Followers
Sunday, November 27, 2011
Salam Maal Hijrah
YA ALLAH YA TUHANku...
Sempena maal hijrah 1433 yang penuh keberkatan ini, muliakanlah dan sayangilah insan yang membaca blog ini, rahmatilah keluarganya, sihatkanlah tubuh badannya, berkatilah rezekinya, terimalah segala ibadahnya dan Hijrahkanlah dia dgn amal maaruf dan kemenangan...
SALAM hijratulrasul.AMIN...
Sempena maal hijrah 1433 yang penuh keberkatan ini, muliakanlah dan sayangilah insan yang membaca blog ini, rahmatilah keluarganya, sihatkanlah tubuh badannya, berkatilah rezekinya, terimalah segala ibadahnya dan Hijrahkanlah dia dgn amal maaruf dan kemenangan...
SALAM hijratulrasul.AMIN...
Published with Blogger-droid v1.7.2
Sunday, November 27, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0
Thursday, November 24, 2011
HPV dan Kanser Servik
Human Papilloma Virus (HPV) telah menjadi sejenis virus yang masyhur sejak
akhir-akhir ini. Program pelalian HPV kebangsaan yang sedang bejalan bermula dari pertengahan tahun
lepas membuka mata banyak pihak akan kepentingan pengambilan vaksin pelalian HPV.
Human Papilloma Virus ada
sejenis virus yang biasa terdapat dipermukaan kulit manusia. Menifestasi yang
mungkin yang boleh dilihat adalah apabila seseorang dijangkiti virus ini adalah
ketuat (Wart) dibahagian alat kelamin.
Terdapat lebih dari 100 jenis virus ini di dunia. Kebanyakan jenis-jenis
tertentu akan menghinggapi kawasan alat kelamin lelaki dan wanita termasuk
pangkal rahim. Jenis virus yang bernombor 16 dan 18 adalah dikatakan penyebab
utama kepada kanser pangkal rahim.
1.
Ketuat di alat kelamin. Ketuat ini berbentuk bulat dan
bergerutu, pelbagai saiz dan berkumpul disatu tempat di alat kelamin wanita
atau lelaki. Ianya timbul setelah beberapa minggu melakukan hubungan sejenis. Kajian
menemui lebih 10 peratus wanita dan lelaki menunjukkan menisfestasi ketuat ini
setelah dijangkiti oleh virus HPV. Wanita boleh dijangkiti melalui hubungan
seks dengan lelaki yang telah dijangkiti. Lelaki juga boleh dijangkiti virus
HPV ini dengan melakukan hubungan seks dengan wanita yang telah dijangkiti.
Jika tidak dirawat, ketuat ini boleh hilang dengan sendirinya, berkekalan dan
boleh merebak. Ketuat ini tidak boleh bertukar menjadi kanser.
2.
Kanser pangkal rahim: Salah satu dari faktor penyumbang kanser pangkal
rahim adalah virus HPV ini. Virus HPV akan menganggu sistem perkembangan
sel-sel (perubahan DNA sel) menyebabkan pertumbuhan sel lebih dari had sebenar
berlaku.
Adakah semua orang berisiko untuk dijangkiti virus HPV ini? Berikut adalah
senarai kumpulan yang berisiko dijangkiti virus HPV:
1.
Melakukan hubungan seks dengan pasangan yang telah
dijangkiti.
2.
Wanita yang mempunyai pasangan seks yang ramai.
Risiko ke atas wanita kemungkinan memperolehi kanser apabila pasangan
lelakinya disahkan pengidap virus HPV dialat kelamin mereka atau melakukan
hubungan seks dengan ramai lelaki yang tidak diketahui status mereka. Kajian
juga menyatakan bahawa lelaki yang berkhitan boleh mengurangkan risiko kanser
pangkal rahim ke atas pasangan mereka.
Justeru pengambilan suntikan pelalian HPV boleh mengcegah berlakunya kanser
pangkal rahim ke atas wanita. Suntikan ini boleh diambil seawal umur 12 tahun,
kerana kanak-kanak mempunyai tahap perkembangan sistem pertahanan badan yang
paling sesuai. Tambahan pula vaksin HPV ini akan berkesan secara optimum ketika
kanak-kanak tidak terdedah dengan hubungan seksual. Manakala proses
penghalangan (protection) vaksin akan menunjukkan hasilnya semasa mereka sudah
dewasa.
Thursday, November 24, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 1
Sunday, November 20, 2011
Sejarah dan Liku Perjuangan Vaksin Bahagian 1
Akhir-akhir ini orang ramai menjadi keliru dengan pemberian
vaksin kepada anak-anak mereka. Kekeliruan ini berpunca dari kemudahcapaian
maklumat melalui internet atau disebarkan oleh sesetengah pihak yang menentang
segala bentuk ubatan moden. Orang ramai diberi maklumat yang tidak tepat
mengenai kesucian dan kehalalan vaksin. Ada diantaranya mengatakan bahawa
vaksin ini boleh menyebabkan lumpuh, autism dan melemahkan sistem pertahanan
badan. Terdapat juga sesetengah mereka mengaitkan sudut negatif hasil dari
pemberian vaksin kepada gadis remaja, di mana pengambilan vaksin akan
menggalakkan seks bebas atau seumpamanya.
Justeru artikel ini ditulis bagi menyangkal beberapa salah
faham tersebut berdasarkan kepada kajian-kajian saintifik serta bukti-bukti
sains yang lain.
Kejayaan pemberian vaksin harus dilihat secara menyeluruh dengan
penurunan secara mendadak kes-kes penyakit berjangkit seperti penyakit Campak
(Measles), Polio, Cacar (Smallpox) dan beberapa jenis penyakit lain lagi.
Penyakit Campak sebagai perbandingannya telah menunjukkan penurunan yang
ketara. Dari jumlah kadar insiden 656.5/sejuta populasi (1982) sehingga kadar
insiden 2.0/sejuta populasi (2009). Permulaan kempen pemberian vaksin dinegara
kita adalah pada tahun 1982 dan jumlah liputan pemberian vaksin meningkat
melebihi 80 peratus sehingga sekarang. Ini menunjukkan kejayaan yang besar didalam
dunia perubatan moden.
Kejayaan lain dalam pemberian vaksin ini juga telah mengejutkan dunia sains dalam penghapusan
penyakit Cacar (Small Pox). Dari jumlah 10 juta mangsa cacar tahun 1967 dan 2
juta kematian di 43 buah Negara, sekarang ini kita telah mengishtiharkan
penyakit Small Pox (cacar) hapus sepenuhnya. Pemberian vaksin Small Pox ini bermula
pada akhir tahun 1976 dengan kempen besar-besaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO). Sekarang, generasi baru sudah tidak mengenal apa itu penyakit cacar
kerana tiada contoh didepan mata untuk dijadikan teladan.
Keberkesanan pemberian vaksin ini telah membuka mata banyak
pihak dan telah member galakan kea rah penghasilan pelbagai polisi dinegara
masing-masing bagi menyelamatkan masyarakat mereka dari terbelenggu dengan
penyakit-penyakit berjangkit ini.
Sunday, November 20, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0
Monday, November 07, 2011
Misi Qurban Aqiqah Mindanao
Yayasan Amal Malaysia telah berjaya sampai di Bandar Islam Marawi
bagi menyempurnakan misi khidmat kemasyarakatan di Mindanao. Objektif
utama kali ini adalah menyempurnakan ibadah Qurban dan aqiqah.
Hari pertama di Marawi, rombongan misi Amal yang diketuai oleh Dr Hj Suhazeli Abdullah (Pengerusi Amal Terengganu) melawat sebuah Hospital Swasta berkebajikan milik Dr Hj Safrullah M. Dipatuan. Beliau yang juga Pengerusi Bangsamoro Development Authority (BDA), berkata hospital tersebut menerima purata kira-kira 20 pesakit luar sehari dan menyediakan khidmat rawatan lanjutan dengan kapasiti 50 katil.
“Kita ada empat orang doktor yang bekerja sepenuh masa selain dari doktor-doktor pelawat yang datang secara berkala,
“lebih kurang 20 orang pesakit luar yang kami terima pada setiap hari dan mereka akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya memerlukan rawatan lanjutan,”ujarnya.
Delegasi Yayasan Amal yang diketuai oleh Pengarahnya, Dr Suhazeli Abdullah, tiba di bandar Marawi pada 5 November dalam misi kemanusiaan sempena Eidul Adha pada tahun ini.
Hari pertama di Marawi, rombongan misi Amal yang diketuai oleh Dr Hj Suhazeli Abdullah (Pengerusi Amal Terengganu) melawat sebuah Hospital Swasta berkebajikan milik Dr Hj Safrullah M. Dipatuan. Beliau yang juga Pengerusi Bangsamoro Development Authority (BDA), berkata hospital tersebut menerima purata kira-kira 20 pesakit luar sehari dan menyediakan khidmat rawatan lanjutan dengan kapasiti 50 katil.
“Kita ada empat orang doktor yang bekerja sepenuh masa selain dari doktor-doktor pelawat yang datang secara berkala,
“lebih kurang 20 orang pesakit luar yang kami terima pada setiap hari dan mereka akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya memerlukan rawatan lanjutan,”ujarnya.
Delegasi Yayasan Amal yang diketuai oleh Pengarahnya, Dr Suhazeli Abdullah, tiba di bandar Marawi pada 5 November dalam misi kemanusiaan sempena Eidul Adha pada tahun ini.
Monday, November 07, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0
Subscribe to:
Posts (Atom)