Followers
Saturday, May 27, 2006
Tuan Guru Hj Hadi Celik IT
Do you like this story?
DATO' SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG, Presiden PAS, dikenali sebagai seorang tokoh ilmuan dalam bidang ilmu agama. Namun tidak ramai yang mengetahui bahawasanya ulama yang menetap di Kampung Rusila, Marang, Terengganu ini merupakan seorang yang mahir dengan teknologi.
Beliau menguasai ilmu IT dan menggunakan peralatan IT yang moden sejak lebih 20 tahun yang lalu. Ikuti sembang-sembang beliau dengan MOHD RASHIDI HASSAN di pejabat beliau baru-baru ini.
Beliau menguasai ilmu IT dan menggunakan peralatan IT yang moden sejak lebih 20 tahun yang lalu. Ikuti sembang-sembang beliau dengan MOHD RASHIDI HASSAN di pejabat beliau baru-baru ini.
Sejak bila ketahui IT?
Saya mula belajar IT bermula dari tahun 1984. Pada masa itu guru komputer saya adalah Yusof Lee. Pada masa itu mouse pun tidak ada, lap top (komputer riba) pun tidak ada, saya guna komputer jenama IBM.
Guna komputer versi bahasa Inggeris ke Arab?
Mula-mula bahasa Inggeris. Beberapa bulan selepas itu rakan-rakan di Amerika Syarikat menghadiahkan kepada saya komputer Macintosh, jenama itu sahaja yang ada bahasa Arab. Masa itu Macintosh itu jenis yang ada beg. Buku saya yang pertama, Aqidah Muslimin, sebahagiannya ditaip dengan menggunakan mesin taip lama, sebahagiannya menggunakan Macintosh.
Bila mula guna Lap top?
Lap top, tahun 1986 kalau tidak silap. Pasa masa itu kami sertai program pelajar di Amerika. Saya ajak Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin tengok kedai komputer, tetapi dia buat tak tau sahaja (ketawa). Hari ini dia (Ustaz Ghani) terlebih advance (ketawa). (Nota : Ustaz Ghani adalah Pengerusi Lujnah ICT PAS Pusat)
Apa yang menarik di situ?
Masa itu kami di Chicago. Saya pergi survey lap top. Saya tengok sebuah printer, kecil sahaja, sama besar dengan lap top.
Laptop yang digunakan sekarang?
Fujitsu S2020 yang terbaru.
Lap top sebelum ini?
Oh..ada banyak. Lap top banyak jenis. Komputer pun banyak jenis. Jenis IBM, Toshiba, macam-macam, saya ini heavy user, saya guna sampai rosak (ketawa). Mana-mana pergi dalam dan luar negara saya bawa lap top.
Selain lap top apa lagi yang dibawa?
Dulu saya bawa CD. Saya bawa hard disk extra (IBM Travellers). Juga bawa thumb drive.
Apa ada dalam hard disk itu?
Banyak. Ada lebih 8 ribu kitab. Semua disiplin ilmu, segala jenis ilmu yang ditulis oleh ulama-ulama silam. Semua dalam bahasa Arab. Saya menulis buku, jadi senang hendak buat rujukan.
Contoh ilmu apa yang ada?
Seperti tafsir, fikah, akidah, sastera Arab, politik, sains dan teknologi, ensaiklopedia, kamus, sejarah dunia, sejarah tokoh-tokoh silam, perbandingan antara agama dan lain-lain. Contohnya macam Kitab Bidayah wanihayah (mengandungi sejarah semua tamadun termasuk purba, Babylon dan sebagainya) ada 14 volume. Hampir semua disiplin ilmu ada.
Sejak bila guna email
Saya guna email sejak tahun 1990-an. Pada masa itu di Malaysia internet baru digunakan.
Bila ada masa menulis dan membaca internet? Saya bukan internet setiap hari. Biasanya selepas solat subuh, selepas ceramah dan kadang-kadang ada masa selepas asar pun saya buka.
Laman web yang selalu dikunjungi? Sudah tentu yang kita punya (ketawa). Harakahdaily, ini saya wajib tengok. Saya juga buka laman Islamonline dan al-Jazeera (versi Arab). Juga laman-laman web berbahasa arab seperti al-mokhtasar.
Mengapa laman tersebut?
Sumber berita yang sahih dan cepat. Al Jazeera juga cepat dan Islamonline juga bagus.
Apa manfaat yang diperolehi melalui IT?
Ilmu, pemudahkan komunikasi. sebagaimana Hadis Rasulullah s.a.w,"Kebijaksanaan itu adalah sesuatu barang tercicir (yang hilang) bagi orang-orang yang beriman. Maka di mana sahaja ia menjumpainya, maka hendaklah ia mengambilnya.
Nasihat kepada pemimpin dan ahli PAS...
Saya mahu semuanya mendalami ilmu IT. Membudayakan ICT dalam kehidupan. Khususnya para ulama. Saya tidak mahu kita ketinggalan di zaman celik komputer sekarang. Jika kita lambat, kita akan ketinggalan.
This post was written by: Suhazeli Abdullah
Suhazeli Abdullah is a Medical profession and professional blogger, web designer and front end web developer. Follow him on Facebook
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Responses to “Tuan Guru Hj Hadi Celik IT”
Post a Comment