Followers

ziddu

Sunday, April 20, 2008

Kembalikan Kegemilangan Perubatan Islam


Disunting oleh: Dr Zaihan Salleh

Sedutan warkah dari Nur Muslimah..dihantar oleh Muhammad Aminuddin

…sekadar perkongsian ilmu dari Seminar Perubatan anjuran Badan Kebajikan Pelajar Perubatan Malaysia-Mesir…


…moga dgn sedikit ilmu ini dapat menaikkan semangat kita semua untuk menjadi muslim doktor bukannya doktor muslim…


…sebagai seorang yang digelar pengamal perubatan , adalah menjadi satu keperluan bagi kita thaqafah pengamal perubatan…


…Zaman kegemilangan pemerintahan Islam memuncak di antara tahun 900 hingga 1300 Masihi. Pada zaman tersebut, empayar Islam dibawah pemerintahan khalifah telah berkembang dari Asia Barat ke Benua Eropah dan bertapak kuat di Negara Sepanyol. Ia berkembang dari Negara Rusia ke Timur Tengah di sebahagian Negara China. Dalam zaman tersebut muncullah para cendiakawan dalam bidang ilmu perubatan seperti al-Razi, al-Zahrawi, Ibn Sina, Ibn Rusyd dan Ibn en-Nafis. Di samping ilmu kedoktoran , mereka juga mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang keagamaan , astronomi, fizik, matematik, dll…

Selepas tahun 1300 M, apabila empayar Islam runtuh, maka ilmu perubatan Islam juga mengalami nasib yang sama. Sehingga sekarang perubatan Islam tidak mendapat perhatian dunia seperti di zaman pemerintahan khalifah dahulu. Musuh-musuh Islam beusaha untuk mempelajari dan menguasai dunia perubatan. Apabila mereka berjaya menguasainya, akan diterap kepada umat-umat Islam ilmu perubatan yang telah dibuang nilai-nilai Islamik untuk dijadikan panduan dalam hidup kerana mereka menyedari bahawa ilmu perubatan ini boleh membuka jalan kepada orang-orang Islam untuk lebih yakin kepada agama mereka. Dengan ilmu ini juga mereka akan berjaya memisahkan umat Islam dari agama mereka sebagaimana ungkapan mereka yang maksudnya
’Apabila adanya doktor, sudah tentu adanya sakit. Dengan adanya sakit sudah tentu berhajat kepada doktor. Apabila berhajat kepada doktor, maka di sana adanya peluang terbaik untuk mengkristiankan umat Islam’…

HUBUNGAN ILMU KEDOKTORAN DENGAN ASPEK HUKUM

…Percaya tak,,,kepentingan ilmu perubatan tak boleh dipertikai oleh sesiapa pun! Ini adalah kerana ganjaran orang yang menziarahi orang sakitpun mendapat fadhilat yang begitu besar, maka sewajarnya mempelajari ilmu ini fadhilatnya terlalu besar. Lihatlah sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud: “Barang siapa yang menziarahi pesakit , maka berjalanlah beliau di taman-taman syurga, apabila dia duduk di sisinya, berkekalan beliau berada dalam rahmat Allah, apabila dia keluar dari tempat pesakit, diwakilkan kepadanya tujuh puluh ribu malaikat untuk memohon keampunan pada hari tersebut”...

Thaqafah yang perlu diketahui oleh pengamal perubatan :

· Mengetahui tentang kesan-kesan dari hasil-hasil sumbangan ulama' dalam bidang perubatan

· Menyelidiki metodologi berfikir dan bertindak para pengamal perubatan silam yang berdasarkan al-qur’an dan As-sunnah

· Merencana ilmu-ilmu yang sepatutnya dipelajari dan dijadikan asas utama dalam pembelajaran ilmu kedoktoran sebagaimana cadangan yang telah dinyatakan oleh Dr Mohamed Ali al-Bar:
1. Pengetahuan am Islam tentang perubatan
2. Sejarah perubatan Islam
3. Nas-nas perubatan dalm quran dan sunnah
4. Etika kerja pengamal perubatan
5. Feqh pengamal perubatan


Sikap Pengamal Perubatan :

Sebagai doktor kita perlulah mempunyai persiapan yang kuat untuk menangani masalah dan cabaran dalam merawat pesakit. Perkara yang paling utama ialah dengan menekankan kekuatan dalaman yang menjadi sumber kekuatan fizikal. Antara pedoman terbaik untuk kita hayati ialah ungkapan seorang doktor pakar iaitu Dr Ali Sulaiman ar-Rumaikhan dgn kata-katanya:


“ Wahai saudaraku yang bergelar doktor. Rawatan yang kamu berikan kepada pesakit-pesakit tidak bermakna hanya rawatan zahir sahaja iaitu dengan menggunakan ubat-ubatan. Sebaliknya hendaklah kamu mengubati hati-hati mereka dengan kata-kata yang boleh menggembirakan dan menguatkan jiwa serta tubuh badan mereka di samping menghilangkan daripada mereka kesusahan dan keresahan. Demikian itu hendaklah kamu membawa pesakit kamu dekat dengan Allah dengan memberitahu kepada mereka bahawa sakit yang ditimpa kepadanya datang dari Allah dan mereka mendapat pahala dengan ujian tersebut. Saudaraku, ini adalah kerana hati apabila berhubung dengan Tuhan yang mencipta sakit dan penawarnya, yang mentadbir sekalian alam, maka pesakit tadi akan mendapat ubat yang lain, bukannya ubat yang dirasai oleh pesakit yang hatinya jauh dari Allah. Saudaraku, ketahuilah bahawasanya roh apabila mempunyai kekuatan dan jiwa juga kuat, kedua-duanya membantu menghalang dari peritnya kesakitan”


…oleh itu sahabatku, perkara utama para doktor ialah menjadi muslim doktor dan bukannya doktor muslim semata-mata.. iaitu mendahulukan Islam dari perkara lain sebagai objektif yang utama. Manakala ilmu kedoktoran merupakan wasilah untuk memberi khidmat kepada Islam yang pertamanya, kemudian yang keduanya barulah menjadi sumber untuk menampung sara hidup di dunia. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT : [dan aku tidak manjadikan jin dan manusia kecuali untuk menyembahKu]…

…K
esimpulan yang dapat dibuat ialah…

Amanah yang dipikul oleh seorang doktor terlalu berat, memerlukan persediaan yang sempurna dari pelbagi sudut. Walaupun tugasnya sebagai doktor adalah kerjayanya yang sudah pasti, namun tugas membantu manusia yang dalam kesakitan dan berdakwah berteraskan aqidah Islamiah adalah dasar utama. Kejayaan tugas ini sememangnya memerlukan kepada jati diri dan keizzahan seseorang doktor dengan Islam disamping melakukan segala amanah tadi dengan penuh usaha dan ikhlas kepada Allah…

Renungilah sahabatku kata-kata dari seorang doktor kepada seorang doktor :

“Sesungguhnya doktor yang hidupnya adalah untuk dirinya sendiri tanpa memikirkan orang lain di sekelilingnya dan tidak meletakkan di hadapannya tujuan dakwah yang menggunung, juga tidak melapangkan masanya sejam sahaja dalam seminggu untuk mempelajari ilmu agama dan menghafaz apa yang patut dari al-quran, juga tidak memikirkan apa yang perlu dibuat untuk Islam terhadap ilmu perubatan yang dianugerahkan kepadanya, maka keadaannya banyak rehat, hidup dan matinya dalam jiwa yang kerdil. Adapun doktor yang berjiwa besar, yang sanggup memikul tugasan yang penat ini, tidak mementingkan urusan tidurnya, waktu rehatnya berada di atas tilam yang empuk dan kehidupan yang senang lenang disamping harta benda yang memuaskan…sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memberitahu keadaan yang sepatutnya dan bersabda kepada Ummul Mukminin Sayyiditina Khadijah "Telah berlalu masa tidur wahai Khadijah..”

Maka ingin sekali dinyatakan disini..TELAH BERLALU MASA UNTUK KITA SEMUA TIDUR WAHAI PENUNTUT2 BIDANG PERUBATAN!!!!!

0 Responses to “Kembalikan Kegemilangan Perubatan Islam”

Post a Comment

Networkedblog