Followers

ziddu

Monday, February 06, 2012

Sejarah dan Liku Perjuangan Vaksin Bahagian 2


Pelalian ke atas badan manusia menggunakan vaksin telah bermula sejak zaman perang dunia kedua lagi. Ia digunakan bagi menghalang para tentera yang terkena serangan penyakit campak ketika itu. Vaksin adalah sejenis agen yang bertindak untuk merangsang sistem pertahanan badan bagi melawan bakteria atau virus yang menyerang manusia. Vaksin diperbuat dalam makmal yang terkawal rapi kebersihannya. Vaksin adalah sejenis bahan diperbuat dari agen bakteria yang telah dimatikan (killed), dilemahkan fungsi bahaya mereka (atenuated) atau bahan menyerupai toxin (toxoid) yang tidak merbahaya. Mekanisma tindakbalas vaksin adalah mereka merangsang sistem pertahanan tubuh manusia untuk melawan bakteria atau virus yang masuk. Dalam perubatan moden, vaksin adalah perubatan pencegahan. Ianya berfungsi untuk mencegah sesuatu kuman bakteria atau virus dari memudaratkan badan manusia. Sekaligus menghalang penyakit menular ke dalam masyarakat. Sesuai dengan ajaran agama bahawa mencegah lebih baik dari berubat.
Beberapa kontroversi yang ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu berkaitan pemberian vaksin ini adalah kaitan antara vaksin Campak, Beguk dan Rubella (Measles, Mumps, Rubella-MMR) dengan kejadian autisma. Antara lain dakwaan ini telah ditimbulkan oleh seorang pengkaji Andrew Wakefield (1998) dalam artikel-artikel beliau. Kenyataan Wakefield dalam beberapa jurnal terkenal telah mengubah persepsi masyarakat secara mendadak.
Namun satu kajian besar-besaran telah dijalankan antara tahun 1999 hingga 2007. Kajian ini mendapati bahawa teori Wakefield adalah tidak benar. Bukti saintifik tidak dapat mengaitkan kejadian Autisma dengan pemberian vaksin keatas bayi. (lihat: De Stefano F. Vaccine and Autism: Evidence does not support a causal association. Clinical pharmacology. 82,6,756-759(2007)).
Antara dakwaan pihak-pihak tertentu bahawa vaksin mengandungi raksa (merkuri). Dimana raksa digunakan dalam pembuatan vaksin sebagai bahan pengawet. Raksa ini dipercayai akan menyebabkan penyakit Autisma dikalangan bayi. Selepas isu Wakefield, pada tahun 1999, Akademik Pediatrik Amerika dan Perkhidmatan Kesihatan Awam Amerika (USPHS) mengeluarkan arahan agar vaksin yang mengandungi raksa ditarik balik. Walaupun dalam masa yang sama tiada kajian kukuh secara saintifik yang membenarkan teori raksa tersebut. Bermula dari itu kajian demi kajian telah dijalankan bagi dihubungkaitkan antara kandungan raksa dan Autisma. Kajian-kajian tersebut telah dijadikan bahan bukti untuk pendakwaan kes Wakefield. Sila lihat: US Court of Federal Claims, Autism Decisions and Background Information (www.uscfc.uscourts.gov/node/5026).
Sesetengah ahli agama berhujah dengan mengharamkan pemberian vaksin ini kepada anak-anak mereka. Alasan utama yang dikemukakan adalah kaedah pembuatan vaksin bersumberkan dari bahan yang haram. Ramai juga yang menolak vaksin ini kerana tidak mahu bendasing memasuki tubuh suci mereka. Kebanyakan mereka pasrah dengan sistem pertahanan badan semulajadi. Malah ramai diantara mereka berpandangan ubat-ubat herba tertentu boleh meningkatkan sistem pertahanan badan. Ianya dikukuhkan lagi dengan beberapa testimoni syarikat-syarikat jualan herba tertentu yang menentang vaksin ini.

2 Responses to “Sejarah dan Liku Perjuangan Vaksin Bahagian 2”

Pelajar keliru said...
Sat Feb 11, 03:34:00 AM

AsSalamu'alaikum, Dr..

Saya sgt tertarik dengan artikel ni. saya masih keliru dgn post link yg berikut:-

http://mindaahad.wordpress.com/2011/01/30/bahaya-suntikan-vaksin-dan-imunisasi/

Harap dapat dijelaskan.. Terima Kasih


Dr Suhazeli bin Abdullah said...
Sat Feb 11, 10:10:00 AM

Waalaikumussalam,
Saya telah membaca blog tersebut berkali-kali sebelum ini. Lantas saya cuba menulis disini untuk memberi kefahaman kepada sesiapa yang menjeguknya. Bukan tujuan sebenar saya menulis ini untuk menjawab segala dakwaan dalam blog tersebut, tapi setidak-tidaknya menjawab kenmusykilan yang telah di timbulkan. Banyak fakta yang dikaitkan dalam blog tersebut. Tidak sempat saya mengkaji dan mentelaah semuanya. Kerja lain lebih sibuk dari bertumas dengan penentangan yang tidak berkesudahan ini.
Dunia perubatan terdiri dari Perubatan Moden (Alopathy), Perubatan Natraseutikal/suplemen (Herbalis dan Hemopathy) dan Perubatan Tradisional/Komplimentari.
Perubatan Moden mengiktiraf semua kaedah perubatan tersebut. Namun perubatan moden menjadi lebih superior kerana segala kaedahnya berdasarkan pembuktian saintifik (Evidence BAsed Medicine). Boeh lihat ulasan saya berkaitan dengan EBM ini di 1. http://suhazeli.blogspot.com/2010/04/perubatan-alternatif-perubatan.html, 2. http://suhazeli.blogspot.com/2009/05/perubatan-berasaskan-bukti-sains-adalah_23.html.
Apa yang saya perhatikan melalui blog Mindaahad tersebut adalah lebih kepada artikel perubatan Natraseutikal/Hemophaty yang fanatik, menentang perubatan moden. Ini adalah bersalahan dari disiplin ilmu perubatan.


Post a Comment

Networkedblog