Followers

ziddu

Saturday, April 26, 2008

Kursus Aplikasi SPSS 2008








Guntong, 6 & 7 April – Kursus Aplikasi SPSS kepada anggota Kesihatan daerah Setiu telah diadakan di Peladang Setiu Agro Resort, Guntong, Setiu. Kursus selama 2 hari yang dianjurkan oleh Unit Kawalan Penyakit Berjangkit tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh Dr. Suhazeli bin Abdullah, Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Permaisuri. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran penggunaan program SPSS terutama dikalangan PPKP dalam membuat penganalisaan data, mengaplikasikan penggunaan program dalam tugasan yang berkaitan dan seterusnya memastikan setiap wabak kejadian penyakit berjangkit di daerah Setiu dapat dianalisa dengan cepat dan membuat kesimpulan kejadian wabak dengan lebih tepat.


Nota: Anda boleh download buku panduan Kajian Saintifik dan SPSS dengan klik gambar ini.

Saturday, April 26, 2008 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Thursday, April 24, 2008

Perginya Rustam A Sani, Malaysia kehilangan sebutir permata


KUALA LUMPUR, 23 April: Malaysia kehilangan sebutir permatanya apabila penulis dan tokoh politik terkenal, Rustam A Sani meninggal dunia jam 2.30 pagi tadi di rumahnya, Bukit Lela, Gombak.


Menurut keluarganya, Rustam bangun jam 2.00 pagi untuk minum air. Selepas itu, beliau baring di katilnya dan terus meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.

Beliau meninggalkan isteri, Puan Rohani, dua anak, seorang lelaki dan seorang wanita serta cucu.

Jenazah Rustam, kolumnis Siasah itu akan disemadikan di tanah perkuburan Islam Taman Ibu Kota selepas Zohor nanti.

Antara yang awal menziarahi jenazah Rustam adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya yang juga bakal Ketua Pembangkang, Datik Seri Dr Wan Azizah.

Turut hadir adalah Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar dan Ketua Pemuda, Salahudin Ayub. Ia diikuti kemudiannya Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamarudin Jaffar dan juga bekas Ketua Pengarang Utusan, Datuk Johan Jaafar.

Thursday, April 24, 2008 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Soaljawab Dr MAZA: Kenapa tak mampu laksana hukuman murtad?


Hari ini terjumpa satu youtube ulasan dari Dr Asri Zainal Abidin mengenai perlaksanaan hukum murtad di negara Malaysia yang telah mengisytiharkan sebagai sebuah negara Islam. Cuba dengar betul-betul jawapan yang telah diberikan oleh oleh MAZA dan anda boleh membuat kesimpulan tersendiri. Komen saya adalah seperti yang tertera dibawah ini.


My Comments

Saya sedih dengan jawapan seorang mufti berkaliber mengenai isu ini. Jawapannya lebih bersifat reaktif bukannya responsif. Mana hadis-hadis yang menyuruh kita melaksanakan hukum murtad? Jawapannya juga menggunakan akal sendiri dengan hujah bahawa ada orang menuduh kita kafir yang menyebabkan kita tidak mampu melaksanakan hukum islam. Analogi yang dibuat....kita tidak sembahyang kerana ada orang tuduh kita kafir, menyebabkan kita meninggalkan sembahyang. Ini menunjukkan kita tidak ada integriti diri serta tidak berakidah kukuh. Dengan tohmahan kecil menyebabkan kita sudah mengaku kalah dan mengiakan bahawa kita memang kafir! Di mana maruah kita?

Thursday, April 24, 2008 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Sunday, April 20, 2008

Kembalikan Kegemilangan Perubatan Islam


Disunting oleh: Dr Zaihan Salleh

Sedutan warkah dari Nur Muslimah..dihantar oleh Muhammad Aminuddin

…sekadar perkongsian ilmu dari Seminar Perubatan anjuran Badan Kebajikan Pelajar Perubatan Malaysia-Mesir…


…moga dgn sedikit ilmu ini dapat menaikkan semangat kita semua untuk menjadi muslim doktor bukannya doktor muslim…


…sebagai seorang yang digelar pengamal perubatan , adalah menjadi satu keperluan bagi kita thaqafah pengamal perubatan…


…Zaman kegemilangan pemerintahan Islam memuncak di antara tahun 900 hingga 1300 Masihi. Pada zaman tersebut, empayar Islam dibawah pemerintahan khalifah telah berkembang dari Asia Barat ke Benua Eropah dan bertapak kuat di Negara Sepanyol. Ia berkembang dari Negara Rusia ke Timur Tengah di sebahagian Negara China. Dalam zaman tersebut muncullah para cendiakawan dalam bidang ilmu perubatan seperti al-Razi, al-Zahrawi, Ibn Sina, Ibn Rusyd dan Ibn en-Nafis. Di samping ilmu kedoktoran , mereka juga mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang keagamaan , astronomi, fizik, matematik, dll…

Selepas tahun 1300 M, apabila empayar Islam runtuh, maka ilmu perubatan Islam juga mengalami nasib yang sama. Sehingga sekarang perubatan Islam tidak mendapat perhatian dunia seperti di zaman pemerintahan khalifah dahulu. Musuh-musuh Islam beusaha untuk mempelajari dan menguasai dunia perubatan. Apabila mereka berjaya menguasainya, akan diterap kepada umat-umat Islam ilmu perubatan yang telah dibuang nilai-nilai Islamik untuk dijadikan panduan dalam hidup kerana mereka menyedari bahawa ilmu perubatan ini boleh membuka jalan kepada orang-orang Islam untuk lebih yakin kepada agama mereka. Dengan ilmu ini juga mereka akan berjaya memisahkan umat Islam dari agama mereka sebagaimana ungkapan mereka yang maksudnya
’Apabila adanya doktor, sudah tentu adanya sakit. Dengan adanya sakit sudah tentu berhajat kepada doktor. Apabila berhajat kepada doktor, maka di sana adanya peluang terbaik untuk mengkristiankan umat Islam’…

HUBUNGAN ILMU KEDOKTORAN DENGAN ASPEK HUKUM

…Percaya tak,,,kepentingan ilmu perubatan tak boleh dipertikai oleh sesiapa pun! Ini adalah kerana ganjaran orang yang menziarahi orang sakitpun mendapat fadhilat yang begitu besar, maka sewajarnya mempelajari ilmu ini fadhilatnya terlalu besar. Lihatlah sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud: “Barang siapa yang menziarahi pesakit , maka berjalanlah beliau di taman-taman syurga, apabila dia duduk di sisinya, berkekalan beliau berada dalam rahmat Allah, apabila dia keluar dari tempat pesakit, diwakilkan kepadanya tujuh puluh ribu malaikat untuk memohon keampunan pada hari tersebut”...

Thaqafah yang perlu diketahui oleh pengamal perubatan :

· Mengetahui tentang kesan-kesan dari hasil-hasil sumbangan ulama' dalam bidang perubatan

· Menyelidiki metodologi berfikir dan bertindak para pengamal perubatan silam yang berdasarkan al-qur’an dan As-sunnah

· Merencana ilmu-ilmu yang sepatutnya dipelajari dan dijadikan asas utama dalam pembelajaran ilmu kedoktoran sebagaimana cadangan yang telah dinyatakan oleh Dr Mohamed Ali al-Bar:
1. Pengetahuan am Islam tentang perubatan
2. Sejarah perubatan Islam
3. Nas-nas perubatan dalm quran dan sunnah
4. Etika kerja pengamal perubatan
5. Feqh pengamal perubatan


Sikap Pengamal Perubatan :

Sebagai doktor kita perlulah mempunyai persiapan yang kuat untuk menangani masalah dan cabaran dalam merawat pesakit. Perkara yang paling utama ialah dengan menekankan kekuatan dalaman yang menjadi sumber kekuatan fizikal. Antara pedoman terbaik untuk kita hayati ialah ungkapan seorang doktor pakar iaitu Dr Ali Sulaiman ar-Rumaikhan dgn kata-katanya:


“ Wahai saudaraku yang bergelar doktor. Rawatan yang kamu berikan kepada pesakit-pesakit tidak bermakna hanya rawatan zahir sahaja iaitu dengan menggunakan ubat-ubatan. Sebaliknya hendaklah kamu mengubati hati-hati mereka dengan kata-kata yang boleh menggembirakan dan menguatkan jiwa serta tubuh badan mereka di samping menghilangkan daripada mereka kesusahan dan keresahan. Demikian itu hendaklah kamu membawa pesakit kamu dekat dengan Allah dengan memberitahu kepada mereka bahawa sakit yang ditimpa kepadanya datang dari Allah dan mereka mendapat pahala dengan ujian tersebut. Saudaraku, ini adalah kerana hati apabila berhubung dengan Tuhan yang mencipta sakit dan penawarnya, yang mentadbir sekalian alam, maka pesakit tadi akan mendapat ubat yang lain, bukannya ubat yang dirasai oleh pesakit yang hatinya jauh dari Allah. Saudaraku, ketahuilah bahawasanya roh apabila mempunyai kekuatan dan jiwa juga kuat, kedua-duanya membantu menghalang dari peritnya kesakitan”


…oleh itu sahabatku, perkara utama para doktor ialah menjadi muslim doktor dan bukannya doktor muslim semata-mata.. iaitu mendahulukan Islam dari perkara lain sebagai objektif yang utama. Manakala ilmu kedoktoran merupakan wasilah untuk memberi khidmat kepada Islam yang pertamanya, kemudian yang keduanya barulah menjadi sumber untuk menampung sara hidup di dunia. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT : [dan aku tidak manjadikan jin dan manusia kecuali untuk menyembahKu]…

…K
esimpulan yang dapat dibuat ialah…

Amanah yang dipikul oleh seorang doktor terlalu berat, memerlukan persediaan yang sempurna dari pelbagi sudut. Walaupun tugasnya sebagai doktor adalah kerjayanya yang sudah pasti, namun tugas membantu manusia yang dalam kesakitan dan berdakwah berteraskan aqidah Islamiah adalah dasar utama. Kejayaan tugas ini sememangnya memerlukan kepada jati diri dan keizzahan seseorang doktor dengan Islam disamping melakukan segala amanah tadi dengan penuh usaha dan ikhlas kepada Allah…

Renungilah sahabatku kata-kata dari seorang doktor kepada seorang doktor :

“Sesungguhnya doktor yang hidupnya adalah untuk dirinya sendiri tanpa memikirkan orang lain di sekelilingnya dan tidak meletakkan di hadapannya tujuan dakwah yang menggunung, juga tidak melapangkan masanya sejam sahaja dalam seminggu untuk mempelajari ilmu agama dan menghafaz apa yang patut dari al-quran, juga tidak memikirkan apa yang perlu dibuat untuk Islam terhadap ilmu perubatan yang dianugerahkan kepadanya, maka keadaannya banyak rehat, hidup dan matinya dalam jiwa yang kerdil. Adapun doktor yang berjiwa besar, yang sanggup memikul tugasan yang penat ini, tidak mementingkan urusan tidurnya, waktu rehatnya berada di atas tilam yang empuk dan kehidupan yang senang lenang disamping harta benda yang memuaskan…sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memberitahu keadaan yang sepatutnya dan bersabda kepada Ummul Mukminin Sayyiditina Khadijah "Telah berlalu masa tidur wahai Khadijah..”

Maka ingin sekali dinyatakan disini..TELAH BERLALU MASA UNTUK KITA SEMUA TIDUR WAHAI PENUNTUT2 BIDANG PERUBATAN!!!!!

Sunday, April 20, 2008 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Friday, April 11, 2008

Kempen Kesedaran HIV /Aids di Pulau Perhentian



Jumlah pengidap HIV meningkat secara menyeluruh selunuh dunia. Data statistik dari tahun 1990 hingga 2006 tidak menunjukkan penurunan jumlah penghidap HIV /AIDS.

Begitu juga dengan pulau perhentian, tidak terlepas dari tempias kenaikan jumlah mangsa HIV.

Aku begitu bertuah kerana Pada 9hb hingga 10hb April 2008 lalu satu program kesedaran kesihatan telah dijalankan di pulau peranginan tersebut. Program ini telah dianjurkan oleh pejabat kesihatan Daerah Besut. Aku dijemput untuk menyampaikan satu ceramah mengenai HIV kepada masyarakat setempat. Program kesihatan dan saringan HIV juga dijalankan. Program berjalan dgn lancar dan mendapat sambutan yang memberangsangkan. penduduk Pulau Perhentian kecil besar, tua dan muda bersama-sama menjayakan program tersebut.

Aku juga begitu betuah kerana program malam itu telah digabungkan dengan ceramah dari penceramah hebat dari PRIHATIN. Penceramah tersebut adalah Puan Norzaimah, yang tidak asing lagi dgn panggilan Kak Mah. Prihatin adalah satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membela nasib kaum wanita yang menghidap HIV seluruh Kelantan.

Friday, April 11, 2008 by Dr Suhazeli bin Abdullah · 0

Networkedblog