Followers
Monday, December 29, 2008
Petugas Haji Mesti Sabar
"Kita sebagai petugas kepada jemaah kena ingat satu perkara; iaitu sabar." Pesan Hj Abdullah dalam satu taklimat sebelum operasi Masyaer bermula.
Bersabar dalam semua keadaan adalah paling utama. Dalam situasi mana sekalipun samada cemas, letih, sibuk, kurang tidur, sakit kepala atau demam, kesabaran hendaklah diletakkan didepan. Manusia yang sabar adalah manusia yang dijamin oleh Allah sebagai orang yang tidak akan rugi.
''Demi masa. Sesungguhnya manusia didalam kerugian, kecuali orang beriman dan beramal soleh yang berpesan kepada kebenaran dan kesabaran"Maksud Surah al Asr
Hilang sabar boleh merosakkan segala-galanya. Hilang sabar boleh merosakkan pahala haji. Orang yang hilang sabar tidak akan dihormati walaupun ditakuti oleh semua. Tindakan orang yang hilang sabar kadang-kadang tidak menyenangkan banyak pihak. Natijah dari hilang sabar boleh mencacatkan operasi haji. Malah peristiwa yang berlaku akibat dari hilang sabar akan dijadikan iktibar kepada sesiapa sahaja. Samada menjadi iktibar negatif atau positif kepada orang lain.
Sebagai petugas kebajikan atau perubatan mestilah bersabar dengan pelbagai karenah jemaah haji. Kedatangan kita sebagai petugas haji adalah untuk memberi khidmat terbaik kepada jemaah. Nilaian bagi khidmat yang terbaik itu adalah sejauh mana kita boleh menahan kesabaran.
Sebenarnya cabaran berurusan dengan jemaah adalah salah satu dari ujian sebagai petugas. Makan minum, tempat tinggal tidak menjadi rintangan besar kepada petugas berbanding dengan jemaah yang terkadang mempunyai masalah rumah. Terkadang juga jemaah diuji dengan sakit demam yang berpanjangan. Berbeza dengan petugas!
Jemaah mempunyai pelbagai permintaan dari petugas. Kehilangan keluarga masa Arafah Mina. Ada yang tak jumpa cari hotel yang memerlukan tuntunan dari petugas. Ada yang tak boleh berjalan hinggakan petugas menyorongkannya dengan kerusi roda. Ada juga petugas diherdik oleh jemaah semasa di Mudzalifah kerana bas lambat sampai. Malah ada juga petugas perubatan dimarahi oleh jemaah kerana tidak membawa alat canggih perubatan semasa di Arafah-mudzalifah-Mina. Itulah asam garam kehidupan sebagai petugas yang memerlukan kesabaran yang tinggi. Petugas yang boleh bersabar dengan karenah ini adalah petugas yang berjaya menyelamatkan operasi haji secara keseluruhannya.
Monday, December 29, 2008 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0
Monday, December 22, 2008
Tarikh Keramat untuk Perokok
Sepatutnya tarikh berangkat menunaikan haji adalah tarikh keramat untuk berhenti merokok. Ditambahi tarikh ini berada dibulan suci dan akan menuju ke tempat yang suci. Amalan haji dan umrah yang akan dilakukan juga adalah memerlukan kesucian fizikal dan jiwa.
Aku cukup hairan kenapa ada lagi jemaah yang tak segan silu menyedut asap rokok depan khalayak ramai. Malah ada yang hanya beberapa meter dari pagar masjid Nabawi! Tambah memilukan lagi ada petugas Haji yang merokok ditengah masyarakat jemaah haji umum yang ramai yang memerhatikan mereka. Sepatutnya mereka menjadi contoh kepada para jemaah lain untuk berhenti merokok atau setidak-tidaknya menyedut rokok di tempat yang agak tersembunyi.
Tiada siapa yang menafikan keburukan merokok. Doktor seluruh dunia menyatakan perang kepada rokok. Jika ada doktor yang menyatakan rokok itu baik untuk kesihatan, kita boleh isytihar itu doktor gila! Mana tidaknya, merokok boleh mengakibatkan bermacam jenis penyakit samada penyakit yang nampak atau yang tak nampak. Contohnya semua jenis kanser berkait terus dengan amalan merokok. Kencing manis, darah tinggi dan serangan jantung yang tidak zahir pada mata kasar juga perpunca dari merokok. Berikut adalah fakta yang ingin saya kongsi kepada pembaca sekalian
JENIS PENYAKIT | GANDAAN RISIKO |
Bronkitis kronik Emfisima | 9 - 10 kali ganda |
Kanser paru-paru | 5 - 10 kali ganda |
Kanser kerongkong (larynx) | 7 - 8 kali ganda |
Kanser tekak (pharynx), Penyakit jantung iskemia Angin ahmar (stroke), Kanser esophagus, Penyakit Crohn (Crohn's disease) | 4 - 5 kali ganda |
Kanser pelvis ginjal (renal pelvis) Kanser anus, Kanser faraj | 3 - 4 kali ganda |
Kanser pundi kencing (urinary bladder) Atherosclerosis | 2 - 3 kali ganda
|
Kanser zakar (penis) | Hampir 2 kali ganda |
Kanser ginjal (renal) | Hampir 2 kali ganda |
Kanser pancreas | Hampir 2 kali ganda |
Kanser servik | Hampir 2 kali ganda |
Kanser ovari | Hampir 2 kali ganda |
Kanser payudara | Hampir 2 kali ganda |
Kanser vagina | Hampir 2 kali ganda |
Kanser perut | Hampir 2 kali ganda |
Sindrom kematian bayi secara mengejut
| Hampir 2 kali ganda
|
Kelahiran bayi tidak cukup bulan
| Hampir 2 kali ganda
|
Bayi yang kurang berat lahir
| Hampir 2 kali ganda
|
Mati dalam kandungan (still birth) | Hampir 2 kali ganda
|
Perkembangan janin dalam kandungan
| Hampir 2 kali ganda
|
Tembuni pecah awal (premature rupture
| Hampir 2 kali ganda
|
Kematian perinatal | Hampir 2 kali ganda |
Pneumonia | Hampir 2 kali ganda |
Pengukuhan celakanya rokok ini dikukuhkan lagi dengan pernyataan Majlis Fatwa kebangsaan tentang pengharaman rokok. Majlis Fatwa telah mengeluarkan satu fatwa pada tahun 1995 yang menyatakan rokok adalah HARAM.
Sesuai dengan seruan haji, marilah kita menetapkan satu tarikh keramat dalam kehidupan: berhenti terus dari merokok sebaik sahaja menjejakkan kaki di Tanah Suci. Marilah kita menjadi insan yang bertaqwa lagi berakal.
�kptø:$# Ö�ßgô©r& ×M»tBqè=÷è¨B 4 `yJsù uÚt�sù ÆÎgŠÏù ¢kptø:$# Ÿxsù y]sùu‘ Ÿwur šXqÝ¡èù Ÿwur tA#y‰Å_ ’Îû Ædkysø9$# 3 $tBur (#qè=yèøÿs? ô`ÏB 9Žö�yz çmôJn=÷ètƒ ª!$# 3 (#rߊ¨rt“s?ur cÎ*sù uŽö�yz ÏŠ#¨“9$# 3“uqø)G9$# 4 Èbqà)¨?$#ur ’Í<'ré'¯»tƒ É=»t6ø9F{$# ÇÊÒÐÈ
197. (Musim) haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi[1],Barangsiapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji, Maka tidak boleh rafats[2], berbuat Fasik dan berbantah-bantahan di dalam masa mengerjakan haji. dan apa yang kamu kerjakan berupa kebaikan, niscaya Allah mengetahuinya. Berbekallah, dan Sesungguhnya Sebaik-baik bekal adalah takwa[3] dan bertakwalah kepada-Ku Hai orang-orang yang berakal.
Monday, December 22, 2008 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0