Followers

ziddu

Thursday, February 24, 2011

Siri Kempen Jauhi Zina 2010


Bertemakan "Sayangi Diri Anda-Bijak Jauhi Zina" kami berusaha membawa pendekatan baru dalam metodologi dakwah kepada generasi remaja. Lebih dari 12 sesi ceramah motivasi ini berjalan seluruh Terengganu bermula jun 2010. Nisa Terengganu adalah pemula utama ke arah ini. Dengan berpaksikan bahawa anak muda perlu di cakna, Nisa Terengganu telah mengarahkan seluruh Nisa cawangan untuk menganjurkan program ini. Saya dan Ustaz Mohd Hagia dengan semangat cintakan anak bangsa dan agama turut serta menjadikan suara kami sebagai saham memberi nasihat berguna kepada anak-anak muda seluruh Terengganu. Jun tahun lepas bermula di Kuala Nerus, sehinggakan sesi terakhir bersama remaja di Besut. Lebih dari 2000 remaja telah mendengar nasihat dari kami. Semoga pada tahun ini akan diteruskan lagi dengan modul-modul yang memberikan keinsafan kepada anak muda agar kembali kepada agama Allah dan hidup dalam panduan Islam seluruhnya.

Thursday, February 24, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Sunday, February 20, 2011

Tokek-HIV, Poligami-Kanser Pangkal Rahim


Aku selalu sebut dalam blog ini bahawa jika melibatkan bidang perubatan, sesuatu perkara mesti ada bukti sebelum kita menyebutnya. Dengan kata lain setiap ubat yang menyatakan boleh menyembuhkan sesuatu penyakit atau sesuatu risiko yang boleh menyebabkan penyakit, perlu dibawa bukti (Evidence Based Medicine) terlebih dahulu. Jika terbukti benar mengikut kaedah kajian yang tersusun, barulah kita boleh mendakwa inilah keyakinan kita dalam menggunakan sesuatu itu atau mensabitkan risiko itu mendatangkan mudarat kepada penyakit tertentu. Ini sama dengan cerita orang menyatakan binatang bernama Tokek boleh meyembuhkan HIV atau sesengah pihak mendakwa poligami punca kanser pangkal rahim. kedua-dua perumpamaan tadi tiada bukti kukuh dari mana-mana kajian. Ia perlu ditolak buat masa ini sehingga ditemui buktinya yang lebih jelas..(jika ada)

Sunday, February 20, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Thursday, February 17, 2011

Kewajipan Beriman dan Beramal Dengan Al-Sunnah


Al-Sunnah merupakan sumber hukum kedua selepas Al-Quran. Di dalamnya bukan sahaja terdapat perkara-perkara berkaitan akidah, ibadah, ekonomi, politik malah meliputi keseluruhan kehidupan termasuk kerohanian, psikologi, akhlak, pendidikan, kesihatan, kesukanan, hiburan, masakan serta seluruh perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan di dunia dan di akhirat.

ini menjadikan al-Sunnah merupakan satu panduan yang lengkap dan seimbang kepada seluruh manusia tanpa mengira agamanya, tabiatnya, minatnya, pekerjaannya, pangkat kebesarannya atau apa sahaja yang berkaitan dengan individu dan masyarakat; sesuai dengan terutusnya Nabi Muhammad sallahu 'alaihi wasallam (saw) sebagai rahmat kepada seluruh alam.

Al-Sunnah bukan sahaja lengkap dan seimbang, malah mempraktikkannya juga adalah sangat mudah kerana ia melibatkan keperluan dalam kehidupan harian manusia. Contohnya, cara berdoa, cara makan, adab bermasyarakat dan segala yang berkaitan dengan kehidupan seharian.

Umat Islam amat memerlukan Al-Sunnah kerana ia menjelaskan dan memberikan tatacara dalam menjalani kehidupan dengan sebenar menurut apa yang dikehendaki oleh Allah Subhana wa Ta'ala dan ia sebenarnya merupakan satu rahmat yang besar kepada seluruh manusia sebagai pedoman atau jalan atau panduan.

Umat Islam hendaklah merujuk kepadanya, mempercayainya dan melaksanakannya apabila telah sabit kesahihannya atau disepakati ulama akan diterimanya sesebuah hadis itu (maqbul). Ia sesuai dengan apa yang telah difirmankan oleh Allah Ta'ala dalam;

Surah Al-Ahzab [33] : 36
36. "Dan tidaklah patut bagi laki-laki mahupun perempuan mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan suatu ketetapan dalam urusan mereka, mereka memilih pilihan lain. Barangsiapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya, sungguh dia telah nyata-nyata sesat."

Maka, mana-mana lelaki dan perempuan mukmin, tiada pilihan lain bagi mereka kecuali mengikuti apa yang telah ditetapkan oleh Allah Ta'ala melalui utusan-Nya Nabi Muhammad saw dalam urusan mereka. Berpaling darinya, maka bermakna ia telah sesat dengan jelas.

Surah Al-Hujuraat [49] : 1
1. "Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

Di antara ayat lain yang menjelaskan akan kedudukan sunnah dalam dalam Islam adalah,

Surah Ali Imran [3] : 32
32. "Katakanlah, 'Taatilah Allah dan Rasul-Nya! Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir."

Surah An-Nisaa' [4] : 14
"... Dan barangsiapa menderhakai Allah dan rasul-Nya dan melanggar ketentuan-ketentuan-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya dan mendapatkan siksa yang menghinakan."

Selain dari kesesatan, orang yang menolak sunnah juga diancam kekal di dalam neraka. Terdapat banyak lagi perintah dalam mewajibkan mengikuti Al-Sunnah di dalam Al-Quran. Pengingkaran atau penolakan terhadap sunnah yang telah jelas kesahihannya serta apa yang telah disepakati oleh para ulama, sama seperti menolak Al-Quran.

Contoh yang disepakati oleh para ulama seperti apa yang diperjelaskan oleh Rasulullah saw adalah; pengakuan tauhid, penjelasan tatacara bersolat, pengharaman memakan daging binatang yang mempunyai taring, penjelasan had potong tangan para pencuri dan lain-lain lagi. Dalam sebuah hadis mengenai golongan anti hadis;

Hadis : Dari Al-Miqdam bin Ma'diy r.a : Rasulullah saw bersabda, "Hampir saja seseorang laki-laki yang bersandar di sofa mewah (mengenai golongan anti hadis akhir zaman) menceritakan hadis dari ku, ia (golongan anti hadis) berkata:

"Diantara kami dan kalian ada Kitab Allah Subhanallahu wa Ta'ala, maka apa yang kami dapati sebagai suatu yang halal akan kami halalkan, dan apa yang kami dapatkan suatu yang haram maka kami haramkan' (golongan anti hadis ini hanya menerima Al-Quran sahaja dan menolak hadis)."

(Kata Nabi saw) : Ketahuilah apa yang diharamkan oleh Rasulullah saw adalah (sama) seperti (apa) yang diharamkan oleh Allah Subhanallahu wa Ta'ala." [585] Hadis Maqbul – Al-Darimi

Berdasarkan ayat-ayat Al-Quran dan hadis di atas maka adalah menjadi tanggungjawab kita agar kembali kepada sunnah dan berusaha mengamalkannya sesuai dengan apa yang difirmankan oleh Allah Subhana wa Ta'ala melalui Al-Quran dan dari sunnah Rasul-Nya agar kita tidak tergolong di dalam golongan yang sesat dan kekal di dalam neraka.

 

Sumber: http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=News&file=article&sid=5659


Thursday, February 17, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Wednesday, February 16, 2011

Di sini Bermulanya Zina


Gejala yang semakin berleluasa kini. Saya kongsi bersama paparan budaya yang menakut diri saya dan sesiapa sahaja.

Wednesday, February 16, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Tuesday, February 15, 2011

Penafian saya atas kenyataan Wanita Bermadu Mudah Dijangkiti



Isu: Laporan “ Amalan Poligami antara Penyumbang Kanser Pangkal Rahim”


Saya merujuk kepada beberapa laporan akhbar secara online yang memetik laporan bertajuk “Wanita Bermadu Mudah Dijangkiti" dan "Amalan Poligami antara Penyumbang Kanser Pangkal Rahim” disiarkan pada 14 Febuari 2011 dan juga akhbar pada 15hb Febuari 2011 berkaitan perkara yang sama. Laporan tersebut seolah-olah menyatakan bahawa saya dalam kapasiti sebagai seorang Pakar Perubatan Keluarga mendakwa saya mengeluarkan kenyataan bahawa amalan berpoligami adalah antara faktor penyumbang kanser pangkal rahim.

Secara peribadi saya ingin membetulkan laporan tersebut kerana ia merujuk saya sebagai sumber kenyataan tersebut.

Saya menegaskan bahawa saya tidak membuat kenyataan sedemikian, laporan tersebut adalah tidak tepat, di luar konteks dan langsung tidak menggambarkan keseluruhan isi ceramah saya yang bertajuk “Penyakit Alaf Baru, Pembunuh Senyap” berlangsung di Universiti Malaysia Trengganu. Apa yang cuba saya tampilkan hanyalah wanita yang mempunyai berbilang pasangan seks (multiple partner) berisiko tinggi kepada jangkitan HPV (Human Papilloma Virus) dan seterusnya menjadi factor penyumbang kanser pangkal rahim dan bukan poligami yang merupakan faktornya. Saya juga menegaskan tentang peri pentingnya menjaga kebersihan bagi pasangan yang melakukan seks dengan berbilang pasangan.

Saya tidak pernah berniat mempersoalkan kesucian ajaran agama Islam malah saya sendiri sebagai seorang Pakar Perubatan Keluarga telah banyak melihat bukti saintifik ajaran Islam itu menepati kajian-kajian serta penemuan sains.

Saya amat kesal intipati ceramah saya disalahlapor dan tidak akan bertanggungjawab atas kesilapan yang dilakukan oleh pihak yang melaporkannya itu. Semua laporan yang salah tersebut perlu ditarikbalik dengan serta merta kerana ia boleh mengelirukan dan membangkitkan sensiviti beragama rakyat Malaysia.


Bertarikh pada 15 Febuari 2011

Tuesday, February 15, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Sunday, February 13, 2011

Motivasi oleh Dr HM Tuah Mengenai Lelaki dan wanita



Syukurlah walau siapa dan apapun Dia jadikan kita... lelaki atau perempuan..
Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.. yang penting pandai menggunakan
kelebihan dan kekurangan tersebut demi untuk kepentingan bersama.... Bukan untuk
diri sendiri sahaja... kerana kita hidup bukan bersendirian...
Banyak untung kalau kenal lelaki oleh Dr. HM Tuah sekadar renungan bersama...
semoga saling memahami antara satu sama lain..
Jika suami anda menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan
tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang
dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya.
Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja.
Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal
walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda
tertekan, emosi anda umpama ombak. Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda
pun mengambil masa yang lama.
Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya
yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah 'gatal-gatal'
sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum
mengambil langkah seterusnya. Anda kelam-kabut, maka itu anda mudah marah,
cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.
Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza
wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau
lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula
jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali
dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga?
Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan
yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah
satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan - lengkap
melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua
kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.
Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang
kedegilan untuk tidak mahu memahami.
Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan
anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara
terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang
anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum
menitis walau sebutir pun air mata.
Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula
mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan
keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa
dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut
apa yang anda perkatakan.
Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah
semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf. Anda mahukan
dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf
terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf
dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk
lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.
Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi
arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati
sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas.
Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.
Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan
wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala.
Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan
leteran anda.
Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri.
Lihatlah betapa berbezanya anda dengan suami. Tidakkah anda setuju jika saya
katakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.
Lelaki yang cantik,adalah: -
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa
7) Lelaki yang bijak menangani segala permasalahan
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.
Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna
seorang lelaki.
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada Kekuatan
perasaan. Perempuan yang gagah,adalah: -
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.
5) Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.
Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang
perempuan.
MENGUSAHAKAN SESUATU ADALAH JAUH LEBIH BAIK DRPD TIDAK MELAKUKAN APA-APA,
WALAUPUN ADAKALANYA YG DIUSAHAKAN ITU GAGAL

Sunday, February 13, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Friday, February 11, 2011

Program Kempen Jauhi Zina Kerajaan Selangor


Bersama-sama kita memberikan sokongan kepada usaha Kerajaan Negeri Selangor
dalam menangani gejala sosial dan pergaulan bebas anak muda kita melalui Kempen Anti Zina Siri 3 yang akan dijalankan pada 13 Februari 2011 (Ahad) ini, jam 2 petang bertempat di Dataran Shah Alam.

Pelancaran Kempen Anti Zina Siri 3 ini akan disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid bin Ibrahim, Menteri Besar Selangor.

Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan dengan kerjasama padu Polis Di-Raja Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) NGO-NGO Islam, Briged Amal, Yayasan Amal Malaysia dan ramai lagi sukarelawan yang terlibat

Seriustalk : Sapa nak join saya ke Majlis Pelancaran Kempen Anti-Zina Sempena Velentine Di Dataran shah Alam jam 12pm Ahad 13 .02.2011.

datang bersama keluarga....



Friday, February 11, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Sunday, February 06, 2011

Mana Milik Kita



Dua minggu berlalu telah berlaku dua kematian waris yang terdekat. Pertama, bapa saudara dan kedua sepupu.

Sunday, February 06, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Networkedblog