Followers

ziddu

Tuesday, June 30, 2009

Menguji Iman Melalui Peristiwa Isra’ Mikraj


Pada setiap tanggal 27 Rejab tiba , kita akan selalu teringat suatu peristiwa yang sangat luarbiasa , yang terjadi sejak 15 abad yang silam, iaitu peristiwa perjalanan Nabi Muhammad s.a.w. di waktu malam dengan  menaiki buraq dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Palestin, terus naik ke langit ke tujuh sampai ke Sidratul Muntaha. ,peristiwa ini lebih dikenali dalam masyarakat kita hari ini iaitu ' Peristiwa Isra' dan Mikraj"
 Hebatnya peristiwa ini sehingga mengundang sebahagian dari kaum Muslimin setiap pelusuk negara kita memperingatinya dengan mengadakan pelbagai kegiatan khususnya di masjid-masjid, surau-surau, sekolah atau pusat pengajian tinggi dan sebagainya semata-mata untuk meraikan sambutan peristiwa bersejarah ini sehingga semangat  ini terbawa-bawa walaupun bulan Rejab telah berlalu.
 Peristiwa Isra' dan Mikraj  terjadi Cuma sekali sepanjang sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w. Satu setengah tahun sebelum berhijrah ke Madinah perkara yang berlaku ini terjadi kepada diri seorang manusia maksum dan sungguh luarbiasa sehingga tidak semua orang meyakini kebenarannya , kecuali orang yang benar -benar beriman, yang mendapat hidayah dari Allah s.w.t.
 Bagi orang yang beriman kepada keesaan Allah dan hari Kiamat, ia menerima dengan hati yang terbuka dan pasrah, diterima kerana merupakan satu perkara yang logik,apatahlagi peristiwa itu dihubungkan sebagai salah satu mukjizat Nabi Muhammad s.a.w., maka tidak ada masalah yang perlu diragui. Yang jelas kebenaran peristiwa ini tidak mesti sesaui dengan hukum alam dan logik akal manusia, tanpa juga mempercayai secara jasad dan roh, kecuali setelah diperoleh bekas-bekas yang nyata dari peristiwa tersebut. Kita juga mesti beiman deng Isra' dan Mikraj iaitu ada perintah kewajipan menunaikan solat lima waktu. Kewajipan inilah yang menjadi pokok keimanan dan hendaklah dikerjakan bersungguh-sungguh serta tidak meninggalkannya.
Semasa perjalanan Nabi Muhammad bersama Jibril menuju ke Sidratul Muntaha mereka bertemu dengan para nabi terdahulu di setiap langit seperti Nabi Adam, Nabi Yahya dan Nabi Isa, Nabi Yusuf dan Nabi Idris alaihima salaam, Nabi Harun , Nabi Musa dan Nabi Ibrahim. Kemudian meneruskan perjalanan sampai ke suatu tempat yang bernama 'Sidratul Munhata' iaitu suatu kumpulan bintang -bintang terakhir dan tertinggi , letaknya sangat jauh di luar ' susunan tujuh langit' yang disebut tadi,  kemudian meneruskan perjalanan lagi ke suatu tempat bernama  'Baitul Makmur' suatu kumpulan bintang sesudah Sidaris ( Sidratul Muntaha).Di tempat inilah Nabi Muhammad menerima perintah wajib solat yang pada mulanya perintah itu sebanyak 50 kali sehari semalam. Tetapi atas nasihat Nabi Musa, Nabi Muhammad memohon kepada Allah agar dikurangkan , kerana beliau khuatir kalau-kalau umatnya tidak mampu melaksanakannya kelak. Allah s.w.t. mengurangkan sampai 5 kali sehari semalam.
 Hikmah dan tujuan utama peristiwa Isra' dan mikraj adalah agar umat Islam mewujudkan hubungan dengan Allah yang juga disebut dengan istilah 'Solat", sebagai suatu ibadah utama yang wajib dikerjakan 5 kali sehari semalam, sesuai dengan tata cara dan tata tertib yang digariskan oleh Rasulluh s.a.w. pada masa hayatnya yang diterima secara langsung bukan sebagaimana biasa melalui wahyu.
 Ia juga sebagai memperlihatkan kekuasaan dan kebesaran Allah s.w.t, dimana waktu itu bangsa Arab masih banyak yang mengingkari kebenaran ajaran Allah yang disampaikan nabi untuk , menjelaskan kejadian in adalah suatu pekerjaan yang berat supaya mereka dapat meyakini dam mengerjakannya secara ikhlas, semestinya keadaan itu disertai dengan peristiwa luar biasa yang disebut sebagai mukjizat.
 Antara sebahagian kejadian yangditunjukkan kepada nabi dimana semasa baginda manjalani peristiwa ini, manusia diazab dengan cara memotomg lidah sendiri kerana dosa yang dilakukan semasa hidup didunia disebabkan terlalu suka mengumpat, mencela dan mencaci orang lain, Rasulullah juga ditunjukkan bagaimana seorang yang mengangkat kayu api walaupun dia sudah tidak mampu memikulnya dia masih menambah beban itu sehingga membinasakan dirinya sendiri. Keadaan ini tidak terkecuali masih terjadi dalam masyarakat kita dengan menerima bebanan amanah sedangkan mereka sudah tidak mampu memikulnya. Begitu juga diperlihatkan kepada beliau terhadap mereka yang mengingkari, serta tidak mahu melaksanakan sembahyang dengan dirantai dengan besi yang dinyalakan api melingkari tubuh mereka dan betapa siksanya mereka ketika itu.
 Yang menjadi agenda utama sempena peristiwa ini adalah perintah wajib sembahyang lima waktu sehari semalam, baik untuk peribadi nabi s.a.w. mahupun untuk umatnya dengan waktu yang telah ditetapkan….
Betapa pentingnya sembahyang di dalam kehidupan seseorang Muslim , maka marilah kita tanamkan pendidikan Islam secara umum dam pendidikan agama secara khusus kepada anak-anak kita . Kita mesti ada perancangan terutama  yang berkaitan masa depan anak-anak dengan dibekalkan mereka dengan pengajaran agama, supaya nanti mereka tidak lupa dan salah faham mengenai agama Islam, tidak lagi  yang tidak  tahu Rukun Islam dan Rukun Iman dan ia akan menyedarkan mereka untuk menguasai seluruh kehidupan dengan amalan baikdan sempurna.
Jadikan pengajaran dan iktibar dari peristiwa Isra' dan Mikraj sebagai langkah untuk membersihkan serta membentuk sahsiah diri kita dengan kembali ke jalan Allah dan meninggalkan perbuatan keji yang sia-sia.
Dipetik dari 'Khutbah Jumaat khas sempena Isra' dan Mikraj bertajuk menguji iman melalui peristiwa Isra' dan Mikraj 

Sumber JAIS

Tuesday, June 30, 2009 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Thursday, June 11, 2009

Klinik dalam Taman


Klinik Kesihatan Sungai Tong, adalah salah satu klinik kesihatan yang berada di Daerah Setiu. Telah memenangi anugerah klinik tercantik.

Thursday, June 11, 2009 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Monday, June 08, 2009

Mencari barakah semasa Majlis Kenduri Kahwin



"Pernah saya cadang kepada seorang rakan supaya buat kebajikan semasa majlis kenduri kahwin." ujar seorang aktivis jemaah Kuala Berang.
"Macam mana kaedahnya?" saya teruja dengan kata-kata beliau.
"La ni masyarakat kita perlu ubah minda agar tidak mengamalkan salam berkait semasa majlis Kenduri kahwin." terus beliau dengan penuh semangat.
"Kalau orang nak beri duit juga masa salam, saya cadangkan kita sediakan satu tabung dan tabung tu diberi nama derma kebajikan kepada surau." tambah beliau.
"Iye jugak, satu cadangan yang bagus dan praktikel, dan saya nampak Hj Wahab telah melaksanakan sendiri semasa majlis Kenduri kahwin anak haji hari ni." Aku menyampuk.

Monday, June 08, 2009 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 2

Saturday, May 23, 2009

Perubatan Berasaskan Bukti Sains adalah Perubatan Islam


Perubatan berasaskan bukti (Evidence Based Medicine)

Islam sinonim dengan sains. Segala arahan dan larangan dalam Islam memang bertepatan dengan penemuan saintifik. Ajaran Islam yang telah dibawa oleh Rasulullah lebih dari 1400 tahun lalu adalah ajaran yang mempunyai unsur saintifik. Samada ianya telah dibuktikan atau sebaliknya. Mungkin ada beberapa fakta dalam Islam yang masih belum dibuktikan. Ini tidak bermakna Islam bertentangan dengan sains, tetapi kemampuan akal para saintis yang mengkaji belum lagi tidak tercapai. Sebagai contohnya para ulama yang mentafsir ayat 38-40 dalam surah Yasin sebelum ini tidak dapat membukti bahawa bulan, bintang dan matahari bergerak pada paksinya yang tersendiri. Akhirnya penemuan saintis yang mengkaji cakerawala membuktikan bahawa bulan, bintang dan matahari bergerak di atas paksinya yang tersendiri. Kemampuan akal manusia terbatas berbanding dengan kalamullah yang Maha Luas.
Begitu juga para penafsir
sebelum ini tidak dapat menceritakan lebih lanjut mengenai sesuatu yang tergantung dalam proses kejadian manusia.

1. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan,
2. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.


Begitu juga penegasan Allah dlm surah Al-haj ayat 5:


5. Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), Maka (ketahuilah) Sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan berangsur- angsur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (adapula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun, supaya Dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya. dan kamu Lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah.

Penemuan terbaru sains telah membuktikan firman Allah Taala di atas tadi. Dengan peralatan yang masa kini seperti ultrasound, saintis perubatan mengesahkan peringkat-peringkat kejadian manusia tersebut. Sememangnya kejadian manusia bermula dari sesuatu yang tergantung yang dinamakan Alaqah, dan tergumpal sebentuk daging (Mudghah).
Perkembangan bidang perubatan ini membuktikan kesamaan antara Islam dan sains. Walau apapun dakwaan sesetengah pihak bahawa perubatan sains moden tidak berlandaskan Perubatan Islam. Malah mereka mendakwa bahawa perubatan Islam adalah perubatan yang hanya semata-mata menggunakan bacaan-bacaan tertentu Al quran atau hadis-hadis khusus. Dr Ahmed Alkadi dalam tulisannya mengtakrifkan perubatan Islam seperti berikut.
  1. Ia adalah terbaik dan menjadi peneraju kepada semua kaedah perubatan yang ada.
  2. Ia adalah perubatan yang seiringan dengan etika yang benar lagi luhur.
  3. Ia adalah perubatan yang berasaskan bukti (evidence based medicine), bukannya dakwaan testimoni.
  4. Ia adalah lengkap, memberi rawatan sepenuhnya kepada tubuh badan, jiwa, samada individu mahupun masyarakat.
  5. Ia adalah universal (menyeluruh), mengambil manfaat dari pelbagai sumber dan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua makhluk.
  6. Ia adalah saintifik dan menepati kaedah syariat.
Ingin ditegaskan sekali lagi bahawa perubatan berasaskan bukti adalah perubatan Islam. Sesuatu yang boleh dibuktikan melalui kajian adalah sains dan ianya juga adalah Islam.

Walaubagaimanapun sebagai pengamal perubatan muslim tidak boleh lari dari pergantungan kita kepada konsep sebab akibat dalam Islam. Konsep ini telah menjangkaui batasan sains tapi ianya adalah sumber hukum yang sahih dari lidah Nabi SAW. Konsep sebab akibat ini terdiri dari dua, iaitu
  1. Sebab syarak atau sebab Naqli.
  2. Sebab Aqli atau bukti akal melalui kajian.

Sebagai contohnya sebab syarak dalam berubat sepertimana yang diriwayatkan oleh Muslim di dalam kitabnya Sahihnya, hadis dari Uthman bin Abil 'Ash r.a.:

Hadis di atas adalah ketentuan syarak yang wajib kita percayai. Ianya salah satu cadangan dari Rasulullah mengenai tatacara berubat kesakitan badan. Ianya bukan arahan wajib dan berbentuk ikhtiar doa yang boleh diamalkan oleh setiap manusia yang bergelar muslim. Dalam masa yang sama kita dikehendaki berikhtiar mendapatkan ubat yang telah terbukti kemujarabannya.
Menggabungkan kaedah perubatan melalui doa yang Rasulullah ajar dan ubatan adalah kaedah terbaik bagi seorang insan.

Saturday, May 23, 2009 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 1

Friday, May 22, 2009

Air Ikan Haruan Yang Mengundang Padah


SINGAPURA: Pihak berkuasa kesihatan Singapura memberi amaran kepada
orang ramai supaya tidak mengambil ubat tradisional dengan label 'Air
Ikan Haruan; oleh kerana ia mengandungi bahan perubatan berbahaya yang
tidak diisytiharkan. Dalam satu kenyataan hari ini, Pihak Berkuasa Sains Kesihatan
(HSA) berkata ia telah mengesan dexamethasone, sejenis ubatan barat
yang berbahaya dalam perubatan tradisional. Ia menyatakan dexamethasone adalah dadah preskripsi yang biasa digunakan bagi merawat penyakit radang seperti arthritis. 'Air Ikan Haruan', yang dipakej dalam botol-botol kecil, mendakwa dapat
"membersihkan darah kotor, mengurangkan gatal kulit, memulihkan luka
dalaman, menambah tenaga, mengurangkan batuk, dan mempertingkat
kesihatan ibu selepas bersalin," kata HSA. Penggunaan dexamethasone secara berterusan dan tanpa
penyeliaan boleh menyebabkan reaksi negatif yang serius seperti degupan
jantung tidak tetap, peningkatan tekanan darah, kolestrol, gula dalam
darah, dan kedatangan haid tidak menentu, kerosakan otot dan tulang,
sawan dan gangguan mental dan perasaan. HSA berkata ubat berkenaan tidak ditemui di kedai runcit
tempatan tetapi ia bimbang mungkin ada orang ramai yang membeli produk
itu dari seberang laut dan dengan tidak sengaja terdedah kepada bahaya
kesihatan yang serius disebabkan oleh produk tercemar itu. - Bernama

Friday, May 22, 2009 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 1

Monday, May 11, 2009

Definisi Kes Influenza A



Berikut adalah kes definisi bagi Influenza A menurut garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO);

Kes yang disyakki
Mana-mana individu yang didapati selepas tarikh 17hb April 2009 mengalami kriteria berikut:
1. Demam tinggi, suhu >38 Celsius, DAN
2. Satu atau lebih dari tanda berikut;
i. Batuk
ii. Sesak nafas (breathing difficulty)
iii. Sakit badan
iv. Bernafas singkat (shortness of breath)
DAN
3. Satu atau lebih dari kriteria berikut;
i. Bergaul dekat dengan pesakit yang disahkan berpenyakit Influenza A,
ii. Baru balik dari negara yang diisytihar wabak Influenza A.

nota: Negara yang diisytihar wabak seperti link berikut

Monday, May 11, 2009 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 1

Sunday, May 10, 2009

Demam Influenza A adalah Bala dari Allah



Sesungguhnya apa yang berlaku sekarang adalah salah satu tanda bala Allah. Sebagaimana apa yang berlaku dizaman bani Israel semasa pemerintahan Nabi Musa dimana Allah menurunkan bala berbentuk belalana, katak dan darah. Bala yang diturunkan akibat dari maksiat yang dilakukan oleh manusia itu sendiri

Sunday, May 10, 2009 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Saturday, May 09, 2009

10 kali gugur anak



Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Sri Ayu Kartikawati Amri
mfirdaus@hmetro.com.my



KUALA LUMPUR: Biarpun baru berusia belasan tahun, seorang remaja bukan saja sanggup melakukan hubungan seks dengan lebih lima lelaki serentak, malah melayan nafsu warga emas seusia bapanya hingga mendapat gelaran Ratu Bohsia.

Namun, gadis berkenaan tidak seharusnya dipersalahkan sepenuhnya kerana gelagat liarnya didorong pengalaman hitam selepas dinodai datuk sendiri menyebabkannya ketagih mengulangi perbuatan terkutuk itu.

Demi memuaskan nafsu gila selain membalas dendam terhadap perbuatan datuk yang mengaibkannya, dia mula belajar meneguk minuman keras seawal usia 12 tahun dan mengikut lelaki hidung belang ke hotel murah untuk melakukan hubungan seks walaupun baru beberapa jam berkenalan.

Disebabkan keghairahannya itu, gadis terbabit mendakwa menggugurkan kandungan lebih 10 kali sepanjang tempoh dia merelakan tubuhnya ‘diratah’, termasuk di kalangan Mat Rempit sehingga digelar Ratu Bohsia di kalangan pelumba haram.

Pengalaman gadis terbabit didedahkan kepada wartawan Harian Metro bukan untuk memalukan mana-mana pihak, sebaliknya pedoman kepada remaja perempuan yang baru mengenali dunia dan mengelak mereka menjadi alat pemuas nafsu lelaki ‘syaitan’ terutama Mat Rempit.

Gadis yang ingin dikenali sebagai Masliza, 20, berkata kehidupannya mula berubah selepas dia dinodai datuknya sendiri menyebabkan dia lari meninggalkan rumah sebelum berkenalan dengan seorang Mat Rempit.

Menurutnya, dia menghilangkan diri selepas berang dengan sikap ibu bapanya tidak mempercayai aduan bahawa dia dirogol datuk sendiri.

“Setiap malam minggu, kami akan keluar merempit dan menonton aksi liar Mat Rempit di sekitar ibu kota menunjukkan kehebatan masing-masing.

“Saya puas kerana dapat mengenali ramai ‘kaki rempit’ berhati batu dan kagum mereka tidak mempunyai perasaan takut serta sayang kepada nyawa sendiri ketika melakukan aksi di jalan raya,” katanya.

Selepas seketika berkenalan, teman lelakinya mula menunjukkan wajah sebenar apabila menyerahkannya kepada rakan untuk ‘dipakai’ secara beramai-ramai.

Demi menjaga imej di kalangan Mat Rempit terbabit, katanya, dia terpaksa menyerahkan kesucian dirinya.

Sejak itu, Masliza berkata, dia sering menjadi habuan puluhan Mat Rempit di hotel murah, rumah sewa mahupun dalam kereta menyebabkannya ketagih untuk melakukan hubungan seks.

Masliza mengakui pernah melakukan hubungan seks dengan lima lelaki dalam satu bilik hotel serentak.

“Ia pengalaman hitam yang menakutkan, namun saya melakukannya untuk membalas dendam terhadap keluarga yang menganiaya saya, terutama datuk. Lama-kelamaan ia menjadi hobi dan keseronokan kepada diri sendiri.

“Saya lari dari rumah kerana tidak dapat menerima kenyataan dirogol datuk sendiri serta dihantui masalah keluarga yang tidak berkesudahan.

“Keluarga saya bermasalah, ibu bapa sering bertengkar dan mungkin disebabkan itu kebajikan dan tanggungjawab mereka terhadap saya terabai,” katanya.

Bagaimanapun, Masliza diselamatkan seorang individu tidak dikenalinya yang menghantarnya ke hospital selepas didapati tidak sedarkan diri gara-gara cuba menggugurkan kandungan.

Dia mendakwa sedang diburu ahli keluarganya kerana mengadu mengenai peristiwa hitam dinodai datuknya sendiri beberapa tahun lalu kepada pihak berkuasa supaya menarik balik laporan itu.

Bagaimanapun, dia kini selamat dalam jagaan sebuah pusat perlindungan dan pemulihan akhlak dan difahamkan sedang berusaha melupakan peristiwa malang itu.

Sementara itu, Pengurus dan Pakar Motivasi Didik Diri Resource, Ahmadi Baharudin, berkata Masliza sedang melalui proses pemulihan di pusat pemulihannya.

“Kami yakin dengan program sedia ada dapat membantunya memulihkan semula keyakinan diri ketika berdepan dengan masyarakat selain membina semula imej. Dia kini ibarat sedang ‘dilahirkan’ semula.

“Saya cukup terkilan dengan sikap segelintir ibu bapa yang tidak memandang serius aduan anak mereka kerana terlalu sibuk mengejar kebendaan walaupun perkara itu benar-benar berlaku,” katanya.

Menurut Ahmadi, masalah keluarga penyebab utama kepada keruntuhan akhlak remaja pada zaman ini.

“Peningkatan kes seumpama itu cukup membimbangkan. Ibu bapa bukan saja perlu mendidik anak dengan ajaran agama yang cukup, malah mengikuti perkembangan mereka. Sikap lepas tangan akan menyebabkan masalah terus menghantui kita semua,” katanya.

Saturday, May 09, 2009 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Thursday, May 07, 2009

Perhimpunan pagi peringkat Daerah Setiu


Perhimpunan pada bulan ini telah diadakan dengan jayanya bertempat di Klinik Kesihatan Sri Langkap. Pegawai Kesihatan Daerah telah menyampaikan amanah berkaitan Budaya Korporat di dalam perkhidmatan.

Thursday, May 07, 2009 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Monday, May 04, 2009

Doa dan amalan untuk memperolehi zuriat~Ustazah Siti Nor Bahiyah


Melalui perkahwinan, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai menurut tuntutan Ilahi, dapat memenuhi tuntutan biologi. Malah tujuan perkahwinan juga adalah untuk mendapatkan zuriat melalui ikatan sah di sisi agama dan undang-undang. Namun, tidak semua pasangan suami isteri beroleh zuriat setelah berkahwin. Ada sesetengah pasangan perlu mengambil masa yang lama untuk memperoleh zuriat dan ada juga yang tidak mempunyai zuriat sehingga tua disebabkan perkara-perkara tertentu. Tetapi perlu diingat bahawa semua yang berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak ALLAH s.w.t.
Oleh yang demikian, mereka yang beriman dan percaya dengan ketentuanNYA akan redha dengan segala apa yang terjadi terhadap diri mereka. Akan tetapi itu tidak bermakna kita hanya perlu akur dan berserah dengan apa yang terjadi tanpa berusaha bersungguh-sungguh untuk memiliki zuriat. Dalam Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.
Pertama, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa." Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah ALLAH s.w.t. Maka baginda meyakini bahawa ALLAH berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.
Kedua, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi." Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya.Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat. Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah ALLAH s.w.t. yang hebat ini.
Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya. Untuk mendapat anak yang baik dan soleh, terdapat amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu:
1.
Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.
2.
Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.
3.
Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.
4.
Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.
5.
Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.
*
Surah al-Fatihah - Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatanSurah Maryam - Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.Surah Luqman - Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.Surah Yusuf - Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.Surah Hujurat - Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hatiSurah Yaasin - untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.Surah Taubah - Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.Surah an-Nahl - Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.
Amalan-amalan untuk memperolehi zuriat
Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.
Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.
Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.
Amalan pertama.
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: "Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.
Amalan kedua.
-Suami hendaklah membaca "Ya Mutakabbir" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca "Ya Awwal" (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.

Monday, May 04, 2009 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Saturday, May 02, 2009

Ibadah Haji dan Umrah dalam sakit


"Luka mak cik perlu ditampal dengan kain kapas"Aku memberi sedikit penjelasan kepada seorang jemaah yang baru dibalut kerana luka dilengan. Dia jatuh dalam bilik air hotel pagi tadi.

''Lepas tu Mak Cik nak ambil air sembahyang macam mana?" Dia mengajukan soalan yang menginginkan penerangan lanjut.
Situasi begini sering berlaku di Klinik Zon atau Maktab di Tanah Suci. Malah masalah fekah sebegini juga berlaku di wad-wad atau klinik di Tanah Air. Satu hal yang perlu diambil perhatian bahawa ramai kakitangan kesihatan yang beragama Islam sendiri tidak mengetahui cara mengangkat hadas bagi pesakit yang uzur atau berhalangan terkena air. Pengetahuan mengenai tatacara mengangkat hadas tidak pernah diajar di dewan-dewan kuliah. Kecualilah initiatif dari kakitangan berkenaan belajar dengan ustaz atau membaca bahan bacaan tertentu. Walaubagaimana pun bahan bacaan yang menerangkan mengenai cara bersuci dan solat bagi pesakit amat terhad. Bagi sesetengah negeri seperti Kelantan dan Terengganu, Majlis Agama lslam masing-masing telah menerbitkan buku tatacara beribadah bagi pesakit. Akhir-akhir ini Persatuan Perubatan lslam Malaysia (PPIM) juga menerbitkan buku panduan ibadah pesakit. Buku-buku sebegini patut dimiliki oleh setiap anggota kesihatan untuk dijadikan panduan dalam mendidik pesakit mengenai ibadah sewaktu sakit.

Berikut adalah panduan ringkas kepada pesakit yang akan melakukan ibadah semasa sakit.

Mengambil wuduk

Syarat sah sembahyang adalah suci dari hadas. Berwuduk adalah kaedah mengangkat hadas dia menjadi wajib sebelum melakukan sembahyang. Dalam keadaan tertentu, pesakit mengangkat hadas dengan tidak sempurna seperti terdapat plaster ditangan. Di sinilah perlunya kaedah mengangkat hadas yang betul dan disepakati oleh ulamak berpandukan sunnah Rasulullah SAW.

3 Perinsip Asas

Terdapat 3 perinsip asas dalam tatacara mengangkat hadas yang telah dibincangkan oleh ulamak berdasarkan hadis Nabi SAW
  1. Tatacara mengangkat hadas bagi pesakit yang mempunyai halangan dari terkena air dibahagian anggota wajib wuduk, seperti terdapat plaster di tangan atau simen di kaki.
  • Pesakit berwuduk seperti biasa,
  • Sapukan di atas plaster atau simen,
  • Selesaikan wuduk sehingga akhir,
  • Dikehendaki bertayammum menggantikan anggota wuduk yang tidak terkena air wuduk tadi,
  • Satu kali mengangkat hadas seperti a-d untuk satu fardu sembahyang sahaja setelah masuk waktunya,
  • Tidak perlu mengulangi sembahyang setelah penyakit sembuh.

Bersambung......entah bila

Saturday, May 02, 2009 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Ciri-ciri Kepimpinan Dalam Jemaah


Dato' Mustafa Ali telah menggariskan ciri-ciri kepimpinan dalam jemah. Terdapat tiga ciri kepimpinan yang utama yang terangkum dalam satu abreviasi iaitu 3K. Apakah 3K itu?
1. Ketaqwaan
2. Kecekapan
3. Kreativif

Saturday, May 02, 2009 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Tuesday, April 28, 2009

Faisal Tehrani: Selsema Babi, Apa binatang?


Selsema Babi, Apa Binatang?

Apabila dunia di hujung nyawanya, wabak demi wabak akan merebak di seluruh dunia. Dan penyelamat unggul tunggal akan muncul memimpin, membimbing dan menyelamatkan kita. Baginda adalah 'harapan baharu'. Bukan, bukan 'orang itu'. Bukan juga transformasi permukaan. Kedatangan baginda bukan lawatan mengejut di pasar-pasar atau di hentian bas; kemunculan baginda adalah keselamatan. Penyelamat ini bukan tok guru yang mudah dipengaruhi. Baginda ada gengsi sendiri.Demam avian dan SARS telah mengejutkan dunia.Kini muncul selsema babi, lebih 80 orang di Mexico telah meninggal dunia dan ratusan lagi jatuh sakit; dan cara jangkitannya masih penuh misteri. Tetapi, ada satu yang diyakini: virusnya dari material genetik avian, babi dan virus-virus manusia. Ia boleh menjangkit dari seorang manusia ke manusia lainnya; dan untuk kebanyakan orang, yang terlihat hanyalah simptom biasa influenza.Setakat ini ia menyerang 'yang muda' dan 'yang sihat' sahaja.Ia juga boleh menyerang sesiapa sahaja meskipun bukan pemakan daging babi.Lihat orang di sebelah anda, tidakkah anda gerun?Sudah tiba masanya kita mengenal 'penyelamat' kita. Diriwayatkan daripada Ibn Mas’ud bahawa Rasulullah saw bersabda, “Hari kiamat tidak akan terjadi sampai seorang lelaki daripada Ahlul-Baytku datang, yang namanya sama dengan namaku.”Lihat Musnad Ahmad hadis nombor 376 dan Sunan Tirmidzi hadis 3231.Sudahkah kita mengenal baginda penyelamat ini?
Datuk nenek kita sudah lama mengenalnya. Tetapi kita, kita selalu terlupa. Mari kita lihat sebuah kitab yang digunakan di pondok-pondok di Patani. Kitab berjudul Ksyful Ghaibiyah, karangan Syaikh Zainal Abidin Fatani dalam menyatakan silsilah penyelamat ini. Syaikh Zainal Abidin seorang sunni tentunya. Di sebutkan penyelamat ini daripada keturunan Saidina Ali, melalui Saidina Husein.Sudahkah kita mengenalnya? Sudahkah? Sebelum wabak kejahatan menelan, sudahkah kita mengenal penawarnya?

Tuesday, April 28, 2009 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Monday, April 27, 2009

10 perkara yang memeranjatkan dalam perkahwinan


Bila wujud perkahwinan, tidak semesti semuanya ok dan bahagia. Ada banyak perkara yang boleh mengubah tanggapan kita dan kita perlu banyak bersabar. Di bawah ini ada beberapa perkara melalui pengalaman masyarakat kita dan tanggapan mengenai perkahwinan dan pengalamannya selepas berkahwin.

1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.

“Saya dan suami baru sahaja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan. Nasib baik kami berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan yang bertentangan.”

2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.

“Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda akan merasakan diri sudah tidak dicintai.” Amat penting bagi masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan mencintai

3. Anda masih perlu menghangatkan suasana

“Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik sahaja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata.”

4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.

“Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada sahaja SMS yang dihantar… kadang kala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal.”

5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.

“Mana ada yang seratus peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban terutamanya dari segi kerjaya. Kadang-kala ada yang terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumahtangga kucar-kacir.”

6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.

Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadang-kalanya dari segi perangai, rupa paras , bentuk badan dan hobi. Tiada orang yang akan kekal sama seperti mana mula-mula berkenalan dahulu.

7. Anda tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara.

Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang penting tolak ansur-mungkin bonus tahun ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.

8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.

Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya melawan badai atau apa-apa masalah. Mereka inilah yang dapat menikmati kemanisan berumahtangga. Sememangnya pasangan ini adalah “soulmate” masing-masing..

9. Hubungan seks ada turun naiknya.

Kadang kala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberansangkan. Masing-masing seharusnya menerima bahawa ianya bergantung kepada “mood” dan keadaan sekeliling.

10. Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya.

Apabila perselisihan terjadi, masing-masing menjadi begitu sensitif dan mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin akan memanjangkan masalah yang kecil.. Elakkan daripada menyimpan perasaan marah terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan berubah hati.

Monday, April 27, 2009 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Adakh anda fkir sudah teguh iman?


Diterima dari email

Kalau anda pikir and masih islam bacalah...kalau tidak......Allah saja yang tahu... Message: Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini..... kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-) 
Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi MahaPengasih... Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu.... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah... " Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman.... " " Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun... dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..." "Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja..tu pun bila time sembahyang jumaat.... tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."  "Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran" "Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia" "Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa.. Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan ???/ Kenapa gelak/ tu kan realiti.. tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka email ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak???? 
wallahuaallam

Monday, April 27, 2009 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Saravanan publisitikan doktor culas, dikesali !!!


petikan akhbar Utusan Malaysia 27/04/2009 5:18pm

KUALA LUMPUR 27 April — CUEPACS hari ini menyatakan rasa "kesal mendalam" terhadap cara Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan menangani kes dua orang doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang didapati "culas" bertugas.

Saravanan sepatutnya lebih berhati-hati dan diplomasi, daripada hanya menghebohkannya di akhbar, kata setiausaha agung CUEPACS, Ahmad Shah Md. Zin.

"Memang sebagai seorang ahli politik, beliau meraih beberapa poin, tapi siapa yang teraniaya?" tanya Ahmad Shah.

Beliau mengulas kejadian semalam di unit kecemasan hospital itu, di mana Saravanan "mengesan" seorang doktor sedang membaca surat khabar dan seorang lagi membuat kerja sendiri ketika ramai pesakit menunggu di luar.

Beliau berkata, walaupun CUEPACS tidak akan membiarkan kakitangan awam yang tidak menjalankan kerja dengan baik, tetapi dalam kes ini, adalah amat tidak adil bagi Saravanan menghebohkan kejadian itu yang mungkin merupakan hanya satu kes terpencil.

Ahmad Shah berkata, sebagai tanda beradab, Saravanan boleh membawa perkara itu kepada Pengarah hospital dan Menteri Kesihatan daripada menghebohkannya kepada media dan seluruh dunia. - Bernama

Monday, April 27, 2009 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 1

Saravanan upset by ‘napping’ A & E doctors


The STAR online Monday April 27, 2009

KUALA LUMPUR: Deputy Federal Territories Minister Datuk M. Saravanan caught two doctors at the Kuala Lumpur Hospital (HKL) emergency department doing their own thing instead of attending to patients waiting for treatment.

Saravanan made the discovery at about 10.30am yesterday when he went to the hospital to visit a university student who was knocked down by a car driven by his driver.

"I waited for a while for the girl to be treated and, realising that none of the patients were being called in by the doctors, I opened the door to the treatment room.

"I was shocked to find one doctor reading a newspaper and the other doing his own stuff.

"This should not be the way doctors work. The patient should come first. Furthermore, it is the emergency unit, which is supposed to be fast in dispensing treatment," an irked Saravanan told Bernama.

He said he reprimanded the doctors and demanded to see a superior who, he said, appeared after 30 minutes.

"After that, those waiting were promptly treated. This should not be the way government hospitals work," he said.

In Petaling Jaya, LEE YUK PENG reports that initial findings showed that the two doctors were housemen who had just completed their shift.

Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai said he would ask HKL for a report.

"I will investigate if such a thing happened. Let me check first," he said. "If the doctors are on duty and they do not treat patients, then it is negligence on their part,'' said Liow when contacted.

Meanwhile, HKL director Datuk Dr Zaininah Mohd Zain said the hospital would be the first to take action should there be any element of irresponsibility.

She said HKL's investigation showed that there were only eight patients and 20 relatives waiting for treatment and that none of the patients were in pain as stated by Saravanan.

HKL doctors, she said, were hard-working but added that they were human, too. Reading a newspaper in the doctor's room should not be interpreted as a sign of irresponsibility, she told Bernama.

Dr Zaininah said the emergency department managed 550 cases a day and was served by six medical officers in eight-hour shifts with one specialist, one consultant and one (supervising) senior consultant.

__._,_

Monday, April 27, 2009 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Saturday, April 25, 2009

Air MANI , MAZI & WADI…Apa tu?


Satu artikel menarik yang di copy dari satu laman web

Posted by: fara5 on: October 22, 2008

Air Mani , Air Mazi dan Air Wadi..Apakah maksud ketiga2 air ni?Mesti ramai yang konfius dan ada juga yang tak tahu apa2..Ok tajuk kita adalah pasal air2 tu suma hari ni,ok??walaupun aku bukan uztaz atau ustazah..Tak salah kalau kita cakap pasal ni kan?Kadang2 manusia ni terlampau malu utk bertanya pasal agama drpd benda2 dunia..Secara ringkas,aku akan bagi penerangan pasal Air mani , mazi dan wadi ni...harap2 faham..dan baca dulu sebelum bertanya..ok??Jangan pakai tanya je...kang pelompang naik kat muka!(Aku nak test nasib SEO lg ni..haha)

Maksud Air Mani -Air mani ialah cecair putih pekat yang keluar apabila sampai kepada kemuncak syahwat. Ia bukan najis tetapi hendaklah mandi wajib bagi mensucikannya untuk membolehkan seseorang itu menunaikan ibadat..

Hukum jika keluar Air Mani - Hukumnya adalah wajib untuk mandi wajib seperti ayat penerangan aku kat atas ni.Kalau mandi wajib pun tak reti.Pergi masuk sekolah rendah agama balik.Malu la weh kalau tak tahu!Takpun pergi amik kelas agama.Ini bukan suatu perkara yang boleh dimain2kan kerana tak sah segala ibadat jika badan tak suci dari hadas.Faham?

Bagaimana Air Mani boleh keluar - Air Mani ni takkan keluar kalau tak diberi ransangan pada alat syahwat.Mana boleh keluar macam tu je.Betul tak? Takkan la korang dah besar2 pun tak tahu.Nak aku jelaskan gak ke bagi lelaki?Tak payah la kan..sendiri mau fikir la..buat malu je kang..

Pandangan mahzab terhadap air mani -Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki.Namun Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci.

Maksud Air Mazi - Air Mazi ialah cecair jernih yang keluar disebabkan rangsangan ketika mukaddimah syahwat. Ia adalah sejenis najis .

Hukum jika keluar Air Mazi - Tidak perlu mandi wajib.Tetapi jika ingin solat hendaklah menyucikan diri dan mengalas sesuatu kepada pakaian dalam jika berada di luar untuk beribadat.

Bagaimana Air Mazi boleh keluar -Selain daripada pandangan yang memberangsangkan (terutama lelaki..lain kali mata jangan galak sangat!!..haha) banyak lagi sbb kenapa aiar mazi boleh keluar. Antaranya ialah ketika membuang air besar atau kecil.Air Mazi terhasil apabila otot lantai pelvis tercengkam apabila meneran.Kadangkala cecair daripada pundi prostat juga akan terkeluar ketika membuang air besar. Ia berlaku apabila najis yang turun melalui usus menekan pundi prostat dan cecair  akan terkeluar menerusi saluran kencing.Warnanya jernih atau kelabu kekuningan.Semua perubahan ini adalah semula jadi dan bukannya penyakit..Seterusnya air mazi juga boleh terhasil semasa seseorang itu bermimpi yang menyebabkannya apabila terjaga dia terasa sesuatu cecair telah keluar,ini juga adalah sejenis air mazi.

Pandangan Air Mazi menurut Mazhab -Semua lama bersetuju yang air mazi ialah sejenis najis. Hasilnya, majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan dan menghisap termasuk cecair mazi ini haram atau makruh berat. para ulama juga menegeaskan bahawa perlu membasuh dengan segera jika terkena air mazi tadi.Mazi dianggap najis lain yang kotor dalam islam, justeru haram memakan tahi atau meminum air kencing.

Maklumat tambahan tentang Air Mazi - Bagi mereka yang selalu melakukan seks oral.Anda disarankan utk menghentikan perbuatan tersebut..Perbuatan seks oral ini adalah diharamkan termasuk dalam fatwa islam di Malaysia. Di ingatkan sekali lagi,air mazi adalah HARAM utk ditelan dan ianya ADALAH NAJIS.Walaupun ada yang beranggapan bahawa yang ditelan oleh pasangan mereka adalah air mani ( suci ) tetapi bukankah sebelum keluarnya air mani itu disertakan sekali dengan air mazi?Korang fikir balik…faham?

Maksud Air Wadi - Adalah air putih kental yang keluar dari kemaluan seseorang setelah kencing..

Hukum jika keluar Air Wadi - Keluarnya air wadi maka terbatallah segala wuduk termasuk ibadat.Ianya sama seperti air mazi.Cara untuk membersihkannya ialah dgn mencuci kemaluan dan ambil semula air wuduk  kembali jika ingin solat.

Bagaimana Air Wadi boleh keluar - Kadangkala air wadi boleh terhasil akibat letih atau mengangkat sesuatu yang berat selain drpd bekerja di siang hari ( mungkin ketika di waktu yg terik)

Ok..maka tamatlah post aku utk hr ni..harap faham..Tak faham sangat gi tanya ustaz…penat aku terang panjang2,tak paham2 lagi…oklah aku nak sambung tido..nak mimpi best2..hi hi hi..mimpi apa??ha..ha..ha..fikir bukan2 la tu..aku nak mimpi dpt straight A la..hahaha..chow dulu..



Photobucket
suhazeli.blogspot.com
(((((((((((((SUHAZELI)))))))))))))))
Family Medicine Specialist
Klinik Kesihatan Permaisuri
Bandar Permaisuri
Setiu, 21700 Terengganu
Tel: 09-6099333
Fax: 09-6098512

Saturday, April 25, 2009 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 1

Mesyuarat Agong Dwitahunan Yayasan Amal Malaysia ke-5


Detik bersejarah Yayasan Amal Malaysia kerana berjaya menyempurnakan mesyuarat agong dwitahunan ke lima pada hari ini (25hb April 2009). YAM sekali lagi maju setapak dengan mendepani masa depan yang penuh cabaran. Seperkara yang menjadi harapan bagi saya ialah YAM semestinya meletakkan hala tuju yang jelas dalam dalam perjuangan. Jika kebajikan dan kemanusiaan diutamakan, maka tetapkanlah dengan matlamat itu. Jangan lari dari landasan itu.

Saturday, April 25, 2009 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Friday, April 24, 2009

Kelas Bahasa Arab


Pagi ni aku mengikuti kelas bahasa arab. Sebenarnya kelas ni bermula dari awal febuari lalu. Biasalah kelas orang tua, baru nak belajar, sebutan pun masih tak kena dan nak letak isim dan fael pun masih "kek kok". Harapannya setahun masuk kelas ni boleh faham bahasa Al Quran dan boleh bertutur.

Friday, April 24, 2009 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Thursday, April 23, 2009

Serumah tapi Tidak Sebumbung


FOMCA telah melancar satu kempen yang bijak. "Tidak menonton TV selama seminggu" adalah kempen bertujuan mengeratkan hubungan kekeluargaan. Saya teringat satu ceramah yang disampaikan oleh Ust Hasrizal yang mengulas lanjut The 7 habit of Highly Effective People bahawa kia jangan menjadikan keluarga kita Serumah tapi Tidak Sebumbung. Dengan maksud keluarga kita apabila berada di rumah, setiap dari kita semestinya melakukan aktiviti secara berjemaah. Bukannya setiap individu melakukan kerja bersendirian. Si ibu memasak kesaorangan, sibapa membasuh kereta bersendirian, si abang main bola sendirian, si bongsu jua berada dalam dunia ciptaan masing-masing. Marilah kita sahut seruan FOMCA ini.

Thursday, April 23, 2009 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Wednesday, April 22, 2009

Hindari buruk sangka



Salam,

Dalam surah al-Hujaraat (QS49), Allah SWT menekankan tentang ukhuwah, baik sesama Muslim mahupun sesama manusia. Ukhuwah, yang biasa diertikan 'persaudaraan, diambil dari akar kata yang pada mulanya bererti 'memperhatikan'. Makna asal kata ini memberi kesan bahawa persaudaraan mengharuskan adanya perhatian dari semua pihak yang merasa bersaudara. Perhatian itu dicurahkan kerana adanya persamaan antara pihak-pihak yang bersaudara, sehingga makna asal tersebut kemudian berkembang dan pada akhirnya bererti 'persamaan dan keserasian' dengan pihak lain. Bahkan mencakup persamaan dalam salah satu sifat seperti kemanusiaan, suku, agama, profession, perasaan dan sebagainya. Dalam kamus-kamus bahasa, ditemukan kata 'akh' yang dibentuk dari kata ukhuwah digunakan juga dalam maksud teman akrab atau sahabat, yang tentunya terjalin kerana adanya persamaan antara mereka.

Hubungan yang baik antara satu dengan lain dan khususnya antara muslim yang satu dengan muslim yang lainnya merupakan sesuatu yang harus dijalin dengan sebaik-baiknya. Ini kerana Allah telah menggariskan bahawa setiap mukmin itu bersaudara, seperti dalam firmannya yang bermaksud, "Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat." (Surah al-Hujuraat, ayat 10)

Seterusnya, Allah SWT telah memberi amaran, "Hai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olok) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olok) wanita-wanita lain (karena) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olok) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah al-Hujuraat, ayat 11)

Itulah sebabnya, segala bentuk sikap dan sifat yang akan memperkukuh dan memantapkan persaudaraan harus suburkan dan dipelihara, sedangkan segala bentuk sikap dan sifat yang dapat merosak ukhuwah harus dihilangkan. Agar hubungan ukhuwah Islamiah itu tetap terjalin dengan baik, salah satu sifat positif yang harus dipenuhi adalah Husnuzh Zhan iaitu 'berbaik sangka'.

Oleh itu, apabila kita mendapatkan informasi negatif tentang sesuatu yang berkait dengan peribadi seseorang apatah lagi seorang Muslim, maka kita harus melakukan tabayyun (penyelidikan) terlebih dahulu sebelum mempercayainya, apatah lagi memberi respons secara negatif.

Allah berfirman yang maksudnya, "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak dingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." (Surah al-Hujuraat, ayat 6).

Manafaat berbaik sangka

Ada banyak nilai dan manafaat yang diperolehi seseorang muslim apabila memiliki sifat husnuzh zhan kepada orang lain.

Pertama, hubungan persahabatan dan persaudaraan akan menjadi lebih baik. Berbaik sangka dalam hubungan sesama Muslim akan menghindari terjadinya keretakan hubungan.

Kedua, terhindar daripada penyesalan dalam hubungan dengan sesama kita kerana buruk sangka akan membuat seseorang menimpakan keburukkan kepada orang lain, tanpa bukti yang benar.

Ketiga, selalu berbahagia dan bersyukur di atas segala kemajuan yang dicapai oleh orang lain, meskipun kita sendiri belum dapat mencapainya.

Buruk sangka salah satu penyakit hati


Buruk sangka adalah satu dari penyakit hati yang amat kronik. Ia bukan sahaja menjarah dengan parah hati dan jiwa pengidapnya, tetapi turut lahir tersendiri, malah ia lahir bersama dengan sifat-sifat mazmumah yang bongkak, dendam, zalim dan sebagainya. Apabila sifat tersebut meneraju dan memacu kehidupan seseorang insan, ia akan menjadi manusia yang sentiasa resah, gelisah dan tidak tenteram, kerana sentiasa mencari keaiban dan kelemahan orang lain, tidak punya masa untuk mengingati Allah SWT.

Buruk sangka yang dimaksudkan di sini ialah buruk sangka yang tidak baik. Ia mengheret sifat-sifat mazmumah yang bersarang di hati, yang akan mempengaruhi anggota-anggota badan yang lain supaya mengikut kehendaknya. Rasulullah SAW dalam sebuah hadisnya menyatakan, "Ketahuilah bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya, ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati." (Hadis Riwayat Al-Bukhari Muslim)

Buruk sangka dibahagikan kepada 2 jenis:
  1. Buruk sangka yang bertujuan baik, seperti untuk menyedar atau memperbaiki seseorang yang dikatakan melakukan kejahatan.
  2. Buruk sangka yang bertujuan jahat demi untuk menjatuhkan maruah dan kedudukan seseorang. Walau apapun tujuannya, buruk sangka tetap memberikan impak yang negatif, jarang ada manusia yang terselamat dari terkena bahana prasangka. Dengan sebab itulah Islam sangat melarang dari berprasangka.
Buruk sangka boleh terjadi dengan berbagai sebab antaranya:

1 - Godaan dan tipu helah syaitan atau iblis.
Buruk sangka adalah jalan terbaik bagi syaitan merangsang manusia untuk bergaduh, mengumpat, melempar tohmahan, membuat pakatan jahat, berpecah belah dan sebagainya.

2 - Kelemahan jiwa.
Jiwa yang lemah akan mendorong seseorang mudah terikut dengan pemikiran yang negatif dan buruk terhadap orang lain.

3 - Perasaan sombong dan bongkak.
Perasaan ini menyebabkan seseorang itu merasakan dirinya lebih baik daripada orang lain. Ia merasa dengki kalau ada orang lain mendahului dalam mengecapi sesuatu kejayaan atau membuat sesuatu kebaikan atau pun mendengar orang memuji musuhnya dihadapannya.

4 - Keburukan batinnya.
Seseorang yang biasa membuat tipu helah dan penipuan akan merasakan orang lain juga sama sepertinya.

Ruginya berburuk sangka

Apabila kita melakukan atau memiliki sifat buruk sangka, ada sejumlah kerugian yang akan kita perolehi, baik dalam kehidupan di dunia mahupun kehidupan di akhirat. Ia adalah wadah kehancuran, mengundang segala macam keruntuhan. Jiwa mangsanya hancur luluh, perasaan amat tertekan, rumahtangga kian runtuh, kedamaian akan musnah, masyarakat menjadi porak-peranda. Kesemuanya itu adalah gara-gara perangai buruk sangka. Justeru, Islam sangat-sangat mendesak umatnya agar mendahulukan bersangka baik daripada cepat bersangka buruk. Satu-satu hukuman tidak harus dijatuhkan hanya berdasarkan kepada sangkaan.

Allah SWT telah mengharamkan sikap buruk sangka terhadap sesama mukmin, kerana ia akan menyebabkan timbulnya fitnah, bukan sahaja di antara seseorang individu dengan individu yang lain tetapi juga dalam masyarakat Muslim amnya. Apabila sikap terkutuk ini terdapat di kalangan kita, ia boleh mengwujudkan perasaan saling tidak percaya, saling meragui, benci-membenci, pertelingkahan, perpecahan dan akhirnya bermusuh-musuhan di antara sesama Islam.

Pertama, mendapat dosa. Buruk sangka merupakan sesuatu yang berdosa kerana kita sudah menganggap orang lain tidak baik tanpa dasar yang jelas, berusaha menyelidiki atau mencari-cari keburukkan orang lain dan mengungkapkan segala sesuatu yang buruk tentang orang lain.

Allah SWT telah mengharamkan hamba-Nya yang beriman dari menyimpan perasaan persangkaan atau sangka-sangka buruk terhadap Allah dan terhadap saudara-saudaranya yang seagama. Malah Allah mengharamkan juga segala unsur, bibit atau segala punca yang boleh menyebabkan timbulnya rasa buruk sangka di kalangan muslimin. Pengharaman ini telah ditegaskan di dalam al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW sebagaimana firman Allah yang maksudnya, "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakkan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. )Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Hujuraat, ayat 12)

Asal dari godaan syaitan

Kedua, dusta yang besar. Berburuk sangka akan membuat kita menjadi rugi, kerana apa yang kita kemukakan merupakan suatu dusta yang sebesar-besarnya, perkata ini disabdakan oleh Rasulullah SAW, "Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu perbicaraan yang paling dusta." (Hadis Riwayat Muttaafaqun alaihi)

Rasulullah SAW juga telah memberi peringatan tentang sifat-sifat yang patut dihindari oleh setiap Muslim seperti saling dengki-mendengki, marah mahupun bersikap acuh tak acuh. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Hindarilah prasangka, kerana prasangka itu berita yang paling bohong. Jangan saling mencari-cari keburukan orang. Jangan saling mengorek rahsia orang dan saling menyaingi. Jangan saling mendengki, jangan saling marah dan jangan saling tak acuh. Tetapi jadilah kamu semua bersaudara sebagai hama-hamba Allah." (Sahih Muslim)

Ketiga, menimbulkan sifat buruk. Berburuk sangka kepada orang lain tidak hanya berakibat pada penilaian dosa dan dusta yang besar, tetapi jua akan mengakibatkan munculnya sifat-sifat buruk lainnya yang sangat berbahaya, baik dalam perkembangan peribadi mahupun hubungannya dengan orang lain.

Sabda Rasulullah SAW dari Abdullah bin Umar yang bermaksud, "Aku melihat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam sedang tawaf di Kaabah lalu bersabda: Demi jiwa Muhammad yang di tangan-Nya, sesungguhnya kehormatan seseorang mukmin lebih besar di sisi Allah dari engkau (Kaabah) wangnya dan darahnya sehinggalah dia berprangsangka sesamanya yang baik." (Hadis Riwayat Ibn Majah)

Dari Haritha bin an-Nukman berkata, "Bersabda Rasulullah SAW: Tiga perkara yang sentiasa ada pada umatku: Kepercayaan sial. Hasad dengki. Prasangka. Beliau bertanya: Apakah yang boleh menghilangkan dari itu (semua) wahai Rasulullah bagi sesiapa yang telah ada pada dirinya perkara-perkara tersebut? Baginda bersabda: Apabila berhasad dengki mintalah ampun, apabila berprasangka janganlah diteruskan dan apabila mempercayai tataiyur hendaklah dihapuskan." (Hadis Riwayat at-Tabrani)

Semua punca-punca timbulnya buruk sangka yang dijelaskan oleh ayat al-Quran dan hadis-hadis di atas berpangkal dari hati yang rosak dan berpenyakit lantaran kejahilan (tidak berilmu agama). Akhirnya menyebabkan lemah iman, lemah keperibadian, hilang panduan dan tidak tahu ke arah mana mahu dituju sehingga mudah berburuk sangka.

Hal keadaan seperti ini telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud, "Apabila (seseorang) kurang berilmu akan (mudah) menimbulkan perasaan benci dan tuduhan salah (kepada orang lain). Dan jika pengetahuan tentang athar (hadis dan perbuatan sahabat) hanya sedikit, akan ramai yang mengikut hawa nafsu. Berpunca dari yang demikian, akan engkau temui suatu kaum (kumpulan) yang ramai mencintai (menyebelahi) kaum (kumpulan) yang lain hanya atas dasar hawa nafsu (bukan atas dasar kebenaran al-Quran atau al-Hadis) kerana tidak mengetahui (ilmu)nya dan dalilnya. Sedangkan mereka menyokong atau memusuhi (satu kumpulan) tanpa mengikut (landasan) hadis yang sahih dari Nabi dan dari Salaf ummah ini, mereka tidak mengetahui makna (al-Quran dan al-Hadis) dan tidak mengetahui apa yang dikehendaki (oleh hadis) tersebut dan tidak tahu untuk mempraktikalkannya." (Hadis Riwayat Imam Malik)

Berbuat Baik Dan Bersabar Di Atas Perilaku Manusia

Seorang lelaki bertanya, “Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar menghadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh.” Kemudian baginda menjawab, “Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu, maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu.” (Hadis Riwayat Muslim)

Islam mengajar umatnya supaya banyak bersabar di dalam semua keadaan sama ada ketika senang atau pun susah kerana ia merupakan pengukur darjat keimanan seseorang. Islam juga mengajar umatnya supaya jangan membalas keburukan orang sebaliknya menambahkan lagi kebaikan terhadap mereka mudah-mudahan dengan itu hati mereka menjadi lembut dan baik. Allah sentiasa memberi pertolongan kepada orang yang sentiasa sabar dan benar dalam bertindak. Setiap umat Islam wajib menghubungkan silaturrahim dan haram memutuskannya.

Penawar buruk sangka

Sebenarnya, tiada penawar mahupun yang berasaskan sainstifik atau tradisional yang mampu mengubati dan menyembuhkan penyakit buruk sangka ini. Namun para ulamak dan cendiakawan islam ada menyarankan beberapa cara. Antaranya:
  1. Buruk sangka terhadap diri sendiri, tetapi jangan mencari kekurangan orang lain, tetapi bergaullah dengan orang yang diburuk sangka terhadapnya itu dengan lebih rapat dan berdoalah untuk kebaikkan baginya.
  2. Bermuhasabah diri setiap hari, jadikanlah diri kita seorang yang dapat menguasai was-was, bukan orang yang dikuasai was-was.
  3. Perbaikilah diri kita dan bersihkanlah ia dari sifat buruk, kerana di sebalik buruk sangka akan mengundang sifat-sifat keji yang lain.
  4. Ingatlah selalu bahawa Mahabbah, Mawaddah dan bersikap toleransi itu adalah nikmat yang sangat besar. Jangan musnahkan nikmat itu dengan sifat buruk sangka.
  5. Ingatlah selalu, bahawa buruk sangka boleh merosakkan diri kita. Kita akan kehilangan rakan, kekasih, saudara-mara, malah juga isteri. Kita akan kehilangan ramai khalik dan disisih oleh masyarakat.
  6. Ketahuilah dan ingatlah, bahawa syariat islam meletakkan asasnya atas rasa sangka baik terhadap semua orang islam dalam semua bidang: ekonomi, politik, sosial dan lain-lain lagi.
Dalam satu hadis Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan mambawa ke syurga. Selama seseorang benar dan selalu memilih kebenaran dia tercatat di sisi Allah, seorang yang benar (jujur). Berhati-hati terhadap dusta, sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seseorang dusta dan selalu memilih dusta dia tercatat di sisi Allah, sebagai seorang pendusta." (Hadis Riwayat Bukhari)

Untuk menjauhi perasaan berburuk sangka, maka masing-masing kita harus menyedari betapa hal ini sangat tidak baik dan tidak benar dalam hubungan persaudaraan, apatah lagi dengan sesama Muslim dan aktivis dakwah. Di samping itu, bila ada benih-benih perasaan buruk sangka, maka perkara itu harus segera dicegah dan dijauhi kerana ia berasal dari bisikan atau godaan syaitan yang bermaksud buruk kepada kita.

Orang-orang yang mempunyai penyakit buruk sangka, ragu-ragu dan was-was terhadap orang lain dan ibadahnya, maka dia wajib berusaha meninggalkan penyakit tersebut dan segera bertaubat. Agar ia tidak berulang, maka perlu dirawat dengan ilmu agama terutama ilmu akidah. Oleh itu setiap mukmin sewajarnya menyibukkan dirinya dengan menuntut ilmu seperti menghadiri majlis-majlis ilmu yang memperkatakan tentang agama. Kerana hanya ilmu agama yang dapat merawat dan menyembuhkan penyakit buruk sangka, ragu-ragu dan was-was.

Renung-renungkan.

-BawangGoreng -
LAMAN SERi MAYA PERSADA
LiTTLE KiOSK
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Wednesday, April 22, 2009 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Networkedblog