Followers
Saturday, January 09, 2010
Isu kalimah Allah dan kesempatan musuh Islam
Do you like this story?
Kalimah Allah adalah ucapan yang paling banyak disebut diseluruh dunia. Setiap muslim sudah pasti menjadi zikir harian mereka kalimah suci ini. Tidak dinafikan bahawa penganut kristian juga sekali sekala menggunakan kalimah Allah dalam ucapan dan penulisan mereka. Malah dakwaan mereka bahawa penggunaan kalimah ini sudah sekian lama dalam kitab-kitab mereka.
Al Quran menegaskan dalam beberapa ayat bahawa orang-orang kafir mengakui Allahlah pencipta seluruh langit dan bumi
"Sekiranya kamu bertanya mereka (orang-orang kafir), siapakah yang menjadikan langit-langit dan bumi, nescaya mereka mengatakan Allah. Katakan (wahai Muhammad): Segala puji bagi Allah. Bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui." Maksud Surah Luqman:25
Kafir zaman Nabi adalah sama taraf kekafirannya dengan kafir zaman sekarang. Mereka tetap mempercayai secara Rububiyyahnya bahawa Allah adalah tuhan. Cuma mereka mensyirikkan Allah dengan tambahan Tuhan bapa, tuhan anak dan ruhul qudus. Selain dari itu mereka tidak mengakui Nabi Muhammad adalah Rasul terakhir. Inilah perbezaan nyata antara Islam dan Kafir.
Apa reaksi kita? Sepatutnya kita mesti bersifat menerang bukannya menentang.
Jika kita bersifat antagonis, sehingga melakukan sesuatu yang merosakkan keharmonian hidup bermasyarakat, maka akan timbul beberapa konsekuen negatif terhadap agama Islam itu sendiri.
Orang bukan Islam akan menganggap Islam adalah penganjur keganasan. Yang paling ditakuti adalah mungkin orang bukan Islam akan menjalankan provokasi tertentu yang akan memburukkan lagi keadaan. Sepertimana yang berlaku kepada jemaah Islam timur tengah, di mana provokasi yang dilakukan oleh pihak musuh mengakibatkan ramai pemimpin Jemaah Islam ditangkap dan jemaah mereka diharamkan.
Sama-sama kita fikirkan.
This post was written by: Suhazeli Abdullah
Suhazeli Abdullah is a Medical profession and professional blogger, web designer and front end web developer. Follow him on Facebook
1 Responses to “Isu kalimah Allah dan kesempatan musuh Islam”
Sat May 19, 12:50:00 AM
salam dr, tapi isunya adalah...
kenapa mereka tidak mahu menggunakan istilah Tuhan??? bukankah itu terjemahan God yang sepatutnya??
Kenapa beria-ia menggunakan istilah Allah yang secara umumnya digunakan bagi orang Islam dinusantara ini?? tidak cukupkan pengertian itu??
saya tak lihat ada tujuan lain.. selain ingin mengelirukan umat Islam..
ya, saya menentang perbuatan yang tidak sepatutnya... tapi bukan dengan bersetuju dengan penggunaan kalimah ini...
http://ceriterahamba.blogspot.com/2010/01/inilah-yang-ingin-kita-elakkan-hamba.html
Post a Comment