka, walaupun kadangkala ia kelihatan seperti bukannya satu perkara yang besar.

HULURKAN BANTUAN

Perhatikan tanda-tanda penyalahgunaan dadah dan alkohol, kegagalan dalam pelajaran, kemurungan dan keganasan. Berikut adalah beberapa panduan yang boleh anda perhatikan:
1. banyak masa diluangkan bersendirian dan mengasingkan diri dari keluarga dan rakan-rakan,
2. perubahan yang mendadak dalam prestasi di sekolah,
3. perubahan kelakuan dan pertukaran emosi yang drastik,
4. tidak berminat mempunyai hobi atau beraktiviti sosial atau rekreasi,
5. dan perubahan pilihan rakan-rakan atau mengasingkan diri daripada kawan-kawan lama.

Jangan takut untuk masuk campur dan mendapatkan bantuan dari luar. Kebanyakan komuniti mempunyai sumber-sumber bagi membantu ibu bapa membantu anak-anak mereka.

WUJUDKAN RUMAH SELAMAT

Jika anda mempunyai senjata api, pastikan ia sentiasa dikunci. Jangan bawa masuk dadah ke dalam rumah, dan sentiasa kuncikan kabinet barangan yang boleh membahayakan. Jangan merokok berdekatan anak-anak anda atau membenarkan orang lain berbuat demikian. Pastikan anak-anak remaja anda memakai tali pinggang keledar, belajar memandu dari sekolah memandu yang baik, dan tahu mengenai bahaya memandu secara laju.

TAHU APA YANG DITONTON, DIBACA, DAN DIDENGAR

Adalah tanggungjawab anda sebagai ibu bapa untuk menapis bahan-bahan yang sampai kepada anak-anak anda. Remaja pun memerlukan panduan untuk menjadi seorang pengguna media yang berpengetahuan. Tontonlah televisyen atau dengar muzik bersama anak-anak anda dan bantu mereka memahami perbezaan antara kehidupan sebenar dan apa yang digambarkan dalam media. Carilah masa yang sesuai untuk mengajar; karakter dan cerita yang digambarkan dalam media sering memberikan peluang untuk berbual mengenai isu-isu yang melibatkan anda dan anak-anak anda.

LIBATKAN DIRI DALAM MASYARAKAT

Ibu bapa boleh membuat perubahan dalam kehidupan anak-anak mereka, tetapi ibu bapa tidak boleh menyelesaikan kesemua masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah melibatkan diri dalam mengubah persekitaran di mana anak-anak mereka menghadapi cabaran dan pilihan-pilihan yang sukar. Lebih banyak sokongan yang diberikan oleh masyarakat terhadap perkembangan positif remaja, lebih mudah bagi anda menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu atau bapa. Galakkan pihak sekolah dan organisasi-organisasi lain untuk mengendalikan dan menjalankan aktiviti yang bebas rokok dan bebas dadah. Sokonglah penubuhan tempat-tempat rekreasi yang mesra remaja dan selamat daripada dadah, alkohol, dan rokok.

Ambil bahagian dalam organisasi-organisasi komuniti yang mempromosikan pihak polis untuk membantu kanak-kanak dan remaja, seperti menghalang penjualan rokok kepada kanak-kanak atau mengurangkan keganasan dalam masyarakat. Pergilah ke kedai-kedai yang mempromosikan pilihan-pilihan yang sihat bagi remaja. Bantulah remaja lain dalam masyarakat anda dengan menjadi mentor mereka atau mengambil remaja bekerja di tempat kerja anda. Libatkan diri dengan kumpulan belia di tempat anda atau di pusat komuniti setempat.

Dalam dunia serba moden sekarang ini, tanggungjawab sebagai ibu bapa semakin besar dan berat dalam mendidik anak bagi melahirkan generasi cemerlang pada masa akan datang. Justeru, ibu bapa juga seharusnya menambah ilmu dari semasa ke semasa bagi menangani karenah anak-anak remaja yang sduah semakin terkehadapan sekarang ini.

Tuesday, February 09, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Sunday, February 07, 2010

Belajar sehingga liang lahad


Hidup tiada seri tanpa ilmu. Justeru mencari ilmu adalah kefarduan. Terengganu subur dengan taman ilmu. Setiap masjid diimarahkan dengan kuliah. Pagi jumaat saban minggu Masjid Rusila mengadakan kuliah. Pagi ini Institut Quran Terengganu mengadakan perasmian pendaftaran baru kelas Al Furqon. Iaitu kelas hujung minggu bagi orang awam.

Sunday, February 07, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Wednesday, February 03, 2010

Hati-hati Forward Email


Hari ini saya ada menerima 2 email dari sahabat. Menceritakan mengenai dua jenis makanan yang biasa kita makan. Katanya kilang memperoses makanan tersebut telah memasukkan bahan haram seperti katak dan cacing. Serbuan telah dibuat tapi tindakan tidak diambil oleh pihak tertentu.
Email tersebut adalah email yang berantai (forward email) dari satu penerima kepada satu penerima lain. Email sebegini akan berkembang dengan cepat dalam alam maya. Ianya ibarat sistem MLM, seorang penghantar email akan mem'forward'kan kepada katakan 10 orang, penerima email berkenaan pula akan forwardkan kepada 10 orang lain. Bermakna dari satu email asal, dengan satu klick sahaja sudah 100 orang dapat membacanya. Penerima ketiga pula akan forward kepada sesiapa yang dia kenali atau semua mail address.....bayangkan email sebegini akan cepat merebak.
''Hai orang-orang yang beriman! Jika datang kepadamu orang fasik membawa
suatu berita, maka ber-tabayyun-lah (konfirmasikanlah), agar kamu tidak
menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang
menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan itu,'' (QS Al Hujurat: 6)
Kemusykilan saya adalah, email sebegini adalah sama seperti surat layang. Mempercayai surat layang sama seperti mempercayai berita palsu. Dan jika kita mem'forward' berita palsu ini, kita akan terpalit sama menyebar fitnah. Dosanya amat besar sekali. Katakan satu email satu dosa, dengan cepat kita memperolehi dosa yang kita forwardkan tadi. Mungkin 100 dosa, mungkin 1000 dosa dan ianya akan berpanjangan selagi email tersebut dihantar oleh rakan maya kita kepada rakan maya mereka.
Jikalah benar dakwaan seperti yang dinyatakan dalam email tersebut, bukan ruang siber untuk meluahkannya. Jika ianya benar-benar berlaku, maka wajib bagi orang menemui kemungkaran seperti yang disebutkan itu melaporkan kepada pihak yang berwajib seperti polis atau biro pengaduan awam atau Persatuan Pengguna. Jika beliau tidak berbuat demikian, ia juga adalah satu dosa.
"DARIPADA Abu Said katanya: aku dengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (Muslim)."

Wednesday, February 03, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Tuesday, February 02, 2010

Sinar Pasti Ada- Apalah nasibku nanti


Tuesday, February 02, 2010 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Networkedblog