Followers
Monday, April 27, 2009
Saravanan publisitikan doktor culas, dikesali !!!
Do you like this story?
petikan akhbar Utusan Malaysia 27/04/2009 5:18pmKUALA LUMPUR 27 April — CUEPACS hari ini menyatakan rasa "kesal mendalam" terhadap cara Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan menangani kes dua orang doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang didapati "culas" bertugas.Saravanan sepatutnya lebih berhati-hati dan diplomasi, daripada hanya menghebohkannya di akhbar, kata setiausaha agung CUEPACS, Ahmad Shah Md. Zin. "Memang sebagai seorang ahli politik, beliau meraih beberapa poin, tapi siapa yang teraniaya?" tanya Ahmad Shah. Beliau mengulas kejadian semalam di unit kecemasan hospital itu, di mana Saravanan "mengesan" seorang doktor sedang membaca surat khabar dan seorang lagi membuat kerja sendiri ketika ramai pesakit menunggu di luar. Beliau berkata, walaupun CUEPACS tidak akan membiarkan kakitangan awam yang tidak menjalankan kerja dengan baik, tetapi dalam kes ini, adalah amat tidak adil bagi Saravanan menghebohkan kejadian itu yang mungkin merupakan hanya satu kes terpencil. Ahmad Shah berkata, sebagai tanda beradab, Saravanan boleh membawa perkara itu kepada Pengarah hospital dan Menteri Kesihatan daripada menghebohkannya kepada media dan seluruh dunia. - Bernama |
This post was written by: Suhazeli Abdullah
Suhazeli Abdullah is a Medical profession and professional blogger, web designer and front end web developer. Follow him on Facebook
1 Responses to “Saravanan publisitikan doktor culas, dikesali !!!”
Mon Apr 27, 09:58:00 PM
Betul3x...patut menyelidik sebelum mengadu..nanti terkena batang hidung sendiri..
Post a Comment