Followers

ziddu

Sunday, January 23, 2011

Palestin itu Jauh dari Kita


Sajak karya Muharika
Palestin itu jauh dari kita
Pada kita derita itu 
pada gagalnya peperiksaan 
laparnya perut pada makanan 
putusnya cinta pada kekasih pujaan 
jauhnya ibu ayah dari dakapan 
juga habisnya duit dalam bekalan
Pada mereka derita itu 
Apabila rumah kediaman digesel trak 
Harta benda serba serbi dirompak 
maruah keluarga dipijak-pijak 
anak isteri dicincang oleh manusia tak berotak 
tanah air Islam diinjak-injak
irama kita 
 suara lagu yang mendayu-dayu
irama mereka 
bulddozer yang menghiasi setiap pagi 
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi 
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi
sungguh sukar kita berada di tempat mereka 
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian rupa
berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara 
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya
bersambung di sini (http://anaraudhah.blogspot.com/2011/01/palestin-itu-jauh-dari-kita-karya.html) 

Sunday, January 23, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Thursday, January 20, 2011

Nisa’ ajak remaja jauhi zina


Nisa' ajak remaja jauhi zina- Sinar Harian

BUKIT MENTOK – Nisa' Kawasan Kemaman mengambil langkah proaktif menganjurkan Program Cakna Anak Muda sempena Kempen Anda Bijak Jauhi Zina berikutan masalah sosial di daerah ini yang membimbangkan.

Ketua Nisa' Kawasan Kemaman, Narliati Lamshah berkata, program pertama itu bertujuan mengelakkan remaja perempuan terjerumus dengan pergaulan bebas yang menjadi pencetus penyakit sosial seperti gejala buang anak, minah rempit, gadis GRO dan sebagainya.

Katanya, aspek pembalasan berikutan perbuatan sumbang yang ditekankan dalam program selama sehari berkenaan diyakini mampu memberi keseda-ran dan keinsafan kepada golongan gadis supaya tidak mudah terjebak dengan perbuatan terkutuk.

"program turut bertujuan memberi kefahaman Islam kepada remaja mengenai perbuatan yang ditegah Allah SWT.

"Pada masa sama, kita juga dedahkan mereka mengenai akibat yang akan mereka lalui disebabkan hanyut dalam pergaulan bebas," katanya.

Menurutnya, pergau-lan bebas antara remaja perempuan dan lelaki kini seakan-akan sudah menjadi budaya.

"Justeru, masalah sosial inilah yang kita mahu cegah bagi mengelakkan kes buang anak terus berleluasa," katanya.

Beliau berkata demikian sempena Program Cakna Anak Muda sempena Kempen Anda Bijak Jauhi Zina yang diadakan di Markas Tarbiyah Pas Cawa-ngan Bukit Mentok.

Narliati berkata, sehubungan itu, program turut menekankan aspek pembalasan di dunia dan akhirat sekiranya remaja tidak taat kepada perintah agama.

Katanya, aspek keima-nan dan akidah serta sifat takut kepada Allah SWT turut ditekankan sepanjang program sebagai penyelesaian sebenar kepada masalah pergaulan bebas yang berlaku hari ini.

Sementara itu, langkah Nisa' Kawasan Kemaman menganjurkan program itu berbaloi kerana kira-kira 190 remaja perempuan mengikutinya yang hanya dikenakan yuran pendafta-ran sebanyak RM3.

Antara pengisian pada program itu yang dikendalikan penceramah bebas, Muhammad Hajia Sofia Mohamad dan Pakar Keluarga Hospital Marang, Dr Suhazli Abdullah itu termasuk slot kenal diri dan kenal pencipta.
 

free medical stuff online

↑ Grab this Headline Animator


Thursday, January 20, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Sunday, January 16, 2011

Sindrom Burung Terbang Keluar Sarang


Dua minggu telah berlalu penggal baru persekolahan. Anak-anak dihantar ke sekolah dengan pelbagai ragam. Dua orang dari anakku telah masuk asrama. Rumah kembali sunyi dengan hilai tawa anak-anak. Cuma tiga lagi yang masih tinggal dirumah menjadi penghibur buat diriku dan isteri. Suatu malam, kami masing--masing mengandaikan nasib kami dalam tempoh 5 tahun dari sekarang. Anak-anak akan keluar mencari ilmu dan mencapai cita-cita masing-masing. Mungkin tinggallah sepasang suami isteri dalam kesunyian dan merindui suara celoteh anak-anak.

Sunday, January 16, 2011 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Networkedblog