Followers

ziddu

Wednesday, August 06, 2008

Usah Mengeluh Didik Anak.


Dalam meniti kehidupan yang penuh mencabar hari ini, ada ibubapa
yang mengabaikan aspek penjagaan dan kasih sayang anak kerana
terlalu sibuk mengejar kebendaan. Renunglah panduan berikut untuk
membentuk jati diri si anak serta kebahagiaan sekeluarga :


1) Mulakan hidup anak dengan nama panggilan yang
baik. Nama panggilan yang kurang baik menyebabkan anak malu & rasa rendah diri.

2) Berikan anak pelukan setiap hari. Kajian
menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari mempunyai kekuatan akal
atau daya fikir lebih kuat berbanding anak yang kurang dipeluk.

3) Pandang anak dengan pandangan kasih sayang. Ia
akan membuat anak lebih yakin apabila berhadapan dengan persekitaran.

4) Jangan mengharapkan anak yang belum matang itu
melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya
kanak2 yang sedang berkembang. Perkembangan itu membuatkan mereka
mahu mengalami setiap perkara termasuk melakukan kesilapan.

5) Apabila berhadapan dengan masalah kerja dan
keluarga, pilihlah keluarga, kerana mereka yang akan mencorak masa
depan negara kelak.

6) Usah mengeluh dalam mendidik anak2. Keluhan akan
membuat anak2 rasa mereka sebagai beban.

7) Dengar cerita anak kerana cerita itu mungkin
tidak akan dapat anda dengar lagi pada masa akan datang. Tunggu
giliran anda untuk bercakap, ini mengajar anak mengenai giliran untuk bercakap.

8) Tenangkan anak setiap kali mereka memerlukannya.
Tunjukkan kepada anak cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

9) Buatkan sedikit persediaan untuk anak2 menyambut
hari lahir mereka. Sediakan hadiah yang unik walaupun harganya
murah. Keunikkan akan membuatkan anak belajar menghargai.

10) Luangkan masa bersama anak di luar rumah, peganglah
tangan anak apabila berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan rasa
pentingnya kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

11) Hargai permainan kesayangan anak, mereka juga pada
masa sama akan menghargai barang kesayangan anda. Elakkan daripada
membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Minta
kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

12) Jangan biarkan anak2 tidur tanpa ciuman selamat malam.

13) Jangan selalu membawa kerja pejabat ke rumah. Anak2
akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

14) Terima keadaan bahawa kadangkala anda bukanlah ibu
bapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan tekanan menjadi ibu bapa.

0 Responses to “Usah Mengeluh Didik Anak.”

Post a Comment

Networkedblog