Followers
Saturday, January 17, 2009
Takbir PAS/Pakatan rakyat menang majoriti 2,631 undi
Saturday, January 17, 2009
Oleh SP
Keputusan terakhir PAS 32,883 undi manakala BN 30,252 undi dan Bebas 193 undi serta hilang wang pertaruhan (tak boleh bantu fakir miskinlah...)
keluar mengundi ialah 79.73 peratus iaitu 63,967 daripada 80,229 pengundi yang berdaftar.
Pilihan ke-12 sebelum ini Haji Razali memperoleh 32,562 undi, manakala Haji Mohamad Sabu 31,934 undi dan Maimun 685 undi.
* Berkat Istikarah Tuan Guru, keputusan ulama, Solat Hajat kaum muslimin, doa mereka yang dizalimi usaha gigih Pakatan Rakyat pelbagai kaum adalah intisari kemenangan.
Esok saya berpuasa menyatakan kesyukuran kepada Ilahi...
Rehat dulu...
Saturday, January 17, 2009 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0
Friday, January 02, 2009
Kejutan Panas di Tanah Suci
Kekeringan air dan Kejutan Panas
Kekeringan Air badan dan Kejutan Panas adalah dua jenis fenomena yang biasa berlaku ke atas jemaah haji yang sedang mengerjakan ibadah haji. Ianya boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan yang sepatutnya.
Kekeringan Air dalam Badan
Kekeringan air badan semasa mengerjakan haji adalah akibat dari kepanasan yang melampau, terutama semasa siang hari berwukuf di Arafah. Ia juga diakibatkan oleh jemaah yang mengalami cirit birit yang berterusan. Kanak-kanak dan warga emas berumur 60 tahun ke atas cenderung mengalami kekeringan ini.
Dalam keadaan biasa, badan kita sentiasa mengeluarkan air melalui air kencing, peluh, air mata dan bahan kumuh yang lain. Walaubagaimana pun kehilangan tadi dapat diganti segera setelah kita minum air atau makan nasi. Kekeringan air ini menjadi semakin ketara bagi jemaah yang sudah mengalami cirit birit, muntah-muntah atau demam. Badan kita akan kehilangan banyak air dan garam semulajadi dalam tubuh seperti natrium, potasium, calsium dan fosfat. Bahan-bahan ini penting bagi keseimbangan tubuh.
Semasa berada di Arafah, cuaca amat panas. Jemaah haji dinasihatkan sentiasa berada dalam kehmah untuk mengelakkan terdedah kepada cahaya matahari.
Tanda-tanda seseorang itu mengalami kekeringan air dalam badan
Berikut adalah beberapa tanda seseorang yang mengalami kekeringan air dalam badan;
- dahaga
- kencing berkurangan
- kulit kering
- keletihan
- pening kepala
- berpinar dan terasa badan atau tempat berpusing
- keliru dengan keadaan sekeliling, masa dan orang
- mulut kering
- nadi bergerak pantas dan berdebar-debar
tanda tambahan bagi kanak-kanak;
- mulut dan lidah kering
- tiada air mata semasa menangis
- Kain lampin tidak basah setelah 3 jam ditukar.
- Perus mengempis, keluk mata dan pipi menjadi dalam
- Demam yang tinggi
- Tidak ceria dan sentiasa merengek
- Elastisiti kulit berkurangan apabila di tarik
Rawatan untuk Kekeringan Air Badan ini
Kekeringa air badan ini perlu dikenal pasti awal dan rawatan segera perlu bagi mengelakkan kehilangan garam semulajadi dalam badan. Doktor akan merawat pesakit ini dengan menggantikan air yang telah hilang. Dengan memasukkan air secara suntikan vena, kekeringan air badan dapat dikurangkan dengan segera.
Dalam kes yang sederhana, pesakit dikehendaki berehat secukupnya dan doktor akan membekalkan air garam untuk diminum.
Semua jemaah haji yang akan melakukan aktiviti haji dinasihatkan mengaqmbil langkah-langkah berikut bagi mengelakkan kekeringan air badan ini.
- Minum air masak dengan banyak. Seminimanya adalah 7 gelas sehari. Jadikan amalan membawa sebotol air mineral kemana sahaja anda pergi untuk diminum. Dalam masjid di kedua tanah Suci juga tersedia ar Zamzam untuk diminum. Carilah kelebihan Air Zamzam ini.
- Jadualkan betul-betul aktiviti seharian anda. Biasanya jemaah haji Asia Tenggara akan melontar pada waktu malam selepas jam 5. Ini boleh mengurangkan terdedah kepada matahari dan boleh mengurangkan kekeringan air Badan ini. Begitu juga dengan aktiviti lain seperti tawaf, sebaiknya dilakukan pada siang hari atau lewat petang.
- Ambil minuman tambahan seperti air mineral atau air jus buah-buahan bagi menambah gram semulajadi dalam badan.
Kejutan Panas
Kejutan Panas adalah salah satu penyakit kepanasan badan yang boleh membawa maut. Ia adalah hasil akhir dari kekeringan Air Badan seperti yang dibincang di atas tadi. Peringkat awal apabila seseorang berada di bawah panas terik, badan seseorang akan bertindakbalas dengan mengeluarkan peluh. Namun apabila sampai satu peringkat, peluh sudah tidak mencukupi untuk mengimbangi hawa panas yang ada dalam badan seseorang.
Orang tua dan kanak-kanak adalah golongan yang cenderung untuk mengalami kejutan panas ini. Jika ia terjadi pada diri anda, sila dapatkan bantuan kesihatan dengan segera dari klinik maktab atau klinik zon.
Apakah tanda-tanda Kejutan Panas?
Seseorang yang mengalami Kejutan panas akan mengalami tanda-tanda seperti berikut:
- Pening kepala
- Mata berpinar-pinar
- Tidak sedarkan diri
- Tidak mengenal alam sekitar, badan mengigil dan meracau. Kadang-kadang kleiru dengan diri sendiri dan alam sekeliling.
- Kelitihan dan berindak lambat dalam sesatu aktiviti.
- Sawan, tidak sedarkan diri,
- Badan panas dan kulit kering tanpa mengeluarkan peluh.
- Suhu badan tinggi
- berdebar-debar.
Rawatan untuk Kejutan Panas
Jika seseorang mengalami tanda-tanda kejutan panas, rawatan pantas anda adalah penting bagi mengelakkan kematian. Diantara langkah mula yang boleh dilakukan adalah:
- Bawa mangsa ketempat teduh dan selamat dan dapatkan bantuan dari pihak hospital
- Longgarkan pakaian dan sapukan air keseluruh badan sambil mengipas.
- Jika ada pak ais, letakkan dicelah paha dan ketiak.
- Baringkan mangsa ditempat yang selesa dan angkat kaki sedikit dari paras dada.
Berikut adalah beberapa langkah pencegahan bagi mengelakkan kejadian Kejutan Panas ini
- Minum air yang yang agak berlebihan dari biasa apabila merancang aktiviti luar seperti mengerjakan umrah sunat atau membeli belah. Sediakan sentiasa air bekalan dalam bag sandang yang telah dibekalkan oleh pihak Tabung Haji.
- Kurangkan mengambil air teh, kopi, soda kerana ianya boleh memekatkan darah dan mengakibatkan cenderong kepada kekeringan air badan. Minuman air isotonik seperti 100 plus adalah digalakkan.
- Memakai pakaian biasa yang tidak terlalu tebal dan ketat. Pakaian warna cerah adalah lebih baik kerana ia tidak menyerap haba. Itulah hikmah pakaian ihram disunatkan berwarna putih
- Lindungi diri anda samada memakai songkok, ketayap atau menggunakan payung supaya tidak terkena secara terus pancaran matahari.
- Sila dapatkan nasihat doktor jika anda mempunyai masalah kesihatan seperti Kencing Manis atau Darah Tinggi.
Friday, January 02, 2009 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0