Followers

ziddu

Friday, July 22, 2005


Tsumawi Posted by Picasa

Friday, July 22, 2005 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Wednesday, July 20, 2005

Akademi Fantasia khayalkan rakyat


Akademi Fantasia khayalkan rakyat - Ungku AzizMonday, July 18 @ 17:31:05 MYT Oleh Ismail Hashim KUALA LUMPUR, 18 Julai (Hrkh) - Semua program realiti berbentuk hiburan melampau yang banyak diadakan di negara ini dengan jelas membawa generasi muda Malaysia terpesong dari mencapai tahap terbilang.Semua program itu langsung tidak membangunkan minda rakyat tetapi hanya menjadikan mereka dibuai khayal sahaja di dalam mencapai angan-angan mereka serta dengan mudah dipengaruhi oleh mereka yang menguruskan rancangan-rancangan itu. Demikian penegasan disuarakan oleh Prof Diraja Ungku Aziz ketika menyampai hujah dan menjawab soalan di dalam rancangan Debat Perdana yang disiarkan menerusi media elektronik Radio Televisyen Malaysia, RTM1 di Angkasapuri malam tadi. Prof Ungku Aziz seorang yang amat berpengalaman dalam bidang pendidikan dan ekonomi negara menyifatkan program tersebut terlalu bebas sehinggakan remaja dan anak-anak muda Malaysia terlalu jauh dari proses mendapat ilmu yang boleh membawa negara ke arah yang terbilang. Beliau hanya menyebutkan Akademi Fantasia sahaja sebagai satu contoh sedangkan katanya, banyak lagi rancangan seperti itu yang sedang ditayangkan di media massa. Turut serta di dalam debat berkisar tentang Malaysia Terbilang itu adalah Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw, Pensyarah UiTM, Datin Paduka Syarifah Mazlina Syed Abdul Kadir dan Setiausaha Pemuda MIC, S Murugesan. Debat bertajuk Keperibadian Unggul Belia: Malaysia Terbilang dipengerusikan oleh bekas Pengarah Biro Tatanegara (BTN), Datuk Nordin Kardi yang baru dilantik ke jawatan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM). Menurut Pak Ungku lagi, program-program seumpama itu akan menghalang anak-anak muda dari berfikir dan bertindak mengikut fikiran mereka sendiri. Beliau yang sekarang adalah Yang Dipertua ANGKASA menyifatkan generasi muda sekarang sedang menghadapi masalah krisis identiti yang memerlukan penilaian semula pencapaian mereka selama ini. Katanya, apa yang berlaku memperlihatkan bagaimana anak-anak muda generasi baru Malaysia ini bertindak mengikut arahan 'orang lain'. Justeru, beliau banyak menekankan kepada anak-anak generasi baru Malaysia agar banyak menuntut ilmu, membina keperibadian diri dan semua itu mestilah bermula dari kemahiran dan kekuatan berfikir. "Tanpa berfikir, pasti tidak akan berjaya," tegasnya merujuk kepada bagaimana kalangan generasi muda yang menurutnya tidak rajin membeli dan membaca buku. Beliau juga menyifatkan cara hidup rakyat sama ada remaja atau dewasa adalah berdasarkan kepada apa yang diiklankan di dalam media massa. "Sehinggakan hendak beli sabun, syampu, pakaian atau apa sahaja mesti berdasarkan kepada apa yang dilihat di dalam iklan-iklan itu," jelasnya lagi. Pandangan Pak Ungku telah mendapat reaksi yang sangat baik dari semua penonton di auditorium RTM itu serta berdasarkan soalan menerusi telefon dari penonton di luar dewan. Rata-rata mereka menyifatkan sikap kritis dan kritik jujur dari Pak Ungku itu wajar diterima dengan baik kerana beliau langsung tidak mempunyai apa-apa kepentingan sama ada untuk diri sendiri mahupun politik. Terdahulu Pak Ungku menyifatkan gelaran Malaysia Terbilang adalah tidak kena pada tempatnya dan banyak perkara perlu dikaji semula kerana berbagai-bagai masalah sosial dan sebagainya sedang dihadapi oleh generasi muda negara. Sementara itu, Datin Paduka Syarifah Mazlina berharap pihak berwajib mesti meletakkan garispanduan bagaimana untuk menjadikan program-program seumpama itu menjadi lebih baik ke arah pembinaan generasi terbilang. Menurutnya, konsep itu boleh digunakan juga untuk mencari bakat-bakat dalam bidang seni yang lain kerana dengan cara itu, remaja dan generasi muda akan lebih mudah 'memahami kerana kita bercakap dalam bahasa mereka'.

Wednesday, July 20, 2005 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0


Family Medicine Scientific Conference 23th to 26th June 2005. Awana Kijal Kemaman, TRG Posted by Picasa

Wednesday, July 20, 2005 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0


Acheh Mission Posted by Picasa

Wednesday, July 20, 2005 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Networkedblog