Followers
Friday, July 24, 2009
Kenapa Aku Ambil Family Medicine Specialist?
Do you like this story?
Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia
7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, sianak itu
bertanya kepada ayah…..
Anak: Ayah…ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah: Hmmm….nak tanya apa?
Anak: Ayah…berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu ayah…Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?Si anak mula merayu pada ayahnya.
Ayah: 20 ringgit sejam..Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi..
Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.
Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?
Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu
nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit?
Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah,pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul
berapa nih…!!"
Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali
kebiliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil
itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar
anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju kebilik anaknya. Didapati anaknya masih belum tidur.
"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum
girang.
"Terima kasih banyaklah ayah!" Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping note10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal.
Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang.
"Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah
ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit
tu??"
Amin tunduk… tak berani dia merenung ayahnya.
Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan…..
"Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari tu. Amin minta lagi
10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit…"
"Tak cukup duit nak beli apa??" Jerkah ayahnya lagi.
"Ayah…. sekarang Amin dah ada 20 ringgit..Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah dipejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.."
Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya…
The moral of this story… Kongsilah cite ni ngan sesape je yang anda suka tapi..yang penting skali,sharelah masa
sebanyak 20 ringgit itu bersama2 dgn insan yang anda
sayangi. Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa
yang bekerja keras sepanjanghidupnya..yang bakal kerja sok lusa… atau sesiapa saja yang selalu sibuk…
Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama2 dengan mereka2
yang begitu rapat dengan kita..yang sentiasa berada
di hati kita..Bayangkan…kalau kita mati..nanti majikan kita
akan senang2 cari orang lain..gantikan kita. Tapi..keluarga, rakan2 yang kita
tinggalkan kat dunia ni pasti akan berasa suatu kehilangan sepanjang hidup mereka…Fikirlah…selama ni.. apa yang kita dah buat untuk keluarga kita?.. untuk insan
yang kita sayang??=)
This post was written by: Suhazeli Abdullah
Suhazeli Abdullah is a Medical profession and professional blogger, web designer and front end web developer. Follow him on Facebook
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Responses to “Kenapa Aku Ambil Family Medicine Specialist?”
Post a Comment